Fadillah Yusof 🇲🇾

46K posts

Fadillah Yusof 🇲🇾 banner
Fadillah Yusof 🇲🇾

Fadillah Yusof 🇲🇾

@PetraJayaMP

Deputy Prime Minister of Malaysia • Minister of Energy Transition & Water Transformation (PETRA) • Petra Jaya MP • GPS Chief Whip • PBB Senior Vice-President •

Malaysia Katılım Haziran 2010
554 Takip Edilen44.2K Takipçiler
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Putrajaya | 25 Mei 2026 | Isnin Hari ini berlangsung Sesi Libat Urus Strategik Mengenai Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) (Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat) melibatkan kira-kira 200 peserta, di Dewan Baiduri, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA). Kehadiran dan penyertaan yang amat menggalakkan ini mencerminkan komitmen semua pihak yang terlibat dalam menyokong agenda peralihan tenaga negara serta pembangunan ekosistem tenaga hijau yang lebih progresif dan mampan. Kerajaan menyedari bahawa agenda peralihan tenaga pada masa kini bukan lagi sekadar agenda alam sekitar semata-mata. Sebaliknya, ia kini berkait rapat dengan daya saing ekonomi, pelaburan berkualiti tinggi, pembangunan industri, keselamatan tenaga dan ketahanan negara. Malaysia akan terus memastikan dasar tenaga dan kerangka kawal selia negara berkembang seiring dengan perubahan trend ekonomi dan industri global, khususnya peningkatan permintaan terhadap bekalan elektrik hijau dalam kalangan syarikat multinasional, pusat data, industri elektrik dan elektronik, sektor pembuatan berteknologi tinggi serta perniagaan berorientasikan eksport. Dasar tenaga negara berpandukan prinsip ‘trilemma tenaga’ yang merangkumi keselamatan tenaga, kemampuan kos dan kelestarian alam sekitar. Kerajaan perlu memastikan pelaksanaan peralihan tenaga dilaksanakan secara seimbang tanpa menjejaskan kestabilan grid serta tanpa membebankan pengguna secara tidak perlu. Di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Malaysia telah menetapkan aspirasi jangka panjang yang jelas untuk mencapai kapasiti tenaga boleh baharu sebanyak 70 peratus menjelang tahun 2050, di samping dasar untuk tidak lagi membangunkan loji janakuasa arang batu baharu pada masa hadapan. Bagi mencapai aspirasi tersebut, pendekatan pasaran yang lebih inovatif, fleksibel dan mesra pelaburan perlu diperkenalkan. Dalam konteks ini, CRESS yang diperkenalkan pada 26 Julai 2024 di bawah inisiatif GREENS MADANI merupakan antara inisiatif strategik Kerajaan bagi memperluaskan akses kepada elektrik hijau melalui pendekatan Open Access dengan menggunakan infrastruktur grid nasional sedia ada. Melalui kerangka ini, pengguna korporat dapat memperoleh bekalan elektrik tenaga boleh baharu secara terus daripada pemaju tenaga boleh baharu tanpa memerlukan infrastruktur penghantaran persendirian khusus. Kerajaan juga melihat CRESS bukan sekadar sebagai satu program tenaga boleh baharu, malah sebagai pemangkin ekonomi penting yang menyokong pelaburan hijau, komitmen ESG, usaha penyahkarbonan korporat, pertumbuhan ekonomi digital serta daya saing serantau Malaysia untuk jangka panjang. Sesi libat urus hari ini turut membincangkan pelbagai perkara penting termasuk kesiapsiagaan grid, Battery Energy Storage Systems (BESS), pembiayaan projek, struktur kos, pertimbangan kawal selia serta hala tuju jangka panjang pasaran tenaga hijau korporat Malaysia. Semoga sesi ini menjadi platform yang konstruktif untuk semua pihak berkepentingan berkongsi pandangan, cadangan dan maklum balas secara terbuka ke arah memperkukuh pelaksanaan CRESS demi manfaat semua pihak yang terlibat. Turut sama pada sesi hari ini Dato’ Sri Haji Mad Zaidi bin Mohd Karli, Ketua Setiausaha PETRA ; Puan Mareena binti Mahpudz, Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga) PETRA ; Puan Siti Safinah binti Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga ; Suruhanjaya Tenaga ; Single Buyer ; Grid System Operator (GSO) ; Tenaga Nasional Berhad ; institusi kewangan ; apemaju tenaga boleh baharu (Renewable Energy Developers – REDs), pemain industri dan pengguna korporat. #CRESS #PETRA #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
