Ismail Abd Rahman

3.4K posts

Ismail Abd Rahman banner
Ismail Abd Rahman

Ismail Abd Rahman

@bukitmulia

Pesara Professional JKR

Malaysia Beigetreten Haziran 2010
3.5K Folgt2.2K Follower
Ismail Abd Rahman retweetet
PEJABAT TKPKR (Sektor Bangunan)
9 April 2026 - Mesyuarat Penyelarasan Awal bagi Pembinaan Pelaksanaan Bilik Darjah Tambahan Tahun 1 Sesi 2027 telah berlangsung dan dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), bertempat di Menara Kerja Raya (Blok G), Ibu Pejabat JKR Malaysia. Mesyuarat ini menjadi langkah awal yang penting dalam memastikan perancangan dan pelaksanaan projek bilik darjah tambahan dapat diselaraskan secara lebih teratur dan menyeluruh. Perbincangan yang diadakan bukan sahaja memfokuskan kepada status semasa dan hala tuju pelaksanaan, malah turut menekankan keperluan tindakan segera, kesiapsiagaan di peringkat tapak serta penyelarasan bersepadu antara semua pihak terlibat. Penekanan yang diberikan terhadap aspek akauntabiliti, pematuhan jadual serta keupayaan mengurus risiko mencerminkan komitmen untuk memastikan pelaksanaan projek ini dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan terkawal, seterusnya menyokong penyediaan fasiliti yang bersesuaian untuk dimanfaatkan oleh murid Tahun 1 pada sesi persekolahan tahun hadapan. #IamJKR #JKRsynergy #JasaKepadaRakyat
PEJABAT TKPKR (Sektor Bangunan) tweet mediaPEJABAT TKPKR (Sektor Bangunan) tweet mediaPEJABAT TKPKR (Sektor Bangunan) tweet mediaPEJABAT TKPKR (Sektor Bangunan) tweet media
Indonesia
0
1
9
126
Ismail Abd Rahman retweetet
Ministry of Finance🇲🇾
Ministry of Finance🇲🇾@MOFmalaysia·
Harga minyak global meningkat, namun Kerajaan terus melindungi rakyat dan memastikan kestabilan harga barangan.
Ministry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet media
Indonesia
5
207
270
34.4K
Ismail Abd Rahman retweetet
Ismail Abd Rahman retweetet
Al Jazeera Breaking News
Al Jazeera Breaking News@AJENews·
Malaysia’s PM Anwar Ibrahim said any talks with Iran must aim to end the US and Israel war with the country, not serve as a tactical advantage or temporary pause. He also reaffirmed Iran’s right to defend its sovereignty while urging restraint to avoid wider regional fallout.
English
110
2.2K
5.8K
203.2K
Ismail Abd Rahman retweetet
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Insya-Allah, saya akan menggariskan langkah-langkah strategik negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan mendepani krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat, dengan pendekatan yang tegas, terancang dan berpaksikan kepentingan rakyat serta ketahanan negara. Nantikan jam 6.30 petang ini. #MalaysiaMADANI
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
61
678
1.8K
185K
Ismail Abd Rahman retweetet
Ministry of Finance🇲🇾
Ministry of Finance🇲🇾@MOFmalaysia·
📈 Kenaikan harga minyak mentah global tidak dapat dielakkan, namun Kerajaan MADANI kekal komited melindungi rakyat daripada tekanan kos sara hidup. 💰 Peningkatan ini berpunca daripada faktor geopolitik yang menjejaskan bekalan dunia.
