Azli Yusof retweetet
Azli Yusof
5.2K posts

Azli Yusof
@azliby
Ahli Parlimen Shah Alam | Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) | JK Pimpinan Amanah Nasional | Timb Pengerusi Amanah Selangor | Ketua Amanah Shah Alam
Shah Alam, Malaysia Beigetreten Mayıs 2013
204 Folgt5.2K Follower
Azli Yusof retweetet

Sabtu | 1 Syawal 1447H.
Solat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Masjid Negeri Selangor.
Dalam perjalanan ke kampung halaman, singgah berhari raya di rumah mak saudara (Cik Noi) di Sungai Gulang-gulang, Tanjung Karang.
Menjelang tengah hari, selamat tiba di Simpan Lima, Sungai Besar untuk berhari raya bersama bonda dan sanak saudara.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami sekeluarga.
Maaf Zahir dan Batin.
.




Indonesia
Azli Yusof retweetet
Azli Yusof retweetet

Dua malam terakhir Ramadan. Saya berkesempatan ziarah dan menyantuni ahli kariah surau berdekatan.
Malam Khamis 29 Ramadan, saya solat Isya dan Tarawih di Surau Nurul Ihsan Seksyen 6.
Manakala malam Jumaat 30 Ramadan, saya 'balik kampung' solat Isya dan Tarawih di Surau at Taqwa Seksyen 7.
Saya mohon sejuta kemaaafan kerana tidak dapat ziarah dan menyantuni kesemua ahli² kariah/jemaah surau dan masjid di Parlimen Shah Alam. Insya-Allah, jika ada kesempatan saya akan singgah dan ziarah. Kita ketemu di lain waktu.
Semoga amalan kita sepanjang Ramadan diterima dan kesalahan kita diampuni Ilahi.
Rasulullah SAW bersabda:
ورَغِمَ أنفُ رجلٍ دخلَ علَيهِ رمضانُ ثمَّ انسلخَ قبلَ أن يُغفَرَ لَهُ ، ورغمَ أنفُ رجلٍ أدرَكَ عندَهُ أبواهُ الكبرَ فلم يُدْخِلاهُ الجنَّةَ
Maksudnya: “Celakalah seseorang itu apabila bulan Ramadan menemuinya kemudian berlalu pergi sebelum dia mendapatkan keampunan dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orang tuanya tidak menjadi sebab yang memasukkannya kedalam Syurga (kerana tidak berbakti kepada ibu bapanya.”
(Riwayat al-Tirmizi)
Firman Allah SWT:
وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: “Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.”
(Surah al-Baqarah: 185)
Tahniah kerana berjaya melaksanakan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Maaf Zahir Dan Batin.
.




Indonesia
Azli Yusof retweetet

Selasa | 27 Ramadan 1447H
Sekitar jam 3.00 petang, kami sudah sedia terpacak di ruang lobi menunggu ketibaan YB Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan ke Hospital Shah Alam Selangor (HSAS).
Sebaik YB Menteri tiba, kami langsung ke Auditorium HSAS bagi pelaksanaan Majlis Ziarah Madani Dan Program PEKA B40 HSAH termasuk penyerahan sumbangan kepada 30 penerima kaki tangan hospital.
Dalam ucapannya YB Menteri telah menjelaskan peranan utamanya menetapkan dasar dan hala tuju Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Antara lain tumpuannya adalah berkenaan pelaksanaan Rekod Perubatan Elektronik (EMR), Pelan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan Asas (MHIT Asas), pengukuhan infrastruktur dan perkhidmatan hospital kerajaan, disamping menangani gejala penyakit tidak berjangkit (NCD).
Datuk Seri Dr Dzulkefli turut mengumumkan kelulusan beberapa keperluan untuk Hospital Shah Alam, merangkumi
- Penggantian QMS (Sistem Pengurusan Giliran)
- Naik taraf siar raya dan layar LED untuk Auditorium
- Penggantian kerusi menunggu dan sofa di wad² yang telah uzur
Beliau juga turut mengambil maklum dan akan memberi perhatian tentang keperluan untuk menyegerakan pembinaan bangunan hospital tambahan berkapasiti 400 katil dan ruangan parkir bertingkat bagi menampung keperluan semasa dan akan datang.
Seterusnya kami mengiringi YB Menteri melawat Wad Pediatrik di Aras 2 dan menyantuni pesakit, penjaga dan keluarga yang menemani mereka.
Terima kasih YB Menteri atas kesudian ziarah dan kepedulian terhadap cabaran dan keperluan HSAS.
.




