EmKay

146K posts

EmKay banner
EmKay

EmKay

@mohdkhatim

Bapa dan ibu kepada anak2...kaunselorakyat/penarakyat/aktivisrakyat/proRakyat

#MuafakatJohor #TeamJohor Beigetreten Ekim 2012
490 Folgt2.3K Follower
EmKay retweetet
Pak Views
Pak Views@Ij422·
Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah Allah
Pak Views tweet media
Indonesia
26
284
6.4K
76.2K
EmKay
EmKay@mohdkhatim·
@mwdhhni Berhenti kerja,jaga suami Dan anak2😃
Indonesia
0
0
0
16
Mawaddah Hanaani
Mawaddah Hanaani@mwdhhni·
Korang kalau lepas kahwin dan nak pindah ikut suami, korang buat backup plan cari kerja baru dulu area situ atau terus berhenti kerja?
Indonesia
3
0
4
210
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Sarawak serta seluruh wilayah negara mempunyai kepentingan strategik dari sudut keselamatan, pertahanan dan kedaulatan yang mesti sentiasa dipelihara. Negara menghargai jasa dan pengorbanan setiap anggota ATM dalam mempertahankan kedaulatan tanah air. Kepercayaan rakyat terhadap tentera mesti terus dipelihara melalui disiplin yang tinggi, integriti yang tidak berkompromi, kesetiaan yang utuh serta komitmen terhadap kecemerlangan. Kesiagaan bukan hanya pada aset, tetapi juga pada anggota. Setiap anggota perlu sentiasa berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi serta menjadi contoh kepada masyarakat dalam setiap keadaan. Kerajaan komited memastikan kebajikan anggota dan keluarga terus diberi keutamaan, termasuk penyediaan perumahan yang selesa, di samping memperkukuh kolaborasi antara perkhidmatan bagi memastikan keupayaan ATM lebih tersusun, responsif dan bersepadu. Semoga ATM terus berwibawa, diyakini rakyat dan sentiasa bersedia mempertahankan kedaulatan negara. #khalednordinmindef #MalaysiaMADANI
Indonesia
0
6
10
533
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Saya amat berdukacita menerima berita pemergian Prebet Muhammad Amirul Raziq bin Rosafindi, anggota Tentera Darat Malaysia susulan insiden di Bentong, Pahang. Salam takziah saya ucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang amat sukar ini. Sama-sama kita doakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Kementerian Pertahanan memandang serius insiden ini. Sebarang bentuk keganasan, salah laku atau pelanggaran disiplin tidak mencerminkan nilai, integriti serta profesionalisme yang dijunjung oleh Angkatan Tentera Malaysia. Tiada kompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat. Kes ini kini dalam proses perundangan dan akan ditentukan sepenuhnya oleh mahkamah mengikut lunas undang-undang. Kementerian akan memastikan keadilan ditegakkan sepenuhnya, serta mengarahkan Angkatan Tentera Malaysia memperkukuh disiplin dan integriti pasukan melalui tindakan tegas, agar kejadian seumpama ini tidak berulang. #khalednordinmindef
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
3
27
50
4.5K
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
PELEPASAN BENIH UDANG GALAH PERKASA KOMUNITI DAN KELESTARIAN SUNGAI Menghadiri dan merasmikan Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Kota Tinggi bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan komuniti setempat. Inisiatif ini dilaksanakan melalui kerjasama bersama UMT yang telah menjalankan proses pembiakan terkawal sebelum melepaskan semula benih ke habitat asal. Sebanyak 200,000 benih udang galah telah dilepaskan secara berperingkat sebagai usaha memperkukuh populasi serta memelihara sumber perikanan tempatan. Program ini bukan sahaja menyumbang kepada kelestarian ekosistem sungai, malah membuka peluang ekonomi kepada nelayan sungai dan pengusaha kecil di kawasan setempat. Terdahulu, bersama pihak UMT telah melepaskan hampir 1 Juta benih Ketam Nipah di Sedili Kecil, Kota Tinggi dimana hari ini telah berikan pelbagai manfaat kepada nelayan di kawasan tersebut. Penghargaan kepada UMT, Jabatan Perikanan Negeri Johor serta komuniti atas kerjasama erat dalam menjayakan usaha yang memberi manfaat jangka panjang kepada generasi akan datang. #khalednordinmindef #MalaysiaMADANI #KotaTinggi #UMT
