noreha mohd

76.1K posts

noreha mohd banner
noreha mohd

noreha mohd

@norehamohd

Katılım Temmuz 2011
1.7K Takip Edilen3.8K Takipçiler
noreha mohd retweetledi
PETRONAS
PETRONAS@Petronas·
Perjalanan bahan api bukan sekadar gali dan guna. Ia melalui proses panjang, kompleks dan penuh ketelitian sebelum sampai ke pam. Inilah kisah di sebalik setiap titisan tenaga yang menggerakkan hidup kita.
PETRONAS tweet mediaPETRONAS tweet mediaPETRONAS tweet media
Indonesia
27
1.3K
1.5K
233.9K
noreha mohd retweetledi
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Situasi sekarang tidak lagi seperti biasa. It is no longer business as usual. Kita mesti bertindak sesuai dengan tuntutan masa, dan kekal berpegang pada rancangan yang ditetapkan. Dalam keadaan yang kian mencabar ini, disiplin dan kejelasan hala tuju menjadi kunci agar setiap langkah yang diambil benar-benar berkesan dan berlandaskan keutamaan rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Indonesia
58
536
1.4K
67K
noreha mohd retweetledi
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 𝐑𝐀𝐊𝐘𝐀𝐓 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 | 𝟑 𝐀𝐏𝐑𝐈𝐋 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐈𝐏𝐎𝐇, 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 Suasana di reruai Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada hari pertama ini⚡🌊 (1/2)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet mediaKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet mediaKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet mediaKementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet media
Indonesia
1
1
1
79
noreha mohd retweetledi
SEDA Malaysia
SEDA Malaysia@SEDAMalaysia·
Ignite the future at the 7th International Sustainable Energy Summit (ISES) 2026! 🌿 🚀 Dive into the Theme: Envisioning Sustainable Energy Beyond Borders 📅 Mark your Calendar: 11 – 12 August 2026 📍 Kuala Lumpur Convention Centre 🌟 Proudly organised by SEDA Malaysia and hosted by the Ministry of Energy Transition and Water Transformation (PETRA). Building on the success of past editions, ISES continues to unite global leaders, innovators, and policymakers to drive impactful conversations and solutions in sustainable energy. 🌱 Our mission: To inspire cross-border collaboration and accelerate the transition towards a resilient, low-carbon future. Prepare for an immersive agenda featuring cutting-edge insights, dynamic discussions, and opportunities to connect with key players shaping the global energy landscape. 🔍 Discover. Engage. Empower. Shape the future of energy with us. Block your calendar now and be part of the movement! #ISES2026 #SEDAMalaysia #SustainableEnergy #EnergyTransition #BeyondBorders #RenewableEnergy #FutureForward
SEDA Malaysia tweet media
English
0
1
1
39
noreha mohd retweetledi
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Semalam saya menerima kunjungan hormat daripada Presiden dan Pengerusi Lembaga Pengarah Asian Infrastructure Investment Bank (AIIB), Zou Jiayi, bersama delegasi dalam membincangkan agenda pembangunan mampan, meliputi peralihan tenaga hijau serta pemerkasaan infrastruktur digital dan teknologi termaju. Saya menekankan keutamaan Kerajaan sebagaimana digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13), yang antaranya memberi fokus kepada pemerkasaan tenaga boleh baharu, peningkatan kecekapan tenaga, serta pembangunan ekosistem digital yang berdaya saing dan inklusif. Sehubungan itu, dalam aspek pelaburan swasta dan integrasi ekonomi serantau, saya menyambut baik komitmen AIIB untuk terus memperkukuh peranan dalam merancakkan pelaburan strategik di Malaysia, khususnya dalam sektor bernilai tinggi dan berimpak besar. Kerajaan akan terus memastikan ekosistem pelaburan negara kekal kondusif, berdaya saing dan berintegriti, di samping memperkukuh asas ekonomi domestik agar Malaysia kekal stabil, kukuh dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran serta ketidaktentuan geopolitik semasa. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #RancakkanMADANI #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
