Liyana Marzuki@liyana_marzuki
WASATIY
Setiap tahun, isu Songkran ini akan berulang.
Ada beberapa orang senior pemikir negara minta saya ulas. Ada Pesta Air 3 hari secara besar-besaran yang akan dibuat di KL.
Isu ni sama dengan OctoberFest dulu. Tiap2 tahun akan keluar.
Naratif terpaling kanan: ini semua HARAM dalam Islam. Berdosa! Kerajaan ini bagi muka sangat pada Kafir!
Naratif terpaling kiri: Eh, ini perayaan dari Thailand. Hak kami nak berparti. Takkan nak Malaysia jadi Taliban?
************
Ahli politik both sides of the isle pun naratif sama berulang2.
Fadhli Shaari seperti biasa troll Kerajaan mengenai pesta air ini. Tiada hujah bernas untuk menjelaskan dari perspektif Islam.
Howard Lee pula membalas dengan kata Pas ni hipokrit. Pesta Air di Kedah dan Kelantan boleh pula.
Hujah sama setiap tahun yang kita dengar. Macam radio buruk.
Hujah ini cukup untuk kasi modal kepada penyokong sendiri, tetapi bagi pengundi atas pagar, aiyooooo sampai bila kita nak mengadap ini wayang gambar.
Pada saya both sides tak salah, ada benarnya. Tapi sebab kepentingan politik itu melebihi kepentingan Rakyat dan negara, makanya naratif sama diulang2. Kita pun dah muak.
************
Yang thinking middle nak dengar dari pemimpin Islam kita bila mereka bawa isu ini.
“Kami hormati hak anda untuk menyambut perayaan anda. Berpesta lah… Tapi perlu ke dibuat secara terbuka di tengah Ibu Kota Malaysia? Besar-besaran, punya lama sampai 3 hari. Bukan kah itu boleh tambah risiko gejala sosial, alkohol dan dadah tanpa kawalan. Buat la dalam stadium tertutup tak campur orang, kan lebih afdal”.
Pemimpin bukan Islam pun kalau jenis faham akan cakap:
“Hak kami untuk berpesta, fahaman dan agama kami tak melarangnya. Jangan la pula kata benda itu haram pada bukan Islam. Namun, penganjur juga kena faham sensitiviti Rakyat Majoriti. Boleh lah consider anjurkan secara berpada2. Jangan melampau sampai ada risiko penambahan gejala sosial”.
Ini saya rasa ramai nak dengar kematangan pemimpin kita. Baru lah segar perdebatannya.
************
Pada kita yang di tengah2, bukan terpaling.
Kita taknak negara extreme seperti Taliban Afghanistan. Kita juga taknak terlampau extreme moden dan liberal sampai hilang budaya dan adat resam.
Kita nak Malaysia yang progresif dan sederhana. Hidup aman damai berbilang kaum berbilang bangsa.
Itu uniknya negara kita.
Tahun depan isu ini akan berulang, dan kita doakan bukan sahaja pemimpin, kita sebagai pengundi pun makin matang.
Menilai isu bukan hanya dari lensa sempit politik kepartian, tapi dari sudut kenegaraan.
Moga bertambah WASATIY negara kita di masa depan.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
Nota Kaki:
Kepada Menteri Pelancongan, saya tak paham. Nak buat acara pelancongan besar-besaran. Tapi pesta nya dimport dari negara Thailand. Apakah? Bukankah macam tiru mereka. Takkan la kosong idea nak mengangkat budaya tempatan?
Gambar: Pesta Songkran Kedah 2026