
Ghazali Resab@gmill
36.9K posts



Yang mulia presiden dia je. Lepas hina pmx, hina sahabat Nabi. Semua nya hina di mata PAS. PARTI AJARAN SETAN

Adakah sikap berdiam diri PAS ini mahu dilihat sebagai membela individu yang menghina atau merendahkan kedudukan para sahabat Nabi? Sedangkan dalam Islam, para sahabat Rasulullah SAW mempunyai kedudukan yang sangat tinggi dan wajib dibela, bukan dijadikan bahan perbandingan ceramah politik. Mana laporan polis dari PAS bila Sahabat Rasulullah saw dihina?

Saya tak suruh percaya apa yang saya cakap. Saya tahu, sekarang ramai yang tak mahu dengar pandangan saya. Ramai yang kata, “Ah… Tun dah tua… biarlah Tun rehat.” Tak mengapa… saya tak minta anda ikut buta-buta. Saya cuma minta satu… tengoklah sendiri. Gunakan mata, gunakan telinga, gunakan akal. Lihat dengan jelas, apa yang sedang berlaku di hadapan kita hari ini. Kerajaan ini… mereka datang dengan janji yang besar. Kononnya nak betulkan semua masalah, nak pulihkan ekonomi, nak bela rakyat. Tapi sekarang… mana hasilnya? Harga barang? Naik. Kos hidup? Bertambah. Ringgit? Semakin lemah. Peluang kerja? Semakin sempit. Perniagaan kecil? Ramai gulung tikar. Bila rakyat mengadu… mereka kata “Sabar… ini salah kerajaan lama.” Berapa lama nak salahkan kerajaan lama? Sekarang mereka yang berkuasa, mereka yang ada kuasa untuk ubah keadaan. Dulu mereka kritik saya macam-macam. Kononnya saya zalim, saya boros, saya salah urus. Tapi… zaman saya, pelabur datang. Zaman saya, rakyat dapat kerja. Zaman saya, kita boleh bina lebuh raya, lapangan terbang, pelabuhan. Sekarang… apa yang mereka bina? Hanya alasan, alasan, alasan. Saya tak marah kalau orang tak percaya saya. Tapi saya hairan… kenapa masih percaya orang yang jelas-jelas gagal? Kenapa masih pertahankan mereka walaupun rakyat semakin susah? Kita jangan jadi buta hati. Kita jangan biar perut lapar, tapi minda dibuai janji palsu. Saya sudah lama dalam politik. Saya dah lihat jatuh bangun negara ini. Bila kerajaan lemah, negara akan lemah. Bila pemimpin hanya fikir kuasa, rakyat akan menderita. Sekarang… itulah yang sedang berlaku. Jadi sekali lagi saya pesan… tak perlu percaya saya. Tapi tengoklah sendiri… timbanglah dengan hati yang jujur. Kalau ini kerajaan yang kononnya “Madani”… kenapa hidup rakyat makin susah, kenapa negara makin ketinggalan, dan kenapa pemimpinnya makin sibuk berpolitik daripada bekerja?

Pemuda PAS Wilayah Persekutuan dan PKR Cabang Bukit Bintang membantah ‘pesta air’ dan muzik ‘Rain Rave Water Music Festival 2026’ di Kuala Lumpur pada 30 April hingga 2 Mei. Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Azmer Syazwan Ahmad Suparmin berkata pihaknya menyatakan bantahan paling keras, tegas dan tanpa kompromi terhadap penganjuran program yang dijadualkan berlangsung di Bukit Bintang itu. “Penganjuran festival ini bukan sekadar isu hiburan, tetapi mencerminkan krisis nilai, kegagalan kepekaan moral, serta kecelaruan keutamaan dalam negara. “Ketika dunia menyaksikan pembunuhan beramai-ramai, penindasan dan penderitaan berpanjangan di Asia Barat, khususnya di bumi Palestin, penganjuran pesta hiburan berskala besar ini adalah satu bentuk pengkhianatan terhadap rasa kemanusiaan dan solidariti ummah,” katanya dalam kenyataan media, semalam. Berita penuh: malaysiakini.com/news/773516

PAS kekal dengan pendirian sebagai sebuah parti yang terbuka menjalinkan kerjasama politik dengan mana-mana pihak selagi berasaskan kepentingan agama, bangsa dan negara. Berita penuh harakahdaily.net/2026/04/24/pas…