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
3
17
456
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri jemputan Rumah Terbuka Ketua Cawangan Bandar Perani Tok Saffai di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi. Majlis kali ini turut berlangsung bersama majlis pertunangan anak sulung Tok Saffai, menambahkan lagi kemeriahan dalam suasana yang penuh mesra dan kekeluargaan. Semoga segala urusan menuju hari bahagia dipermudahkan, diberkati, dan ikatan yang dibina ini kekal hingga ke jenjang pelamin. Tok Saffai turut maklumkan bahawa kerja-kerja pemasangan penghawa dingin Masjid Perani, Kota Tinggi telah siap dilaksanakan melalui peruntukan daripada Projek Mesra Rakyat Parlimen Kota Tinggi bagi menambah keselesaan kepada jemaah di kawasan sana. #khalednordinmindef #MalaysiaMADANI #KotaTinggi
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
4
16
714
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Memenuhi undangan jemputan majlis raya Felda Lok Heng Barat, tapi ucapan semua rakan2 YB banyak berkisar kepada keadaan kemarau di Felda Lok Heng Barat. Akan usahakan pembenihan awan dikawasan ini. #khalednordinmindef
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
3
12
720
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Nampaknya rundingan Iran dengan USA di Islamabad gagal mencapai apa2 persetujuan. Dunia akan hadapi keadaan masa hadapan yang tidak menentu. Adakah kita rakyat Malaysia sudah bersedia dengan segala kemungkinan? Adakah kita bangsa yang kuat dan berketahanan. It appears that negotiations between Iran and the USA in Islamabad have failed to reach any agreement. The world is set to face an uncertain future. Are we, as Malaysians, ready for all possibilities? Are we a strong and resilient nation?
Indonesia
58
570
1.3K
82K
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK SUDAN Pagi ini saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Sudan ke Malaysia, TYT Hassan Abdelsalam Omer, di Wisma Pertahanan. Dalam usaha Malaysia untuk terus meluaskan hubungan dan kerjasama, khususnya dengan negara-negara di benua Afrika, Republik Sudan dilihat sebagai rakan strategik yang berpotensi. Saya mengalu-alukan cadangan serta kesediaan pihak Republik Sudan untuk mengaktifkan semula perjanjian persefahaman dalam kerjasama pertahanan bersama Malaysia yang telah tamat pada tahun 2014. Malaysia komited memperkukuh rangkaian kerjasama dengan Republik tersebut, termasuk dalam aspek perkongsian maklumat dan analisis yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara, khususnya dalam bidang pertahanan dan kestabilan serantau. Saya berharap agar Republik Sudan dapat mempertimbangkan tawaran Malaysia untuk menempatkan lebih ramai pegawai tenteranya di kolej-kolej ketenteraan di Malaysia melalui program Malaysian Defence Cooperation Programme (MDCP). Semoga hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Sudan akan terus diperkukuh demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran bersama. 🇲🇾🇸🇩 #khalednordinmindef #MalaysiaMADANI
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
3
20
776
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
KUNJUNGAN HORMAT DUTA BESAR REPUBLIK ISLAM IRAN Hari ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Republik Islam Iran ke Malaysia, TYT Valiollah Mohammadi Nasrabadi. Bagi pihak Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia, saya merakamkan takziah atas pemergian pimpinan utama Kerajaan Iran dan IRGC termasuk Menteri Pertahanannya Aziz Nasirzadeh susulan konflik bersenjata di negara mereka. Saya turut sampaikan takziah dan simpati atas kehilangan nyawa dan kecederaan yang ramai serta kerusakan kepada harta benda. Pada masa yang sama saya turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Iran atas kerjasama memastikan keselamatan kapal dagang Malaysia di Selat Hormuz, yang amat penting bagi kelangsungan bekalan tenaga negara. Saya menyampaikan harapan negara agar konflik ini dapat diberhentikan segera agar keamanan serta kestabilan serantau dapat dicapai. 🇲🇾🇮🇷 #khalednordinmindef #MalaysiaMADANI
