serendipity

9.1K posts

serendipity banner
serendipity

serendipity

@darahseparuh

Bersama Malaysia 🇲🇾🇲🇾🇲🇾

Katılım Şubat 2012
331 Takip Edilen287 Takipçiler
Sabitlenmiş Tweet
serendipity
serendipity@darahseparuh·
Bukan Muda, tidak juga tua! Bukan politik nepotisme, tidak juga politik saka tua! Tapi, BERSAMA! Ayuh Malaysia kita buka lembaran baru politik Malaysia. Daftar keahlian anda, bersama.org/ms/daftar
serendipity tweet media
Indonesia
0
9
41
357
serendipity retweetledi
Tok Hang
Tok Hang@Tok_Hang67·
@adamyusuf88 Gambar 1 : Posting meraih simpati. Gambar 2 & 3 : Respond Netizens **Menyesal minta simpati 😭😭😭
Tok Hang tweet mediaTok Hang tweet mediaTok Hang tweet media
Indonesia
2
12
19
251
serendipity retweetledi
MiWa
MiWa@angah_izaaz·
How funny orang pertikai bilangan ahli mendaftar Bersama. Like parents welcoming newborn, or welcoming new siblings. We are happy to have a new addition to the family. Mestilah kami celebrate. This is not a competition nor is it about numbers. There's no such thing as CONVINCING NUMBERS when it comes to bilangan ahli party. 30 ribu ka, 3 ribu ka, bahkan 3 sekalipon, kedatangan ahli keluarga baru, kami tetap raikan. We are just happy that the family's got bigger. That's it.
English
7
25
74
2K
serendipity
serendipity@darahseparuh·
Hmm bukan bawah 5k. Atas 10k. Daftar awal dpt running number tinggi. Apa-apa pun alhamdulillah
Indonesia
0
0
0
16
serendipity
serendipity@darahseparuh·
Lambat dapat email, tapi no ahli masih bawah 5k. Ayuh Bersama!
serendipity tweet media
Indonesia
4
1
8
178
serendipity
serendipity@darahseparuh·
@ALprobono Haah la.. hmmmm 8 terakhir no running keahlian.
GIF
Indonesia
0
0
1
9
serendipity retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
1874, Perjanjian Pangkor. Tanah Melayu masa itu pun belum ada sistem pendidikan yang teratur. British datang dengan sekitar 100 orang askar sahaja, tetapi sudah mampu mengawal seluruh negeri. Pendidikan hampir tiada. Konsep untuk mentadbir negara sendiri pun belum wujud. Tetapi dalam tempoh 83 tahun, masyarakat kita membuat lonjakan yang luar biasa. Daripada ramai yang tidak tahu membaca, daripada hidup serba kekurangan, kita akhirnya membina sistem pentadbiran sendiri, melahirkan peguam, dan menanam cita cita untuk merdeka. Menjelang 1957, kita sudah mampu mentadbir negara sendiri. 83 tahun. Itulah lonjakan generasi sebelum kita. Sekarang, sudah hampir 70 tahun sejak Merdeka. Tetapi cara fikir kita masih lebih kurang sama. Dari tahun 70 an dan 80 an sampai hari ini, kita masih bergaduh tentang perkara yang sama. Masih mengejar benda yang sama. Masih bercakap tentang isu yang sama. Sedangkan negara jiran seperti Vietnam sudah membuat lonjakan yang suatu ketika dahulu pernah kita lakukan sebelum Merdeka. Itulah yang merisaukan saya. Sebab itu saya berada dalam politik. Kalau bukan kerana tokoh seperti Za'ba, Pak Sako, Tunku Abdul Rahman atau Tun Razak, kalau mereka tidak mempunyai cita cita besar yang dianggap “gila” pada zaman mereka, kita tidak akan berada di tahap hari ini. Saya pasti pada zaman Za'ba pun ada orang yang memperlekehkan beliau. Pasti ada yang berkata, “Apalah yang dia merepek ni.” Itu memang lumrah. Tetapi pemikiran seperti itulah yang akhirnya membawa perubahan. Saya rasa tidak salah untuk bermimpi tentang sesuatu yang jauh lebih baik untuk generasi selepas kita. Kalau kita masuk politik, itulah satu satunya kemuliaan sebenar yang politik boleh tawarkan. Bukan harta. Bukan pangkat. Tetapi keupayaan untuk membayangkan sesuatu yang jauh lebih besar daripada diri sendiri. Dan kerja itu masih belum selesai. Selagi kita percaya negara ini boleh jadi lebih baik untuk generasi akan datang, selagi itu kita patut terus berusaha. Tonton kupasan penuh isu ini di Podcast YBM Episod 48: youtu.be/0fkxxzr9w1Y?si…