1
2
107
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Bintulu | 23 Mei 2026 | Sabtu Alhamdulillah bersama lebih 5,000 warga Bintulu menghadiri Program Sarawakku Sayang (SKS) 2026 Bahagian Bintulu, yang disempurnakan perasmiannya oleh YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, hari ini tadi. Program yang berlangsung di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu itu turut dihadiri tiga Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah ; Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan serta Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian ; Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom ; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar. Ia ada siri ketiga SKS 2026 selepas diadakan di Limbang pada 10 hingga 12 April 2026 bertempat di Kompleks Sukan Limbang dan di Miri pada 24 hingga 26 April 2026 bertempat di Stadium Miri. Alhamdulillah Bintulu kini sudah jauh berubah dan semakin pesat membangun di bawah kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS). YAB Premier sendiri turut menzahirkan penghargaan kepada para pemimpin terdahulu kerana telah membangunkan Bintulu. Dengan adanya landasan kukuh dibina pemimpin terdahulu, pemimpin masa kini meneruskan usaha untuk membangunkan Bintulu. Kini, rakyat Sarawak amat bertuah kerana YAB Premier Sarawak seorang pemimpin berwawasan dalam mentadbir Sarawak, kreatif dalam mencari sumber ekonomi baharu, komited dalam meningkatkan pendapatan negeri serta mempunyai pandangan jauh dalam bidang digital, tenaga boleh baharu dan ekonomi hijau. Datuk Patinggi Abang Johari bukan sahaja dihormati di Sarawak dan Malaysia, malah turut mendapat pengiktirafan antarabangsa kerana kepimpinannya dalam pembangunan tenaga hijau dan ekonomi moden. Berkat sokongan padu rakyat pelbagai kaum di Sarawak juga, Sarawak telah mencapai kemajuan membanggakan. Semoga Sarawak terus maju makmur. “Jaga Sarawak . Intu Sarawak” #SarawakkuSayang #SarawakMajuMakmur #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
10
320
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah, berpeluang mengiringi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi keberangkatan pergi bagi menunaikan ibadah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), awal pagi ini. Turut menunaikan haji, YB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. Saya dan Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Jalan serta semoga memperoleh haji mabrur. Hadir sama, Datuk Hajah Rubiah binti Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah. #DirgahayuTYT #SarawakMajuMakmur #SegulaiSejalai #MalaysiaMADANI Sepang l 23 Mei 2026 l Sabtu
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
4
22
1.1K
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Putrajaya | 22 Mei 2026 | Jumaat Syabas dan tahniah Indah Water Konsortium (IWK) yang telah mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara bagi kategori Anugerah Matlamat Pembangunan Mampan 6 (SDG6) di Global Water Awards 2026 di Madrid, Sepanyol pada Selasa, 19 Mei 2026. Pengiktirafan berprestij yang disampaikan oleh Global Water Intelligence itu diberikan menerusi penyertaan bertajuk “Solar-powered Sanitation: No Upfront Cost, Cuts Emissions”, sekali gus membuktikan komitmen IWK dalam memperkasa penggunaan tenaga solar sebagai pemacu sistem rawatan air kumbahan yang lebih cekap, mampan dan mesra alam. Inisiatif tersebut berjaya menggabungkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dengan peningkatan prestasi operasi rawatan kumbahan, selain mengurangkan kebergantungan kepada sumber tenaga konvensional, menurunkan pelepasan karbon serta memperkukuh pembangunan infrastruktur sanitasi yang mampan dari sudut kewangan dan operasi. Kejayaan ini turut melakar satu lagi pencapaian membanggakan buat IWK selepas sebelum ini menerima Distinction Award bagi kategori Public Water Agency of the Year di Global Water Awards 2023. Tahniah kepada Ketua Pegawai Eksekutif IWK, Tuan Narendran Maniam dan seluruh warga IWK atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan di peringkat antarabangsa ini akan terus meningkatkan semangat dan komitmen IWK dalam memperkukuh agenda kelestarian negara, memperluas penggunaan teknologi hijau serta mempertingkat mutu perkhidmatan sanitasi demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar. #IWK #PETRA #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
5
246
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Putrajaya | 22 Mei 2026 | Jumaat Alhamdulillah sempena Perhimpunan Bulanan PETRA Bil.2 Tahun 2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA hari ini, saya telah melancarkan pelaksanaan rebat solar di bawah program Sustainable Rebate and Incentive Assistance (SuRIA) sebagai inisiatif baharu bagi membantu rakyat mengurangkan kos elektrik melalui pemasangan sistem solar bumbung kediaman. Pelaksanaan program ini juga merupakan sebahagian daripada langkah Kerajaan dalam membantu rakyat menghadapi cabaran krisis bekalan global (KBG) berikutan peningkatan kos tenaga dan ketidaktentuan pasaran tenaga global susulan konflik geopolitik di Asia Barat, di samping mempercepatkan agenda peralihan tenaga negara. Sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi inisiatif rebat solar SuRIA Home. Di bawah program ini, pengguna Domestik yang memasang sistem Solar ATAP dan memenuhi kriteria kelayakan boleh menerima rebat sebanyak RM600 bagi setiap 1kWac pemasangan solar sehingga maksimum RM3,000 bersamaan 5kWac. Program ini dijangka memberi manfaat kepada antara 45,000 hingga 50,000 rumah dengan kapasiti solar terkumpul sekitar 250MW, sekali gus memperluas penggunaan solar bumbung kediaman di seluruh negara. Program SuRIA Home akan dibuka kepada pepasangan solar yang di bawah program Solar ATAP yang mula beroperasi bagi tempoh sehingga 31 Disember 2026 atau sehingga kuota 250MW dipenuhi, yang mana terdahulu. Pelaksanaan rebat pula akan bermula pada 1 Jun 2026 dan tertakluk kepada prinsip first come, first served. PETRA komited untuk terus memperkukuh agenda peralihan tenaga negara melalui peningkatan kapasiti tenaga boleh baharu, inisiatif kecekapan tenaga serta kerjasama strategik ASEAN termasuk ASEAN Power Grid dan keselamatan tenaga serantau. Selain sektor tenaga, PETRA juga terus komited melaksanakan 90 projek bekalan air, 130 projek tebatan banjir dan 49 projek pembetungan termasuk pengurusan sumber air secara mampan demi kesejahteraan rakyat. Pada majlis sama saya turut menyampaikan piala dan sijil kepada pemenang Anugerah Inovasi Menteri (AIM) PETRA — sebagai pengiktirafan kepada Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah PETRA yang menunjukkan kecemerlangan dalam pengurusan, reka bentuk serta pelaksanaan projek pembangunan. #PETRA #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
7
9
912