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
2
56
275
6.2K
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Dalam kesempatan semasa kunjungan Duta Iran, saya nyatakan kekaguman terhadap teknologi drone, roket dan misil Iran serta nilai patriotisma, kegigihan dan ketahanan bangsa Iran terhadap negaranya. During the Iranian Ambassador’s visit, I express my admiration for Iran’s drone, rocket, and missile technology as well as the patriotism, determination, and resilience of the Iranian people toward their country.
Khaled Nordin 🇲🇾 tweet mediaKhaled Nordin 🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
4
29
588
EmKay retweetet
Khaled Nordin 🇲🇾
Khaled Nordin 🇲🇾@KhaledNordin·
Sumber rezeki nelayan Sungai di Kota Tinggi terus diperkukuh melalui usaha pelepasan benih udang galah bagi memastikan kelestarian hasil sungai untuk jangka panjang. Majlis Pelepasan Benih Udang Galah di Sungai Gembut, Kota Tinggi dilaksanakan bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan komuniti setempat dengan sebanyak 200,000 benih dilepaskan secara berperingkat hasil pembiakan terkawal sebelum dikembalikan ke habitat asal. Usaha ini diharap terus memperkukuh ekosistem sungai, membuka peluang ekonomi nelayan serta menjadi legasi kelestarian sumber perikanan untuk generasi akan datang dengan sokongan padu semua pihak. #khalednordinmindef #MalaysiaMADANI #KotaTinggi #UMT
Indonesia
0
2
8
223
EmKay
EmKay@mohdkhatim·
@onnhafiz laungan Maju Johor berkumandangan di Lembaga Adat Melayu,Siak ,Riau..oleh Per.Penulis Johor pada 13 April 2024
Indonesia
0
0
0
22
Onn Hafiz Ghazi
Onn Hafiz Ghazi@onnhafiz·
Syukur Alhamdulillah, berita gembira untuk Bangsa Johor, Taman Negara Tanjung Piai kini berwajah baharu dengan pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur yang telah siap sepenuhnya melibatkan kos keseluruhan sekitar RM3.33 juta, merangkumi penambahbaikan Galeri Piai, laman tiba, kedai cenderamata serta kemudahan asas termasuk tandas dan surau supaya pengalaman pengunjung jadi lebih selesa dan teratur. Keunikan Tanjung Piai terserlah melalui empat tarikan utama yang menjadikannya wajib dikunjungi, iaitu: 1. The Southern Most Tip of Mainland Asia; 2. Keunikan hidupan semula jadi seperti ikan belacak (mudskipper); 3. Keindahan ekosistem paya bakau yang menjadi benteng semula jadi; dan 4. Pengalaman unik menyaksikan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia. Taman Negara Tanjung Piai beroperasi setiap hari dan berperanan sebagai destinasi ekopelancongan, serta ruang pendidikan yang memberi kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Harga tiket adalah seperti berikut: 1. RM5 bagi warganegara dewasa; 2. RM3 bagi warganegara pelajar (7-17 tahun) dan warga emas; 3. RM20 bagi bukan warganegara dewasa; 4. RM10 bagi bukan warganegara pelajar (7-17 tahun) dan warga emas; serta 5. Percuma bagi kanak-kanak (6 tahun ke bawah) dan pemegang kad OKU. Sempena Tahun Melawat Johor 2026, Taman Negara Tanjung Piai menjadi antara destinasi wajib dikunjungi, bukan sahaja kerana keindahannya, tetapi kerana nilai dan cerita yang dibawanya. Inilah Johor yang kaya dengan keindahan alam untuk tatapan seluruh dunia. Semoga keindahan alam semula jadi serta keunikan budaya Johor terus terpelihara dan dihargai, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung serta merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah. Allah Peliharakan Sultan Allah Berkati Johor Kepada Allah Kita Berserah #BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026
Onn Hafiz Ghazi tweet mediaOnn Hafiz Ghazi tweet mediaOnn Hafiz Ghazi tweet mediaOnn Hafiz Ghazi tweet media
Indonesia
23
24
43
1K
EmKay
EmKay@mohdkhatim·
@onnhafiz Menarik tempat ini,kaya dgn flora Dan fionanya ..
Indonesia
0
0
0
10