YouTube video
YouTube
Indonesia
24
160
546
16.4K
serendipity retweetledi
Goals Side
Goals Side@goalsside·
🚨🚨| BREAKING: Arsenal have named Israeli-founded company Deel as their new official sleeve sponsor from the 2026/27 season. 🇮🇱 Deel’s logo will appear on the left sleeve of all Arsenal kits under a multi-year deal. 🔴⚪️ [@JewishNewsUK]
Goals Side tweet mediaGoals Side tweet media
English
916
1.8K
9.1K
4.7M
𝕷𝖚𝖐𝖒𝖆𝖓 𝕱𝖗𝖔𝖉𝖔𝖑𝖘𝖐𝖎 🇲🇾
Genap setahun lepas, ahli-ahli #TSR masih lagi dalam fasa berkenalan sesama sendiri. Ada yang muncul sebagai lone wolf macam saya, ada yang datang by group. Saya pun masih menggunakan DP muka sendiri. DP Simpsons saya tukar menjelang hari Raya Haji. And the rest is history 💛
Indonesia
10
25
104
3.4K
serendipity retweetledi
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗣𝗞𝗥, 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗜𝗞𝗨𝗧 𝗛𝗔𝗟𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚-𝗠𝗔𝗦𝗜𝗡𝗚 Saya telah menghantar borang keluar parti melalui aplikasi ADIL yang menguruskan keahlian PKR. Permohonan keluar parti ini saya hantar selepas dapat pengesahan bahawa surat perletakan jawatan saya sebagai ahli parlimen telah diterima oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul. Segala bukti penghantaran boleh dirujuk di video. Semuanya dibuat teratur mengambil kira prinsip demokrasi dan keperluan undang-undang. Saya kosongkan kerusi untuk memulangkan semula mandat kepada rakyat. Ada yang tanya beberapa soalan: adakah saya boleh bertanding balik lepas ini? Jawapan: Ya, sebab peruntukan ahli parlimen yang mengosongkan kerusi tidak boleh bertanding 5 tahun itu telah dipinda semasa pindaan Perlembagaan tahun 2022 untuk memperkenalkan Akta Lompat Parti. Ada juga yang bertanya adakah lepas ini akan ada pilihan raya kecil Pandan dan Setiawangsa? Jawapan: Mengikut Perlembagaan, PRK tidak perlu diadakan sekiranya kekosongan berlaku selepas 3 tahun. Ia hanya dipanggil sekiranya kekosongan itu menjejaskan majoriti kerajaan hingga boleh menumbangkan kerajaan, mengikut tafsiran Speaker Dewan Rakyat. Jadi sepatutnya tidak ada PRK, tetapi kita tunggu keputusan rasmi dari Speaker. Saya keluar dari PKR setelah saya meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen, jadi isu lompat parti tidak berbangkit. Ia juga tidak tertakluk kepada bon RM10 juta yang dikenakan oleh PKR kepada Ahli Parlimennya, kerana perjanjian itu secara jelas mengatakan bon tidak terpakai sekiranya ahli parlimen itu mengosongkan kerusi parlimen sebelum keluar parti. Saya tahu Setiausaha Agung PKR sibuk gebang dia ada bukti screen shot kononnya saya masuk BERSAMA lebih awal, cuba lah dia bawak bukti screen shot dia ke mahkamah. Mesti kena gelak dengan satu Malaysia. Pembuktian keahlian sesuatu parti di mahkamah ialah rekod dari parti yang disertai. Rekod BERSAMA boleh tunjukkan secara jelas yang saya tidak menyertai BERSAMA sehinggalah saya telah meletakkan jawatan sebagai ahli parlimen dan sebagai anggota PKR. Saya kini kembali seperti rakyat Malaysia yang