




Dzulkefly Ahmad
14.8K posts

@DrDzul
Minister of Health. Vice-President of Parti Amanah Negara. A Muslim Democrat. PhD (Imperial College, London).





































(1/2) 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐌𝐈𝐀𝐍 𝐖𝐄𝐋𝐋𝐍𝐄𝐒𝐒 𝐇𝐔𝐁 𝐒𝐀𝐍𝐃𝐀𝐊𝐀𝐍; 𝐏𝐔𝐒𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐇𝐄𝐍𝐓𝐈 𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓 𝐔𝐍𝐓𝐔𝐊 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah melancarkan fasiliti Wellness Hub Sandakan, Sabah hari ini. Wellness Hub Sandakan merupakan fasiliti yang kelima (5) di negeri ini selepas Wellness Hub Putatan, Keningau, Kudat, dan Lahad Datu. Ia juga merupakan Wellness Hub yang ke-35 di Malaysia. Wellness Hub Sandakan menawarkan pakej perkhidmatan kesejahteraan kesihatan yang lebih dekat, inklusif dan berfokus kepada keperluan rakyat di Sabah. Fasiliti ini bertindak sebagai pusat (atau hub) komuniti untuk mempromosikan budaya hidup sihat. KKM turut dibantu oleh 2,425 orang sukarelawan MyChampion yang telah menggerakkan 3,088 aktiviti pendidikan kesihatan merangkumi saringan komuniti, program jangkau luar (outreach), dan penjagaan kebersihan persekitaran seiring dengan pemuliharaan alam seperti penanaman pokok melalui kempen “1 Rumah 1 Pokok” dan program gotong-royong berkala.






























