✨anonymousDD03✨
5.6K posts

✨anonymousDD03✨
@DDanial03
🇲🇾 pantang pendekar berbalik pulang #maluapabossku



Insya-Allah masanya pasti tiba. Bossku kita @NajibRazak 🫡



Persembahan baling kerusi di PKR Kuala Selangor, Dun Ijok, Melawati, Jeram


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh. Salam Sejahtera dan Salam Maju Johor. Saya mengambil maklum pandangan, suara dan harapan rakyat Johor serta kepimpinan akar umbi UMNO dan Barisan Nasional Johor berhubung hala tuju parti menjelang Pilihan Raya Negeri yang akan datang. Selepas berbincang dengan pucuk pimpinan parti, saya dengan rasa penuh insaf dan tanggungjawab menyatakan bahawa Barisan Nasional Johor akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri akan datang. Bagi UMNO dan Barisan Nasional Johor, pendirian untuk bertanding di 56 kerusi DUN adalah tawaran yang jelas kepada rakyat bahawa kami bersedia untuk terus membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan berkhidmat sepenuhnya kepada pembangunan negeri serta kesejahteraan Bangsa Johor. Semoga Allah SWT sentiasa merahmati dan melindungi negeri Johor yang kita cintai ini. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah Dato’ Onn Hafiz Ghazi Pengerusi Barisan Nasional Negeri Johor #BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor

[TERKINI] Barisan Nasional Johor bakal bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Johor dalam Pilihan Raya Negeri akan datang. Alhamdulillah. #NoNegoGoSolo!




'Jangan sembang reformasi jika MP PJ sendiri ponteng 30 sesi RTPJ' Tindakan tersebut menyebabkan kerusi wakil rakyat berkenaan sering kosong ketika mesyuarat penting #SinarHarian #beritaterkini #PertalingJaya sinarharian.com.my/article/779727…



Masuk Silibus Sejarah: Apa Jasa DAP? Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - DAP yang ditubuhkan pada tahun 1966 tidak terlibat dengan apa-apa perjuangan, rundingan mahupun pengorbanan ke arah kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 1957 mahupun pembentukan Malaysia pada 1963. Pengerusi Biro Perunding Pendidikan Pemuda MCA, Ong Chee Siang berkata, sejarah yang tidak boleh dipadam jasa dan peranan Barisan Nasional yang dulunya Parti Perikatan dengan UMNO dan MCA adalah pasukan utama menuntut kemerdekaan negara. Justeru, beliau mempersoalkan cadangan seorang pemimpin DAP supaya peranan parti itu dimasukkan ke dalam silibus sejarah. "DAP dilihat terpalit pelbagai kontroversi kaum semenjak awal penubuhannya sehinggalah sekarang. Malah, ideologi “Malaysian Malaysia” dalam Deklarasi Setapak yang diperjuangkan parti itu dikhuatiri boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk. "Pembangunan pesat Malaysia serta peningkatan martabat negara di persada dunia selama ini juga bukan kerana DAP. Justeru, apa jasa DAP yang baru setahun jagung memerintah, yang perlu dipelajari dan dikenang oleh pelajar sekolah?," katanya menerusi satu kenyataan di media sosial hari ini. Chee Siang secara sinis melontarkan pandangan mungkin penulis buku cerita boleh mempertimbangkan untuk membukukan janji-janji palsu DAP seperti menutup kilang Lynas yang sebelum ini didakwa loji nuklear. Begitu juga tentang nyanyian lagu ABCDGST yang akhirnya GST enam peratus digantikan dengan SST lapan peratus, cukai-cukai baharu yang diperkenalkan serta janji menghapuskan tol dan menghapuskan kamera AES yang kini semakin bertambah. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial MCA





Sultan Sharafuddin kekal tidak berkenan aktiviti ternakan babi di Selangor Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kekal dengan pendirian tidak berkenan sebarang aktiviti penternakan babi dijalankan di negeri ini sama ada berskala besar mahupun kecil susulan faktor kesesuaian guna tanah serta risiko alam sekitar yang boleh menjejaskan kepentingan awam. ARTIKEL: sinarharian.com.my/article/778889… #SinarHarian #isubabai #SultanSelangor