4
41
132
6.9K
noreha mohd retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Kuala Lumpur | 3 April 2026 | Jumaat Hari ini saya berkesempatan menziarahi anak Sarawak, Nurul Fithriyani binti Mahrip, 31, yang diuji penyakit kanser darah (Relapsed/Refractory B-cell Acute Lymphoblastic Leukemia - R/R B-ALL) dan sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Turut menyantuni kedua ibu bapa Nurul, Puan Sarimah Mingai dan Encik Mahrip Onga, serta suaminya Mohd Taufiq Abd Rahim, bertanyakan keadaan Nurul. Terima kasih Pengarah / Pakar Perunding PPUM, Prof Dr Zulkifle Abu Bakar, yang hadir sama dan turut menerangkan mengenai rawatan yang diberikan kepada Nurul. Nurul sudah menjalani rawatan Kemoterapi (MASPORE Protocol), Salvage therapy menggunakan Blinatumomab dan pemindahan sumsum tulang (Allogeneic Stem Cell Transplantation), Kimoterapi Idarubicin, Kimoterapi gabungan Venetodex, Bortezomb dan Vincristine. Namun keadaannya tidak berubah. Penyakit beliau masih berulang dan tidak menunjukkan tindak balas yang memuaskan terhadap rawatan sebelum ini. Beliau memerlukan rawatan lanjut Imunotherapy Inotuzumab Ozogamicin dan Terapi inovatif CAR-T Cell. Sama-sama kita mendoakan semoga keluarga ini terus dikurniakan Allah SWT kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi ujian ini . Semoga segala urusan perubatan dan rawatan Nurul dipermudahkan dan dikurniakan Allah SWT kesembuhan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga kepada para doktor dan jururawat yang sentiasa komited serta bertungkus-lumus merawat semua pesakit tanpa mengira waktu.
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
5
13
481
noreha mohd retweetledi
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan kestabilan kos elektrik negara melalui mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA). Mekanisme ini berfungsi menyelaraskan kos bahan api (1/2)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet media
Indonesia
1
1
2
46
noreha mohd retweetledi
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Dalam taklimat khas semalam, saya tegaskan bahawa krisis tenaga global semakin parah dan pemulihannya dijangka mengambil masa panjang. Malaysia masih bertahan, namun hakikatnya situasi kini bukan lagi seperti biasa. It is no longer business as usual. Kerajaan telah bertindak awal menerusi Inisiatif Sokongan Rakyat bagi menampan impak krisis dengan perbelanjaan mencecah RM4 bilion, memastikan harga RON95 kekal RM1.99 seliter dan subsidi diesel terus disalurkan kepada golongan yang layak. Langkah tambahan turut diambil untuk menjamin bekalan tenaga dan mengawal penggunaan bahan api, termasuk pelaksanaan Bekerja dari Rumah (BDR) untuk sektor awam bermula 15 April. Dalam saat mencabar ini, kita perlu menghadapinya dengan kebijaksanaan, disiplin dan tanggungjawab bersama. Insya-Allah, kita mampu mengharungi cabaran ini bersama. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
25
889
1.4K
88.3K
