Faisal dedah 'rahsia', watak sebenar Pan Gon
#BHsukan Tiada istilah ‘anda pemain simpanan, anda pemain utama’, beliau melayan semua sama dan menghormati semua pemain
bharian.com.my/sukan/bola/202…
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
Rafizi bin Ramli
Ahli Parlimen Pandan
Nik Nazmi Nik Ahmad
Ahli Parlimen Setiawangsa
PELETAKAN JAWATAN & KELUAR PARTI
Saya, Fathin Amelina Fazlie, mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua AMK Cabang Titiwangsa & Pengarah Komunikasi AMK Wilayah Persekutuan, serta keputusan untuk keluar daripada Parti Keadilan Rakyat berkuat kuasa 18 Mei 2026.
18 𝘔𝘦𝘪 2026
𝗣𝗘𝗟𝗘𝗧𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗪𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗣𝗔𝗥𝗟𝗜𝗠𝗘𝗡
Sebentar tadi, kami telah menghantar surat kepada Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memaklumkan peletakan jawatan kami sebagai Ahli Parlimen.
Dengan ini, kami mengosongkan kerusi parlimen Pandan dan Setiawangsa berikutan hasrat kami untuk meneroka agenda politik yang baru.
Langkah yang tepat dan terhormat adalah memulangkan kembali mandat itu kepada pengundi-pengundi di parlimen Pandan dan Setiawangsa, memandangkan kami dipilih di atas tiket Pakatan Harapan dalam pilihanraya umum yang lepas.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengundi Pandan dan Setiawangsa yang telah memilih kami mewakili mereka di Parlimen untuk dua penggal.
Pusat Khidmat kami akan beroperasi seperti biasa untuk terus memberi bantuan dan khidmat kepada pengundi-pengundi.
Kami juga akan kembali bertanding di parlimen Pandan dan Setiawangsa di atas platform BERSAMA dalam pilihanraya yang akan datang.
𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗥𝗮𝗺𝗹𝗶
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘗𝘢𝘯𝘥𝘢𝘯
𝗡𝗶𝗸 𝗡𝗮𝘇𝗺𝗶 𝗡𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱
𝘈𝘩𝘭𝘪 𝘗𝘢𝘳𝘭𝘪𝘮𝘦𝘯 𝘚𝘦𝘵𝘪𝘢𝘸𝘢𝘯𝘨𝘴𝘢
Bagi kebanyakkan ahli politik, kesanggupan utk letak jawatan sebagai MP adalah suatu yg "unfathomable". Kalau boleh, jawatan itu mereka nak bawak sampai ke kubur.
Politik zaman dinosaur ni hidup mati karier politik bersangkut paut rapat dgn kerusi yg di pegang. Yg tak dapat di sangka pada mulanya adalah perletakkan jawatan sbg Menteri. Dan kemudiannya sbg MP. Punyalah tak kisah ada kuasa atau tidak, boleh dilepaskan begitu sahaja.
Ahli politik kuno memang takkan boleh faham konsep ini.
Tak Mahu Dilihat Lompat Parti, Rafizi, Nik Nazmi Kosongkan Kerusi Parlimen Sebelum Tinggalkan PKR
Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan akan mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing berkuat kuasa 18 Mei.
#MalaysiaGazette#MGNews
Video : Aiman Hafiz
SUKAN | Chelsea melantik Xabi Alonso sebagai pengurus baharu pasukan itu menerusi kontrak selama empat tahun.
Pengendali dari Sepanyol berusia 44 tahun itu akan memulakan tugasnya di Stamford Bridge pada 1 Julai depan.
#BuletinTV3#BeritaTerkini#Chelsea#XabiAlonso # #EPL
'7 pemain 'warisan' dinasihat lepas kerakyatan secara sukarela'
Tujuh pemain warisan Harimau Malaya disaran melepaskan kerakyatan Malaysia secara sukarela susulan isu dokumen palsu dan penggantungan FIFA.
sinarharian.com.my/article/780351…#SinarHarian#Threads#BeritaTerkini
Strategi Hamzah, penyokong bina 'rumah baharu' terbantut
#BHnasional Perikatan Nasional henti terima parti baharu selepas bantahan keras pemimpin pada MTPN
bharian.com.my/berita/nasiona…
Selangor gagal ke Asia, tamatkan Liga Super di kedudukan ketiga
HASRAT Selangor FC untuk meraih tiket ke saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) tidak kesampaian selepas menamatkan saingan Liga Super musim ini di kedudukan ketiga.
Walaupun skuad Gergasi Merah mempamerkan aksi cemerlang dengan membelasah PDRM FC 6-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada Ahad, kemenangan besar itu gagal membantu mereka memintas Kuching City FC bagi slot ke kejohanan Asia tersebut.
#SinarHarian#LigaSuper#SelangorFC#PDRM
𝗗𝗔𝗙𝗧𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗨𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗡𝗜
Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti pengumuman hala tuju politik saya dan Sdr. Nik Nazmi hari ini - baik yang hadir ke PJ Pac ataupun yang menonton secara langsung di saluran media sosial.
Bermula dari saat ini, BERSAMA menjemput orang ramai yang hadir, semua yang menonton, dan rakyat Malaysia keseluruhannya untuk mendaftar sebagai ahli BERSAMA.
Pendaftaran boleh dibuat secara online di laman bersama.org
Saya juga menjemput orang ramai untuk menyumbang secara crowdfunding kepada BERSAMA, yang boleh dibuat secara online di laman bersama.org atau secara manual ke bank akaun BERSAMA.
Maklumat sumbangan online dan maklumat bank boleh diperolehi di laman web yang sama.
Saya juga telah menerima makluman awal berkenaan beberapa isu teknikal yang dihadapi oleh beberapa pengguna semasa pendaftaran ahli. Isu-isu teknikal ini sedang diselesaikan oleh pasukan teknikal. Jikalau anda menghadapi isu-isu teknikal ini, boleh ikuti beberapa langkah:
𝗜𝘀𝘂 𝗚𝗮𝗴𝗮𝗹 𝗠𝗲𝗹𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽𝗸𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗱𝗮𝗳𝘁𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗗 𝗧𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗶𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 (𝘁𝗮𝗸𝗲𝗻)
Pengguna yang mengalami isu ini akan menerima satu emel khas daripada BERSAMA mengandungi satu pautan untuk menyambung dan melengkapkan pendaftaran.
𝗜𝘀𝘂 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗲𝗺𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻
Isu ini terjadi kepada pelayar Safari di iOS dan isu ini telah diselesaikan. Sekiranya masalah yang sama masih berulang, pohon menggunakan pelayar lain seperti Google Chrome untuk mendaftar.
Terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir hari ini. Makluman terbaru akan dikemaskini dari masa ke masa selepas ini.