Anwar Ibrahim

92.7K posts

Anwar Ibrahim banner
Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim

@anwaribrahim

Perdana Menteri Malaysia 🇲🇾

Malaysia เข้าร่วม Mart 2007
12K กำลังติดตาม1.9M ผู้ติดตาม
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Terkesan tatkala menerima laporan kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan yang telah memusnahkan ratusan buah rumah penduduk kampung. Justeru, keutamaan kini adalah keselamatan mangsa serta bantuan segera di lapangan. Kerajaan Persekutuan sedang menyelaras bersama Kerajaan Negeri Sabah untuk bantuan asas dan penempatan sementara sesegera mungkin. Foto: JBPM Sabah
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
21
99
277
10.6K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Ministry of Finance🇲🇾
🌸 Kerajaan MADANI merencana pelbagai langkah bagi menangani tekanan kos sara hidup yang dihadapi rakyat melalui Belanjawan 2026.
Ministry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet mediaMinistry of Finance🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
25
39
6.8K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Dzulkefly Ahmad
Dzulkefly Ahmad@DrDzul·
Salam 🇲🇾 MADANI ❤️ dari Bumi Johor! 🏥✨ ​ Mengakhiri lawatan kerja dua hari saya di sini, fokus utama KKM adalah memastikan fasiliti kesihatan di peringkat akar umbi sentiasa ditambah baik seiring pembangunan semasa. 📍 Hospital Batu Pahat (HBP) ​Saya telah meluluskan peruntukan khas berjumlah RM1.8 Juta untuk Hospital Batu Pahat (HBP), penambahan sebanyak RM800,000 daripada peruntukan asal! 📈 📍 Peruntukan ini khusus untuk menaiktaraf Balai Pelawat serta menaiktaraf infrastruktur & aset sedia ada; termasuklah perolehan aset perubatan/bukan perubatan, serta kerja-kerja menurap jalan di kawasan parkir di HBP. Semuanya untuk kemudahan rakyat! 📍 Selain hospital, sebanyak RM3.421 Juta diperuntukkan untuk menaik taraf 4 buah KK bagi memastikan agihan sumber yang saksama, di KK Parit Yaani, KK Seri Gading, KK Tongkang Pechah & KK Parit Raja. ​📍 Satu peringatan yang saya ingin titipkan: Dunia kini sedang berdepan krisis tenaga global. Namun, hasil kestabilan Kerajaan hari ini, kita berjaya menguruskan ekonomi dengan baik sehingga manfaatnya dapat dipulangkan terus kepada rakyat melalui sistem kesihatan yang mampan. ​ ​Terima kasih saya ucapkan kepada YB Exco Kesihatan Negeri Johor, Ahli Parlimen, ADUN, serta semua pihak yang menjayakan lawatan ini. Kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan & Negeri adalah kunci kejayaan agenda kesihatan negara. 🤝💓🤝 ​ #KKMPrihatin #MalaysiaMADANI #SihatBersama #YakinMADANI #MADANIBekerja
KKMalaysia🇲🇾🩺❤️@KKMPutrajaya

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄 𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐁𝐀𝐓𝐔 𝐏𝐀𝐇𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐊𝐔𝐇 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐒𝐘𝐀𝐑𝐀𝐊𝐀𝐓 YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah mengadakan lawatan hari terakhir ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat, hari ini. HSNI melalui sejarah panjang dalam penubuhannya iaitu bermula 1894 di mana ia dikenali dengan Rumah Sakit Batu Pahat, Simpang Rantai yang kemudiannya berpindah ke Jalan Batu Pahat-Kluang sebagai Hospital Daerah Batu Pahat pada 1914. Operasi Hospital Batu Pahat dipertingkatkan dengan kapasiti 314 katil pada 1984 dan kini beroperasi dengan 610 buah katil bagi menampung lebih 500,000 ribu penduduk; statistik kedua tertinggi selepas Johor Bahru. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti: i. Perkhidmatan Kecemasan ii. Pediatrik iii. Anestesiologi iv. Ortopedik v. Psikiatri & Kesihatan Mental YB Menteri Kesihatan turut meluangkan masa meninjau kualiti perkhidmatan dan fasiliti kesihatan disini seperti ke Tapak Cadangan Unit Rawatan Harian, Wad perubatan, Jabatan Kecemasan dan Jabatan Radiologi. Turut hadir YB Tuan Ling Tian Soon, ADUN Yong Peng merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, YB Tuan Haji Aminolhuda bin Hassan, Ahli Parlimen Sri Gading, YB Tuan Haji Onn bin Abu Bakar, Ahli Parlimen Batu Pahat, YB Puan Gan Peck Cheng, ADUN Penggaram, YBrs Dr. Hj Mohtar bin Pungut@Hj. Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor dan YBrs Dr Fairoz Azlim bin Muslim, Pengarah Hospital Sultanah Nora Ismail. #KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Indonesia