noreha mohd retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, walillahil hamd Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita diberi peluang menyempurnakan Ramadan dan kini menyambut Syawal yang penuh keberkahan. Marilah kita raikan Aidilfitri tahun ini dengan sederhana tetapi penuh makna. Dunia hari ini masih berdepan konflik dan peperangan di beberapa rantau termasuk di Asia Barat melibatkan Gaza–Palestin, serta ketegangan antara Iran, Israel dan Amerika Syarikat yang terus memberi kesan kepada kestabilan serantau. Di Eropah Timur, konflik Rusia–Ukraine yang berpanjangan masih belum menemui noktah, manakala di Asia Selatan, ketegangan antara Pakistan dan Afghanistan turut menambah tekanan kepada keamanan serantau. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keselamatan dunia, malah memberi kesan besar kepada ekonomi global, termasuk gangguan bekalan tenaga dan makanan, kenaikan harga komoditi, serta ketidaktentuan pasaran antarabangsa. Tempiasnya turut dirasai di Malaysia apabila kos sara hidup meningkat, rantaian bekalan terjejas dan ekonomi menjadi lebih mencabar, menuntut kita semua untuk lebih berhemah dan berwaspada dalam setiap perbelanjaan. Dalam suasana dunia yang tidak menentu, setiap sen yang kita jimatkan memberi makna besar kepada masa depan kita dan keluarga. Namun begitu, janganlah keadaan ini memadamkan kemeriahan Hari Raya. Hakikatnya, kemeriahan sebenar bukan pada kemewahan, tetapi pada kebersamaan – duduk semeja, saling memaafkan, menghargai keluarga tersayang dan memperkukuhkan kebersamaan dengan rakan-rakan dari pelbagai kaum dan agama. Kerajaan MADANI telah dan sedang mengambil beberapa langkah bagi membantu rakyat menghadapi krisis dunia, dengan menguruskan perbelanjaan negara secara berhemah. Di sebalik kenaikan harga minyak global, Kerajaan MADANI berusaha melindungi rakyat melalui subsidi bersasar sambil mengurus harga bahan api secara bertanggungjawab. Tatkala pasaran minyak global terus berdepan ketidaktentuan, Kerajaan MADANI masih mengekalkan harga RON95 di bawah BUDI95 bagi melindungi isi rumah. Di samping itu bantuan tunai tambahan RM100 BUDI Diesel turut disalurkan. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diawalkan dan Bantuan Khas Kewangan juga sudah disalurkan, selain pemberian cuti tambahan supaya rakyat dapat membuat persiapan Aidilfitri dan pulang ke kampung dengan lebih tenang. Semoga usaha ini sedikit sebanyak meringankan beban dan memberi kegembiraan kepada semua. Kerajaan akan terus berusaha memastikan kestabilan melalui kawalan harga barang keperluan, pengukuhan jaringan keselamatan sosial, bantuan bersasar kepada rakyat, serta usaha memperkukuh ekonomi domestik agar kita tidak terlalu bergantung kepada faktor luar. Di sebalik setiap dasar dan keputusan yang dibuat, ada matlamat kerajaan yang cukup jelas, demi membantu rakyat meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Namun kekuatan Malaysia bukan hanya pada dasar kerajaan sahaja, ia juga terletak pada rakyatnya. Dalam suasana yang mencabar ini, marilah kita terus memelihara perpaduan yang telah lama menjadi tunjang negara. Saling menghormati, jaga sensitiviti, tolong-menolong, dan saling memahami antara kaum adalah kekuatan terbesar kita. Jangan sama sekali biarkan perbezaan memecahkan kita, sebaliknya jadikan kepelbagaian itu sebagai sumber kekuatan. Hari Raya ini adalah waktu terbaik untuk kita merapatkan kembali silaturahim, memaafkan, dan memperkukuhkan jambatan perpaduan. Negara ini hanya akan terus kukuh jika rakyatnya bersatu hati, segulai sejalai. Kepada yang pulang ke kampung halaman, utamakan keselamatan, pandulah dengan berhati-hati. Pastikan rumah dikunci rapi, maklumkan kepada jiran atau balai polis terdekat, tutup suis elektrik dan paip air dengan rapat. Kita mahu pulang beraya dengan tenang, dan kembali juga dengan hati yang lapang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin. Taqabbalallahu minna wa minkum. Ikhlas, Hj Fadillah Bin Hj Yusof
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
6
9
290
