Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
351 posts

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
@bpsm_cdpk
Laman X Rasmi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat, Ibu Pejabat JKR Malaysia 🇲🇾
Kuala Lumpur, Wilayah Persekut 加入时间 Mart 2018
210 关注299 粉丝
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

Pernah lalu jalan yang tiba-tiba gelap ? Rasa tak selesa kan ?
Bukan sahaja akan menganggu pemanduan, tapi boleh membahayakan nyawa.
Kalau nampak apa-apa jenis kerosakan jalan raya seperti lampu jalan rosak, boleh lapor terus di aplikasi MYJalan untuk bantu pihak berwajib ambil tindakan dengan lebih cepat.
Kerana jalan kita, tanggungjawab kita bersama.
#KKR
#JKR
#MYJalan
#MADANIBekerja
#MalaysiaMadani
Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

Dunia berdepan krisis tenaga akibat konflik di Asia Barat yang dicetuskan oleh rejim Zionis Israel dengan dukungan Amerika Syarikat.
Dua minggu lalu, Kerajaan memaklumkan subsidi bahan api meningkat kepada sekitar RM3.2 bilion. Hari ini, jumlah itu terus melonjak sehingga mencecah RM4 bilion sebulan.
Sejak awal konflik ini, Kerajaan MADANI telah bertindak awal untuk memastikan bekalan tenaga kekal mencukupi tanpa mengorbankan kesejahteraan rakyat.
Namun, ikhtiar ini berdepan cabaran besar susulan situasi yang kian meruncing di Asia Barat. Kerajaan perlu mengimbangi antara kemampanan fiskal dengan keperluan memastikan bekalan tenaga terus dapat dinikmati rakyat sepanjang krisis ini.
Justeru, saya telah umumkan beberapa langkah penting:
⛽ Harga RON95 kekal RM1.99 seliter dengan pelarasan kepada 200 liter sebulan bermula 1 April 2026
📊 Hampir 90 peratus rakyat tidak terkesan
🏍️ Had 800 liter dikekalkan bagi e-hailing
🚛 Had pengisian diesel dilaksanakan secara sementara di Sabah, Sarawak dan Labuan
👮 Penguatkuasaan dipertingkat bagi mengekang ketirisan
Langkah sementara ini memastikan majoriti rakyat terus dilindungi, bekalan kekal stabil dan negara kekal bertahan dalam ketidaktentuan global.
Saya turut merakamkan penghargaan kepada rakyat yang cakna dan tampil melaporkan aktiviti mencurigakan di stesen minyak, sekali gus membantu melindungi subsidi daripada diseleweng.
Dalam tempoh mencabar ini, disiplin dan kebersamaan kita menjadi kekuatan utama. Saya memohon kerjasama semua untuk terus berhemah dan memahami langkah yang diambil demi memastikan bekalan kekal terjamin untuk semua.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI
#YakinMADANI




Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

Cuaca panas ☀️ sedang melanda di beberapa kawasan di Malaysia❗
⚠️ Jangan dedahkan diri kepada cuaca panas dalam tempoh yang lama. Anda berisiko mengalami kelesuan haba dan strok haba.
#KKMPrihatin #SihatBersama #MalaysiaSihat #MADANIBekerja #RancakkanMADANI

Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

23 Februari 2026 - YBhg. Dato’ Sri Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya (KPKR) telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bilangan 1 Tahun 2026, Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini.
Semasa ucapan perutusannya, YBhg. Dato’ Sri KPKR telah menekankan kepentingan segera bertindak (sense of urgency) yang menjadi mantra rasmi Kementerian dan agensi di bawahnya. Perkara ini bukan hanya sekadar lip service, malah hendaklah dibuktikan dalam budaya kerja seharian. Sebagai jabatan utama yang menjadi pemacu kepada agenda pembangunan negara, beberapa arahan utama telah digariskan untuk pelaksanaan segera. Antaranya projek-projek infrastruktur tanpa tangguh, khususnya di peringkat negeri dan daerah agar kerja-kerja dapat dimulakan serta dipercepatkan.
Sebanyak 25 isu telah dikemukakan oleh wakil pihak pekerja dan dibincangkan secara menyeluruh bagi mencapai penyelesaian terbaik demi kepentingan serta kesejahteraan warga Jabatan. Perbincangan yang berlangsung turut menzahirkan komitmen berterusan kedua-dua pihak dalam memperkukuh kerjasama strategik dan meningkatkan keberkesanan pengurusan organisasi.
MBJ berperanan sebagai medium komunikasi dua hala yang membolehkan pihak pekerja menyalurkan pandangan, pendapat serta idea secara terbuka kepada pihak pengurusan. Skop, bidang dan fungsi MBJ memberi penekanan terhadap kepentingan kebajikan pekerja di samping menjadi forum perbincangan strategik dalam menangani isu-isu yang dihadapi dalam Jabatan.
Pelaksanaan MBJ yang aktif dan berkesan secara tidak langsung turut menyumbang kepada penyemaian semangat kerja berpasukan, sekali gus meningkatkan tahap dedikasi dan produktiviti warga jabatan dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing.
Maklumat lanjut berkaitan MBJ JKR boleh diperoleh melalui portal rasmi MBJ JKR di pautan: mbj.jkr.gov.my
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat
#TangkasBertindak




Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

Jabatan Kerja Raya Malaysia mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya.
Semoga Tahun Baharu Cina ini membuka lembaran baru yang penuh peluang dan kejayaan untuk kita semua. Teruskan usaha dan komitmen kita dalam mencapai matlamat pembangunan yang mampan dan membawa manfaat kepada rakyat.
Gong Xi Fa Chai! Xin Nian Kuai Le!
#IamJKR #KitaJKR #JKRsynergy
#JasaKepadaRakyat

Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

GUA MUSANG, 02.02.2026 - Turun padang ke LTU Pakej 3B–3C bersama YB Menteri Kerja Raya, KP Kerja Raya serta pasukan KKR & JKR. Walaupun berdepan cabaran pelaksanaan, keselamatan pengguna jalan raya kekal keutamaan. Isu di lapangan ditangani secara berfokus dan bertanggungjawab.




Gua Musang, Kelantan 🇲🇾 Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

Sekitar tinjauan tapak Cadangan Menaiktaraf Lebuhraya Timur–Barat (LRTB) FT004 di Jeli, Kelantan.
#KearahKesejahteraanRakyat
#JasaKepadaRakyat
#MADANIbekerja
#TangkasBertindak
#KKR
Indonesia
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 已转推

Sekitar Lawatan Kerja YB Menteri Kerja Raya ke Tapak Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) Pakej 3B & 3C
#TangkasBertindak
#KearahKesejahteraanRakyat
#JasaKepadaRakyat
#MADANIbekerja
#KKR
Indonesia






