lain - tiada pangkat, tiada jawatan dan bermula dari bawah semula. Malah saya kini menjadi penganggur sekali lagi. Tapi saya tenang dan gembira. Dalam politik, kita mesti yakin bahawa perjuangan kita itu akan membawa kebaikan kepada rakyat. Bukan sahaja membawa kebaikan tetapi mengurangkan kerosakan kepada masyarakat. Kita diajar bahawa hidup ini mestilah amar maaruf nahi mungkar. Kalau tidak dapat melawan dengan tangan, bersuaralah. Paling lemah, tidak bersetuju dalam hati. Saya telah mengabdikan hampir keseluruhan hidup dewasa saya untuk membina PKR. 28 tahun adalah masa yang lama, saya kini berumur 49 tahun. Saya telah melalui proses yang ada ketikanya saya tidak bersetuju dalam hati, kerana pada ketika itu saya hanyalah seorang pimpinan junior. Keputusan akhir itu bukan terhenti di peringkat saya, amanah itu dipegang pimpinan terkanan. Bila saya menjadi orang nombor dua, saya adalah salah seorang pimpinan terkanan. Saya telah bersuara kerana the buck stops at me. Kini sampai ke peringkat saya perlu melawan dengan hati, suara dan tangan - sebab itu berhijrah ke parti baru menjadi satu keperluan. BERSAMA masih kecil, masih kain putih dan boleh dibentuk. Saya tidak menyesal atau kecil hati menghabiskan masa 28 tahun membina PKR sehingga PKR jadi kerajaan persekutuan. Saya tidak pernah buat semua itu untuk mendapat pujian, balasan atau pangkat. Saya tahu saya bukan seorang yang wara’ dan perlu cari pahala sebanyak yang mungkin. Saya kira itu tanggungjawab fardhu kifayah dan Insya Allah, ada lah pahala dan bahagian saya. Kepada yang mengikuti saya, kalau kena dengan jiwa, sertailah BERSAMA. Lawati bersama.org dan daftar jadi ahli. Jangan lagi gundah gulana pasal PKR, berhijrahlah dengan hati yang terbuka dan tenang. Tinggalkan apa-apa yang toksik itu dalam PKR, kita tumpu untuk membesarkan Kancil supaya ia boleh bawa kebaikan kepada masyarakat. Tumpu kepada 12 Agenda Kancil, bahaskan, bedah siasat dan sampaikan setiap dari 12 agenda ini kepada masyarakat. Kepada kawan-kawan yang kekal di dalam PKR dan PH, saya doakan yang baik-baik sahaja. Pesan saya hanya satu; berkata benarlah kepada pimpinan walaupun itu perkara yang paling susah kita nak buat. Kepada rakyat Malaysia, saya doakan kita diberi kelapangan untuk menumpukan kepada masa depan. Yang muda-muda ini akan bergantung kepada kematangan dan kewarasan kita, that’s the least we owe them. Terima kasih, jangan lupa daftar menjadi ahli BERSAMA di bersama.org
Indonesia
76
461
1.4K
61.7K
serendipity retweetledi
🇲🇾 Nik Nazmi
🇲🇾 Nik Nazmi@niknazmi·
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen. Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru. Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal. Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi. Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang. Rafizi bin Ramli Ahli Parlimen Pandan Nik Nazmi Nik Ahmad Ahli Parlimen Setiawangsa
🇲🇾 Nik Nazmi tweet media
Indonesia
55
238
890
19.9K
serendipity
serendipity@darahseparuh·
@UMNONow @NajibRazak Perampok ni kenapa nak dijunjung sangat? Apa dah pupus segala pemimpin lain dalam UMNO?
Indonesia
0
0
0
13
#UMNONow
#UMNONow@UMNONow·
Didoakan semoga insan ini kembali ke pangkuan parti dan seterusnya bergerak bersama menguburkan Pakatan Harapan bermula di Pilihan Raya Negeri Johor tidak lama lagi! Insya-Allah Bossku @NajibRazak.
#UMNONow tweet media
Indonesia
130
18
98
17.6K