Jazlan Syazwan retweetledi
Jazlan Syazwan
1.8K posts

Jazlan Syazwan retweetledi

James Chai has more integrity and patriotism in his little finger than most Ministers have in their entire body.
Anyone is free to look up his public profile - he is a world-class intellect who has spent a lot of time on public service, when he could easily have made more money doing other stuff.
This dragging of his name and personal details in the media, as if he's some criminal evading the law (versus doing great work in Cambridge), is absolutely disgusting.
Malaysiakini (BM)@mkini_bm
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pembantu kepada menteri ekonomi sebelum ini Rafizi Ramli bagi membantu siasatan satu kes. Badan antirasuah itu berkata mereka sedang menjejaki Chai Jin Shern, atau juga dikenali sebagai James Chai yang alamat terakhirnya di Shah Alam, Selangor. Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai penyiasat, Mohd Hafidz Bin Abd Halim di talian 017-5046503 atau emel kepada mhafidz@sprm.gov.my. Berita penuh: malaysiakini.com/news/769444
English
Jazlan Syazwan retweetledi

This is exactly how you keep young talents out of national service.
Smart. Honest. Serving the country.
(An Oxford grad who took a huge pay cut to serve Malaysia.)
Instead of support, James Chai gets humiliated and dragged through the mud because of politics.
If it can happen to him, it can happen to anyone.
And then we ask why Malaysia keeps bleeding young talent overseas.
English
Jazlan Syazwan retweetledi

Her husband's kidnapping became Malaysia's biggest mystery. Then came a stunning confession bbc.in/4qex9bn
English
Jazlan Syazwan retweetledi
Jazlan Syazwan retweetledi
Jazlan Syazwan retweetledi

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐇𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐘𝐀𝐁 𝐃𝐀𝐓𝐎' 𝐒𝐄𝐑𝐈 𝐀𝐍𝐖𝐀𝐑 𝐁𝐈𝐍 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga YAB Dato’ Seri dikurniakan usia yang berkat, dipermudah segala urusan dan sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Kami turut mendoakan agar terus cekal dan sihat sejahtera dalam menakhoda negara ke arah kegemilangan Malaysia MADANI.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Jabatan Perdana Menteri
#JabatanPerdanaMenteri
#RancakkanMADANI
#MalaysiaMADANI
#MADANIBekerja
#TaatSetia
@shamsulazribakr
@MalaysiaPMO

Indonesia
Jazlan Syazwan retweetledi
Jazlan Syazwan retweetledi

Massive respect to Rafizi, Nik Nazmi, Wong Chen, etc.
A real crisis in judicial independence now. Everyone in legal fraternity knows what’s going on.
If you claim to be reformist, you know what the red line is.
Rafizi Ramli@rafiziramli
Sidang Media Rafizi Ramli | 7 Julai 2025 x.com/i/broadcasts/1…
English
Jazlan Syazwan retweetledi

