Zambry Abd Kadir
3.7K posts

Zambry Abd Kadir
@ZambryOfficial
Minister of Higher Education Malaysia 🇲🇾 , Barisan Nasional Sec-Gen ⚖️
Katılım Eylül 2013
79 Takip Edilen16.3K Takipçiler

Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2026.
Dalam dunia yang semakin pantas berubah dan dibanjiri pelbagai maklumat dari pelbagai sumber, kewartawanan yang berteraskan kebenaran dan kesahihan terus menjadi tunjang penting dalam membina masyarakat yang berilmu serta mencorak pemikiran.
Wartawan bukan sekadar penyampai berita, tetapi saksi kepada perjalanan sejarah, perakam denyut nadi rakyat dan penghubung antara suara masyarakat dengan pelbagai pihak.
Terima kasih kepada seluruh pengamal media yang terus teguh memikul amanah, menjunjung etika dan menyampaikan maklumat dengan penuh tanggungjawab.
Selamat Hari Wartawan Nasional kepada semua pengamal media walau di mana anda berada.
#HAWANA2026

Indonesia

Salam Aidiladha buat seluruh umat Islam di mana jua anda berada.
Aidiladha bukan sekadar tentang ibadah korban, tetapi juga mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan, ketaatan dan kasih sayang sesama insan. Dalam menghayati semangat pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S, marilah kita memperkukuh ukhuwah, menyantuni mereka yang memerlukan serta mensyukuri segala nikmat yang dikurniakan Allah SWT.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan buat kita semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha.

Indonesia

Salam Hari Arafah.
Di sebalik kesibukan dan cabaran kehidupan, hari yang mulia ini mengingatkan kita tentang erti kehambaan, keinsafan dan kekuatan doa.
Marilah kita memperbanyakkan istighfar, mendoakan kesejahteraan insan-insan yang kita sayangi serta memohon agar Allah SWT terus memimpin langkah kehidupan kita dengan rahmat dan petunjuk-Nya.
Moga segala amalan diterima dan seluruh umat Islam dikurniakan keberkatan, keampunan serta ketenangan jiwa.
Semoga para dhuyufurrahman yang sedang berwukuf di Arafah turut dipermudahkan segala urusan dan memperoleh haji yang mabrur, insya-Allah.

Indonesia

Saya merakamkan ucapan salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Adli Hakim Akberdin dan Allahyarham Ameer Ashraf Khairul Annuar yang merupakan dua pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Allahyarham Afiq Jamal Abdul Nasir, yang terlibat dalam tragedi kemalangan jalan raya di Lebuhraya Karak.
Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang amat berat ini. Sama-samalah kita mendoakan agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka, mengampunkan segala dosa-dosa mereka serta menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
Salam Takziah.

Indonesia

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline bagi Lepasan SPM untuk ke Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi Sesi Akademik 2026/2027 mulai hari ini 22 Mei 2026.
Layari: upu.mohe.gov.my

Indonesia

Selamat Hari Jururawat Sedunia buat seluruh warga jururawat yang menjadi nadi penting dalam sistem kesihatan negara.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kecekalan dan susah payah yang dicurahkan dalam merawat serta menjaga pesakit tanpa mengenal erti penat lelah. Di sebalik tugas yang mencabar, para jururawat sentiasa hadir dengan senyuman, kesabaran dan sifat memberi perkhidmatan terbaik yang tinggi.
Sesungguhnya, jasa dan bakti anda semua amat besar nilainya dalam memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Semoga semua jururawat sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan dan terus menjadi insan yang membawa harapan serta kekuatan kepada masyarakat dan negara.
Terima kasih, wira dan wirawati barisan hadapan negara.
#SelamatHariJururawat

Indonesia

[LIVE] Public Lecture by Prof. Seyyed Vali R. Nasr, Majid Khadduri Professor of Middle East Studies and International Affairs, at the School of Advanced International Studies (SAIS), Johns Hopkins University
📌 Topic: “Civilisation Under Strain: Knowledge, Ethics and Leadership in a Time of Global Conflict”
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#MalaysiaMADANI
facebook.com/share/v/1CSBJh…
English

Hari ini Tangga Istana Besar Johor memahat semula sejarah besar bangsa Melayu untuk sebuah parti yang berusia 80 tahun. Di sinilah bermula segalanya.
Merafak sembah dan menjunjung setinggi kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas limpah perkenan mencemar duli ke sesi fotografi yang penuh bersejarah ini bersama kepimpinan UMNO.
Junjung kasih yang tidak terhingga juga kepada Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, atas limpah perkenan serta sokongan dalam menyempurnakan detik yang amat bermakna buat seluruh keluarga besar UMNO ini.
Sesungguhnya, peristiwa hari ini bukan sekadar rakaman gambar, tetapi simbol kesinambungan sejarah, kesetiaan kepada institusi Raja-Raja Melayu, dan tekad meneruskan perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.
Dari Tangga Istana Besar Johor, sejarah pernah bermula. Dan dari sini juga, semangat perjuangan itu akan terus disambung untuk generasi mendatang.
Daulat Tuanku!
#UMNO80Tahun