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu EV Kebangsaan (NEVSC) Bilangan 1/2026 di Menara MITI. Mesyuarat ini bagi memperkukuhkan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) negara berikutan EV bukan lagi sekadar trend global, tetapi telah menjadi satu keperluan strategik yang berkait rapat dengan aspek pelaburan, daya saing industri, keselamatan tenaga dan kesejahteraan rakyat. Malaysia telah menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dalam penggunaan EV, khususnya bagi kategori Battery Electric Vehicle (BEV). Jumlah terkumpul kenderaan penumpang (Passenger Vehicle - PV) jenis BEV mulai tahun 2018 sehingga kini telah mencecah 94,165 unit. Mesyuarat ini diharapkan mengenal pasti penyelesaian yang praktikal, berimpak tinggi dan boleh dilaksanakan dalam jangka masa terdekat, agar segala keputusan dan ketetapan yang dipersetujui melalui mesyuarat ini dapat terus memperkukuh pembangunan industri dan ekosistem EV negara secara lebih progresif, terselaras dan berdaya saing. #MadaniBekerja #MalaysiaMadani Kuala Lumpur l 19 Mei 2026 l Selasa
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
3
4
295
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Dungun | 18 Mei 2026 | Isnin Alhamdulillah, hari ini saya menyempurnakan Majlis Perasmian Santong Battery Energy Storage System (BESS) 100MW/400MWh yang dibangunkan oleh Tenaga Nasional Berhad di Dungun, Terengganu. Pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen Kerajaan dalam memperkukuh daya tahan sistem tenaga negara bagi mendepani cabaran ketidaktentuan bekalan dan pasaran tenaga global, di samping memastikan keselamatan serta kebolehpercayaan bekalan elektrik kepada rakyat terus terjamin pada kos yang berpatutan. Projek BESS Santong merupakan antara sistem penyimpanan tenaga bateri utiliti berskala besar terawal di Semenanjung Malaysia dengan kapasiti 100MW/400MWh. Ia menjadi langkah penting dalam memperkukuh kestabilan grid elektrik negara serta menyokong integrasi tenaga boleh baharu (TBB), khususnya solar, secara lebih meluas dan efisien. BESS berfungsi sebagai “power bank” berskala besar yang mampu menyimpan lebihan tenaga elektrik dan melepaskannya semula apabila diperlukan. Teknologi ini membantu menstabilkan frekuensi grid, mengurangkan risiko gangguan bekalan elektrik dan meningkatkan fleksibiliti sistem tenaga negara. Selaras dengan aspirasi negara untuk mencapai sasaran 70% kapasiti terpasang tenaga boleh baharu menjelang 2050, pembangunan teknologi penyimpanan tenaga seperti BESS amat penting dalam menyokong agenda peralihan tenaga negara ke arah sistem yang lebih lestari, berdaya tahan dan rendah karbon. Syabas TNB atas komitmen berterusan dalam membangunkan infrastruktur tenaga strategik yang bukan sahaja menyokong kestabilan sistem grid negara, malah memberi manfaat langsung kepada rakyat dan industri termasuk memperkukuh keyakinan pelabur serta merancakkan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan melalui Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) akan terus bekerjasama rapat dengan semua pihak bagi memastikan pembangunan teknologi tenaga baharu seperti BESS dapat dilaksanakan secara mampan, selamat dan memberi manfaat jangka panjang kepada negara serta rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. #BESSsantong #PETRA #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
8
17
1.3K
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah, malam tadi (Ahad, 17 Mei 2026) saya berkesempatan menghadiri Majlis Resepsi Perkahwinan Muhammad Haziq Fikri bin Dato’ Ir. Mohd Sohimin dan pasangannya, Nur Ilyana binti Norazlan di KLGCC Convention Centre, Kuala Lumpur. Tahniah kepada Haziq dan Ilyana serta kedua-dua ibu bapa pasangan ini, atas berlangsungnya majlis penuh bermakna ini. Semoga ikatan kekeluargaan yang terbina terus diperkukuh dengan kasih sayang dan keberkatan. Terima kasih Dato’ Ir. Mohd Sohimin bin Mohd Alayedin, Pengarah Urusan Pembangunan Hartanah, Sime Darby Property dan juga isteri, Datin Fairuzah binti Mohd Ahmad atas jemputan. Semoga Allah SWT memberkati perkahwinan ini dan mengurniakan sakinah, mawaddah wa rahmah.
