Universiti Malaya

10.3K posts

Universiti Malaya banner
Universiti Malaya

Universiti Malaya

@unimalaya

See also: https://t.co/7ckLYe69d5 https://t.co/YvbWVBHgS5 https://t.co/BBu2DMMIhD

Malaysia Katılım Eylül 2012
318 Takip Edilen23.8K Takipçiler
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Universiti Malaya telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Majlis Perasmian CLEA 2026 yang diadakan di Dewan Tunku Canselor, menghimpunkan kira-kira 350 perwakilan dari seluruh negara Komanwel, termasuk hakim, pengamal undang-undang, ahli akademik, pembuat dasar dan pelajar undang-undang. Persidangan CLEA 2026 yang berlangsung selama dua hari di Hotel Shangri-La telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Lihat lanjut di facebook.com/share/p/1Dt3tJ… #UM121 #UMisOne
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
2
107
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
MANUSKRIP RATUSAN TAHUN YANG MEMPERTEMUKAN TIGA TOKOH BESAR NEGARA Pada tahun 1988, sebuah detik penting dalam sejarah keilmuan negara terakam di Universiti Malaya apabila tiga tokoh yang masing-masing membawa pengaruh besar kepada masyarakat dan negara dipertemukan dalam satu majlis pelancaran karya ilmiah yang sangat penting. Almarhum Syed Muhammad Naquib al-Attas tampil sebagai sarjana ulung yang telah mengangkat kembali khazanah intelektual Islam di alam Melayu melalui hasil kajiannya 'A 16th Century Malay Translation of the ‘Aqa’id of Al-Nasafi' yang meneliti terjemahan Melayu-Jawi abad ke-16 terhadap sebuah karya teologi klasik oleh Abu Hafs 'Umar Najm al-Din al-Nasafi (w 537 H/1142 M). Segalanya bermula beberapa tahun sebelumnya iaitu pada tahun 1985 apabila sepupunya iaitu Almarhum Ungku Aziz memintanya meneliti kandungan sebuah manuskrip Melayu-Jawi yang jarang ditemui dan diperolehnya dari seorang peniaga di London. Ungku Aziz sendiri mengakui pada awalnya beliau tidak mengetahui isi kandungan manuskrip tersebut. Namun, penelitian oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas membawa kepada satu penemuan besar di mana manuskrip tersebut merupakan teks abad ke-16 bertajuk 'Aqa'id al-Nasafi, sebuah karya teologi Sunni, sekaligus menjadikannya antara manuskrip Melayu tertua yang pernah dikenal pasti. Beliau bukan sekadar meneliti manuskrip lama, tetapi berjaya membuktikan kedudukan ilmu tamadun Melayu-Islam sejak ratusan tahun dahulu. Sumbangannya membentuk asas penting dalam pemikiran Islam, falsafah pendidikan, dan kajian manuskrip Melayu hingga ke hari ini. Beliau telah membuktikan bahawa tamadun Melayu telah lama terlibat secara aktif dalam keilmuan Islam bukan sebagai penerima pasif, tetapi sebagai masyarakat yang memahami, menterjemah dan mengolah pemikiran teologi yang kompleks sejak abad ke-16. Melengkapi momen bersejarah ini, majlis pelancaran karya tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pendidikan Malaysia disaksikan oleh Ungku Aziz. Kehadiran beliau mencerminkan hubungan erat antara kepimpinan negara dan tokoh ilmuwan serta menjadi satu isyarat jelas bahawa pembinaan bangsa tidak boleh terpisah daripada peranan ilmuan. Peristiwa ini juga adalah simbol pertemuan antara tokoh pemikir dan pemimpin yang turut memperkukuh peranan Universiti Malaya sebagai pusat ilmu yang memelihara, mengembangkan dan memartabatkannya. Hari ini, legasi ketiga-tiga tokoh ini terus hidup sama ada dalam wacana akademik, proses pembinaan masyarakat, dan dalam perjalanan panjang pengembangan ilmu yang tidak akan pernah terhenti. Semoga jasa dan pusaka keilmuan yang ditinggalkan oleh Almarhum Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Almarhum Ungku Aziz terus memberi manfaat kepada generasi akan datang. #UMisOne #UM121