Ministry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet media
Indonesia
13
199
250
20.3K
Ismail Abd Rahman retweetet
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Petra Jaya | 2 Syawal 1447H Alhamdulillah, seronok dapat bersama warga Petra Jaya hari keduak kita beraya ari tok tek. Terima kasih kepada Gabungan Penghulu & Ketua Masyarakat P.194 Petra Jaya atas penganjuran Majlis Ramah Mesra Rakyat di CIDB Convention Centre Sarawak. Walaupun dibuat secara sederhana, kehadiran ribuan penduduk memang terasa sangat meriah. Pelbagai juadah disediakan dari Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa hinggalah ke Swee Kang Ais Kacang nok popular di Kuching tok. Terasa suasana kebersamaan bila semua sik ngira kaum, dapat makan, duduk semeja dan beramah mesra. Kehadiran TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, menyerikan lagik majlis ya, selain beberapa Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dan Negeri. Empat bas ngembak Orang Ulu dari Baram, Belaga, Lawas, Tubau dan Telang Usan, pun ada juak tek datang merik sokongan dengan sidak Gabungan Penghulu & Ketua Masyarakat P.194 Petra Jaya. Toklah keistimewaan Sarawak. Kita hidup dalam suasana penuh perpaduan, saling menghormati dan sentiasa meraikan antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Semangat toleransi toklah kekuatan kita bersama yang perlu kita pertahankan sampei bila-bila. Gembira dapat berjumpa, bersalaman dan bertanya khabar dengan semua. Insya-Allah, hubungan erat antara pemimpin dan rakyat akan terus kita pelihara. Selamat Hari Raya Aidiltiri. Maaf Zahir dan Batin #Aidilfitri2026
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
5
12
442
Ismail Abd Rahman retweetet
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat saya dari New Zealand, Christopher Luxon, kami bertukar pandangan mengenai perkembangan di Asia Barat serta kesannya terhadap keselamatan dan ekonomi global. Saya menegaskan pendirian Malaysia yang mengecam keras serangan ketenteraan terhadap Iran, serta menolak sebarang tindakan unilateral yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Malaysia kekal menggesa gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta kembalinya semua pihak ke meja rundingan melalui saluran diplomasi. Kami turut menyentuh kesan konflik terhadap sektor tenaga New Zealand, termasuk peningkatan harga bahan api dan tekanan terhadap ekonomi domestik. Saya menyambut baik langkah proaktif kerajaan New Zealand dalam memperkukuh keselamatan tenaga serta mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu. Dalam masa yang sama, kami menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala di bawah kerangka Perkongsian Strategik, termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama tenaga. Kami akan terus berhubung rapat dalam mendepani cabaran semasa demi kepentingan bersama. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
6
66
283
18.8K
Ismail Abd Rahman retweetet
CIKYANie
CIKYANie@lady_bugg11·
Copy n Paste : DiPLOMASI Strategik dan Usaha PMX dengan Iran 👍🏻👌🏻👆🏻 Kejayaan pelepasan kapal tangki Malaysia di Selat Hormuz (laluan minyak paling kritikal di dunia) adalah bukti keberkesanan Diplomasi Aktif yang diamalkan oleh YAB Perdana Menteri (PMX). Rundingan Terus:- PMX secara konsisten menggunakan pendekatan dialog terus dengan pemimpin tertinggi Iran. Hubungan baik ini membolehkan isu-isu teknikal atau ketegangan di kawasan konflik diselesaikan melalui meja rundingan tanpa perlu melalui konfrontasi fizikal. Prinsip Undang-undang Antarabangsa: Malaysia sentiasa menekankan hak pelayaran bebas mengikut Konvensyen Undang-Undang Laut Antarabangsa (UNCLOS). PMX memastikan Malaysia dilihat sebagai negara neutral yang menghormati kedaulatan Iran sambil mempertahankan hak perdagangan negara. Negara Jambatan (Bridge Builder): PMX memposisikan Malaysia sebagai suara sederhana (moderate) yang boleh bercakap dengan semua pihak, menjadikan Malaysia rakan dagang yang dipercayai oleh negara-negara Teluk dan Timur Tengah. Jaminan Bekalan: Apabila kapal tangki dapat melalui Selat Hormuz tanpa gangguan, rantaian bekalan minyak mentah menjadi stabil. Tiada gangguan bekalan bermaksud tiada lonjakan harga mendadak akibat spekulasi pasaran. Strategi kerajaan untuk menyelaraskan harga runcit (melalui sistem APM) membolehkan rakyat menikmati penurunan harga apabila harga pasaran global stabil. Ini adalah "hadiah" ekonomi yang meringankan kos sara hidup selepas perbelanjaan musim perayaan yang tinggi. Keyakinan Pelabur: Kestabilan harga tenaga menarik pelabur asing kerana kos operasi industri (logistik dan pengangkutan) menjadi lebih murah dan boleh diramal Malaysia berada di posisi yang sangat sensitif kerana