Probebenor

4.9K posts

Probebenor

Probebenor

@ALprobono

Not into politic but support genuine politicians

Katılım Eylül 2021
843 Takip Edilen796 Takipçiler
Probebenor
Probebenor@ALprobono·
Could not Brain....sigh
Faizal Rahman@FaizalR98528

Apabila @anwaribrahim kata “BANGANGG!” & 1 lagi kejadian DEPAN CAKAP LAIN, BELAKANG CATUR LAIN DAN BUAT LAIN. Pelantikan Tg.Zafrul juga memperlihatkan betapa PKR ketandusan calon yang layak untuk menandingi Sdr Rafizi Ramli🤭

English
0
1
0
68
Probebenor retweetledi
Kamil Adam 🇲🇾
Kamil Adam 🇲🇾@kamylladam·
Mari lah kita sama-sama dengar balik ucapan penggulungan daripada bekas Timbalan Presiden Keadilan YB @rafiziramli ketika Kongress Nasional Keadlian ke-16 dahulu 😊. Biarlah cytro-cytro Madani ni nak kata apa sekali pun tentang Rafizi di live di X di mana-mana sahaja lah. Ucapan ini sudah cukup membuktikan siapa itu Rafizi Ramli, dan itulah yang kita kenal dia sehinggalah ke hari ini. I will always stand by you, and you have my full and unwavering support YB. Jalan terus.
Indonesia
46
407
1.2K
90.8K
Noready
Noready@Noready69·
@501Awani 27 tahun memekak, hasut rakyat berdemo semata² nak jd PM, dah dpt jd PM pun masih memekak sambil tuduh org tu sakau, org ni sakau, tp MP cuma minta dibuat RCI kes Azam Baki dan Mafia Koperat dlm SPRM je pun tak buat, @anwaribrahim bila nak dedahkan hasil siasatan kes Azam Baki?
Indonesia
2
4
29
866
Astro AWANI
Astro AWANI@501Awani·
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ahli politik yang “tergelincir” daripada landasan perjuangan asal merupakan golongan yang paling banyak mengeluh berbanding peniaga kecil di negara ini. #AWANInews
Indonesia
86
42
194
86.6K
Amer Hamzah
Amer Hamzah@amer7211·
@501Awani Perjuangan asal 'Reformasi'? 2022 Tangkap Hoi Hoi Hoi ya Hoi 2026 DNAA & RM170 juta bebas. 2022 Mahu Azam Baki direhatkan. 2026 Simpan Azam Baki. 2022 Siasat Pandora Papers. 2026 Simpan Mafia Korporat. Akhirnya yang dapat Reformanan! 😁
Indonesia
11
45
131
2.6K
Probebenor retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
Isu saya dan Nik Nazmi keluar PKR ditanyakan di Podcast YBM Episod 49. Setahun penuh mereka gunakan jentera parti untuk mendesak saya dan Nik keluar. Tiap hari tekanan dan caci maki. Dalam kes saya, sampai anak saya turut diserang. Perkara seperti ini tak pernah berlaku dalam sejarah politik Malaysia. Perbezaan politik sampai budak pun jadi sasaran. Dan semua orang tahu kenapa Dato' Seri Anwar Ibrahim tak pecat kami terus. Sebab kalau pecat, pintu tebuk atap akan terbuka. Jadi biar orang bawahan buat kerja kotor. Bila kami akhirnya keluar, tiba-tiba cerita bertukar. Kami pula dituduh pengkhianat. Yang paling kuat menjerit “khianat” itu Sangeetha Jayakumar. Rekod keluarga dia sendiri pun rakyat tahu. Tapi yang paling bermakna bagi saya bukan serangan itu. Yang penting, rakyat akhirnya dapat susun sendiri semua kepingan cerita. Setahun layanan PKR terhadap kami sebenarnya melengkapkan "puzzle" untuk rakyat faham kenapa kami buat apa yang kami buat. Saya dan Nik masuk politik pada umur 19 dan 21 tahun. Kami bukan ahli politik yang dirancang sejak awal. Dan kalau nak fikir perjuangan ini hanya tentang Anwar, memang rugi. Ia tak pernah tentang Anwar Ibrahim. Ia tentang orang biasa yang kami kenal sepanjang 25 tahun ini. Orang tanya, “Apa perasaan sekarang?”. Tak rasa apa-apa. Macam hari biasa. Tonton kupasan penuh isu ini Podcast YBM Episod 49: youtu.be/BY82Rp0ShH4?si…
YouTube video
YouTube
Indonesia
47
266
772
41.7K
serendipity
serendipity@darahseparuh·
Lambat dapat email, tapi no ahli masih bawah 5k. Ayuh Bersama!
serendipity tweet media
Indonesia
4
1
8
187
Sam Bucky
Sam Bucky@asam_baki·
belum kosongkan kerusi, belum keluar parti, tapi dah kena macam ni. siapa borak pasal khianat mandat rakyat lepas raf dengan nik letak jawatan hari tu? ni kira apa? mantat rakyat?
Wong Chen@WongChen_MY

My office’s MyKhas Portal access has been denied, disrupting PMR and constituency aid for Subang. Despite appeals. No response from ICU JPM. I call for immediate restoration and a clear explanation. This raises serious concerns of selective treatment and governance.