Indonesia

80 tahun perjuangan UMNO bukan sekadar catatan usia sebuah parti, tetapi perjalanan panjang sebuah gerakan yang lahir daripada denyut nadi rakyat dan semangat mempertahankan agama, bangsa serta tanah air.
Dari lembaran sejarah menuntut kemerdekaan, membina negara, mengangkat martabat pendidikan, memperjuangkan pembangunan luar bandar hinggalah mendepani pelbagai cabaran zaman, UMNO telah melalui jatuh bangun dengan penuh ketahanan dan pengorbanan.
Hari ini, ketika dunia berubah begitu pantas dengan cabaran teknologi, ekonomi, geopolitik dan perubahan generasi, perjuangan ini tidak boleh terus terikat pada nostalgia semata-mata. UMNO mesti terus bergerak sebagai wadah yang memahami denyut masa depan, parti yang mampu membawa suara rakyat, menyatukan masyarakat dan menawarkan harapan baharu kepada negara.
80 tahun ini mengajar kita bahawa kekuatan sebenar bukan pada nama atau sejarah semata-mata, tetapi pada keberanian untuk berubah, memperbaiki kelemahan dan terus istiqamah berkhidmat.
Perjuangan belum selesai.
Masa depan sedang menanti untuk dibina.
Selamat Menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-80.
Bersatu.Bersetia.Berkhidmat.

Indonesia

Ibuku
Hari ini
aku menziarahimu lagi
di celah kalut waktu yang menggigit hari,
dan perjalanan hidup
yang terlalu pantas berlari.
Namun berada di sisimu
segala gelar dan dunia
tiba-tiba luruh satu persatu.
Aku kembali menjadi anak kecil
yang pernah tidur
di ribaan doamu.
Malu diriku
pada sayup suaramu
yang masih mencari namaku
di lorong ingatan yang kian berkabus.
Malu aku
kerana sering kalah kepada waktu,
sedang engkau
tidak pernah kalah mencintai anakmu.
Pada rangkai ingatan yang masih tersisa,
kau terus mengulang tanya
dengan mata yang redup
tetapi penuh kasih:
“Engkau tinggal di mana?”
“Kerja apa sekarang?”
Dan setiap kali itu
dadaku seperti disiat sunyi.
Kerana aku tahu
bukan ingatanmu yang hilang sepenuhnya,
tetapi dunia perlahan-lahan
sedang mencuri dirimu daripadaku.
Namun senyummu
masih menguntum
seperti bunga tua
yang tetap mahu mekar
meski musim hampir meninggalkannya.
Pada garis wajahmu
aku membaca seribu pengorbanan:
malam yang tidak tidur,
air mata yang disembunyikan,
lapar yang kau rahsiakan,
demi melihat anak-anakmu
membesar menjadi manusia.
Hari ini hari ibu,
tetapi bagiku,
mengingatimu
tidak pernah bernoktah pada tarikh.
Kasih kepada seorang ibu
tidak hidup pada sambutan,
tidak juga pada hadiah dan ucapan.
Ia hidup
pada denyut hati seorang anak
yang tidak pernah selesai
berhutang cinta.
Ibu,
jika suatu hari
kau lupa seluruh dunia,
lupa nama-nama kami,
lupa jalan pulang,
bahkan lupa siapa dirimu sendiri
ketahuilah,
aku tidak akan lupa
bahawa dari rahimmulah
aku belajar tentang cinta
yang paling suci di dunia.
Doamu
masih menjadi langit teduh
di atas hidupku.
Redhamu
masih menjadi jalan pulang
bagi jiwa yang rundung.
Dan andai waktu
terus mencuri ingatanmu satu persatu,
izinkan aku pula
menjadi penjaga kenangan itu
mengulang kembali kisah-kisah kita,
sehingga hujung usiamu,
dengan kasih
yang tidak akan pernah selesai.
Selamat Hari Ibu,
buat perempuan bernama syurga
yang pernah memanggilku
“anakku.”
Selamat Hari Ibu❤️

