Anwar Ibrahim

92.6K posts

Anwar Ibrahim banner
Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

@anwaribrahim

Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾

Malaysia Katılım Mart 2007
12.1K Takip Edilen1.8M Takipçiler
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Mengakhiri kunjungan di Perak, saya ke Ipoh untuk merasmikan Program MADANI Rakyat Negeri Perak, yang menjadi ruang penting untuk Kerajaan mendekati masyarakat serta mendengar pandangan dan teguran, supaya setiap dasar yang digubal terus diperbaiki dan benar-benar memenuhi keperluan semasa. Di tengah krisis tenaga global yang menekan ekonomi, inisiatif ini membawa barangan asas seperti ikan, sayur, ayam, beras dan minyak masak pada harga jauh lebih rendah daripada pasaran, sebagai ikhtiar langsung meringankan beban rakyat. Dalam ucapan, sata tegaskan bahawa kita perlu menerima hakikat bahawa dunia sedang berdepan krisis besar susulan konflik di Asia Barat yang kian parah. Gangguan terhadap laluan strategik Selat Hormuz telah melonjakkan kos tenaga dan memberi tekanan langsung kepada ekonomi dunia, termasuk Malaysia. Keadaan di negara lain termasuk di sekitar ASEAN jauh lebih parah. Ada yang sudah melaksanakan catuan minyak, ada yang menutup lebih 400 stesen minyak, dan ada rakyat yang terpaksa mengubah seluruh rutin harian kerana kekurangan bekalan. Ini realiti yang sedang berlaku ketika ini. Dalam keadaan ini, Kerajaan sedang menggerakkan segala ikhtiar untuk menjamin bekalan tenaga dan barangan asas, di samping merangka usaha untuk memastikan peniaga, petani dan nelayan mampu bertahan sepanjang tempoh mencabar ini. Justeru, ini bukan masanya untuk terus berpolitik atau menabur sentimen yang mengelirukan. Kita tidak ada ruang untuk berpecah tatkala cabaran sedang memuncak. Fokus kita semua harus tertumpu kepada usaha memperkukuh ketahanan negara dan mengurus sumber dengan lebih berhemat. Dengan tekad yang jelas dan usaha bersama, Insya-Allah Malaysia berupaya untuk berdiri teguh dan terus bertahan menghadapi badai ini. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
1
14
36
1.7K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Usai kunjungan di Kuala Kangsar, saya terus ke Masjid Ar-Rashid di Tambun untuk bertemu masyarakat setempat, termasuk wakil Orang Asli dari Kampung Makmur. Saya telah meluluskan peruntukan RM400,000 bagi menaik taraf infrastruktur Masjid Ar-Rashid, sebagai sebahagian komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkasa institusi ini. Dalam kunjungan ini, saya jelaskan bahawa krisis tenaga yang melanda dunia ketika ini kian meruncing akibat konflik yang dicetuskan oleh serangan Israel terhadap Iran dengan dukungan Amerika Syarikat. Keadaan ini telah mengganggu bekalan minyak global dan melonjakkan kos secara mendadak, termasuk di negara kita. Di sebalik tekanan ekonomi ketika ini, Kerajaan memberi keutamaan untuk terus melindungi rakyat dengan mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter, antara yang terendah di dunia, serta menyalurkan subsidi diesel kepada nelayan, petani, peniaga dan mereka yang layak. Perbelanjaan subsidi kini meningkat kepada hampir RM6 bilion sebulan. Dalam menghadapi ujian ini, kita tidak harus berpecah atau saling menyalahkan, sebaliknya bangkit sebagai satu masyarakat yang matang dan bertanggungjawab. Kerajaan sedia mendengar denyut nadi rakyat melalui libat urus berterusan bersama pelbagai lapisan masyarakat. Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama, serta terus memelihara rasa syukur dalam setiap keadaan. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama-sama. وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah nikmat-Ku kepada kamu; dan jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat pedih.” #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
1
20
77
2.6K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Saya tegaskan bahawa keutamaan Kerajaan MADANI tatkala menguruskan krisis tenaga global ketika ini adalah memastikan jaminan bekalan barangan asas serta menampan kenaikan harga agar rakyat tidak terbeban. Kerajaan juga sedang meneliti kelonggaran yang boleh diberikan kepada peniaga, sama ada berkaitan cukai, tarif dan pelaksanaan dasar tertentu bagi mengurangkan tekanan kos dan memastikan kelangsungan perniagaan. Insya-Allah, kita harungi cabaran ini bersama. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Indonesia
13
41
155
5.1K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Takziah kepada keluarga mendiang Tun Dr Ling Liong Sik, seorang tokoh politik negara, atas pemergian beliau pagi ini. Jasa dan sumbangan mendiang kepada negara amat berjasa serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang, dan akan sentiasa dikenang. Moga roh mendiang disemadikan dengan aman dan tenang.