Indonesia
2
36
66
3.8K
Probebenor
Probebenor@ALprobono·
@mypolitiko That is what happen when you are weak..... Its your own fault. You betray your own strength. You will go down the drain soon.
English
0
0
2
153
Probebenor retweetledi
🇲🇾 Nik Nazmi
🇲🇾 Nik Nazmi@niknazmi·
Dari pengumuman penyertaan kami ke @partibersamamy kami umumkan BERSAMA nak ubah lanskap politik, akhiri dominasi politik lama dan tolak kompromi semata-mata untuk kuasa. Justeru kami bukan sahaja bertanding di kawasan-kawasan PKR dan parti PH yang lain, malah BN dan juga PAS-PN. BERSAMA tidak akan menyertai mana-mana gabungan ini, tetapi ingin pastikan alternatif untuk pengundi.
Indonesia
111
310
1.2K
64.6K
Probebenor retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 & 𝗣𝗔𝗟𝗔𝗧𝗔𝗢 Saya jarang memberi komen balas pada komentar politik yang dibuat oleh rakyat biasa. Hari ini, ada satu komentar politik yang dibuat oleh Liyana Marzuki mengenai hubungan saya dengan PMX. Mungkin sebab ada perkataan ‘palatao’ ramai yang menghubungi saya untuk dapat reaksi. Daripada saya jawab kepada setiap orang, lebih baik saya jawab terus di sini. 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 1) Bahawa apa yang berlaku dalam pemilihan PKR yang lepas itu memang satu perancangan 2) Bahawa ada pertembungan di antara saya dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘴𝘦𝘵𝘶𝘫𝘶 1) Bahawa saya bercita-cita dan tidak sabar untuk menjadi Perdana Menteri sehingga tidak setia dan melawan Dato’ Seri Anwar 2) Bahawa pertembungan kali ini mirip kepada perebutan kuasa di antara Dato’ Seri Anwar dan Tun Mahathir dalam tahun 1998 Berikut adalah hujah-hujah saya: Penulis memberi gambaran bahawa pandangan saya dalam kerajaan mendatangkan masalah kepada Dato’ Seri Anwar yang mungkin boleh menyebabkan beliau kalah dalam pilihanraya. Ini permulaan yang baik untuk memahami titik perbezaan di antara saya dan Dato’ Seri Anwar. Secara tidak langsung ia juga mengesahkan perkara ini tidak ada kena mengena dengan perebutan kuasa atau cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, seperti yang digambarkan penulis. Soalnya adalah sejauh mana dan seberapa cepat kita berani melakukan perubahan, seperti yang kita gagaskan di luar kerajaan. Dato’ Seri Anwar selalu memberi pelbagai alasan bahawa jika perkara ini dibuat, Umno akan marah. Jika perkara itu disentuh, DAP akan marah. Jika kita membaiki perkara itu, GPS tidak puas hati. Dari situlah bermulanya keluhan beliau mengenai saya kerana beliau begitu fokus untuk menang penggal kedua, tidak kira apa harga yang perlu dibayar. Menjaga hati Umno, DAP, GPS dan pihak-pihak berkepentingan lain itu lebih penting dari segala-galanya. Saya berbeza pandangan. PKR diberi peluang menjadi kerajaan untuk menzahirkan perubahan-perubahan. Bukan sahaja berkaitan struktur dalam aspek pentadbiran ekonomi dan sosial yang menyeluruh tetapi membawa budaya politik yang bersih dan telus, seperti yang kita gagaskan dalam agenda reformasi yang kita laungkan berpuluh tahun. Keutamaan dan kesetiaan bukan kepada batang tubuh, tetapi kepada wawasan yang kita bawa. Lagi pun soal kesetiaan ini tidak sepatutnya timbul langsung. Tidak cukupkah puluhan tahun, dari usia muda, yang kami abadikan berjuang untuk PKR dan beliau, yang banyaknya beliau berada di dalam penjara? Kalau saya tidak setia dan mahu jawatan politik, bukankah lebih mudah saya mencium tangan Tun Mahathir semasa PH1.0 dahulu (seperti mana dibuat oleh ramai pimpinan PKR, DAP dan AMANAH yang lain pada ketika itu), atau bergabung dengan Dato’ Seri Azmin untuk mencabar Dato’ Seri Anwar sejurus PRU 2018? Malah, keputusan-keputusan yang merintis kepada bebasnya beliau dari penjara dalam tahun 2018, diberi pengampunan diraja dan ada peluang kembali untuk menjadi Perdana Menteri, banyaknya dirintis oleh kami, sedangkan Dato’ Seri Anwar (semasa di dalam penjara) tidak bersetuju pun dengan penubuhan