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
15
22
877
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Salam Takziah Universiti Malaya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Professor Dr. Abdul Halim bin Mokhtar, Jabatan Perubatan Sukan, Fakulti Perubatan yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Mac 2026 (Ahad), bersamaan 9 Syawal 1447 Hijrah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Sesungguhnya pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada universiti dan bidang kepakaran beliau. Jasa dan sumbangan Allahyarham akan sentiasa dikenang. Al-Fatihah. #UniversitiMalaya #UMisOne #UM121
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
4
12
994
Universiti Malaya retweetledi
Min. of Higher Edu, Labour and Skills Development
The Vice Chancellor of the University of Malaya, Professor Dato’ Seri Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, paid a courtesy call on the Minister Dr. Ali Haidar Ahmed. The meeting provided a valuable platform to further strengthen bilateral relations and reaffirm a shared commitment to advancing higher education and skills development. Discussions centered on exploring potential areas of collaboration. Both parties expressed strong interest in fostering mutually beneficial initiatives aimed at enhancing the quality, relevance, and global competitiveness of higher education systems. The engagement reflects a continued commitment to building strategic partnerships that support sustainable development and the advancement of human capital. @unimalaya
Min. of Higher Edu, Labour and Skills Development tweet mediaMin. of Higher Edu, Labour and Skills Development tweet mediaMin. of Higher Edu, Labour and Skills Development tweet mediaMin. of Higher Edu, Labour and Skills Development tweet media
English
0
7
6
748
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Berakhirnya Ramadan yang penuh keinsafan, kita melangkah ke Syawal yang penuh rasa. Rasa syukur. Rasa rindu. Dan paling penting, rasa untuk saling memaafkan. Universiti Malaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua. Semoga setiap langkah pulang, setiap salaman, dan setiap senyuman tahun ini membawa erti yang lebih mendalam. #umisone #UM121
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
6
324
Universiti Malaya retweetledi
AMRWISE
AMRWISE@AMRWISE360·
Team #AMRWISE hosted a booth recently in Universiti Malaya. We shared our research and promoted AMR awareness through the AMR Diary and AMR Talk podcast. Great to engage youth on the One Health approach to tackling AMR. Read more about our projects here: lnkd.in/gBeapcNp
AMRWISE tweet mediaAMRWISE tweet mediaAMRWISE tweet mediaAMRWISE tweet media
English
0
1
1
238
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Kami imbas kembali suasana gotong-royong yang mewarnai Surau Ad-Deeniah, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) baru-baru ini apabila warga kerja bersama-sama menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada komuniti sekitar. Seawal proses menyediakan bahan-bahan, memasak hingga agihan menjelang waktu berbuka, setiap mangkuk bubur lambuk membawa semangat kebersamaan dan keprihatinan yang terus menjadi tradisi Ramadan di PPUM. #UM121 #UMisOne
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
1
0
1
408
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Konflik di Asia Barat terus menjadi perhatian dunia dan menimbulkan pelbagai persoalan tentang peranan serta pendirian Malaysia dalam isu geopolitik semasa. Ikuti perkongsian Profesor Ulung Dato’ Dr. Rajah Rasiah dari Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya bersama Prof. Dr. Novel Anak Lyndon dalam program Ruang Bicara di Bernama TV yang akan mengupas perspektif serta tindakan Malaysia terhadap konflik yang sedang berlaku. #UMisOne #UM121
