Random

65K posts

Random banner
Random

Random

@randomtimee

Random tweet, sering perlu uanggg 🥲

Malaysia Beigetreten Kasım 2017
159 Folgt103 Follower
Random retweetet
Ustaz Wadi Annuar
Ustaz Wadi Annuar@ustazwadiannuar·
Ya Allah, ampunilah segala dosa ibuku, dosa yang dia tahu dan yang tidak dia sedari. Kau rahmatilah dia sebagaimana dia pernah menjaga aku dengan penuh kasih sayang sejak kecil. Ya Allah, panjangkan umurnya dalam kebaikan, kurniakan kesihatan yang baik, lapangkan hatinya, tenangkan jiwanya. Jadikanlah aku anak yang mampu membahagiakan dan membalas sedikit pengorbanannya. Jika ibuku telah tiada, Ya Allah, jadikanlah kuburnya taman daripada taman syurga, lapangkan kuburnya, teranginya dengan cahaya-Mu. Kumpulkanlah kami kembali di syurga-Mu tanpa hisab. Amin Ya Rabb 🤲🏻
Ustaz Wadi Annuar tweet media
Indonesia
8
420
1K
15.9K
Random retweetet
Rashid Yusoff
Rashid Yusoff@RashidYusoff11·
Steady.
Rashid Yusoff tweet media
English
8
8
136
9.8K
Random retweetet
Muhammad HafizRayyan
Muhammad HafizRayyan@HafizRayyan·
Kenyataan Setisusaha Agung DAP, YB Antony Loke jelaskan isu kerajaan Negeri Sembilan sebentar tadi : 1. DAP hormat & dukung Raja berperlembagaan. 2. DAP hormat Yamtuan Negeri Sembilan, Undang Empat & Tunku Besar Tampin. 3. DAP ingatkan jangan masuk campur perihal Yamtuan & Undang. Penjelasan yang baik. Sepatut dari awal ada spokesperson macam ni.👍🏼
Indonesia
5
77
346
28.3K
Random retweetet
Malaysiakini (BM)
Malaysiakini (BM)@mkini_bm·
Adun Sikamat, Aminuddin Harun, akan terus menjalankan tugas sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berdasarkan titah Yang di-Pertuan Besar Tuanku Muhrih Tuanku Munawir. Menurut laporan perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, hari ini. Katanya, Aminuddin diminta meneruskan tugas menteri besar atas titah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan demi kepentingan negeri dan kebajikan rakyat. Berita penuh: malaysiakini.com/news/773799
Malaysiakini (BM) tweet media
Indonesia
9
10
57
3.5K
Random retweetet
Amer Hamzah
Amer Hamzah@amer7211·
Daulat Tuanku! Semoga Tuanku berdaulat lama. 🤲🏻
Amer Hamzah tweet mediaAmer Hamzah tweet media
Indonesia
8
26
127
11.5K
Random retweetet
cik petai 🍉
cik petai 🍉@AsyikinMusa·
Bagi lah lagi seat DUN or Parlimen untuk BN tanding atas nama perpaduan. Padan muka. Aku nak gelak je. Rafizi dah warning lama, korang kata kat dia kan. Sekarang ni, memang padan la mukaaaaaaa.
Indonesia
6
18
71
2.4K
Random retweetet
Liyana Marzuki
Liyana Marzuki@liyana_marzuki·
DE FACTO & DE JURE Saya sebenarnya kalau boleh taknak kupas krisis Istana yang berlaku di Negeri Sembilan. Satunya, ia negeri orang, ada adat dan Perlembagaan Negeri yang perlu dihormati. Berlainan dengan negeri saya di Perak. Namun, dari krisis Istana yang masih lagi belum selesai sepenuhnya, tetiba sudah jadi krisis politik dan pentadbiran negeri. Sebab kita menulis politik bina negara, bukan bina parti. Bila kita saksikan pelbagai naratif songsang undang-undang di media sosial, saya terpanggil untuk cuba luruskan. Agar institusi dalam negara terjaga. Dan tiada yang cuba melaga-lagakan. Baik kita mula. *********** Untuk mula, asas fahaman kita senang sahaja. Kembali ke roh Rukun Negara. Prinsip Rukun Negara kedua ialah KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA. Setia kita kepada Raja. Bukan kepada orang lain di bawahnya. Dan Raja ini bukan ceremonial atau boneka. Baginda mempunyai kuasa dan budi bicara, selagi dibolehkan di bawah Perlembagaan. Bagi konteks Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, kuasa Baginda termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri. Ini yang kita nak perhalusi hari ini. Bagi menjawab segala naratif. *********** Naratif 1: “N9 ada 4 ‘Raja Tambahan’. Undang ini sama taraf dengan YDPB.” Ini SALAH. Sangat terpesong daripada Undang-Undang Tubuh Negeri. Perkara 7 jelas menyatakan YDPB ialah Ruler atau Raja dan Baginda mengatasi semua orang lain dalam Negeri. Termasuk Undang itu sendiri. Jadi persepsi YDPB sama taraf dengan Undang adalah dangkal. Ia merendahkan martabat institusi Raja itu sendiri. *********** Naratif 2: “Undang sudah pecat YDPB dan mereka ada hak nak pecat Raja”. Nak pecat Raja, orang nombor satu dalam Negeri, bukan seperti kita nak buang kerja biasa. Tidak boleh dibuat sesuka hati. Ada tatacara jelas di bawah Perlembagaan Negeri. Dalam Perkara 10, syaratnya ada tiga: 1. YDPB itu tidak lagi layak menjadi Raja, sama ada kerana gila, buta atau dungu, atau tindakannya memalukan agama dan institusi Diraja. 