noreha mohd retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Petra Jaya | 1 Syawal 1447H Usai solat sunat Aidilfitri pagi ini saya ke Astana Negeri Sarawak bagi menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Khas 2026 Bersama Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. Majlis berkenaan turut dihadiri dua Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Amar Profesor Dr Sim Kui Hian; Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nasar; Menteri-Menteri Persekutuan dan Negeri; Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki; timbalan-timbalan menteri; ketua jabatan; serta tetamu kehormat yang lain. #Aidilfitri2026
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
9
16
651
noreha mohd retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Hari ini 22 Mac ~ kita menyambut Hari Air Sedunia. Ia membawa satu peringatan penting bahawa air bukan sekadar sumber, tetapi nadi kehidupan, kesejahteraan rakyat, dan kemakmuran negara. Malaysia dikurniakan sumber air yang banyak, namun cabaran pengurusan dan kelestariannya semakin kompleks seiring perubahan iklim dan pembangunan pesat. Hari Air Sedunia (HAS) 2026 mengangkat mesej bahawa air bukan sekadar keperluan, tetapi hak yang perlu dinikmati secara adil oleh semua. Tema HAS peringkat antarabangsa tahun ini ialah “Air dan Kesaksamaan Gender” menekankan keadilan, kesaksamaan, dan peranan semua pihak tanpa mengira jantina, dalam menjaga sumber air. Sementara itu, tema HAS peringkat nasional pula iaitu “Air Milik Semua” mengingatkan bahawa setiap individu berhak kepada sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi untuk kehidupan yang sejahtera. Dalam keadaan semasa juga, kita berdepan isu kehilangan air tidak berhasil (NRW) yang masih tinggi di beberapa negeri. Kebocoran paip, kecurian air, dan infrastruktur usang memberi kesan besar kepada kecekapan sistem bekalan air negara. Usaha berterusan sedang digiatkan untuk menaik taraf sistem, memperkukuh pemantauan, dan mengurangkan kadar NRW demi memastikan setiap titisan air sampai kepada rakyat. Pada masa yang sama, kita tidak boleh memandang ringan ancaman pencemaran sumber air. Aktiviti tidak bertanggungjawab, pembuangan sisa, serta perubahan guna tanah memberi tekanan kepada sungai dan empangan kita. Melindungi sumber air adalah tanggungjawab bersama, di pihak kerajaan, industri, dan masyarakat. Kerajaan komited untuk memperkukuh dasar dan pelaksanaan dalam sektor air melalui pendekatan lebih mampan dan bersepadu. Ini termasuk pelaburan dalam teknologi pintar, pengurusan sumber air secara holistik, serta kerjasama antara agensi bagi memastikan keselamatan air negara sentiasa terjamin. Pelan Hala Tuju Transformasi Air 2040 (AIR 2040) antaranya adalah pelan jangka panjang Malaysia (hingga tahun 2040) untuk memperbaiki pengurusan air negara, menjamin bekalan air bersih mencukupi dan menjadikan sektor air lebih moden dan mampan. Namun, usaha kerajaan sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan rakyat. Amalan penjimatan air perlu dijadikan budaya harian. Gunakan air secara berhemah, baiki kebocoran di rumah, dan elakkan pembaziran. Setiap tindakan kecil kita memberi impak besar kepada masa depan bekalan air negara. Kepada generasi muda, anda adalah pewaris khazanah air negara. Didik diri dan rakan-rakan untuk menghargai air sebagai sumber yang tidak ternilai. Kesedaran hari ini adalah jaminan kelestarian hari esok. Sempena Hari Air Sedunia ini, marilah kita bersama-sama memperbaharui komitmen untuk menjaga, memelihara, dan menggunakan air dengan penuh tanggungjawab. Air untuk semua, tanggungjawab kita bersama. #HariAirSedunia2026
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
8
10
1.7K
noreha mohd retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
