Astro AWANI

633.2K posts

Astro AWANI banner
Astro AWANI

Astro AWANI

@501Awani

Jenama berita paling dipercayai di Malaysia. Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)

Malaysia Katılım Şubat 2012
362 Takip Edilen3.8M Takipçiler
Astro AWANI
Astro AWANI@501Awani·
Alam Aliran Kualiti bersama Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang berjaya mengolah residu loji rawatan air yang diklasifikasikan sebagai bahan buangan terjadual (SW204) kepada bahan mentah bagi penghasilan bata simen. astroawani.com/berita-malaysi… #AWANInews #AWANI745
Indonesia
0
0
0
471
Astro AWANI
Astro AWANI@501Awani·
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyeru rakyat agar bersama-sama membangunkan negara dengan menyemai semangat cintakan Jalur Gemilang. Beliau menegaskan kekuatan Malaysia terletak pada semangat "Bersekutu Bertambah Mutu" serta perpaduan dalam kepelbagaian. #AWANInews
Indonesia
0
1
2
1.1K
Astro AWANI
Astro AWANI@501Awani·
Hari ini 46 tahun yang lalu, temasya Olimpik Musim Panas di Moscow membuka tirainya, menjadi boikot yang terbesar dalam sejarah penganjuran sukan itu. Pada 27 Disember 1979, Kesatuan Soviet menceroboh Afghanistan. AS mengutuk tindakan tersebut & Presiden Jimmy Carter meletakkan tarikh akhir 20 Februari 1980 untuk Soviet mengundurkan tenteranya, namun ia tidak diendahkan. Natijahnya, Carter pada 21 Mac 1980 mengumumkan bahawa AS akan memboikot temasya Olimpik yang dijadual berlangsung di Moscow tahun itu & mengajak dunia supaya turut tidak menghantar kontinjen untuk bertanding dalam temasya tersebut. 65 negara, termasuk Malaysia, menyahut seruan boikot tersebut (ada juga yang tidak turut serta atas sebab ekonomi). Begitupun, beberapa negara Eropah termasuk sekutu kuat AS iaitu Great Britain & Perancis tetap menghantar kontinjen mereka. Akhirnya, sekitar 6,000 atlet mewakili 81 negara mengesahkan penyertaan & temasya itu dibuka secara rasmi pada 19 Julai 1980 oleh Pemimpin Tertinggi Kesatuan Soviet, Leonid Brezhnev di Stadium Grand Arena of Central Lenin (kini dipanggil Stadium Luzhniki). Upacara pembukaan itu menjadi antara yang paling mengagumkan dalam sejarah penganjuran Olimpik. Sekitar 16,000 orang terlibat dalam pertunjukan gilang-gemilang merangkumi pelbagai gimik termasuk ucapan dari kosmonaut Soviet dari stesen angkasa Salyut 6. Bagaimanapun tidak semua negara yang menyertai temasya itu hadir pada upacara pembukaan tersebut. Ada yang bertanding di bawah bendera Majlis Olimpik negara masing-masing & ada negara yang benderanya dibawa oleh sukarelawan. Mutu pertandingan temasya itu juga tidak berada di tahap sepatutnya. Kontinjen Soviet merangkul 80 pingat daripada 195 yang dipertandingkan, pungutan paling berat sebelah sejak dominasi AS dalam Olimpik 1904 di St. Louis, Missouri. Sumber: History, Britannica, Olympics #PeristiwaHariIni
Astro AWANI tweet media
Indonesia
0
1
0
1.1K