2. Walaupun syarat ini dipenuhi, tidak boleh terus dipecat. Ada prosedur: (i) Mesti ada pendengaran penuh. YDPB diberi hak untuk didengar, untuk membela diri. (ii) Pemecatan juga memerlukan proklamasi oleh Menteri Besar bersama Undang. Ini mekanisme semak dan imbang. Banyak syaratnya. Ini bukan proses yang boleh dibuat secara sewenang-wenangnya. *********** Naratif 3: “Kenapa Menteri Besar masuk campur? Biar Istana tentukan sendiri.” Ini juga tidak tepat. Proviso Perkara 10 jelas menyatakan peranan Menteri Besar dalam membuat pengisytiharan bersama Undang sekiranya YDPB layak dipecat. Peranan ini bukan campur tangan politik. Ia sebahagian daripada struktur Perlembagaan itu sendiri. Memang ada peranan untuk MB. *********** Dalam pengajian undang-undang, kita diajar bezakan antara de facto (fakta) dan de jure (undang-undang). Kedua-duanya mesti berjalan seiring. Dalam isu pemecatan YDPB, ia tidak boleh bersandar kepada persepsi atau naratif politik semata-mata. Ia mesti berpaksikan Perlembagaan dan prosedur yang jelas. Setakat maklumat awam yang diketahui, alasan pemecatan tidak diperincikan, dan tiada butiran mengenai sebarang pendengaran rasmi untuk memberi ruang kepada YDPB membela diri. Sedangkan dalam urusan pekerjaan biasa pun, prosedur perlu dipatuhi. Inikan pula institusi Raja yang bersemayam di atas takhta. Perlulah kita berpada-pada. ************** Dalam isu sebesar ini, yang harus kita pertahankan bukan individu, tetapi tertib Perlembagaan. Institusi tidak runtuh dalam sehari. Ia runtuh bila kita mula benarkan undang-undang ditafsir ikut selera politik. Kerana akhirnya, itulah letaknya kesetiaan kita, Yakni kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti atau pemimpin berhala. Salam hormat, Liyana Marzuki NB- Ini pesan YDPB suatu ketika dulu. Untuk mereka yang cuba nak memahami isu. Daulat Tuanku!
Liyana Marzuki tweet media
Indonesia
26
139
391
34.6K
Random retweetet
🇲🇾 Nik Nazmi
🇲🇾 Nik Nazmi@niknazmi·
Itulah adat resam politik, ada pelbagai usaha untuk mencatur dan menjatuhkan seseorang. Hari ini kita melihat perkembangan politik di Negeri Sembilan di mana wakil rakyat UMNO tarik sokongan kepada MB @dsaminuddin Walaupun dari umur senior sedikit, kami batch sama menang atas tiket PKR pada PRU 2008. Beliau menang tipis di DUN Sikamat, tetapi setiap pilihan raya majoritinya bertambah. Pada 2018 beliau menjadi MB Negeri Sembilan. Pada 2022 beliau juga menjadi Ahli Parlimen Port Dickson. Beliau antara pengasas parti pada era Reformasi. Orangnya simple, dan ketika menjadi satu-satunya wakil rakyat Melayu PKR di Negeri Sembilan pada 2008 bergelut untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di kawasannya. Orang ramai di Negeri Sembilan sukakan gayanya yang cukup mudah bergaul, tidak terlalu protokol. Banyak kami bekerjasama pada era saya di Kementerian dan beliau memegang tampuk Kerajaan Negeri.
🇲🇾 Nik Nazmi tweet media
Indonesia
13
189
880
29.4K
Random retweetet
Akmal Nasir
Akmal Nasir@akmalnasir·
Baru habis sidang media mingguan MTEN tadi. Rezeki saya terserempak dengan YAB Tok Min sewaktu singgah solat Asar tadi. Solidariti atas segala apa yang berlaku kepada beliau. Saya yakin beliau tetap Tok Min yang saya kenal sejak dulu, tak berapa ‘ambil port’ sangat tentang kedudukan tapi hanya nak laksanakan amanah dan buat kerja sebaiknya. Selaku generasi yang jauh lebih muda berbanding beliau, saya beruntung ada sosok seperti Tok Min yang saya boleh jadikan contoh teladan untuk buat kerja betul-betul dan tidak ambil mudah tanggungjawab yang ada. Walau apa yang akan berlaku pada masa akan datang, saya yakin itu tak akan menggundahkan Tok Min walau sedikit pun. Doa saya supaya beliau dan seisi keluarga terus diberi kesihatan yang baik.
Akmal Nasir tweet media
Indonesia
22
151
830
17.4K
Random retweetet
Saiful Izham Ramli
Saiful Izham Ramli@saifulramli·
Arwah mak pernah berpesan, kalau ada glgn yg pernah Khianat, Hina & Cerca kamu, & kemudiannya ingin berdamai & berbaik2 dgn Kamu, cukuplah keinginan mrk diterima dgn baik, & hanya dilayan di beranda rumah. Jangan sesekali dibawa masuk hingga ke dapur. Fikir2kanlah.....
Kuala Lumpur City, Kuala Lumpur Federal Territory 🇲🇾 Indonesia
18
876
2.2K
112.5K
Random retweetet
Irfan_newboys🇲🇾🇵🇸🏳️🏴
Pasal Tok Min org baik ni aku setuju Kak Wan sendiri merupakan guru aku In terms of performance. Tok Min sudah menjalankan tugas yang terbaik mengetuai Negeri Sembilan. Malahan some of that mengatasi prestasi Tok Mat Kita tgk apa yg akan terjadi nanti
Rafizi Ramli@rafiziramli

Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di N9. MB N9 @dsaminuddin adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya. Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya. Saya sempat telefon dia pukul 10+ pagi tadi. Nak tanya khabar. Dia gelak & gembira, katanya baru lawat 2 sekolah. Ada 4 sekolah lagi dia nak lawat hari ni, tapi berhenti gerai kejap minum pagi bersama isteri. Saya tidak bimbang sebab Tok Min ni orang baik. Jauh lebih baik dari saya. Saya kenal dia masa dia duduk rumah teres setingkat, pakai Exora. Selepas jadi MB bertahun-tahun, perangainya tetap sama macam masih duduk rumah teres setingkat. Apa pun terjadi, Insya Allah tidak mengganggu fikiran Tok Min & Kak Wan. Semuanya ada hikmah. Itu kelebihan orang yang tahu pangkat dan jawatan itu hanyalah amanah yang menjadi pinjaman.

Indonesia
4
112
595
45.4K
Random retweetet
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Saya tak tahu menahu tentang apa yang berlaku di N9. MB N9 @dsaminuddin adalah seperti abang saya, isterinya seperti kakak kepada isteri saya. Saya hanya boleh berdoa dari jauh seperti seorang adik kepada abangnya. Saya sempat telefon dia pukul 10+ pagi tadi. Nak tanya khabar. Dia gelak & gembira, katanya baru lawat 2 sekolah. Ada 4 sekolah lagi dia nak lawat hari ni, tapi berhenti gerai kejap minum pagi bersama isteri. Saya tidak bimbang sebab Tok Min ni orang baik. Jauh lebih baik dari saya. Saya kenal dia masa dia duduk rumah teres setingkat, pakai Exora. Selepas jadi MB bertahun-tahun, perangainya tetap sama macam masih duduk rumah teres setingkat. Apa pun terjadi, Insya Allah tidak mengganggu fikiran Tok Min & Kak Wan. Semuanya ada hikmah. Itu kelebihan orang yang tahu pangkat dan jawatan itu hanyalah amanah yang menjadi pinjaman.
Indonesia
61
745
2.6K
152.9K
Random retweetet
AR
AR@armohbd·
Siapa punya idea la pergi wujudkan title ts ni.
Indonesia
33
168
646
176.2K