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
0
249
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
MALAYSIA MADANI bukan sekadar slogan. Ia berakar daripada sejarah tamadun yang membentuk nilai masyarakat majmuk yang harmoni. Dari Madinah yang membina masyarakat berperlembagaan, ke Andalusia yang memacu kemajuan ilmu dan peradaban, hingga Melaka yang menjadi model perdagangan dan keharmonian pelbagai budaya ketiga-tiga legasi ini mengajar kita tentang kekuatan ilmu, toleransi dan saling membantu. Semangat inilah yang terus menjadi asas kepada pembinaan Malaysia MADANI: sebuah negara yang berpaksikan ilmu, perpaduan dan kesejahteraan bersama. #MalaysiaMadani #UM121 #UMisOne #HomeoftheBright #LandoftheBrave
Indonesia
0
0
4
530
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Program Semarak Ramadan yang berlangsung di Surau Al-Jami’ah, Akademi Pengajian Islam hari ini menyaksikan kerjasama erat antara Universiti Malaya, Jabatan Insolvensi Malaysia dan Berita Harian melalui penganjuran aktiviti gotong-royong memasak serta pengagihan kira-kira 500 pek bubur lambuk kepada warga universiti dan komuniti sekitar. Inisiatif ini bukan sahaja menyemarakkan penghayatan Ramadan di kampus, malah memperkukuh hubungan kerjasama antara universiti, agensi kerajaan, media serta masyarakat. #UM121 #UMisOne #HomeoftheBright #LandoftheBrave
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
0
303
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Majlis Rahmah MADANI Ramadan MAIWP: Jom Balik Raya Bersama Mahasiswa telah membawa makna lebih besar daripada sekadar pelepasan perjalanan pulang pelajar. Ia mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam memastikan kebajikan mahasiswa sentiasa diberi perhatian. Dengan sokongan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang menaja pengangkutan bas dan tiket penerbangan bernilai lebih RM504,900, inisiatif ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk pulang menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta dengan lebih tenang dan selesa. Semoga perjalanan pulang ini bukan sahaja membawa kegembiraan kepada para pelajar, tetapi juga mengubat rindu ibu bapa yang menanti di kampung halaman. 🔗Lebih banyak gambar di facebook.com/share/p/183jeR… #UM121 #UMisOne
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
0
249
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Lensa kami merakamkan momen penting sekitar Majlis Ihya’ Ramadan Universiti Malaya yang berlangsung semalam, menghimpunkan barisan pengurusan universiti, staf serta pelajar tempatan dan antarabangsa dalam suasana penuh meriah. Program diisi dengan tadarus dan khatam al-Quran, agihan bubur lambuk, iftar, solat berjemaah, alunan qasidah serta penyampaian bakul Kongsi Rezeki. Turut hadir Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, YBhg. Datuk Profesor Dr. Azlinda binti Azman bersama barisan pengurusan universiti. Lebih banyak gambar di facebook.com/share/p/1RFmx8… #UM121 #UMisOne
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
5
311
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Salam takziah atas pemergian Allahyarhamah Tan Sri Dato’ Siti Norma binti Yaakob, Mantan Pro-Canselor Universiti Malaya (2007–2022). Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada keluarga Universiti Malaya. Semoga segala jasa dan bakti Allahyarhamah menjadi amal jariah yang berterusan. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Al-Fatihah.