1
18
23
9.6K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
[TERKINI] 📌 Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) diiktiraf lapangan terbang domestik paling moden, cantik dalam negara. 📌 Projek naik taraf LTSIP manifestasi komitmen Kerajaan MADANI perkukuh infrastruktur udara 📌 LTSIP mampu tampung 4 juta penumpang setahun selepas diperluas. -- Menteri Pengangkutan Anthony Loke #BernamaNews #LTSIP #Kelantan @MOTMalaysia
BERNAMA tweet media
Indonesia
1
53
141
18.4K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Wisma Putra
Wisma Putra@MalaysiaMFA·
ApaKhabar✋ | RakanWisma🇲🇾🌐 ° Lama tidak bersua 🤗 rindu rasa hati;  jom ikuti bingkisan terkini Khabar Dari Perwakilan Siri 3 | 2026 | Bahagian I di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di lokasi berikut ⤵️ 🇶🇦 Kedutaan Besar Malaysia, Doha; 🇹🇷 Kedutaan Besar Malaysia, Ankara; 🇨🇳 Konsulat Jeneral Malaysia, Shanghai;  🇯🇵 Kedutaan Besar Malaysia, Tokyo; dan 🇳🇿 Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Wellington  🌺 Persahabatan dipererat, ukhuwah terus dijalin rapat; bersama diaspora Malaysia di seantero dunia, menyalakan sinergi bersama komuniti negara tuan rumah - mendukung Diplomasi MADANI 🖐️ 🫴 Ikuti bingkisan Khabar Dari Perwakilan Siri 3 | 2026 | Bahagian II ESOK! | BersamaMerakyatkanDiplomasi🌏 🎙️ Kredit lagu: Rambu Ramba | Norshila Amin  #WismaPutra #KhabarDariPerwakilan #BersamaMerakyatkanDiplomasi #NewsFromMission #DiplomasiMADANI
Putrajaya, Putrajaya Federal Territory 🇲🇾 Indonesia
0
6
13
1.5K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾
Malaysia mengutamakan bekalan tenaga domestik dan tidak menjual minyak kepada negara lain secara sewenang-wenangnya. ⛽ Kerjasama perdagangan adalah bersifat saling melengkapi, dengan fokus memastikan bekalan tenaga negara kekal stabil dan terjamin. 🤝
Jabatan Penerangan Malaysia ❤️🇲🇾 tweet media
Indonesia
1
96
155
4.6K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Berita RTM
Berita RTM@beritartm·
Kerajaan mengesahkan kapasiti pusat adunan biodiesel negara adalah mencukupi untuk menyokong peningkatan kadar adunan daripada B10 kepada B15, tanpa memerlukan penaiktarafan infrastruktur sedia ada berita.rtm.gov.my/niaga/senarai-… Yang sahih di RTM #RTM #BeritaRTM #MalaysiaMadani
Berita RTM tweet media
Indonesia
0
4
11
1.6K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Bantuan dah banyak. Tapi sampai tak? Berkesan tak? Perbincangan dengan YAB Perdana Menteri & agensi pembangunan Bumiputera. Fokus kita simple: lebih tepat sasaran, lebih beri impak sebenar. Bukan sekadar atas kertas. Ini soal peluang & masa depan. #TZA #Bumiputera #EkonomiRakyat #MalaysiaMADANI #MADANIBekerja
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
3
8
35
2.9K
Anwar Ibrahim รีทวีตแล้ว
Nga Kor Ming
Nga Kor Ming@NgaKorMing·
Under the Madani government lead by PMX @anwaribrahim, KL is now the top 10 most popular city in the world. 🎆🇲🇾 Welcome to visit Malaysia, spend your holiday here and bring back unforgettable wonderful memories! 🫶🏼🫶🏼❤️ #MadaniBekerja #RancakkanMadani
Nga Kor Ming tweet media
English
36
37
167