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
2
27
148
5.5K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Saya kemudiannya ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK), kembali menjejak kenangan di alma mater yang banyak membentuk asas pemikiran, disiplin dan perjalanan hidup saya. Sempat menghimbau saat bersama rakan dan guru-guru, yang jasanya tidak terdaya saya lupakan atau mampu dibalas, kerana budi mereka terlalu tinggi dan mulia. Dalam sesi Temu Anwar bersama anak-anak MCKK, soalan-soalan yang dibangkitkan menyentuh isu besar, daripada cabaran geopolitik semasa hinggalah kepada peranan pendidikan dalam membentuk masa depan. Saya jelaskan bahawa dunia kini berdepan ketidaktentuan yang kian meruncing akibat konflik di Asia Barat. Serangan berterusan Israel terhadap Iran dengan dukungan Amerika Syarikat telah mencetuskan kitaran keganasan yang semakin melebar dan berpanjangan. Di Gaza pula, dunia menyaksikan pembunuhan rakyat awam, kemusnahan infrastruktur asas dan penderitaan kanak-kanak yang tidak berdosa. Namun, lebih mengecewakan apabila sebahagian kuasa besar Barat memilih untuk berdiam diri, malah dalam keadaan tertentu terus memberikan sokongan politik dan ketenteraan. Inilah wajah hipokrasi yang nyata dan tidak boleh kita terima. Mereka berbicara lantang tentang hak asasi manusia tetapi apabila berdepan pembunuhan, kezaliman dan perampasan tanah, prinsip itu menjadi selektif dan dipolitikkan mengikut kepentingan. Lebih membimbangkan, semua ini dilakukan oleh negara-negara yang memiliki kecanggihan teknologi, kekuatan ilmu dan institusi pendidikan terbaik di dunia. Namun apabila kecerdasan tidak disertai nurani, ia hanya melahirkan kekuatan tanpa kemanusiaan. Menjawab persoalan anak-anak tentang masa depan pendidikan, saya tekankan bahawa kita tidak boleh melahirkan generasi yang hanya cemerlang tanpa jiwa, Excellence Without a Soul seperti diungkapkan oleh profesor Universiti Harvard, Harry R Lewis. Pendidikan harus melahirkan insan yang bukan sahaja unggul dari segi intelek, tetapi juga berakar pada nilai, akhlak dan keinsafan. Dengan ilmu, peluang dan ruang yang diberikan, menjadi amanah untuk membina masyarakat yang lebih adil, berperikemanusiaan dan bermaruah, serta membuka akses pendidikan berkualiti kepada semua, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
7
37
155
7.9K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Pagi ini saya berkunjung ke Kuala Kangsar untuk bertemu guru, anak-anak serta bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford. Di sebalik tekanan cabaran ekonomi akibat krisis tenaga global ketika ini, saya tegaskan bahawa soal pendidikan dan naik taraf kemudahan sekolah tetap menjadi keutamaan Kerajaan MADANI. Dalam lawatan ini, saya tekankan bahawa projek kecil yang menyentuh keperluan harian pelajar, termasuk pembaikan kemudahan asas, mesti disegerakan tanpa berlengah. Keutamaan ini tidak boleh dikompromi walau dalam keadaan krisis, kerana masa depan anak-anak tidak boleh menjadi korban. Namun dalam memastikan keutamaan ini terus dilaksana, kita tidak dapat lari daripada realiti bahawa dunia sedang berdepan krisis tenaga global yang kian meruncing, susulan konflik di Asia Barat yang menjejaskan bekalan minyak dan gas serta mencetuskan ketidaktentuan pasaran di seluruh dunia. Tempiasnya turut dirasai di negara kita. Dalam keadaan ini, Kerajaan MADANI terus berikhtiar sedaya upaya memastikan rakyat tidak terbeban, termasuk mengekalkan harga RON95 pada kadar yang rendah serta meneruskan subsidi diesel kepada golongan yang memerlukan, sambil mengimbangi keperluan melindungi rakyat dan menjamin bekalan tenaga negara untuk jangka panjang. