Bossbm
113.7K posts

Bossbm
@Bossbm17
batalkan bayaran pencen kepada semua ahli politik.CUKUP MERUGIKAN

25 Ahli Sindiket Judi Dalam Talian Warga India Ditahan Oleh Mynewshub PATTAYA: Polis Thailand melancarkan serbuan berprofil tinggi ke atas sebuah vila mewah di Pattaya dalam usaha membanteras operasi perjudian dalam talian yang dipercayai menyasarkan pelanggan antarabangsa, baru-baru ini. Dalam serbuan tersebut, pihak berkuasa dilaporkan memanjat pagar premis sebelum menemui sebuah pusat operasi digital canggih yang beroperasi di dalam garaj yang telah diubah suai menjadi pusat kawalan berhawa dingin. Seramai 25 warga India ditahan ketika mereka sedang mengendalikan komputer riba yang dipercayai digunakan bagi mengurus aktiviti perjudian dalam talian berskala besar. Menurut siasatan awal, sindiket itu didakwa menjana keuntungan mencecah £16 juta (kira-kira RM95 juta) setahun melalui pengendalian beberapa laman judi antarabangsa. Pihak berkuasa turut merampas lebih 80 peranti elektronik termasuk komputer riba dan peralatan komunikasi yang digunakan dalam operasi berkenaan. Siasatan lanjut mendapati kumpulan itu menggunakan visa pelancong untuk menjalankan operasi haram tersebut, selain mengamalkan struktur organisasi yang tersusun melibatkan akauntan dan pengurus bagi mengendalikan rangkaian tersebut. Kesemua suspek kini berdepan pertuduhan berkaitan buruh haram, manakala pihak polis sedang giat mengesan dalang utama serta pembiaya di sebalik sindiket perjudian antarabangsa itu. Operasi ini dilihat sebagai sebahagian daripada usaha berterusan pihak berkuasa Thailand dalam membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan yang semakin kompleks dan berteknologi tinggi.













Alahai saudara, Dulu PN kata, jika PH menang, Islam dan hak Melayu terancam, pelajar sekolah akan pakai skirt, LGBT akan berleluasa. PH pula kata, kalau PAS menang, Malaysia akan jadi Taliban, hak orang bukan Islam akan disekat. UMNO pulak cakap, kalau Anwar Ibrahim menang, agenda Melayu runtuh, DAP akan berkuasa, dan fahaman liberalisme, pluralisme berkembang. Akhirnya apa? PH menang, LGBT taklah berkembang. UMNO bila jadi kerajaan, Melayu masih layu, masih mekar, takda perbezaan. Sekarang mereka siap berpeluk bercium dengan DAP dalam kerajaan persekutuan. PN kalah, Islam masih lagi agama rasmi. PN jadi kerajaan dulu, tiada hak bukan Islam ditindas, cabutan judi siap naik lagi. Jadi apa gunanya politik menakut-nakutkan ini? Sampai bila kita nak gunakan strategi lapuk ini? Politik zaman ini mestilah berdasarkan aspirasi, berpaksikan ideologi. Hentikanlah politik kuno ni. Malu, mengaku pendokong parti Reformasi bila gunakan strategi yang sudah basi.




Parti Haiwan dah boleh buat demo tangkap KP SPRM ni Cc: cetong