10.3K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Kekuatan Malaysia berpaksikan kepada kepelbagaian budaya, tradisi dan komuniti yang menjadi tunjang kepada perpaduan serta ketahanan negara. Berucap di Visit Malaysia 2026 Vaisakhi Fest, saya menegaskan bahawa kepelbagaian ini bukanlah cabaran untuk ditangani, sebaliknya kekuatan yang wajar diraikan bersama. Di Malaysia, kepelbagaian budaya merupakan elemen penting yang mengangkat semangat kebersamaan, memperkukuh identiti nasional dan menyatukan kita sebagai satu bangsa yang harmoni. Sebagai pengiktirafan terhadap warisan serta sumbangan bersama ini, peruntukan awal sebanyak RM500,000 telah diumumkan bagi menyokong aktiviti dan sambutan komuniti Sikh di seluruh negara. Komuniti Sikh telah lama menjadi sebahagian penting dalam perjalanan Malaysia, menyumbang secara bermakna kepada pembangunan masyarakat serta kemajuan negara. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
5
36
143
5.2K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Pertemuan bersama pimpinan dan anggota KEADILAN Kelantan hari ini menjadi ruang penting untuk menilai perjalanan perjuangan parti yang berakar daripada semangat reformasi, kekal utuh dalam membela nasib rakyat, khususnya golongan miskin dan terpinggir. Dalam suasana krisis tenaga global yang semakin mencabar, rakyat terus berharap kepada pembelaan, nasib dan kebajikan mereka dipelihara. Justeru, saya mengingatkan kembali asas perjuangan yang menuntut kebersamaan agar kesepaduan terus diperkukuh demi mengangkat martabat rakyat. Kita tidak boleh sama sekali membiarkan perjuangan parti yang dibina atas pengorbanan dan idealisme ini menjadi sia-sia. Kepercayaan rakyat bukan sesuatu yang boleh diambil ringan, apatah lagi dalam keadaan mereka semakin terhimpit dengan cabaran kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi. Justeru, setiap pimpinan dan anggota mesti terus memperkukuh integriti, memperkemas gerak kerja serta mendekati rakyat dengan penuh keikhlasan. Hanya dengan komitmen yang tulus dan tindakan yang berkesan, kita dapat memastikan perjuangan ini terus diyakini, dan tidak sesekali ditolak oleh rakyat. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
7
17
81
4.6K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, sewaktu di Pasir Puteh, saya berkesempatan menunaikan solat Zuhur berjemaah bersama warga setempat dan turut meluangkan masa bertegur sapa dan bersalaman, dalam usaha mengimarahkan institusi masjid sebagai nadi penyatuan ummah. Dalam majlis ramah mesra selepas itu, saya menegaskan bahawa agenda kebajikan rakyat mesti terus dijunjung dan disegerakan, khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan yang masih membelenggu sebahagian masyarakat. Sehubungan itu, saya mengumumkan kelulusan peruntukan sebanyak RM20 juta bagi pelaksanaan program pembasmian kemiskinan di negeri Kelantan, yang akan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri Negeri Kelantan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan serta manfaatnya sampai kepada golongan yang memerlukan. Menyentuh insiden kebakaran yang menimpa Sekolah Menengah Ugama (Arab) Darul Ulum Al-Muhammadiah di Kampung Kolam, Bachok, saya turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 bagi membantu pihak pentadbiran sekolah membaik pulih prasarana yang terjejas. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus komited membantu negeri Kelantan dari segenap aspek, demi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara dan pembangunan dapat dinikmati secara inklusif oleh semua. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
7
47
275
6K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Membasmi kemiskinan adalah keutamaan utama negara dan tidak boleh ditangguh. Ia adalah tekad penting Kerajaan MADANI bagi memastikan tiada rakyat tercicir daripada arus pembangunan negara serta setiap warga menikmati kehidupan yang lebih bermaruah dan sejahtera. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
23
56
170