Jazlan Syazwan retweetledi
Jazlan Syazwan retweetledi

𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟳 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗞𝗘𝗣𝗨𝗧𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗢𝗟𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗥𝗢𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗥𝗠𝗞𝟭𝟯
Saya sedia maklum satu kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar mengenai keputusan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bahawa Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diberi tugas untuk “mengolah dan merombak semula” intipati naskhah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ekoran kenyataan itu, saya dihubungi oleh pihak media mengenai pandangan saya kerana ia memberi gambaran draf asal RMK13 yang telah dibangunkan sejak September 2024 akan diubah secara besar-besaran.
Rancangan Lima Tahun Malaysia (kini RMK13) adalah dokumen dasar yang penting dan menjadi gam yang mengikat dasar, program dan sasaran negara bagi tempoh lima tahun. Kerajaan bertukar ganti, tetapi setiap kerajaan yang mengambil alih perlu berpandukan gagasan Rancangan Malaysia, kecuali kerajaan itu kembali ke Parlimen untuk meminda RMK yang telah diluluskan Parlimen.
Sebab itu prosesnya adalah panjang dan tidak bersifat politik.
Proses penyediaan RMK13 bermula dengan Persidangan Permulaan RMK13 pada 5 September 2024. Seterusnya, proses “𝘣𝘰𝘵𝘵𝘰𝘮 𝘶𝘱” (mendapat maklum balas dan dapatan dari semua pemegang taruh) bermula melalui tiga kaedah:
1. IAPG (𝘐𝘯𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘨𝘦𝘯𝘤𝘺 𝘗𝘭𝘢𝘯𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) – setiap kementerian dan agensi mempunyai perancang (selalunya dari bahagian dasar) yang mewakili kementerian/agensi dalam merangka dasar dan program yang ingin diketengahkan;
2. TWG (𝘛𝘦𝘤𝘩𝘯𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘞𝘰𝘳𝘬𝘪𝘯𝘨 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱) – ada kumpulan dalam bidang khusus yang melibatkan pakar-pakar yang membangunkan dasar dan program. Contoh-contoh TWG khusus termasuklah Govtech, Penskalaan Industri Mikro, Kecil Sederhana (PMKS), Reformasi Fiskal, Reformasi Pendidikan, Reformasi Kesihatan, RDICE dan lain-lain;
3. Sesi Libat Urus (SLU) – ada proses khusus di antara Kementerian Ekonomi dan kerajaan-kerajaan negeri, pihak industri dan ahli Parlimen (yang berlangsung dari September hingga Disember 2024).
Kesemua maklumat mengenai proses “𝘣𝘰𝘵𝘵𝘰𝘮 𝘶𝘱” ini boleh didapati dari laman Kementerian Ekonomi mengenai RMK13 iaitu rmk13.ekonomi.gov.my
Pada masa yang sama, proses “𝘵𝘰𝘱 𝘥𝘰𝘸𝘯” iaitu pembangunan dasar utama yang dikira berani dan radikal (𝗯𝗼𝗹𝗱 𝗮𝗻𝗱 𝗿𝗮𝗱𝗶𝗰𝗮𝗹) berjalan serentak melibatkan Kementerian Ekonomi dan pakar-pakar. Dasar-dasar ini (yang dikategorikan mengikut bidang) dikenal pasti sebagai pemacu utama reformasi struktur bagi bidang-bidang tersebut.
Cadangan dasar yang berani dan radikal tidak semestinya diterima oleh kementerian-kementerian. Sebab itu, saya telah membentangkan beberapa kali kepada Perdana Menteri terlebih dahulu (antara Februari hingga April 2025) dan dibentangkan sebanyak dua kali kepada Jemaah Menteri Khas, untuk mencapai kompromi dan kata sepakat.
Semua bukti pembentangan kepada Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ada di laman Facebook Perdana Menteri sendiri, yang sering melaporkan perbincangan mengenai RMK13 dengan Kementerian Ekonomi.
Jadual penyediaan dan pembentangan RMK13 adalah ketat. RMK13 bakal mencatat sejarah sebagai penyediaan RMK yang terpantas iaitu kurang dari setahun (dari persidangan permulaan hingga pembentangan). Sebelum ini, masa yang diambil untuk menyediakan RMK ialah antara setahun setengah ke dua tahun.
Selain jadual masa yang lebih singkat, saya juga membuat keputusan agar RMK13 dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam tanpa menggunakan perunding luar. Pandangan itu berasaskan kepakaran dan pemahaman yang ada di kalangan penjawat awam.
Proses seterusnya ialah percetakan yang memerlukan di antara dua ke tiga minggu. Jika ada rombakan semula, bab-bab penting (termasuk analisis data, angka dan sebagainya) perlu ditulis semula, dalam keadaan Kementerian Ekonomi hanya ada dua minggu sebelum dokumen itu perlu dihantar untuk percetakan akhir (mengambil kira RMK13 dirancang untuk dibentangkan dalam minggu pertama atau kedua Ogos 2025).
Oleh itu, kenyataan untuk “merombak semula dan mengolah” RMK13 sudah tentu mengundang kebimbangan (di kalangan penjawat awam, penganalisis pasaran yang memantau dasar negara dan rakyat keseluruhannya).
Adakah ini bermakna rombakan semula ini akan dibuat secara tergesa-gesa kerana tiada masa untuk merujuk semula kepada IAPG, TWG dan pakar-pakar? Kenapa isu “merombak semula draf RMK13” ini timbul di saat akhir sedangkan tiada isu “rombakan semula” yang dibangkitkan sepanjang saya dan Kementerian Ekonomi membentangkan intipati RMK13 sebelum ini?
Saya bimbang kerajaan mengambil sikap 𝘳𝘦𝘢𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯𝘢𝘳𝘺 (bersikap reaktif) hanya kerana ada beberapa ciapan balas kepada YB Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengenai RMK13 beberapa hari kebelakangan ini.
Ada netizen yang membincangkan mengenai RMK13 dan membalas ulasan beliau yang dilihat cuba memadamkan terus penglibatan saya dalam penyediaan RMK13.
RMK13 adalah dokumen penting untuk negara dan rakyat yang dibangunkan oleh ribuan rakyat dari segenap lapisan masyarakat. Jika tidak berhati-hati, mengheret RMK13 menjadi polemik politik akan melunturkan keyakinan rakyat kepada dokumen akhir RMK13.
Jika ini berlaku, ia satu ketidakadilan besar kepada mereka yang bertungkus lumus bekerja berbelas jam sehari sejak setahun lepas.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
27 Jun 2025

Indonesia
Jazlan Syazwan retweetledi

Jazlan Syazwan retweetledi

TERIMA KASIH YB DATO’ SERI SAUDARA RAFIZI RAMLI @rafiziramli : BERSAMA MENGUKUH PERKHIDMATAN STATISTIK NEGARA KE ARAH PEMANTAPAN PENGGUNAAN STATISTIK DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Indonesia
Jazlan Syazwan retweetledi
Jazlan Syazwan retweetledi

