
𝐒𝐞𝐤𝐫𝐞𝐭𝐚𝐫𝐢𝐚𝐭 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐍𝐚𝐢𝐛 𝐂𝐚𝐧𝐬𝐞𝐥𝐨𝐫, 𝐁𝐢𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐣𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐒𝐔𝐊𝐌𝐀 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐧𝐠𝐨𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟔
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerima kunjungan hormat daripada delegasi Sekretariat SUKMA Selangor yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pengurusan), Dato’ Mohd Yazid Sairi dalam satu sesi perbincangan yang berlangsung di Pejabat Naib Canselor UKM.
Pihak UKM diwakili oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Sufian Jusoh bersama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Hj. Norinsan Kamil Othman dan Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nur Shakila Mazalan.
Perbincangan memfokuskan kepada persiapan penganjuran SUKMA Selangor 2026, khususnya berkaitan kesiapsiagaan lima venue pertandingan di UKM yang bakal menjadi lokasi acara bola sepak, tinju, kriket, sofbol serta gimrama dan gimnastik.
Selain itu, antara lain yang dibincangkan adalah aspek pengurusan venue, penyelarasan operasi pertandingan, penyediaan fasiliti serta kerjasama strategik bagi memastikan penganjuran SUKMA Selangor 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar, teratur dan menepati standard penganjuran bertaraf tinggi.
Kunjungan ini mencerminkan komitmen berterusan UKM dalam menyokong pembangunan sukan negara melalui penyediaan fasiliti bertaraf antarabangsa, perkongsian kepakaran serta kerjasama erat dengan Kerajaan Negeri Selangor.
Antara yang hadir dalam perbincangan ini adalah Ketua Pegawai Operasi Sekretariat SUKMA Selangor, Encik Mohd Nizam Marjugi dan Pengarah Temasya SUKMA Selangor, Encik Ahmad Fahim Rosli.
Diharapkan jalinan strategik antara UKM dan Sekretariat SUKMA Selangor akan terus diperkukuh demi memastikan kejayaan penganjuran SUKMA Selangor 2026 serta memperkasakan ekosistem sukan tanah air.
#Tekad57
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#ImanIlmuAmal
#UKM
#UKMSharing




Indonesia




















