8.1K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, saya telah mempengerusikan Mesyuarat Pembangunan Jajahan Pasir Puteh, Kelantan bagi meneliti kemajuan projek serta isu-isu pelaksanaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13). Saya menegaskan bahawa setiap perancangan tidak boleh sekadar kekal di atas kertas, sebaliknya mesti dizahirkan melalui tindakan yang tuntas, cekap dan berkesan demi manfaat rakyat. Sesi perbincangan turut memberi tumpuan kepada permasalahan mendesak yang dihadapi rakyat, termasuk usaha mengurangkan risiko banjir melalui penambahbaikan sistem perparitan, saliran dan tebing sungai. Isu keselamatan juga tidak dipinggirkan, dengan penekanan kepada pemasangan lampu solar serta kamera litar tertutup, di samping keperluan menaik taraf infrastruktur, memperkukuh sosioekonomi dan memperluas jaringan kebajikan. Sehubungan itu, saya menyarankan agar satu pelan tindakan yang komprehensif dan bersepadu dirangka melibatkan semua pihak-pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri dan Persekutuan khususnya dalam menangani isu-isu utama seperti kesihatan, pendidikan dan keterjaminan makanan. Moga segala ikhtiar ini dipermudah dan diberkati, seterusnya mampu mengangkat taraf hidup serta memperkasa kesejahteraan rakyat Kelantan secara menyeluruh, Insya-Allah. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
10
33
134
5.1K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, selamat tiba di Kota Bharu, Kelantan bagi meneruskan usaha mendekati keperluan rakyat serta memastikan agenda pembangunan yang dirancang dilaksanakan dengan tertib dan berkesan. Usai tiba, saya terus ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra untuk merasmikan Terminal Baharu, satu lagi pencapaian penting dalam memperkukuh infrastruktur pengangkutan udara negara sekali gus mengangkat Kota Bharu sebagai gerbang utama ke Pantai Timur Semenanjung, dengan keupayaan yang lebih moden dan efisien. Dalam ucapan, saya menegaskan bahawa pembangunan ini bukan sekadar meningkatkan mutu perkhidmatan, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, merangkumi sektor pelancongan, perdagangan dan pelaburan yang akan memberi limpahan manfaat kepada rakyat. Terminal baharu yang lebih besar, selesa dan kondusif ini membuktikan ikhtiar Kerajaan MADANI dalam merancakkan ekonomi Kelantan dan Pantai Timur secara keseluruhannya. Antara lain, terminal ini mampu menampung jumlah pengguna yang lebih besar, iaitu daripada 1.5 juta kepada 4 juta serta membuka laluan baharu ke pasaran antarabangsa. Bergerak ke hadapan, saya menyeru agar sinergi seluruh jentera Persekutuan dan Negeri terus digembleng untik meneroka peluang dalam pembangunan sektor strategik demi pembangunan Malaysia yang lebih inklusif dan makmur. #MalaysiaMADANI #MADANIbekerja #YakinMADANI
Anwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet mediaAnwar Ibrahim tweet media
Indonesia
8
45
182
6.8K
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dan tahniah kepada jemaah haji Malaysia yang telah terpilih untuk menyahut panggilan suci ke Baitullah tahun ini, dan telah memulakan perjalanan ke Tanah Suci bermula awal pagi tadi. Sesungguhnya, ibadah haji adalah perjalanan agung yang menuntut pengorbanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan. Saya mendoakan agar seluruh jemaah haji Malaysia dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, serta dilindungi sepanjang berada di Tanah Suci. Mudah-mudahan seluruh jemaah dikurniakan haji mabrur yang tiada balasan melainkan syurga, serta pulang ke tanah air dengan membawa keberkatan, keinsafan dan semangat untuk menjadi hamba Allah SWT yang mukhlisin. Selamat menunaikan ibadah haji. Semoga Allah menerima segala amalan dan mengurniakan keberkatan kepada kita semua. Sabda Rasulullah SAW: …والحجُّ المبرورُ ليس له جزاءٌ إلَّا الجنَّةُ “… dan Haji yang mabrur tidak ada balasan baginya melainkan syurga.”
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
13
200
1.2K
20.9K