Indonesia

REZEKI RAMADAN! Alhamdulillah, hari ini Lembaga Tabung Haji (TH) umum agihan keuntungan (dividen) sebanyak 3.5% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
- Beri manfaat kepada lebih 9.7 juta pendeposit
- Melibatkan agihan sebanyak RM3.22 bilion
- TH telah lunaskan pembayaran zakat bagi pihak pendeposit.
- Lebih baik dari tahun sebelumnya, 3.25% (2024)
- Kadar tertinggi dalam tempoh 8 tahun.
.

Indonesia

Isnin | 26 Ramadan 1447H
Saya pernah muda dahulu. Juga pernah memimpin pemuda. Jiwa muda memang masih sentiasa tersemat di dada. Cuma kudrat dah tak berapa nak ada.
Terima kasih sayap Pemuda AMANAH Shah Alam kerana menjemput saya dalam majlis iftar dan ramah mesra meraikan pemuda dan mantan² aktivis pemuda Amanah Shah Alam.
Saya cukup gembira melihat semangat kepemudaan terus membara sepanjang zaman dan jalinan ukhuwwah yang kekal berpanjangan.
Usai majlis, saya langsung ke Surau Seksyen 3 untuk solat Isyak dan Tarawih. Seterusnya saya berpeluang menyantuni ahli kariah dan moreh bersama jemaah yang hadir.
Moga kita terus manfaatkan Ramadan yang berbaki dan istiqamah dalam beramal.
Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai kalian manusia, beramallah sekadar kemampuan kamu, bahawa sanya, Allah tidak akan berasa jemu sehingga kalian merasa jemu. Dan sesungguhnya amalan yang paling dicintai Allah adalah amalan yang dikerjakan secara berkekalan walaupun sedikit." (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
.




Indonesia
Azli Yusof retweetet

After much reflection, I have decided to resign from my position as Director of the National Counterterrorism Center, effective today.
I cannot in good conscience support the ongoing war in Iran. Iran posed no imminent threat to our nation, and it is clear that we started this war due to pressure from Israel and its powerful American lobby.
It has been an honor serving under @POTUS and @DNIGabbard and leading the professionals at NCTC.
May God bless America.

English

"Maaf YB, terpaksa bergelap. Tapi ini dah biasa terjadi", kata En Haidzir Sham YDP PIBG ketika menyambut ketibaan saya untuk merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-31 SK Seksyen 20 Shah Alam pada pagi Sabtu yang lepas.
Bekalan elektrik bagi blok menempatkan bilik guru dan sebahagian bilik darjah ditutup sementara. Ia bertujuan membolehkan bekalan disambung ke blok menempatkan dewan himpunan. Mesyuarat boleh diteruskan.
Banyak sekolah yang berusia melebihi usia 30 tahun mula menghadapi masalah pendawaian atau lebihan bebanan elektrik. Ini menyebabkan gangguan dan putus bekalan elektrik yang kerap dan berulang.
SK Seksyen 20 tidak terkecuali. Saya dimaklumkan perkara ini telah diajukan kepada pihak atasan. Namun belum ada tanda tindakan akan dilaksanakan.
Barangkali ia akan dilaksanakan bersekali dengan penambahan prasarana dan blok baharu bagi menampung pertambahan pelajar yang semakin meningkat saban tahun.
Berapa lama lagi nak tunggu? Selamatkah keadaan sedia ada? Bolehkah disegerakan? Ini antara persoalan yang saya akan bangkitkan kepada pihak KPM dan dapatkan penjelasan sebagai jawapan kepada kebimbangan pihak sekolah.
Dalam pada itu, keperluan semasa harus diberi perhatian juga. Saya maklumkan bersetuju memperuntukkan sebuah layar LED besar untuk kegunaan dewan himpunan sebagaimana dipohon pihak PIBG.
Moga ia akan memberi banyak manfaat untuk melancarkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), menjimatkan tenaga dan wang serta menarik minat pelajar dengan kaedah pendidikan digital sesuai dengan pendekatan terkini.
.