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
7
420
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Selamat Hari Guru buat seluruh para guru dan warga pendidik sempena Sambutan Hari Guru Tahun 2026. Bertemakan “Guru Bitara, Nadi Negara”, ia satu pengiktirafan kepada guru yang bukan sekadar penyampai ilmu di dalam bilik darjah, malah merupakan pendidik unggul yang membentuk masa depan bangsa dan menjadi penggerak utama kemajuan negara. Di tangan gurulah lahirnya generasi berilmu, berakhlak mulia, berfikiran kritis serta mampu bersaing di peringkat global. Selamat Hari Guru 2026. Terima kasih, Cikgu! #PETRA #MadaniBekerja #MalaysiaMadani Putrajaya l 15 Mei 2026 l Jumaat
Indonesia
3
7
7
1.6K
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Bangi | 14 Mei 2026 | Khamis Alhamdulillah dah Tahniah saya ucapkan kepada 168 penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), yang menerima anugerah pada Majlis Anugerah APC Tahun 2025 PETRA, hari ini tadi. Majlis ini merupakan simbolik penghargaan dan apresiasi Kementerian dan Kerajaan kepada warga PETRA yang telah memberikan perkhidmatan bermutu tinggi di samping penglibatan aktif di luar tugasan rasmi antaranya kegiatan sukan, kemasyarakatan, persatuan serta sumbangan-sumbangan lain yang memberi manfaat kepada komuniti, organisasi dan negara. Ia juga satu manifestasi keprihatinan Kerajaan terhadap modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi yang unggul dalam mencapai ekspektasi yang telah ditetapkan. Namun dalam kita meraikan warga yang berkhidmat dengan cemerlang, kita juga harus menginsafi betapa krisis bekalan global yang sedang dunia hadapi kini, bukan lagi sekadar isu berkaitan minyak dan gas tetapi telah berkembang menjadi cabaran besar yang memberi kesan langsung kepada ekonomi, rantaian bekalan serta kos sara hidup rakyat. Gangguan bekalan global, ketidaktentuan geopolitik dan peningkatan kos logistik antarabangsa telah menyebabkan harga makanan, pengangkutan dan pelbagai barangan keperluan meningkat di kebanyakan negara. Malaysia turut menerima tempias daripada situasi ini, namun kerajaan kekal komited untuk memastikan kebajikan rakyat sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap keputusan dan dasar yang dilaksanakan. Kerajaan justeru mengambil pendekatan yang pragmatik dengan fokus utama adalah bagi memastikan bekalan keperluan asas negara kekal stabil, melindungi rakyat daripada tekanan kos hidup yang melampau serta memperkukuh daya tahan ekonomi negara bagi jangka panjang. Bantuan bersasar, kawalan harga, pengukuhan keselamatan tenaga serta kerjasama strategik antara kerajaan, industri dan rakyat telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan. Apa yang penting, krisis ini perlu dihadapi secara bersama dengan semangat kebersamaan, disiplin dan keyakinan rakyat termasuk semua warga PETRA, dalam mendukung usaha negara semasa mengharungi cabaran global ini. Syabas kepada kesemua penerima anugerah perkhidmatan cemerlang PETRA tahun 2025 atas segala sumbangan, komitmen dan konsistensi dalam pelaksanaan tugas di Kementerian. Kementerian ini terbina atas usaha kita bersama dan segala sumbangan warga PETRA amatlah saya hargai dalam membantu kita memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Jadikanlah segala usaha berterusan kita sebagai penjawat awam sebagai sedekah jariah dan ibadah yang berterusan. Jadilah ejen produktiviti Kementerian dan ejen kebaikan dalam perkhidmatan awam. Semoga seluruh warga PETRA terus menjadi contoh penjawat awam berprestasi tinggi demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. #PETRA #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
2
4
3
378