Saya masuk ke pejabat buat kali terakhir semalam dan hari ini (Jumaat) untuk urusan-urusan terakhir, termasuk mengemas pejabat.
Saya ingin ambil kesempatan ini untuk memperkenalkan beberapa orang yang banyak membantu saya mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.
Mereka adalah pegawai-pegawai dasar dalam pasukan saya yang saya pujuk untuk meninggalkan kerjaya masing-masing sebelum ini dan berkhidmat di pejabat saya.
Dari cili kepada semikonduktor, kepada ekosistem syarikat pemula, JSSEZ, NETR, kepada gaji progresif sehinggalah RMK13, mereka banyak menterjemah idea-idea saya sehingga mula boleh dilaksanakan.
Kini mereka akan kembali ke bidang masing-masing.
Terima kasih dari saya kepada:
Dr. Azraai Bahari Nasruddin – doktor pakar endokrinologi lulusan University of Cambridge, dengan lulusan tambahan dalam Informatics dari UCL. Ijazah Kelas Pertama. Berkhidmat lama di UK sebelum kembali ke Malaysia tahun 2014.
Benjamin Quek – lulusan perbankan dan kewangan dari Monash University dan MSc dalam Applied and Computational Mathematics, John Hopkins University. Sebelum ini seorang pengurus dana.
James Chai – pelajar terbaik undang-undang dari University of London dan sarjana undang-undang dari University of Oxford. Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini kerjaya undang-undang dan dalam bidang tech. Juga seorang penulis buku.
Ismat Qayyum – lulusan PPE (Politics, Philosophy and Economy) dari London School of Economics (LSE). Ijazah Kelas Pertama. Sebelum ini di sektor perbankan.
Haqimi Zamri – lulusan Politik and Hubungan Antarabangsa dari University of Nottingham. Sebelum ini mengusahakan perusahaan sosial pada usia yang muda.
Saya banyak belajar dari mereka, mungkin lebih dari mereka belajar dari saya.

Indonesia
Jazlan Syazwan retweetledi

Saya baru menerima berita yang amat menyentak jiwa iaitu sahabat saya yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia yang kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi telah kembali menemui ilahi.
Masih segar di ingatan tatkala kali terakhir menziarahi beliau yang berada dalam keadaan yang sangat uzur lantas meruntun jiwa yang hiba.
Namun saat tangan kami bersentuhan, matanya yang kabur masih memancarkan sinar kasih dan sikap damai yang tidak pernah padam.
Dalam derapan langkah politik yang sering gawat dan menyesakkan, Pak Lah sentiasa menjadi pihak yang menenangkan. Beliau menerima saya dengan penuh adab dan ihsan, meski kami pernah berada di medan politik yang bertentangan. Itulah betapa besarnya jiwa seorang negarawan ulung.
Pak Lah tidak sekadar pemimpin, malah merupakan seorang insan berjiwa besar yang menerapkan naratif baru dalam politik kekuasaan di Malaysia.
Dengan pendekatan Islam Hadhari, beliau menjambatani antara aspek kemajuan dan pembangunan dengan nilai.
Di bawah kepemimpinannya, kita telah menyaksikan reformasi di bidang kehakiman, ketelusan dalam pentadbiran, dan pemerkasaan institusi.
Beliau adalah sosok yang memerdekakan suara rakyat melalui pembukaan ruang media dan penyertaan awam. Pentadbiran beliau berpaksi pada Rancangan Malaysia Kesembilan yang memacu pertumbuhan ekonomi serta memfokuskan pembangunan insan dan di pedesaan.
Namun lebih dari segala pencapaian itu, Pak Lah mengajarkan kita erti kemanusiaan dalam kepemimpinan.
Beliau memimpin dengan wajah yang tidak marah, tangan yang tidak menggenggam kuasa, dan suara yang tidak meninggi meski diasak bertubi-tubi.
Saya masih ingat sewaktu saya sendiri bergelut dalam episod hidup yang gelap dan derita, beliau tidak pernah menambah luka dengan kata-kata nista. Itulah peribadi Pak Lah yang sentiasa memilih damai meski mudah untuk membalas.
Kepada keluarga Tun Jeanne, anakanda Khairy Jamaluddin dan keluarga besar beliau, saya ucapkan takziah setulusnya dari lubuk hati. Seluruh negara turut bersedih atas kehilangan seorang negarawan yang membumi.
Selamat jalan, Pak Lah.
Malaysia terhutang budi kepada jasa dan budi bicaramu. Semoga ruh allahyarham ditempatkan dalam kalangan para solihin, diampunkan segala dosanya dan dikurniakan ganjaran syurga atas segala kebajikan yang telah ditabur sepanjang hayat beliau.
ANWAR IBRAHIM

Indonesia
Jazlan Syazwan retweetledi

