PH. Pada ketika itu, beliau tetap percaya PKR tidak akan menang PRU tanpa PAS. Namun, kami teruskan juga kerana kami yakin itu satu-satunya jalan untuk menewaskan BN dalam PRU 2018 yang membuka jalan untuk beliau keluar penjara. Begitu juga di saat beliau berada di tempat paling bawah kerana dicemuh rakyat dan rakan dalam PH apabila gagal membawa ahli-ahli parlimen Umno menyokong beliau selepas Sheraton Move. Izzah mendatangi saya berkali-kali dan memujuk saya untuk kembali, dalam keadaan saya cukup gembira dan selesa dengan kehidupan saya sebagai rakyat biasa. Saya kembali dan membantu setakat yang terdaya dalam masa yang singkat. Alhamdulillah dari situ Dato’ Seri Anwar diberi peluang menjadi Perdana Menteri. Soal tidak setia ini hanya ditimbulkan secara tiba-tiba kerana saya berpandangan kita mesti lebih berani membuat perubahan walaupun rakan kita dalam kerajaan dan pihak berkepentingan lain kurang selesa. Itu harapan rakyat kepada kita. Pandangan saya juga makin tajam apabila saya kurang selesa dengan beberapa perkara tadbir urus dalam kerajaan, terutamanya yang melibatkan badan penguatkuasa seperti SPRM. Juga apabila beberapa perkembangan menunjukkan kita mula membina kroni tersendiri yang jadi kaya secara tiba-tiba dan ada pengaruh besar dalam kerajaan, sedangkan mereka tidak ada pertanggungjawaban dalam kerajaan atau rakyat. Tingkah laku mereka, dan juak-juak kepada kroni-kroni baru ini, tidak ubah seperti yang berlaku semasa BN dan PN dahulu. Suara-suara saya mengenai perkara-perkara ini yang tidak disenangi. Dari situ timbul tuduhan tidak pandai bekerja sepasukan, atau ada ego dan macam-macam lain. Dari pandangan mereka, kalau saya telan bulat-bulat semua ini dan mensucikan semua kerana kami satu parti, barulah saya tidak ada ego. Penulisan terbaru ini, yang memberi gambaran bahawa saya bercita-cita besar ke arah nak sailang Dato’ Seri Anwar, adalah versi baru dalam cerita yang sama. Pada mulanya, ada cubaan meracun penyokong PH dan rakyat konon saya tidak menjaga akar umbi. Bila saya berpendirian kalau menjaga akar umbi itu maknanya menabur duit, lantaklah kamu nak kata apa dan saya tidak akan terjebak. Kemudian ditukar kepada merajuk sebagai alasan untuk Izzah mencabar saya. Apabila saya letak jawatan dan dengan rela hati mengosongkan jawatan empuk kerajaan, walaupun ditawarkan menjadi Timbalan Presiden lantikan, versi itu mati di situ sahaja. Sekarang ada versi baru, kononnya saya mencabar Perdana Menteri kerana tidak sabar dalam mengejar cita-cita politik. Saya tidak kenal Liyana Marzuki dan tidak pernah berjumpa beliau. Saya tahu beliau lebih kenal Izzah dan saya tidak salahkan beliau jika versi “little birds” di sana sini yang dirujuk beliau itu hanya datang dari satu kumpulan. Cuma saya harap PKR dan pimpinan baru yang ada ini cukup-cukuplah melatah dan meloncat setiap kali saya bagi pandangan. Keputusan itu telah dibuat oleh PKR, ramai pimpinan yang ada sekarang bersekongkol dengan keputusan itu. Apabila nasi sudah jadi bubur, adalah tidak matang untuk berharap saya akan telan bubur itu bulat-bulat seperti yang mereka kehendaki. Saya bertanggungjawab kepada rakyat sebagai pengundi dan kepada saki-baki pimpinan yang masih bersama di dalam PKR yang mahu melihat politik yang lebih bersih dan bebas dari rasuah. Bukan politik feudal yang bertuankan batang tubuh. Insya Allah, saya akan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Yang selebihnya, lebih baik PKR, Dato’ Seri Anwar dan saya ambil jalan masing-masing yang berlainan. Saya tidak nampak jalan yang akan membawa saya kembali ke dalam barisan pimpinan PKR di masa akan datang.
Rafizi Ramli tweet media
Indonesia
163
944
2.3K
354.1K
Probebenor retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
@Mustelidae1817 Yeap! And we will match with voter's modelling to see kawasan mana yang voters more open to voting BERSAMA.
English
0
18
166
8K