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengingatkan bahawa pendidikan kita perlu mengutamakan keupayaan berfikir secara kritis, memupuk nilai serta akhlak, di samping menguasai pelbagai bidang ilmu. Dalam dunia yang penuh cabaran ini, ilmu tanpa nilai boleh memesongkan arah jika tidak dipandu oleh adab dan keinsanan. Dalam kesempatan sama, saya turut mengumumkan kelulusan peruntukan RM296,000 bagi kerja-kerja baik pulih bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang kini digunakan oleh SMK Clifford, sebagai usaha memelihara warisan sejarah serta memastikan kemudahan pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif kepada warga sekolah. Insya-Allah, dengan keutamaan yang jelas terhadap pendidikan serta kefahaman dan kebersamaan dalam mendepani cabaran global, kita mampu mengharungi ujian ini bersama-sama, sambil terus membina masa depan negara yang lebih adil, berdaya tahan dan berteraskan nilai. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
6
27
128
3.8K
Anwar Ibrahim retweetledi
Farhan Fauzi
Farhan Fauzi@farhanfauzi_my·
Saya berbesar hati dengan kehadiran YAB Perdana Menteri, @anwaribrahim meluncurkan MADANI Mart yang pertama di Indera Mahkota 8 petang tadi. MADANI Mart merupakan usaha Yayasan MADANI bagi meringankan beban rakyat dan komuniti setempat dalam merungkai krisis bekalan dan barangan keperluan untuk jangka pendek dan panjang pada harga yang berpatutan. MADANI Mart menyasarkan pembukaan sekurangnya 640 buah cawangan seluruh negara dengan matlamat setiap DUN satu cawangan. Harapan saya agar inisiatif murni ini berjaya dan mendapat sokongan rakyat. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #MADANIBekerja #MADANIMart #Pahang #InderaMahkot
Farhan Fauzi tweet mediaFarhan Fauzi tweet mediaFarhan Fauzi tweet mediaFarhan Fauzi tweet media
Indonesia
18
16
63
4.4K
Anwar Ibrahim retweetledi
Jabatan Perdana Menteri
𝐆𝐄𝐍𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐌𝐔𝐃𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀𝐁 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐊 𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐃𝐄𝐏𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐀𝐑𝐀 KUANTAN, 3 April 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa generasi muda merupakan cerminan masa depan negara yang akan menentukan kekuatan serta kelangsungan pembangunan bangsa. Kecekalan, disiplin dan kesungguhan dalam menuntut ilmu menjadi asas penting dalam memastikan negara terus berada di landasan yang tepat. Beliau menekankan bahawa pendidikan tidak boleh disempitkan kepada pencapaian akademik atau kejayaan profesional semata-mata. Sebaliknya, pendidikan harus membentuk insan yang seimbang dari segi ilmu, iman dan akhlak sebagai teras pembinaan masyarakat MADANI. Menurut beliau, nilai adab seperti hormat kepada ibu bapa dan guru merupakan elemen asas dalam melahirkan generasi berintegriti dan berjiwa besar. Pembentukan sahsiah ini menjadi pembeza utama antara kejayaan yang bersifat sementara dengan kecemerlangan yang berterusan. Dalam mendepani era kemajuan teknologi dan kecerdasan buatan, YAB Perdana Menteri mengingatkan bahawa pembangunan tanpa nilai kemanusiaan hanya akan menghakis jati diri masyarakat. Justeru, keseimbangan