Andre Lai #wangsamaju
6.5K posts

Andre Lai #wangsamaju
@andrechlai
Wangsa Maju KEADILAN Chief Federal Territory KEADILAN Vice Chairman
Kuala Lumpur 参加日 Mart 2013
1.3K フォロー中749 フォロワー
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

KONGRES NASIONAL KEADILAN KE-18 TAHUN 2024/2025 - KITA KEADILAN.
#REFORMASI
#AngkatanMudaKEADILAN
#KEADILAN
Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Saya turut menerima panggilan Presiden Iran, Dr Masoud Pezeshkian dan kami membincangkan mengenai usaha memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Iran, di samping bertukar ucapan Aidilfitri.
Kami menzahirkan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan persahabatan kedua-dua negara, terutama dengan mempertingkatkan pelaburan dan perdagangan, selain memperluas kerjasama pelbagai bidang berpotensi.
Alhamdulillah, kunjungan Menteri Luar Malaysia ke Tehran pada bulan lalu membawa perkembangan positif dalam hubungan serta kerjasama dua hala Malaysia-Iran.
Justeru, saya akan memastikan kesinambungan kunjungan ini dengan menyegera dan mempermudahkan segala usaha untuk mengembangkan kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan, pendidikan, penyelidikan dan selainnya.
Saya turut ulangi penghargaan Malaysia terhadap pendirian teguh Iran yang tekal dalam memperjuangkan hak dan keadilan buat rakyat Palestin, serta menentang kezaliman Israel yang tergamak melanggar perjanjian gencatan senjata dan menggagalkan usaha damai.
Kami percaya solidariti dan kesatuan dalam kalangan negara Islam dan warga dunia adalah cukup penting dalam usaha memastikan keadilan dan keamanan berpanjangan di bumi Gaza.
===
I also received a call from the President of Iran, Dr Masoud Pezeshkian, where we discussed efforts to further strengthen Malaysia-Iran bilateral relations. We reaffirmed our commitment to deepening our friendship, enhancing investment and trade, and expanding collaboration across various potential sectors.
Alhamdulillah, the recent visit of our Foreign Minister to Tehran last month marked a positive step in advancing our bilateral ties and cooperation. To build on this momentum, I will ensure the swift and seamless implementation of initiatives to enhance partnerships in investment, trade, education, research, and beyond.
I also reiterated Malaysia’s appreciation for Iran’s steadfast stance in defending Palestinian rights, particularly in opposing Israel’s blatant violations of the ceasefire and its obstruction of peace efforts.
We remain convinced that solidarity and unity among Muslim nations and the global community are crucial in upholding justice and lasting peace in Gaza.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Sewaktu meninjau lokasi tragedi kebakaran di Putra Heights petang tadi, saya umumkan bantuan tunai segera kepada mangsa membabitkan:
1) RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran.
2) RM2,500 untuk kediaman yang terjejas sebahagian.
Insya-Allah ia akan disalurkan sesegera mungkin. Bantuan jangka panjang, termasuk pemulihan kawasan perumahan dan kebajikan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) sedang dibincangkan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Petronas.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja

Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Saya dan Azizah amat terkesan tatkala melihat sendiri kesan kemusnahan yang berlaku akibat kebakaran luar biasa di Putra Heights. Kami zahir simpati buat mangsa-mangsa yang cedera dan hilang tempat tinggal kesan tragedi ini.
Penghargaan tertinggi buat pasukan bomba, polis dan pihak berkuasa tempatan yang telah bertindak sepantas mungkin untuk memadam kebakaran serta memastikan penduduk dipindahkan dari lokasi kejadian.
Keutamaan tertinggi Kerajaan MADANI saat ini adalah memastikan keselamatan dan kebajikan penduduk yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Masjid Putra Heights dan yang dirawat di beberapa hospital.
Sebagai langkah awal, saya umum bantuan tunai segera berjumlah RM5,000 untuk kediaman yang musnah sepenuhnya akibat kebakaran ini, serta RM2,500 untuk kediaman yang terjejas sebahagian.
Melihat kesan kemusnahan, proses pemulihan perumahan dan kawasan sekitarnya dijangka mengambil masa yang lama. Justeru di samping bantuan tunai serta menambah baik kebajikan mangsa di PPS, bantuan jangka panjang yang munasabah sedang dirangka.
Insya-Allah, Kerajaan Persekutuan bersama-sama Petronas dan Kerajaan Negeri akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk memulihkan kawasan perumahan ini. Seluruh jentera Kerajaan akan dikerahkan untuk mengambil tindakan sesegera mungkin.
Semua agensi berkaitan juga telah diarah untuk berbincang segera dengan wakil penduduk bagi meneliti tindakan seterusnya. Keutamaan adalah memastikan mangsa mempunyai tempat tinggal yang lebih selesa sementara proses pemulihan dijalankan.
Penghargaan juga buat Masjid Putra Heights dan Kuil Sri Maha Kaliamman yang menawarkan bantuan buat mangsa tragedi ini. Semangat kebersamaan begini menjadi kekuatan kita di saat sukar ini.
Pada masa sama, Azizah telah berkunjung ke Hospital Serdang petang tadi untuk menziarahi beberapa mangsa kebakaran yang sedang menerima rawatan di sana.
Saya dan Azizah mendoakan semua mangsa diberikan kesembuhan sesegera mungkin, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja




Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Sekitar tinjauan saya di Putra Heights untuk melihat sendiri kesan kemusnahan tragedi kebakaran hari ini, manakala Azizah mengunjungi Hospital Serdang untuk menziarahi mangsa yang cedera.
Keutamaan Kerajaan MADANI ketika ini adalah kebajikan mangsa dan memastikan mereka mendapat perlindungan sementara yang selesa.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Indonesia

Check out LAI's video! #TikTok vt.tiktok.com/ZSr6E5cNf/
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 🇲🇾 English
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah
4 Mac 2025 | 4:35 petang
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri oleh Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah
5 Mac 2025 | 11:00 pagi
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Perencanaan Kerajaan dalam pelaksanaan caruman KWSP untuk bukan warganegara berlandaskan keperluan untuk melindungi kepentingan pekerja tempatan tanpa membebankan majikan.
Kadar caruman yang ditetapkan pada tahap minimum bukan sekadar mekanisme pendaftaran pekerja asing dalam sistem kewangan negara, tetapi juga sebahagian daripada pendekatan yang selaras dengan piawaian antarabangsa, termasuk Artikel 68 Konvensyen 102 ILO. Ketimbang dengan kebanyakan negara lain yang menetapkan kadar lebih tinggi, Malaysia mengambil pendekatan yang lebih seimbang bagi memastikan keberkesanan tanpa menjejaskan daya saing ekonomi.
Sementalahan, pelaksanaan caruman ini tidak mengalihkan perhatian KWSP daripada tanggungjawab utamanya terhadap rakyat Malaysia. Sebaliknya, pelbagai inisiatif telah diperkenalkan untuk memperkukuh aspek perlindungan sosial, termasuk caruman sukarela yang telah memberi manfaat kepada lebih 1.2 juta anggota KWSP.
Program seperti i-Saraan dan i-Suri juga adalah cerminan dan manifestasi Kerajaan dalam menjamin kebajikan sektor informal, khususnya bagi suri rumah, dengan insentif Kerajaan yang terus meningkat.
Dalam konteks pencapaian KWSP, kadar dividen luar biasa sebanyak 6.3% yang diumumkan baru-baru ini ternyata mencerminkan keyakinan pelabur terhadap ekonomi negara.
Dengan 63% pelaburan KWSP tertumpu dalam pasaran domestik, peningkatan ketara sebanyak 11% dalam jumlah pelaburan ketimbang tahun sebelumnya menunjukkan keberkesanan kebijakan dan penekanan Ekonomi MADANI. Bursa Malaysia turut mencatat pertumbuhan memberangsangkan yakni sebanyak 12.9%, lantas membuktikan kestabilan serta prospek cerah ekonomi negara di bawah kemudi Kerajaan MADANI.
Langkah-langkah reformasi institusi yang diperkenalkan turut menjadi faktor utama dalam menarik keyakinan pelabur. Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, bersama pelbagai inisiatif lain, bertujuan memperkukuh tadbir urus ekonomi dan memastikan Malaysia kekal sebagai destinasi pelaburan yang stabil serta berdaya saing.
Semua ini adalah manifestasi ketegasan Kerajaan dalam memastikan pertumbuhan ekonomi yang mampan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Menjunjung kasih DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj yang berkenan berangkat ke Masjid Tali Air 8 Sungai Leman sempena Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Hari Raya 1446H bagi daerah Sabak Bernam. Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dalam majlis yang penuh keberkatan ini.
Masjid Tali Air 8, dahulu dikenali sebagai Masjid Kampung Seri Kedah, telah melalui proses pembaikan pada tahun 2013 dengan dana RM1.8 juta daripada kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.
Dalam majlis ini, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 485 asnaf yang terdiri daripada 80 orang fakir, 350 orang miskin dan 55 muallaf.
Baginda turut berkenan berbuka puasa bersama rakyat sebelum menunaikan solat fardhu Maghrib, Isyak, serta solat sunat Tarawih 20 rakaat.
Alhamdulillah, semoga masjid ini terus diimarahkan oleh penduduk setempat, menyuburkan syiar Islam di Daerah Sabak Bernam.
#KitaSelangor
#SabakBernam
#Ramadan




Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

@TarentoV3 @KLCCC_DBKL @unifi @myTMgroup @MaimunahSharif @DrZalihaMustafa @andrechlai @JeffreyTeoh @elzalyff @asnankadir Terima kasih atas makluman yang diberikan..kerja-kerja perbaikan daripada pihak TM sudah dijalankan..

Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Saya dan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev @president_uz kemudian menyaksikan majlis pertukaran dokumen dua hala dan memorandum persefahaman (MoU) dalam beberapa bidang antaranya kesihatan, sains forensik, budaya, pendidikan dan pelancongan di antara kedua-dua pimpinan.
Momen ini juga bertitik tolak hasil susulan lawatan rasmi saya ke Uzbekistan pada Mei tahun lepas dalam menerokai sinergi kerjasama antara kedua-dua negara.
Insya-Allah, momentum ini bakal membawa lebih banyak peluang untuk melonjakkan ekonomi, pelaburan dan perdagangan yang kelak dapat memanfaatkan rakyat kedua-dua negara.
Usai, kami kemudian ke jamuan tengah hari sambil selingan persembahan tarian dan kebudayaan menemani sesi santai ini sebelum ke program rasmi seterusnya.
==
During the official visit, Uzbek President Shavkat Mirziyoyev and I witnessed the signing of several memorandums of understanding in key sectors such as health, forensic science, culture, education, and tourism.
I am optimistic that this will expand economic and trade opportunities for both countries.
🇲🇾 🇺🇿
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja




Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Isu AS akan 'ambil alih' Gaza: Pendirian Malaysia terhadap Gaza kekal, selari dengan negara Islam lain - PM @anwaribrahim
#BernamaNews
#TaatSetia
#Palestin

Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Sewaktu berucap di Forum Perniagaan Malaysia-Uzbekistan sempena dengan lawatan rasmi Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev @president_uz, saya maklumkan hadirin bahawa masanya sudah tiba untuk kedua-dua negara memahat kerjasama ekonomi ke tahap lebih tinggi.
Ini tidak mustahil dilakukan mengambilkira kepakaran, kekuatan dan kelebihan masing-masing antaranya dalam bidang semikonduktor, kecerdasan buatan, pelaburan, perdagangan, industri halal, pendidikan, tenaga hijau, industri minyak dan gas serta digital.
Kewujudan sinergi baharu dan perkongsian strategik bakal membawa pulangan lumayan kepada kedua-dua negara untuk diagihkan kepada kebajikan rakyat dan juga aspek pembangunan masa hadapan.
==
At the Malaysia-Uzbekistan Business Forum in conjunction with the official visit of Uzbekistan President Shavkat Mirziyoyev, I emphasized the need to elevate our economic cooperation.
Our unique strengths in sectors like semiconductors, artificial intelligence, trade, the halal industry, education, green energy, and digital innovations present significant opportunities.
By fostering strategic partnerships, we can achieve substantial returns that will improve the welfare of our people and future development.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja




Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Dalam kerangka Kunjungan Rasmi, saya telah meraikan Tamu Kenegaraan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev @president_uz untuk jamuan makan malam di Menara Berkembar Petronas (KLCC) sebagai acara penutup.
Kunjungan ini ternyata memperkukuhkan hubungan akrab kedua-dua negara di pelbagai bidang. Saya yakin ia mampu memberi manfaat semaksima yang mungkin kepada kedudukan negara selain kepada rakyat terbanyak.
Insya-Allah, hubungan Malaysia-Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya.
🇲🇾🇺🇿
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja




Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Saya berkesempatan melangkah masuk ke rumah kecil milik Encik Mohd Desa bin Mansor di Kampung Chengal Lempong, Kuantan.
Di sebalik dinding kayu yang sudah mulai usang dan lantai yang hampir reput, saya bertemu seorang lelaki yang menyimpan kisah hidup penuh kesabaran. Duda tanpa anak, hidup sendirian dengan pendapatan RM1,000 sebulan — namun wajahnya tetap memancarkan ketabahan.
Kami berbual di ruang kecil rumahnya, berbincang tentang cabaran hidup yang dilaluinya. Setiap cerita yang keluar daripadanya seakan mengingatkan saya betapa berat ujian sesetengah insan. Namun, di sebalik kesulitan itu, saya juga dapat merasai harapan yang masih ada dalam hatinya.
Mewakili YAB Perdana Menteri, Dato' Seri @anwaribrahim, saya hulurkan bantuan wang tunai dan bakul makanan untuk meringankan beban hariannya. Tapi itu hanya langkah pertama. Dengan sokongan YAB Perdana Menteri juga, rumah ini akan dibaik pulih — lantai yang mereput dan dinding yang sudah usang akan diganti, insya-Allah.
Ziarah Madani bukan sekadar program bantuan; ia adalah sebuah amanah. Amanah bahawa sesiapa pun, walau di pelosok mana pun, berhak hidup dalam keadaan yang lebih baik.
Semoga Encik Mohd Desa terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja




Indonesia
Andre Lai #wangsamaju がリツイート

Saya hadir meluncurkan program Pelaksanaan Pengauditan Syarikat Kerajaan yang melibatkan pengauditan sebanyak 1,856 buah badan lain termasuk Syarikat Kerajaan melalui satu platform digital yang terkini.
Kita seharusnya boleh berbangga kerana Sistem e-SelfAudit yang menggunapakai kecerdasan buatan (AI) ini telah dibangunkan secara dalaman melalui Projek Pendigitalan Jabatan Audit Negara (JAN) tanpa implikasi kos tambahan.
Pengauditan ini bertujuan menangani isu tatakelola yang dikenal pasti dalam syarikat kerajaan termasuk kelemahan pemantauan terhadap laporan pencapaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan pelan strategik syarikat.
Antara isu lain yang dikenal pasti ialah kegagalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) memainkan peranan dalam mengurus dan menyelia operasi syarikat serta kerugian berterusan di peringkat syarikat induk dan anak syarikat.
Dalam ucapan, saya juga menyentuh bahawa ada masanya, tidak semua isu pengurusan dan pentadbiran sesebuah organisasi, dapat diselesaikan secara keseluruhan, justeru, kita perlu mengangkat nilai-nilai murni dan menghakis sikap budaya malas dalam
membentuk jati diri yang lebih baik.
Memetik kata-kata penyair popular TS Eliot yang mengingatkan kita bahawa “between the idea and the reality lies the shadow”, saya percaya semua pihak boleh menerapkan anjakan diri ke tahap lebih baik, berilmu dan bertanggungjawab dalam kehidupan masing-masing, khususnya membawa negara ke tahap lebih hebat lagi di masa hadapan.
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja




Indonesia





