Liyana Marzuki@liyana_marzuki
MENILAI SEORANG PM
Dah masuk separuh penggal, honeymoon is over. Golongan Atas Pagar (GAP) yang dulu syok dengan DSAI mula-mula naik jadi PMX, sekarang dah mula tarik muka. Ada yang dah mula kritik dan menjauhi.
Tapi itu standard sekali. Dah berapa cycle dah kita ada Perdana Menteri?
Dari Pak Lah, DS Najib ke Tun M.
Dari TS Muhy ke DS Ismail Sabri.
Sama patternnya. Mula2 harapan kita tinggi, ini PM hopefully lain dari yang lain. Kena 1/2 tahun, popularity mereka menurun.
Ingat bila kita syok dengan penggal pertama DS Najib. Dengan ETP dan 1 Malaysia.
Tak berapa lama 1MDB meletup sudah.
Habis lepas tu dark side dia keluar.
Sampai meranap BN 60 tahun memerintah.
Ingat pulak macam mana orang syok dengan Abah. Boleh baca doa. Masuk tahun kedua, dia sakit cerry berry pun orang buat bahan lawak. Orang dah start menyampah.
Hatta Negarawan Ulung tak berkecuali. Masa jadi PM teruk juga kena troll dan dimaki.
**************
Cuma Anwar Ibrahim ni sedikit lain. Orang benci dan caci dia level yang tak pernah kita lihat. Tiada PM yang dihentam dari banyak side.
Asbab bila jadi Pembangkang 30 tahun lamanya. Keluar masuk penjara. Menjadi sasaran majoriti jentera Kerajaan lama.
Dijadikan boogeyman. Kononnya Boneka US and IMF. Tali barut Israel. Ini semua propaganda yang melekat hingga kini. Makanya apa saja yang dibuat untuk negara, dipandang dari “lensa benci”.
Sebagai penjawat awam dari tahun awal 2000, saya turut termakan dengan naratif ini. Saya cautious bila dia naik jadi Perdana Menteri.
Ada benda kita puji. Contoh political stability, pengurusan subsidi dan kebolehan geopolitik. Ini kita patut bagi kredit.
Tapi ada juga benda kita tak puas hati. Seperti rekod sembang tak serupa bikin. Tindakan korupsi dendam dan terpilih. Kita harapkan dia lain dari yang lain.
Penyokong nya kata his hands are tied. Dia kena manage Kerajaan Perpaduan. Banyak kena kompromi. Pembenci dia nak dia turun kalau boleh semalam. Tak tertahan mereka lihat dia memerintah Malaysia.
Pada saya, dia seorang PM yang mula2 masuk memerintah pun ramai dah benci. Hasil politik kebencian 30 tahun lamanya.
Dia kena kerja kuat untuk tunjuk dia PM Malaysia, banyak side yang dia kena ambil hati.
Selepas 3 tahun, ramai yang dah mula start tak puas hati. Termasuk penyokong sendiri. Tetapi itu standard mana2 Perdana Menteri. Takdenya GAP akan syok dengan satu-satu PM sepanjang masa. Ada ketika akan menyampah punya.
Cuma bila tiba pilihanraya. Kita akan mula nilai prestasi. Merit dan demerit. Dan pilih the lesser evil pada negara. Dan sama ada belah lagi satu, bagi alternatif yang lebih baik pula.
Yang paling penting, kita menilai bukan dari lensa benci. Atau berlandaskan persepsi.
Tapi atas data dan fakta serta pencapaian sebenar.
Kerana dalam pilihanraya,
kita bukan sekadar memilih pemimpin,
kitalah yang menentukan masa depan negara.
Gagal seorang Perdana Menteri,
yang turut gagal adalah kita.
Moga Tuhan terus lindungi Malaysia dari pemimpin dan parti yang menjahanamkan negara.
Dan kita tak tertutup mata untuk menilai mereka.
Salam hormat,
Liyana Marzuki