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Hari ini, mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan (JKKAS) Bil 1/2026 di Dewan Baiduri, Menara PETRA. Mesyuarat ini memberi fokus kepada pencegahan pencemaran, peningkatan kualiti air sungai dan pengukuhan pengurusan sumber air negara maka diharapkan semua perkara diteliti dari sudut kebolehlaksanaan, keberkesanan dan impak pelaksanaannya. Fokus utama tahun ini adalah pelaksanaan di mana setiap cadangan dan inisiatif perlu disusuli dengan tindakan yang jelas, garis masa yang tegas serta akauntabiliti pelaksana yang khusus. Keutamaan bukan lagi menambah perancangan, tetapi memastikan setiap keputusan yang dipersetujui dapat dilaksanakan secara berkesan dan menghasilkan impak yang boleh diukur. Pendekatan reaktif tidak lagi memadai, kita perlu beralih kepada pendekatan yang lebih proaktif dan berasaskan pencegahan, disokong oleh penguatkuasaan yang konsisten serta akauntabiliti yang jelas. Risiko pencemaran perlu dikenal pasti dan ditangani lebih awal sebelum menjejaskan kualiti air dan bekalan kepada rakyat. Penggunaan teknologi seperti sistem pemantauan masa nyata, telemetri dan Internet of Things (IoT) perlu diperluaskan bagi membolehkan tindakan intervensi dilaksanakan dengan lebih pantas dan berkesan. Dunia kini bergerak ke arah pengurusan sungai berasaskan daya tahan iklim, teknologi pintar dan tadbir urus bersepadu. Negara perlu bergerak seiring agar pengurusan sungai kekal relevan, responsif dan berdaya tahan. Sungai tidak lagi boleh dilihat sekadar sebagai saliran air, tetapi sebagai aset strategik negara yang menyokong bekalan air, keselamatan makanan, biodiversiti, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat. Pendekatan ini menuntut disiplin, komitmen dan tanggungjawab yang lebih tinggi di semua peringkat termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan. Rakyat hari ini bukan sekadar mahu mendengar dasar diumumkan, tetapi mahu melihat hasil yang nyata — sungai yang lebih bersih, bekalan air yang lebih terjamin dan tindakan tegas terhadap pihak yang mencemarkan sumber air negara. Semua pihak perlu berani melakukan perubahan dalam merancang, menguat kuasa dan mengurus sumber air negara. Saya berharap mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada tindakan yang lebih tersusun, pantas dan berfokus dalam menangani kemerosotan kualiti air sungai negara. #PETRA #MadaniBekerja #MalaysiaMadani Putrajaya l 14 Mei 2026 l Khamis
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
1
3
243
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Menerima kunjungan hormat TYT Ajay Sharma, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia di Menara PETRA hari ini. United Kingdom (UK) kekal sebagai antara rakan perdagangan strategik penting Malaysia. Bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara, pelbagai inisiatif kerjasama telah dibincangkan demi manfaat bersama. Antara fokus utama perbincangan adalah kerjasama dalam bidang tenaga hijau dan pembangunan mampan. TYT Pesuruhjaya Tinggi turut menyatakan komitmen untuk terus mempererat kerjasama Malaysia–UK dalam sektor ini ke arah masa depan yang lebih lestari. #PETRA #MalaysiaMADANI
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
7
15
945
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
“Kasih ibu membawa ke syurga”. Sempena Hari Ibu yang diraikan hari ini, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh insan bergelar ibu — wanita hebat yang menjadi tiang keluarga, pendidik pertama anak-anak dan sumber kasih sayang yang tidak pernah padam. Kasih sayang tanpa syarat. Pengorbanan tanpa batas. Begitulah besarnya kasih ibu, ummi, ummu, emak, mama, bonda, mummy atau lain-lain gelaran untuk insan yang melahirkan kita ke dunia ini. Tugas sebagai seorang ibu, sangat mulia. Saya fahami cabaran membesarkan anak-anak dalam era yang serba mencabar ini bukanlah hal yang mudah. Namun biar apa pun kepayahan yang harus dilalui, semoga ibu-ibu ini diberikan kekuatan dan diangkat darjat mereka di sisi Allah SWT. Realitinya peranan ibu semakin mencabar dalam mengurus keluarga ketika keadaan ekonomi dan sosial terus berubah. Antara cabaran utama ialah mendidik anak-anak dalam era teknologi dan media sosial. Cabaran ini menjadi lebih besar apabila dunia berdepan krisis bekalan global yang menyebabkan gangguan bekalan barangan dan peningkatan kos. Keadaan ini memberi kesan kepada keluarga, khususnya ibu yang bertanggungjawab memastikan keperluan harian mencukupi. Kerajaan MADANI sentiasa mengutamakan kebajikan rakyat dalam mendepani cabaran semasa. Keutamaan kerajaan jelas — melindungi rakyat dan memastikan bekalan keperluan asas negara sentiasa mencukupi serta tidak terputus. Pelbagai langkah sedang dan akan terus diperkukuhkan bagi menjamin kestabilan bekalan serta mengurangkan beban yang ditanggung rakyat, khususnya golongan keluarga dan ibu-ibu yang menjadi pengurus utama dalam keluarga. Sesungguhnya, kekuatan sesebuah negara bermula daripada institusi keluarga yang kukuh, dan di tengah-tengah kekuatan itu berdirinya seorang ibu yang tabah, sabar dan penuh kasih sayang. Selamat menyambut Hari Ibu. Semoga segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan sentiasa diberkati, dihargai dan menjadi inspirasi kepada anak-anak dan generasi akan datang. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kami perintahkan kepada manusia untuk berbuat baik terhadap kedua-dua ibu bapanya. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah dan melahirkannya dengan menanggung kesulitan…” (Al-Ahqaf 46:15) “Seteguh KASIH Ibu”
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
5
6
281
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Dukacita menerima berita pemergian rakan pengamal media, mendiang James Anak Joshua Guang pada 2 Mei 2026. Pemergian mendiang bukan sahaja dirasai oleh keluarga, malah turut dirasai oleh seluruh komuniti pengamal media di Sarawak. Segala jasa dan sumbangan beliau akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada legasi yang bermakna dalam dunia kewartawanan dan komunikasi. Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mendiang. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan serta ketenangan dalam menghadapi saat yang sukar ini. ————————— I am deeply saddened to receive the news of the passing of fellow media practitioner, the late James Anak Joshua Guang, on 2 May 2026. His departure is not only felt by his family, but also by the entire media community in Sarawak. His contributions and dedication will always be remembered as a meaningful legacy in the fields of journalism and communication. I extend my heartfelt condolences to his family. May they be granted strength, resilience, and peace during this difficult time.
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
13
884
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Selamat Hari Pekerja 2026 🇲🇾 Di sebalik setiap kemajuan, ada usaha gigih insan yang tidak pernah kenal erti lelah. Dedikasi dan komitmen setiap pekerja adalah asas kepada kekuatan Malaysia. Sempena Hari Pekerja yang diraikan pada 1 Mei setiap tahun, saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga pekerja yang menjadi nadi kekuatan negara. Dalam suasana dunia yang berdepan krisis tenaga global dan gangguan rantaian bekalan, ketekunan, daya tahan serta semangat kerja rakyat Malaysia terus menjadi benteng utama kestabilan ekonomi negara. Pendekatan Malaysia yang menekankan kepelbagaian sumber tenaga, kecekapan penggunaan, serta pengukuhan rantaian bekalan domestik dan serantau membolehkan kita mengharungi cabaran ini dengan lebih berdaya tahan. Usaha ini tidak akan berhasil tanpa komitmen para pekerja merentasi semua sektor, daripada barisan hadapan, industri, logistik, perkhidmatan, hinggalah ke ekonomi digital. Sesungguhnya, setiap keringat yang dicurahkan bukan sahaja menggerakkan ekonomi, tetapi turut memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. Terima kasih atas sumbangan anda semua. Bersama, kita membina Malaysia yang lebih kukuh, mampan dan berdaya saing. Pengorbanan anda, kekuatan negara. Selamat Hari Pekerja ! “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa" #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
3
305
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Hari ini, menghadiri Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Tenaga ASEAN secara dalam talian bagi membincangkan situasi kritikal di Asia Barat serta implikasinya terhadap keselamatan tenaga di rantau ini. Dalam perbincangan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Mutiara, Menara PETRA, saya berkongsi beberapa langkah bersasar yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, termasuk rasionalisasi subsidi, pengenalan waktu bekerja fleksibel, serta penggalakan amalan penjimatan tenaga. Malaysia menyokong penuh usaha ASEAN untuk memperkukuh mekanisme sedia ada, memperluas perkongsian kepakaran, serta menyelaras langkah tindak balas dalam menghadapi sebarang gangguan akibat ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat. Saya turut menekankan keperluan negara-negara ASEAN untuk terus meningkatkan kerjasama dalam keselamatan tenaga serantau melalui aspirasi Grid Tenaga ASEAN (APG) yang telah dipersetujui bersama pada tahun lepas. Dalam masa yang sama, penting untuk memastikan setiap usaha di peringkat nasional sentiasa selari dengan visi serantau, khususnya ketika berdepan krisis. Kerjasama erat dan bersepadu antara negara anggota adalah kunci kepada ketahanan tenaga ASEAN. #ASEAN #PETRA #MadaniBekerja #MalaysiaMadani Putrajaya l 27 April 2026 l Isnin