perlu mengimbangi hubungan dengan dua kuasa besar yang sering berkonfrontasi. Jika terlalu memihak kepada Iran: Malaysia berisiko terkena sekatan ekonomi (sanctions) daripada Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya, yang boleh melumpuhkan sistem perbankan dan pelaburan teknologi tinggi dari Barat (seperti pelaburan Amazon, Google, dan Microsoft di Malaysia). Jika terlalu memihak kepada us:- Malaysia berisiko kehilangan akses kepada pasaran tenaga dan sokongan politik dari sebehagian dunia Islam, serta kemungkinan gangguan terhadap aset perkapalan kita di perairan Timur Tengah. PMX mengamalkan prinsip "Berkawan dengan Semua, Tidak Memihak kepada Mana-mana Blok". Malaysia tetap berani menyuarakan isu kemanusiaan (seperti isu Palestin) tetapi kekal profesional dalam perdagangan dengan AS dan Iran. Jika diplomasi ini gagal, negara akan berdepan dengan: 1. Inflasi Mendadak: Harga barang keperluan naik mendadak jika kos diesel dan petrol melambung akibat sekatan atau konflik di Selat Hormuz. 2. Krisis Tenaga: Kekurangan bekalan bahan api untuk sektor perindustrian dan pengangkutan awam. 3. Ketidakstabilan Ringgit: Mata wang negara akan tertekan jika pasaran global melihat Malaysia terlibat dalam konflik geopolitik yang berisiko tinggi. Kejayaan melepaskan kapal tangki dan usaha menurunkan harga minyak adalah hasil kepimpinan berwibawa yang mengutamakan rakyat melalui diplomasi matang. Rakyat dinasihatkan untuk terus menyokong usaha kestabilan ini dan tidak terpengaruh dengan provokasi yang boleh mengeruhkan hubungan antarabangsa negara. Kedaulatan ekonomi Malaysia bergantung kepada kebijaksanaan kita mengemudi arus geopolitik dunia tanpa mengorbankan maruah negara. Terbaik PMX kerana berjaya mengekalkan keseimbangan ini demi kemakmuran Malaysia! 🇲🇾👍
CIKYANie tweet media
Indonesia
62
432
1.2K
57.7K
Ismail Abd Rahman retweetet
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat saya dari Jepun, Sanae Takaichi, kami saling menghargai dan menilai perkembangan hubungan erat antara Malaysia dan Jepun yang telah terjalin sejak 1957 dan kini diperkukuh melalui Kerjasama Strategik Komprehensif (CSP). Kami menyentuh kemajuan kerjasama dalam bidang keutamaan termasuk keamanan dan keselamatan, ekonomi, serta sains, teknologi dan inovasi. Saya juga berkongsi pendirian Malaysia berhubung situasi di Timur Tengah, yang menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta penyelesaian konflik melalui dialog dan diplomasi selaras dengan undang-undang antarabangsa. Kami bersetuju untuk terus memperkukuh kerjasama dua hala serta memainkan peranan konstruktif dalam memastikan keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau dan global. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
20
82
357
23K
Ismail Abd Rahman retweetet
Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly Ahmad@DrDzul·
Salam Syawal 🇲🇾 MADANI ❤️, إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ Pagi tadi di Hospital Selayang, Allahyarham Muhammad Zahran telah dipanggil pulang ke negeri abadi. Walau jasadnya tiada, beliau meninggalkan "nyawa" buat insan lain melalui hati, buah pinggang, kornea & jantung yang didermakan. 🌺🌺 ​ Saya amat terharu dengan kecekalan ibu arwah. Beliau adalah simbol sebenar “Warisku, Hormati Ikrarku.” Di saat hiba menyelubungi hati, beliau memilih untuk memuliakan hasrat terakhir anaknya... ​ Moga Allah SWT mencucuri rahmat dan keampunan ke atas roh Allahyarham serta menempatkan beliau di Jannah Firdaus yang tertinggi. Al-Fatihah. 🤲🌹 ​ Walau >400k telah berikrar di MySejahtera, >10k rakyat kita masih menanti keajaiban di senarai menunggu kerana waris penderma tidak menjiwai hasrat murni penderma. Saya sangat sedar keperluan untuk ikrar digital yang murni ini dimaklumkan awal bersama keluarga anda hari ini. ​ Tahun 2026 adalah ‘Misi Nasional’ KKM untuk memartabatkan agenda ‘Organ Transplant’ “My Family, Respect My Pledge” #WariskuHormatiIkrarku #MalaysiaMADANI #KKMPrihatin
Indonesia
17
658
1.6K
145.3K
Ismail Abd Rahman retweetet
Ministry of Finance🇲🇾
Ministry of Finance🇲🇾@MOFmalaysia·
⚠️ Kerajaan memandang serius penyalahgunaan subsidi bahan api susulan video yang tular di media sosial. ❗️Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk ketirisan subsidi dan tindakan tegas akan diambil.
Ministry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet media
Indonesia
8
185
257
17.1K
Ismail Abd Rahman retweetet
Construction Research Institute Of Malaysia
Sesi engagement bersama The Biochar Malaysia Association (BMA) bagi mendapatkan sokongan CREAM terhadap penggunaan biochar dalam konkrit sebagai salah satu bahan pembinaan alternatif, serta meneroka potensi untuk membangunkan standard berkaitan.