Petra Jaya | 2 Syawal 1447H Alhamdulillah, seronok dapat bersama warga Petra Jaya hari keduak kita beraya ari tok tek. Terima kasih kepada Gabungan Penghulu & Ketua Masyarakat P.194 Petra Jaya atas penganjuran Majlis Ramah Mesra Rakyat di CIDB Convention Centre Sarawak. Walaupun dibuat secara sederhana, kehadiran ribuan penduduk memang terasa sangat meriah. Pelbagai juadah disediakan dari Laksa Sarawak, Mi Kolok, Mi Jawa hinggalah ke Swee Kang Ais Kacang nok popular di Kuching tok. Terasa suasana kebersamaan bila semua sik ngira kaum, dapat makan, duduk semeja dan beramah mesra. Kehadiran TYT Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi, menyerikan lagik majlis ya, selain beberapa Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan dan Negeri. Empat bas ngembak Orang Ulu dari Baram, Belaga, Lawas, Tubau dan Telang Usan, pun ada juak tek datang merik sokongan dengan sidak Gabungan Penghulu & Ketua Masyarakat P.194 Petra Jaya. Toklah keistimewaan Sarawak. Kita hidup dalam suasana penuh perpaduan, saling menghormati dan sentiasa meraikan antara satu sama lain tanpa mengira kaum dan agama. Semangat toleransi toklah kekuatan kita bersama yang perlu kita pertahankan sampei bila-bila. Gembira dapat berjumpa, bersalaman dan bertanya khabar dengan semua. Insya-Allah, hubungan erat antara pemimpin dan rakyat akan terus kita pelihara. Selamat Hari Raya Aidiltiri. Maaf Zahir dan Batin #Aidilfitri2026
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet mediaFadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
5
12
432
noreha mohd retweetledi
Fadillah Yusof 🇲🇾
Fadillah Yusof 🇲🇾@PetraJayaMP·
25 Mac 2026 | Rabu Selamat Hari Polis ke-219 buat seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala khidmat bakti, jasa dan pengorbanan yang dicurahkan. Polis sentiasa ada, bertugas tanpa mengira masa dan ketika. Malah di musim perayaan sekalipun, di saat orang lain bersama keluarga, kalian semua tetap berada di barisan hadapan demi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat serta negara terus terpelihara. “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” slogan yang bukan sekadar kata-kata, tetapi terbukti melalui setiap pengorbanan dan keikhlasan yang ditunjukkan. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi setiap langkah dan pengorbanan setiap warga PDRM. Jasa kalian semua sentiasa di hati rakyat. Terima kasih wira negara. #HariPolis219
Fadillah Yusof 🇲🇾 tweet media
Indonesia
0
7
6
342
noreha mohd retweetledi
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Kami di Warga PETRA ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin kepada seluruh masyarakat Malaysia. Semoga sinar Syawal ini membawa 'tenaga' baharu dan kegembiraan yang melimpah-ruah buat semua! ⚡💧(3/3)
Indonesia
1
1
1
41
noreha mohd retweetledi
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
Indahnya tradisi Aidilfitri; seisi keluarga segak berbaju sedondon, sanak saudara berkumpul melepaskan rindu di kampung halaman, dan ukhuwah diperkukuh melalui ziarah-menziarahi antara sahabat handai. (1/3)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet media
Indonesia
1
1
2
43
noreha mohd retweetledi
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
1. Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) 2. Corporate Renewable Energy Supply Scheme (CRESS) Langkah strategik ini bukan sahaja meningkatkan kapasiti Tenaga Boleh Baharu (TBB), malah membina keyakinan pasaran dan menarik pelaburan swasta. (2/3)
Indonesia
1
1
1
35
noreha mohd retweetledi
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air
𝐑𝐚𝐧𝐜𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍𝐈 Dalam usaha mempercepatkan peralihan tenaga negara, PETRA telah mempermudahkan laluan untuk sektor swasta mendapatkan tenaga bersih secara langsung daripada pembekal melalui: (1/3)
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air tweet media
Indonesia
1
1
1
45