Anwar Ibrahim

92.4K posts

Anwar Ibrahim banner
Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

@anwaribrahim

Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾

Malaysia Katılım Mart 2007
12.1K Takip Edilen1.8M Takipçiler
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Sewaktu perbualan telefon dengan rakan sejawat saya dari New Zealand, Christopher Luxon, kami bertukar pandangan mengenai perkembangan di Asia Barat serta kesannya terhadap keselamatan dan ekonomi global. Saya menegaskan pendirian Malaysia yang mengecam keras serangan ketenteraan terhadap Iran, serta menolak sebarang tindakan unilateral yang bercanggah dengan undang-undang antarabangsa. Malaysia kekal menggesa gencatan senjata segera, perlindungan orang awam, serta kembalinya semua pihak ke meja rundingan melalui saluran diplomasi. Kami turut menyentuh kesan konflik terhadap sektor tenaga New Zealand, termasuk peningkatan harga bahan api dan tekanan terhadap ekonomi domestik. Saya menyambut baik langkah proaktif kerajaan New Zealand dalam memperkukuh keselamatan tenaga serta mempercepat peralihan kepada tenaga boleh baharu. Dalam masa yang sama, kami menegaskan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala di bawah kerangka Perkongsian Strategik, termasuk dalam bidang perdagangan, pelaburan dan kerjasama tenaga. Kami akan terus berhubung rapat dalam mendepani cabaran semasa demi kepentingan bersama. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
2
12
25
1.2K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Sewaktu panggilan telefon bersama Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, semalam, kami bertukar pandangan mengenai pelbagai isu semasa, termasuk konflik Iran-Israel. Kami bersetuju untuk mengatur pertemuan dalam masa terdekat, termasuk cadangan saya untuk berkunjung ke Jakarta sebagai langkah memperkukuh hubungan dua hala yang sedia erat. Menyentuh isu serantau dan antarabangsa, kami bertukar pandangan mengenai konflik Iran–Israel serta kepentingan pendekatan diplomasi yang berterusan. Kami berdua bersama menggesa kepada keamanan dan saya memaklum Presiden Prabowo bahawa Malaysia akan terus menyokong dan memperkukuh usaha diplomasi dalam meredakan konflik Iran–Israel, supaya ketegangan dapat diredakan, nyawa orang awam dilindungi, serta ruang rundingan yang bermakna dapat dibuka ke arah penyelesaian yang aman dan berkekalan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
10
30
128
6.7K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah. Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan. ANWAR IBRAHIM
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
13
43
242
7.7K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Lawatan ringkas saya ke Pulau Pinang baru-baru ini dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini dimanfaatkan untuk memperkukuh silaturahmi serta menyantuni rakyat dari pelbagai lapisan. Ramadan juga mengingatkan kita akan pentingnya hubungan kekeluargaan mengambil peluang bertemu adik-beradik, sanak saudara dan sahabat handai sebelum Syawal menjelang. Semoga semangat silaturahmi ini terus subur pada bulan Syawal dalam usaha membina negara yang lebih sejahtera, inklusif dan penuh ihsan. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Indonesia
15
46
280
9.3K
Anwar Ibrahim retweetledi
BERNAMA RADIO
BERNAMA RADIO@Bernama_Radio·
Sebarang anasir yang mengancam perpaduan rakyat mesti dibanteras tanpa kompromi - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. bernama.com/bm/am/news.php…
BERNAMA RADIO tweet media
Indonesia
3
8
27
4.3K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, saya dan Azizah berkesempatan menziarahi Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dan keluarga di hari kedua Syawal. Marilah kita terus suburkan tradisi dan budaya kunjung-mengunjung sebagai wahana memperkukuh ukhuwah serta merapatkan kembali hubungan sesama kita, berteraskan semangat kebersamaan yang tulus dan beradab. #MalaysiaMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
13
50
290
34K
Anwar Ibrahim retweetledi
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Sejak kenaikan harga minyak dunia susulan konflik di Asia Barat, yang dicetuskan oleh serangan rejim Israel dan Amerika Syarikat terhadap Iran, ramai yang bertanya mengapa harga minyak di Malaysia turut terkesan sedangkan kita negara pengeluar minyak. Sebenarnya: 🚢 Selat Hormuz, laluan utama minyak dunia, terjejas akibat konflik ini 📈 Apabila laluan ini terganggu, bekalan minyak dunia menjadi terhad dan harga melonjak 🛢️ Malaysia turut terkesan kerana hampir 50 peratus bekalan minyak negara melalui Selat Hormuz 🏭 Walaupun Malaysia pengeluar minyak, kita sebenarnya mengimport lebih banyak minyak daripada yang dieksport 💵 Untuk melindungi rakyat, subsidi kerajaan meningkat daripada sekitar RM700 juta kepada RM3.2 bilion dalam tempoh kurang seminggu ⛽️ Rakyat serta majoriti peniaga tidak perlu membayar harga sebenar pasaran kerana subsidi ini disalurkan melalui BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI Diesel Dalam keadaan dunia yang semakin tidak menentu, usaha melindungi kebajikan dan kesejahteraan rakyat tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Indonesia
96
1.1K
2.2K
131.9K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, semalam saya dan Azizah bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim serta KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menunaikan solat sunat Aidilfitri di Istana Negara, sebelum mengiringi Baginda Tuanku beramah mesra dan bersalaman dengan jemaah. Semoga Aidilfitri ini disambut dengan penuh kesederhanaan dan pengertian, meraikan kebahagiaan dan kasih sayang serta mengangkat doa dan harapan kita semua. تَقَبَّلَ اللّهُ مِنَّا وَمِنكُمْ كُلُّ عَامٍّ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Indonesia
16
90
573
22.5K
Anwar Ibrahim retweetledi
Bernie Sanders
Bernie Sanders@BernieSanders·
72,000 killed in the genocide in Gaza. 1 million+ displaced in Lebanon. 1,700 settler attacks in the West Bank. And now war in Iran. Sending 20,000+ more bombs to Netanyahu isn’t just immoral—it’s illegal. That’s why I introduced legislation to stop it.
English
5.7K
20K
67.2K
1.6M