固定されたツイート

IntrovertPLHIV
Ini Kisahku.
Aku seorang lelaki mempunyai naluri songsang, Gay, Homoseksual, PLU, LGBTQ+.
Wujud rasa ini sejak aku kecil lagi.
Waktu dikala umur yang belum tahu apa itu rasa cinta, nafsu dan sebagainya.
Namun, perasaan itu sangat kuat menyukai makhluk bernama lelaki.
Aku tak nak sentuh kenapa aku dilahirkan dengan naluri tu, kerana aku sendiri tiada jawapan tu.
Mungkin itu ujian aku sejak azali sejak turun aku ke dunia.
Bagaimana aku tahu aku ada HIV?
Ini kisah ku.
Aku seorang yang aktif di website dan dating app.
Tujuan asal aku buat akaun tu semua untuk cari kawan sesama jenis dan teman lelaki.
Tapi sayangnya, aku tak pernah dapat apa yang aku inginkan.
Yang aku dapat hanyalah keseronokkan bersama lelaki. Tahulah kan apa tu. Seks!
Aku berani berjumpa bertemu lelaki pun setelah di alam pekerjaan umur 20an.
Maka, bertahun lamanya aku hidup dalam kehidupan sebegitu.
Pernah lah aku berteman lelaki, tetapi sekali sajalah. Lepas putus tu, maka kembali ke kehidupan asal.
Nak dijadikan cerita, beberapa tahun sebelum 2024 tu aku kerap batuk-batuk berpanjangan yang amat susah hilang. Saban hari aku selalu dapat ulser. Daripada boleh sembuh, sampailah satu saat dimana ulser dan batuk tu tak sembuh lagi. Batuk tidaklah teruk mana, cuma ia tak hilang begitu juga ulser.
Jalan pon macam tak boleh nak jalan lurus sangat dah. Lagi satu gusi aku kerap berdarah.
Dulu gusi berdarah masa berus gigi je.
Nie bukan time berus gigi pon keluar darah.
Sedut-sedut dalam mulut je terus bertakung darah dalam mulut. Darah cair je keluar bila ludah. Dah tengok darah macam tu mau tak gelabah biawak. Masa yang paling teruk tu bila aku start sakit lidah dibahagian atas pulak. Kalau ulser jadi bawah lidah kiri kanan, nie sekarang jadi sakit atas lidah. Telan air je tak sakit sangat lah, tapi kalo segala makanan memang siksa la. Kalo yang pedas even secubit kecik je, meraung lah mata tu menahan sakit.
Aku dalam masa yang sama sebelum-sebelum nie ada ja amek tahu pasal HIV, tapi sekadar bacalah dan tak ambil peduli sangat.
Dan sebelum aku buat keputusan nak buat test tu, masih lagi rajin baca berkenaan simptom HIV dan Kanser. So simptom aku hadapi tu lebih kurang sama untuk kedua penyakit nie.
Tapi hati berat menyatakan ia bukan kanser. Google dan terus Google akhirnya aku buat keputusan untuk buat test sendiri kat rumah.
Satu hari aku belek-belek Shopee dan tengok test kit HIV yang ada dengan feedback² pembeli.
Maka terus aku pun ambil keputusan untuk beli 2 set. Beberapa hari terus aku terima pakej bungkusan yang aku beli tu.
Ambil barang di pondok sekuriti dan terus naik kerumah dan masuk bilik.
Bukak pakej dan dalam hati tu berdebar sangat!
Baca dulu risalah dia macam mana nak guna test kit tu.
Maka aku pon buat dengan cucuk jari dan letaklah darah pada alat tu. Tapi macam ada tersalah cara sikit. Tapi aku teruskan jugak tunggu result.
Tunggu result tu berderau darah jangan tanyalah macam mana siksa tu. Azab jugak!
Tengok-tengok test kit tu result double line!
POSITIF! Aku terus panik, bilik ada air cond pon berpeluh! Aku dalam hati dah gelabah apa aku dah buat dengan diri aku ni!!
Tapi aku decide untuk buat test kali kedua, namun takda yang berubah, result still sama POSITIF!
Perasaan masa tu macam-macam lah datang.
Sedih, kecewa, marah, takut semua ada.
Rasa takda harapan lagi dah nak hidup di muka bumi dengan status macam tu.
Macam mana kalau kantoi nanti.
Hadaplah perasaan tu selama beberapa hari.
Sendirian . . . .
Gi keje balik keje dalam keadaan mental yang tak berapa nak stabil sebab hari-hari memikirkan result yang aku dapat tu.
Indonesia