Indonesia

Jangan lupa!! Esok "Jualan Mantai" selama 24 jam bermula jam 8 pagi Selasa hingga 8 pagi Rabu di Stadium Shah Alam.
Sebanyak 10 tan daging lembu segar tempatan akan dijual pada harga RM25 sekilogram selepas diskaun kupon RM5 daripada harga asal RM30 sekilogram.
Warga Selangor khususnya penduduk Shah Alam atau kawasan sekitarnya berpeluang mendapatkan bekalan daging segar pada harga yang lebih murah.
Perkara ini diumumkan oleh En Abdul Rashid Bahri, Ketua Pengarah FAMA di Pasar Tani Stadium Shah Alam pagi Ahad semalam.
Sebelum itu saya telah menyempurnakan Program Pelancaran Semarak Syawal 1447 @Pasar Tani Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
Saya turut luangkan masa hampir 1 1/2 jam menyantuni peniaga dan pengunjung Pasar Tani Stadium Shah Alam. Kami juga adakan jualan "Happy Hour" barangan terpilih termasuk ayam, sayur-sayuran dan lain² pada harga diskaun.
Turut hadir Pengarah FAMA Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Isa Hamzah serta Ketua Pegawai Eksekutif Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd, Rusman Md Lizah.
.




Indonesia

Sabtu | 24 Ramadan 1447H
Menjelang minggu terakhir Ramadan, banyak kumpulan tadarus al Quran telah menamatkan bacaan masing².
Menjadi kelaziman, majlis khatam Al Quran dianjurkan bagi meraikan peserta dari kalangan jemaah dan ahli kariah yang mengambil bahagian.
Pada sebelah pagi saya berkesempatan meraikan dan menyantuni peserta khatam Al Quran Masjid Riadhus Salihin Seksyen 17.
Manakala pada sebelah malam pula, saya turut bersama dalam Majlis Khatam Al Quran Remaja Surau Al Amin Seksyen 19.
Moga Allah SWT memberkati dan memberi ganjaran yang besar kepada kita semua kerana memuliakan al Quran dan menghayatinya dalam kehidupan.
إِنَّ هَـٰذَا ٱلْقُرْءَانَ يَهْدِى لِلَّتِى هِىَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلْمُؤْمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعْمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًۭا كَبِيرًۭا
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar. [Al-Isra':17]
.




Indonesia

Jumaat | 23 Ramadan 1447H
Tepukan dan sorakan bergema sebaik saya menyebutkan bahawa Kolej Tingkatan 6 akan diangkat sebagai pendidikan tinggi sebenar. Diletakkan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi bermula tahun 2027.
Kegembiraan ini dizahirkan pelajar² ketika saya berucap dalam Majlis Berbuka Puasa 2026 anjuran Friends Of Shah Alam (FOSA) dan Kolej Tingkatan Enam Shah Alam (KTESA).
Alhamdulillah, kesempatan ini saya ambil untuk beramah mesra dengan pelajar dan tenaga pengajar KTESA serta aktivis/relawan FOSA.
Majlis dianjurkan bersama oleh Penggerak Belia Selangor PeBS, MPP Zon 1, 4, 6 dan 8, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Shah Alam dan PKM DUN Batu 3.
Seterusnya, saya mohon untuk beredar menunaikan solat Isyak dan Tarawih di Masjid Kampung Kuantan serta menyantuni jemaah yang hadir.
Sabda Nabi SAW:
لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ حِينَ يُفْطِرُ ، وَفَرْحَةٌ حِينَ يَلْقَى رَبَّهُ
Maksudnya: Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya. [Riwayat al-Tirmizi: 696]
.




Indonesia

Azli Yusof retweetet