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
3
7
350
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Subuh di Masjid Darul Firdaus, Jalan Apollo. Selepas solat, saya akan pulang ke Kuala Lumpur bagi meneruskan tugas di Putrajaya. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan diredhai Allah dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Insya Allah. Sibu l 27 April 2026 l Isnin
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
8
471
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah, berkesempatan menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah di Masjid Darul Halim, Kampung Bahagia Jaya. Sementara menunggu solat Isyak, saya bersama para jemaah mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Ustaz Wan Ahmad Faizal Bin Wan Zakaria. Dalam ucapan ringkas selepas solat Isyak, saya menggesa ibu bapa dan golongan belia merebut peluang yang disediakan Kerajaan Sarawak yang dipimpin YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Premier Sarawak. Semua pihak perlu mengambil peluang yang disediakan Kerajaan Sarawak bagi mendepani masa depan yang penuh mencabar. Ada subjek-subjek khusus dibiayai Kerajaan Sarawak maka kita kena sediakan anak-anak untuk rebut dan lengkapkan mereka dengan keperluan masa hadapan. Sekarang bidang kecerdasan buatan (AI) semakin berkembang, jika tidak mempelajari dan menguasainya, sudah pasti kita akan dikuasai AI maka rebutlah peluang yang disediakan Kerajaan Sarawak. Terima kasih kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak I (Pendidikan dan Inovasi) merangkap ADUN N.55 Nangka, Datuk Dr. Annuar Bin Rapaee. #TPMFY #SarawakkuSayang #SarawakMajuMakmur #MalaysiaMADANI Sibu l 26 April 2026 l Ahad
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
1
6
202
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Alhamdulillah, berpeluang merasmikan Majlis Penangguhan Sibu International Powerboat Race 2026 di Waterfront Pulau Li Hua. Penganjuran kali ini berjaya menarik penyertaan sebanyak 251 buah bot, sekali gus melayakkan acara ini diiktiraf dalam Malaysia Book of Records bagi kategori “Most Powerboats in a Single Event.” Tahun lalu, Sibu International RC Powerboat Race River Challenge 2025 juga telah diiktiraf dalam Malaysia Book of Records bagi kategori penyertaan terbanyak untuk remote control powerboats dengan 759 penyertaan. Ia membuktikan bahawa Sibu bukan sahaja mampu menganjurkan acara besar, tetapi juga berupaya mencipta fenomena dalam dunia sukan air. Kerajaan sentiasa komited untuk menyokong inisiatif pembangunan pelancongan dan sukan seperti ini dan sudah tentu Residen boleh mencari jalan untuk menjadikan tapak ini menjadi lokasi rasmi termasuk pembinaan grandstand dan kemudahan penonton yang lebih selesa. Saya akan membantu di peringkat kerajaan negeri dan Pusat bagi membolehkan acara ini menjadi sukan tahunan yang ikonik malah bukan sahaja akan mengharumkan nama Sibu dan Sarawak, tetapi mengangkat nama Malaysia di persada dunia. #TPMFY #SarawakkuSayang #SarawakMajuMakmur #MalaysiaMADANI Sibu l 26 April 2026 l Ahad
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
1
10
380
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Hari ini, menghadiri perjumpaan bersama Persatuan Veteran Tentera Laut DiRaja Malaysia Cawangan Negeri Sarawak. Dalam perjumpaan itu, pelbagai perkara dibincangkan seperti perkembangan persatuan, kebajikan staf, perkara yang dirancang dan yang sudah dilaksanakan. Semoga persatuan terus maju jaya demi kebajikan ahli-ahli veteran. Insya Allah. #TPMFY #SarawakkuSayang #SarawakMajuMakmur #MalaysiaMADANI Sibu l 26 April 2026 l Ahad
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
2
9
216