BPPP CDPK JKR
1K posts

BPPP CDPK JKR
@BPPPCDPK
Bahagian Pengurusan Perubahan dan Prestasi, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat. JKR Sekretariat KPI PPTPA JKR, Pelan Strategik JKR, Pelan Bisnes, ERM JKR.
شامل ہوئے Ağustos 2020
427 فالونگ961 فالوورز

@BPPPCDPK mengucapkan ~
Salam Nuzul Al-Quran ✨
Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini mengingatkan kita untuk sentiasa membaca, memahami dan mengamalkan isi kandungannya dalam kehidupan seharian.

Indonesia

26.2.2026|
Perbincangan bersama Cawangan Kejuruteraan Cerun (CKC) berkenaan pembangunan Pelan Bisnes dan Pelan ERM CKC
📍@BPPPCDPK, Aras 32, Menara Kerja Raya Blok G



Indonesia
BPPP CDPK JKR ری ٹویٹ کیا

PONTIAN, 15 FEBRUARI 2026 - YBhg. Dato’ Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah memberi taklimat kepada YAB Perdana Menteri berkenaan projek Pembinaan Bangunan Tambahan Hospital Pontian bersempena Majlis Pecah Tanah projek ini di Dataran Pontian, Johor dan ia telah disempurnakan sendiri oleh YAB Perdana Menteri.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor; YB Menteri Kesihatan; YB Timbalan Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Pontian serta pegawai-pegawai kanan Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Naik taraf hospital sedia ada yang telah beroperasi sejak tahun 1929 ini dijangka meningkatkan keselesaan dan kecekapan perkhidmatan kesihatan, selain membantu mengurangkan kesesakan di Hospital Sultanah Aminah serta memperluas akses rawatan pakar di zon Selatan.
Projek ini adalah di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) akan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia yang melibatkan pembinaan blok hospital baharu dengan tambahan 110 katil, kemudahan tempat letak kereta bertingkat, kuarters Kelas F, Blok Mekanikal & Elektrik (M&E) serta laluan integrasi yang menghubungkan bangunan tambahan dengan hospital sedia ada. Projek ini dijadualkan bermula dengan Tarikh Milik Tapak pada 15 Mac 2027 dan dijangka siap pada Januari 2032.
Ketika ini, JKR sedang menyelia sebanyak 23 projek kesihatan di seluruh Johor dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2.625 bilion, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI untuk memastikan kemudahan kesihatan awam terus diperkasa dan manfaatnya dapat dirasai rakyat secara menyeluruh di mana sahaja mereka berada.
JKR Malaysia komited memastikan projek ini dilaksanakan secara berintegriti, berkualiti dan menepati jadual demi komitmen kepada kementerian pelanggan serta kepentingan rakyat.
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak




Indonesia
BPPP CDPK JKR ری ٹویٹ کیا




















































