Astro AWANI

619.7K posts

Astro AWANI banner
Astro AWANI

Astro AWANI

@501Awani

Jenama berita paling dipercayai di Malaysia. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)

Malaysia Katılım Şubat 2012
361 Takip Edilen3.8M Takipçiler
Astro AWANI
Astro AWANI@501Awani·
Hari ini 28 tahun yang lalu, Pol Pot mati. Lahir dengan nama Saloth Sar pada 19 Mei 1925 di Prek Sbauv kira-kira 100 batu utara Phnom Penh, Pol Pot datang dari keluarga peladang yang kaya. Dia mula terlibat dalam pergerakan komunis ketika belajar di Perancis. Dia pulang ketika penentangan terhadap penjajah Perancis di kemuncak & merdeka dicapai pada 1953. Ketika itu, dia menyertai Parti Revolusionari Rakyat Kampuchea (PRRK) seterusnya mendaki tangga kuasa parti itu. Setelah Putera Norodom Sihanouk digulingkan dalam kudeta pimpinan Jeneral Lon Nol pada 1970, Pol Pot mengepalai Khmer Rouge, kumpulan pecahan daripada PRRK untuk melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan baharu yang dibelakangi AS. Perang tamat bila Khmer Rouge menguasai Phnom Penh pada April 1975. Kejayaan itu diraikan rakyat & Pol Pot mengisytiharkan kerajaan komunis Kampuchea Demokratik pada 5 Januari 1976 - sebelum mereka menyedari ‘warna’ sebenar Khmer Rouge. Dalam mencapai matlamat melenyap pengaruh Barat & membentuk masyarakat agraria, rakyat dikerah bekerja di ladang; orang berpendidikan & agamawan dibunuh; sekolah, hospital, akhbar, kebudayaan & kesenian dihapus. Siapa yang melawan & merungut dihantar ke kem tahanan untuk bertemu ajal. Genosid itu membunuh antara 1.5-3 juta nyawa termasuk kanak-kanak. Rejim Pol Pot bertahan untuk 3 tahun hingga Disember 1978 bila Vietnam menceroboh Kampuchea & menguasai Phnom Penh lalu Khmer Rouge lari bersembunyi di hutan. Pol Pot bersara pada 1985 tapi kekal berkuasa sebagai ketua Khmer Rouge & meneruskan tindakan gerila terhadap kerajaan. Pol Pot ditangkap pada 1997 oleh anggota partinya sendiri ekoran perebutan kuasa dalaman & dihukum penjara seumur hidup dalam tahanan rumah. Pada 15 April 1998, dia mati dalam tidurnya akibat serangan jantung. Tubuhnya diawet dengan ais bila proses pembalseman dengan formaldehid gagal bagi membolehkan wartawan merakam bukti kematiannya sebelum dibakar 3 hari kemudian dengan api tayar & sampah (gambar). Sumber: History, Phnom Penh Post #PeristiwaHariIni
Astro AWANI tweet media
Indonesia
0
4
8
2K
Astro AWANI
Astro AWANI@501Awani·
Amaran mengenai 'kebankrapan air' menggesa penilaian semula terhadap daya tahan sistem bekalan air negara. Peningkatan permintaan, margin rizab yang menipis, pencemaran sumber air dan kadar air tidak berhasil terus menjadi cabaran utama. Kupasan lanjut bersama Ketua Pegawai Eksekutif Air Selangor, Adam Saffian Ghazali. #NiagaAWANI #AWANInews
Astro AWANI tweet media
Indonesia
0
4
10
2K