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
3
10
611
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Ada saat apabila suara manusia perlahan, dan yang kedengaran hanyalah alunan ayat-ayat Al-Quran. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Universiti Malaya semalam, menghimpunkan warga kampus dalam satu majlis yang penuh ketenangan dan penghayatan sepanjang majlis. Ayat demi ayat dibaca bersama, menyatukan hati dan memperkukuhkan semangat ukhuwah dalam kalangan komuniti UM. #UM121 #UMisOne #HomeoftheBright #LandoftheBrave
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
5
287
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Senduk demi senduk, bekas demi bekas, tradisi agihan bubur lambuk di Universiti Malaya kembali menyatukan warga kampus di bulan Ramadan ini. Melibatkan pelbagai jabatan dan persatuan staf, usaha ini digerakkan bersama-sama bagi menyediakan juadah berbuka untuk dikongsi dengan komuniti UM. Di sebalik setiap hidangan yang diagihkan, ada semangat gotong-royong, kebersamaan dan nilai berkongsi yang sentiasa menjadi nadi kehidupan kampus setiap kali tibanya Ramadan. Kerana di UM, Ramadan bukan sekadar dirai, ia diraikan bersama. #UMisOne #UM121
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
0
230
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
TAKZIAH Universiti Malaya merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Profesor Diraja Terpuji Tan Sri Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas, seorang tokoh pemikir agung yang telah memperkaya khazanah ilmu dan pemikiran peradaban Islam di peringkat dunia. Allahyarham merupakan alumni Universiti Malaya yang telah mengharumkan nama universiti melalui sumbangan intelektual yang besar dalam bidang falsafah, pemikiran Islam dan pembangunan konsep universiti Islam. Sepanjang khidmatnya di Universiti Malaya, beliau pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Bahagian Sastera, Jabatan Pengajian Melayu serta Dekan Fakulti Seni, meninggalkan legasi keilmuan yang terus menjadi rujukan hingga ke hari ini. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat dunia akademik dan umat sejagat. Namun, pemikiran, karya dan perjuangan intelektual Allahyarham akan terus hidup sebagai sumber inspirasi kepada generasi sarjana masa hadapan. Seluruh warga Universiti Malaya mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan menempatkan beliau dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
6
15
572
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Menjelang Syawal, perbelanjaan sering meningkat tanpa kita sedari. Persiapan raya, perjalanan pulang ke kampung, sehinggalah komitmen kewangan harian semuanya memerlukan perancangan yang bijak. Ikuti perkongsian Prof. Madya Dr. Mohd Edil Abd Sukor, pakar kewangan dari Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya. #UMisOne #UM121
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
1
1
196
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Hari ini kita meraikan kekuatan, ketabahan dan sumbangan wanita yang menjadi tulang belakang kepada kemajuan masyarakat dan negara. Di Universiti Malaya, wanita memainkan peranan penting sebagai pemimpin, ilmuwan, penyelidik, pentadbir dan pelajar yang terus mencorakkan masa depan melalui ilmu, dedikasi dan keberanian mencabar sempadan. Sempena Hari Wanita Antarabangsa, Universiti Malaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua wanita yang terus memberi inspirasi, memacu perubahan dan membina legasi untuk generasi akan datang. Selamat menyambut Hari Wanita Antarabangsa. #umisone #um121 #homeofthebright #landofthebrave
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
0
2
218
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
Nuzul Al-Quran bukan sekadar peristiwa dalam sejarah Islam, tetapi detik yang mengingatkan kita tentang turunnya petunjuk agung yang membimbing kehidupan umat manusia hingga ke hari ini. Malam yang penuh keberkatan ini mengajak kita untuk kembali mendekati Al-Quran, membaca, memahami dan menghayati setiap ayatnya sebagai panduan dalam membentuk akhlak, ilmu dan kebijaksanaan. Semoga Nuzul Al-Quran ini menjadi ruang untuk kita semua memperkukuh hubungan dengan Kalamullah serta menyemai nilai-nilai kebaikan dalam kehidupan seharian. Selamat Menghayati Nuzul Al-Quran kepada seluruh warga Universiti Malaya dan umat Islam di mana jua berada. #umisone #um121 #HomeoftheBright #LandoftheBrave
Universiti Malaya tweet media
Indonesia
0
1
2
205
Universiti Malaya
Universiti Malaya@unimalaya·
International students for Semester II, Session 2025/2026 officially started their journey with registration at Auditorium and the One Stop Centre (OSC), Universiti Malaya. The session included a briefing, medical screening and Student Pass (Visa) processing which the first steps before stepping into campus life at UM. Welcome to Universiti Malaya. #UMisOne #UM121
Universiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet mediaUniversiti Malaya tweet media
English
0
0
3
332