antara kemajuan ilmu dan pemeliharaan akhlak perlu sentiasa dipelihara. Beliau turut menegaskan bahawa masa depan negara bergantung kepada keupayaan generasi muda untuk berfikir secara kritis, berpegang kepada nilai kebenaran serta menjunjung tinggi integriti. Hanya dengan gabungan ilmu, adab dan tanggungjawab, negara mampu melahirkan kepimpinan yang berwibawa dan dihormati. Foto oleh: Muhammad Firdaus bin Roslan dan Nurul Intan Syafina binti Mohamad (UKK JPM) #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia @shamsulazribakr @MalaysiaPMO
Jabatan Perdana Menteri tweet mediaJabatan Perdana Menteri tweet mediaJabatan Perdana Menteri tweet mediaJabatan Perdana Menteri tweet media
Indonesia
3
8
13
2.2K
Anwar Ibrahim retweetledi
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
#Kelantan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Armizan Mohd Ali mengadakan pemantauan di salah sebuah stesen minyak di Rantau Panjang, Pasir Mas, hari ini. 📸 Iqram Rosli / BERNAMA #BernamaNews @KPDN_HQ
Indonesia
0
4
14
2.5K
Anwar Ibrahim retweetledi
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
#Perak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sesi Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Warga dan Bekas Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford di Kuala Kangsar hari ini. Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan timbalannya Wong Kah Woh. 📸 Sharul Hafiz Zam | BERNAMA #BernamaNews #BernamaImages
BERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet media
Indonesia
0
5
9
1.8K
Anwar Ibrahim retweetledi
Nga Kor Ming
Nga Kor Ming@NgaKorMing·
Come on! 👍🏼 All are most welcome to join our guest of honour, Prime Minister DS @anwaribrahim at PMR Perak from today until Sunday. More than 100,000 people are expected to visit exhibition & enjoy service from various ministries including Perak state govt. See u at Meru!
Nga Kor Ming tweet mediaNga Kor Ming tweet mediaNga Kor Ming tweet mediaNga Kor Ming tweet media
English
0
6
24
1.9K
Anwar Ibrahim retweetledi
Jabatan Perdana Menteri
𝐇𝐈𝐌𝐏𝐔𝐍𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐄𝐊𝐀𝐑 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐍𝐆: 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐍𝐆𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 KUANTAN, 3 April 2026 – YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri menegaskan bahawa sesuatu bangsa tidak akan mencapai keagungan tanpa memahami sejarahnya sendiri. Semangat kepahlawanan yang diwarisi menjadi asas penting dalam membentuk jati diri dan kekuatan bangsa. Menurut beliau, Pendekar MADANI bukan sekadar simbol luaran, tetapi manifestasi warisan perjuangan menentang penjajahan dan kezaliman. Ia mencerminkan keberanian, maruah serta penolakan terhadap segala bentuk penindasan. YAB Perdana Menteri turut menekankan bahawa penjajahan bukan sahaja berlaku secara fizikal, tetapi turut meresap dalam pemikiran sehingga melemahkan semangat rakyat. Justeru, generasi masa kini perlu bangkit dengan kesedaran sejarah dan mempertahankan nilai kemerdekaan sebenar. Beliau menjelaskan bahawa kemerdekaan yang sebenar menuntut keberanian menentang rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penindasan sesama sendiri. Dalam hal ini, peranan anak muda amat penting sebagai tonggak perpaduan dan penggerak kebangkitan bangsa. Tambah beliau, pembentukan Pendekar MADANI harus berteraskan keyakinan, disiplin serta akhlak yang tinggi. Semangat perjuangan yang berlandaskan nilai agama dan jati diri perlu terus diperkukuh bagi memastikan martabat bangsa terus terpelihara. Foto oleh: Muhammad Firdaus bin Roslan dan Nurul Intan Syafina binti Mohamad (UKK JPM) #JabatanPerdanaMenteri #RancakkanMADANI #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja #TaatSetia @shamsulazribakr @MalaysiaPMO