Indonesia

Patik menjunjung kasih dan berbesar hati mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, dalam Lawatan Khas ke Uzbekistan.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong telah berkenan berangkat ke Persidangan Diraja bertemakan “Tradisi Saintifik Dalam Ketamadunan Islam: Sumber, Potensi dan Cabaran” yang berlangsung di Pusat Peradaban Islam Antarabangsa (ICC), Tashkent.
Dalam Titah Diraja, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong menzahirkan bahawa tradisi ketamadunan Islam telah membuktikan bahawa agama dan sains bukanlah dua entiti yang terpisah, sebaliknya mampu bergerak seiring dalam memajukan perkembangan ilmu dan peradaban.
Persidangan diraja ini merupakan anjuran bersama Universiti Teknologi Malaysia dan Pusat Peradaban Islam Antarabangsa (ICC), yang menghimpunkan sarjana dan tokoh pemikir dari pelbagai latar belakang dan negara.
Patik dengan penuh takzim merafak sembah dan menjunjung kasih atas perkenan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk patik menyampaikan kata aluan dalam persidangan ini.
Pada majlis ini, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong yang juga Canselor UTM telah berkenan menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara UTM dengan lima institusi utama di Uzbekistan, iaitu:
* Pusat Peradaban Islam, Tashkent
* Pusat Kajian Antarabangsa Imam Maturidi
* Akademi Islam Antarabangsa Uzbekistan
* Universiti Tashkent bagi Pengajian Oriental
* Pusat Kajian Antarabangsa Imam Bukhari, Samarkand
Selain itu, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong turut berkenan menyaksikan penyerahan sebanyak 20,000 naskhah Mushaf Al-Quran versi Malaysia oleh Yayasan Restu kepada Lembaga Waqaf Uzbekistan, satu simbol persaudaraan dan perkongsian warisan ilmu yang merentasi sempadan negara.
Lawatan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala Malaysia dan Uzbekistan🇲🇾🇺🇿, malah menjadi jambatan penting dalam menghidupkan kembali tradisi keilmuan Islam yang berteraskan ilmu, hikmah dan nilai.
Daulat Tuanku.
🇲🇾🇺🇿




Indonesia

Bila berlaku kebakaran, kita panggil bomba. Bila ada kucing tersangkut di pokok, bomba datang menyelamat. Bila tersangkut di mangkuk tandas, pun bomba datang membantu.
Bila berlaku kemalangan, bencana, banjir, atau apa jua kecemasan, mereka sentiasa hadir tanpa banyak soal.
Itulah wira sebenar, sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan.
Selamat menyambut Hari Bomba kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Terima kasih atas keberanian, pengorbanan dan khidmat bakti yang tidak pernah mengenal erti lelah. 🔥🚒
#HariBomba
#doczam

Indonesia

Selamat menyambut Hari Pekerja 2026 kepada seluruh warga kerja negara.
Terima kasih atas segala pengorbanan, dedikasi dan usaha tanpa mengenal lelah dalam memacu pembangunan negara walau apa jua bidang pekerjaan anda. Setiap titik peluh dan komitmen yang dicurahkan menjadi asas kepada kemajuan masyarakat serta masa depan Malaysia yang lebih gemilang.
Semoga sambutan Hari Pekerja ini menjadi penghargaan kepada semua insan yang terus berbakti dengan penuh amanah dan semangat kebersamaan.
#HariPekerja2026

Indonesia

Secara langsung.
Kongres Pendidikan Bumiputera 2026
Di Dewan Merdeka, Aras 4, WTCKL.
facebook.com/share/v/14cGkm…
Indonesia

Special Programme with Mesut Özil: OZIL AND FANS @Universiti Sains Malaysia
#MalaysiaTürkiye🇲🇾🇹🇷
Deutsch

Rangkuman Hari Pertama Mesyuarat Kedua Jawatankuasa Bersama Malaysia–Türkiye 2026
#MalaysiaTürkiye🇲🇾🇹🇷
Indonesia

[LANGSUNG] MALAYSIA-THE REPUBLIC OF TURKIYE EDUCATION FORUM 2026
🎓 Topik: Charting The Future of Higher Education In The Era Of Artificial Intelligence (AI)
Antara pengisian forum:
▪️Ucapan Aluan oleh YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi;
▪️ Ucapan Pembukaan oleh H.E. Profesor Dr. Erol Özvar, Presiden Majlis Pendidikan Tinggi, Republik Türkiye; dan
▪️ Pengenalan Forum: Landskap Pendidikan Tinggi Malaysia oleh En. Novie Tajuddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Education Malaysia Global Services (EMGS)
🔸 Sesi ini turut menampilkan panel jemputan dari Malaysia dan Türkiye yang mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Ibn Haldun dan Middle East Technical University bagi membincangkan inovasi, AI dan kerjasama global 🌍✨
___________
[LIVE] MALAYSIA-THE REPUBLIC OF TURKIYE EDUCATION FORUM 2026
🎓 Topic: Charting the Future of Higher Education in the Era of Artificial Intelligence (AI)
The forum's features:
▪️ Welcoming Remarks by The Honorable Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Minister of Higher Education;
▪️ Opening Remarks by H.E. Professor Dr. Erol Özvar, President of the Council of Higher Education, Republic of Türkiye
▪️ Forum Introduction: Malaysia Higher Education Landscape by Mr. Novie Tajuddin, Chief Executive Officer, Education Malaysia Global Services (EMGS)
🔸 The session also brings together Malaysian and Turkish panellists from the Ministry of Higher Education, Universiti Teknologi Malaysia, Ibn Haldun University, and Middle East Technical University, fostering meaningful dialogue on innovation, AI, and global collaboration 🌍✨
#RancakkanMADANI
#MADANIbekerja
#MalaysiaMADANI
facebook.com/share/v/18YnrZ…
Indonesia