Construction Research Institute Of Malaysia tweet media
Indonesia
1
1
1
57
Ismail Abd Rahman retweetet
Construction Research Institute Of Malaysia
On 3rd March 2026, CREAM and ACE Greencemt Venture (M) Sdn. Bhd. took a major step in their collaborative research on green concrete. The structural testing phase marks the peak of this innovative programme optimizing the use of fly ash in sustainable construction.
Construction Research Institute Of Malaysia tweet mediaConstruction Research Institute Of Malaysia tweet mediaConstruction Research Institute Of Malaysia tweet media
English
0
1
1
44
Ismail Abd Rahman retweetet
Construction Research Institute Of Malaysia
CREAM is developing Malaysia’s first national Flood-Resilient Building and Housing Design Guidelines, a standard reference to help developers, engineers, architects, and local authorities design homes that can withstand, adapt to, and recover from floods, particularly in (1/2)
Construction Research Institute Of Malaysia tweet mediaConstruction Research Institute Of Malaysia tweet mediaConstruction Research Institute Of Malaysia tweet media
English
1
2
1
47
Ismail Abd Rahman retweetet
Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi@onnhafiz·
Syukur Alhamdulillah, Night Zoo Johor bakal dibuka kepada umum bermula 27 Mac ini, sekali gus membawa satu pengalaman baharu kepada Bangsa Johor dan para pelancong untuk menikmati keindahan zoo pada waktu malam, lengkap dengan lebih 35 spesies baharu yang menarik. Menjunjung titah Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, agar Zoo Johor dinaik taraf kepada konsep Night Zoo sebagai salah satu mercu tanda pelancongan utama negeri ini. Dengan peruntukan sebanyak RM8.73 juta, pelbagai kerja naik taraf telah dilaksanakan melibatkan sistem saliran, pembentungan, pencawang elektrik serta pencahayaan, bagi memastikan suasana yang lebih selesa, selamat dan menarik. Night Zoo bakal beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam, dengan kemasukan terakhir pada jam 10.00 malam. Harga tiket adalah seperti berikut: 1. RM10 bagi warganegara dewasa; 2. RM5 bagi warganegara kanak-kanak (5 tahun ke atas) dan wargaemas (60 tahun ke atas); 3. RM30 bagi pelancong asing; serta 4. Percuma bagi kanak-kanak (5 tahun ke bawah) dan pemegang kad OKU. Antara tarikan utama adalah siri feeding show yang berlangsung sepanjang malam melibatkan haiwan nokturnal memberi peluang kepada pengunjung menyaksikan sendiri gelagat semula jadi haiwan pada waktu paling aktif dalam suasana yang lebih dekat, interaktif dan berinformasi. Kerajaan Negeri memberi penekanan serius terhadap aspek keselamatan dan kebersihan dengan penglibatan pengawal zoo, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan RELA, rondaan berkala serta penempatan ambulans, selain pengurusan kebersihan yang dilaksanakan secara berjadual bagi menjamin keselesaan semua pengunjung. Semoga inisiatif Night Zoo ini terus memberi manfaat kepada Bangsa Johor serta menjadi satu kebanggaan bersama. Diharapkan usaha ini mampu menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara, sekali gus memperkukuh kedudukan Johor sebagai destinasi pelancongan utama negara. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #ZooJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Indonesia
26
44
89
3.2K
Ismail Abd Rahman retweetet
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan kita negara pengeluar minyak. Sebenarnya: 🚢 Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini 📈 Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak 🛢️ Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz 🏭 Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport 💵 Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu ⛽️ Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Indonesia
97
1.1K
2.3K
146.1K
Ismail Abd Rahman retweetet
Human Owned by Cat 😺
Human Owned by Cat 😺@Petswithaura·
Here's today's video for you all. This morning they gave them carrots 🥕 and it seems like Punch loves them! It's raining over there today.
English
8
61
999
16.9K
Ismail Abd Rahman retweetet
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, kita dipanjangkan usia untuk menyempurnakan Ramadan sebagai madrasah yang menundukkan nafsu dan menyuburkan jiwa. Semoga amal yang dipupuk terus hidup, membentuk akhlak dan kekuatan diri yang berkekalan. Menyingkap tirai Syawal, kita menilai semula erti kebersamaan dalam kehidupan yang rencam ini. Dalam dunia yang kian mencabar dengan ketidaktentuan geopolitik dan tekanan ekonomi, kita perlu lebih waspada, bersederhana dan berhemah dalam mengurus kewangan, serta terus memelihara nilai ihsan dalam kehidupan. Insya-Allah, dengan ikhtiar berterusan dan tekad yang tidak luntur, Malaysia akan terus melangkah dengan yakin. Semoga hari kemenangan ini menyatukan azam untuk mengangkat martabat insan dan meratakan kemakmuran. Semoga Allah menerima segala amal kita. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI
Indonesia
18
111
477
11.1K