Jabatan Perdana Menteri tweet mediaJabatan Perdana Menteri tweet mediaJabatan Perdana Menteri tweet mediaJabatan Perdana Menteri tweet media
Indonesia
2
8
15
2.2K
Anwar Ibrahim retweetledi
Nga Kor Ming
Nga Kor Ming@NgaKorMing·
Payung Madani terus melindungi rakyat. 🎆🇲🇾 #MadaniBekerja
Nga Kor Ming tweet media
Indonesia
12
10
59
3.9K
Anwar Ibrahim retweetledi
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
📌PM Anwar lulus peruntukan RM296,000 pulihara bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang kini digunakan SMK Clifford 📌Isu krisis tenaga global: PM Anwar buka ruang berbincang dengan pembangkang, pihak yang mahu bantu cari penyelesaian #BernamaNews @anwaribrahim
BERNAMA tweet media
Indonesia
0
8
22
1.6K
Anwar Ibrahim retweetledi
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan cawangan pertama MADANI Mart di Indera Mahkota, Kuantan yang menyediakan barangan keperluan harian pada harga berpatutan. 📹: Anis Nabilla | BERNAMA #VideoBernama #BernamaNews
Indonesia
2
6
24
2.9K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Di sela lawatan kerja ke Kuantan semalam, saya berkesempatan menziarahi sahabat lama saudara Fauzi Abd Rahman yang juga mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota. Orangnya tegas tapi sangat jujur. Pertemuan ini sederhana pada zahirnya, namun sarat dengan makna. Kami mengikat tali kenangan, prinsip dan semangat perjuangan yang tidak kunjung pudar. Dalam suasana lebaran yang masih hangat, ia kembali mengingat betapa nilai silaturrahmi antara insan mesti terus diperteguh.
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
7
34
186
7.2K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Malam ini saya berbesar hati merasmikan Kejohanan Silat Piala PMX Pendekar MADANI 2026 di Kuantan. Ia lantas menjadi wahana pensejarahan yang menghidupkan kembali ruh kepahlawanan bangsa. Teruja tatkala menyaksikan semangat serta komitmen anak-anak muda yang tidak sekadar memartabatkan seni silat sebagai warisan leluhur, tetapi turut mempertunjukkan jati diri yang tidak mudah disanggah oleh arus zaman. Silat tidak diangkat semata sebagai seni mempertahankan diri tetapi merupakan lambang jati diri yang membentuk disiplin, keberanian, pertanggungjawaban dan sikap hormat. Justeru, dalam kerangka MADANI yang cuba kita terapkan, ciri pendekar yang kita dambakan adalah generasi yang tidak hanya tangkas di gelanggang tetapi teguh akhlaknya dan jelas pendiriannya dalam menolak kezaliman dan kecurangan serta berupaya menyemarak nilai dalam kehidupan. Saya yakin dengan usaha berterusan para pesilat dan guru, warisan ini akan terus subur dan berkembang hebat. Justeru, daripada gelanggang inilah akan lahir generasi myda yang berjiwa kental, cintakan agama, bangsa dan negara, serta generasi yang menyemarak legasi perjuangan, memperkukuh perpaduan, dan mengangkat martabat tanah air ke tingkat yang lebih tinggi. Ayuh bersama pastikan warisan ini terus hidup, mekar sebagai tradisi kekuatan bangsa. #MalaysiaMADANI #YakinMADANI #MADANIbekerja
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
9
39
179
5.6K