Adam retweetledi
Adam
9.8K posts

Adam
@AdamAhsann
#YNWA Eat - Sleep - Teaching - Nescafe - Watch liverpool game - Repeat #kamiGuruMalaysia
malaysia Katılım Mayıs 2012
868 Takip Edilen229 Takipçiler
Adam retweetledi

TERKINI
ALHAMDULILLAH
20,000 RAKYAT GAZA KINI KEMBALI ADA AIR BERSIH KERANA MALAYSIA
Pertubuhan MyCare Malaysia dengan kerjasama Pasaraya Econsave berjaya membaiki Telaga Air Al Oroubah di Kem Pelarian Nusseirat Tengah Gaza. Pemulihan telaga ini membolehkan 20,000 rakyat Gaza di sekitar telaga itu memperoleh kembali bekalan air bersih setelah sekian lama
Sebuah pam baru berkuasa 25 Kuasa Kuda menggantikan pam lama dan rosak dan semua sistem paip dan injap telaga itu telah digantikan dengan yang baru. Ini membolehkan ia mengepam air dari telaga itu sebanyak 90,000 liter sejam bagi kegunaan rakyat Gaza di sana. Penyelenggaraan ini juga mematuhi piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO
Rakyat Gaza di kawasan itu mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia di atas bantuan dan sumbangan ini
Kepada yang nak terus menyumbang
Humantarian Care Malaysia Berhad
8602135592 (CIMB Islamic) dan hantarkan bukti sumbangan kepada Ws 016-6366369 atau e-mail account@mycare.org.my




Indonesia
Adam retweetledi

WASIAT TERAKHIR SALEH AL JAFFRAWI
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG. ALHAMDULILLAH. PENGUASA LANGIT DAN BUMI
Saya Saleh.
Saya tinggalkan wasiat ini bukan sebagai ucapan perpisahan. Tetapi sebagai meneruskan laluan perjuangan yang saya pilih dengan keyakinan
Hanya Allah sahaja yang tahu saya dah berikan segalanya. Setiap usaha dan kekuatan. Untuk menyokong dan menjadi suara rakyat. Saya hidup dalam kesakitan dan kezaliman . Saya merasai penderitaan dan kehilangan mereka yang tersayang. Tetapi saya tetap tidak berganjak memberitahu kebenaran. Kebenaran yang akan kekal menjadi bukti menentang mereka yang berdiam diri dan kehormatan kepada yang menyokong orang paling bermaruah dan pemurah iaitu Rakyat Gaza
Jika saya terbunuh. Saya tidak ke mana mana. Sebaliknya di Syurga bersama Anas Al Sharif dan Ismail dan mereka yang tersayang yang beriman kepada Allah
Saya meminta kalian semua ingati saya dalam doa kalian. Untuk meneruskan perjuangan ini tanpa saya. Ingati saya dalam sedekahmu. Ingati saya dalam menjawab Azan. Atau ketika kamu melihat cahaya bulan di malam di Gaza
Saya menyeru agar kekal teguh bersama Para Pejuang. Laluan yang mereka jalani kerana kita percaya akan kemerdekaan Palestin. Kita tak tahu jalan lain dan hanya tahu makna hidup dgn berpegang teguh kepadanya
Saya mengamanahkan kamu ayah saya iaitu cinta hati saya dan idola saya. Di mana saya melihat dirinya yang terbaik. Saya meminta kepada Allah agar kami berjumpa kembali di Syurga dan ayah berbangga dengan saya
Saya mengamanahkan kamu kepada guru dan peneman saya Naji. Naji saya jumpa Allah sebelum kamu dibebaskan dari penjara. Ini takdir yang tertulis dan kami sentiasa dalam hati saya. Saya berharap agar dapat bertemu kamu lagi. Janji Allah itu benar dan pertemuan kita di Syurga itu lebih dekat dari jangkaan kamu
Saya mengamanahkan kepada kamu semua Ibu Saya. Oh Ibuku. Hidupku tanpamu tak bermakna. Ibu ialah doa yang tidak pernah ditolak dan hajat yang tidak pernah mati. Saya berdoa agar Allah memulihkan dan menenangkan kamu. Di mana saya bermimpi kamu terbang untuk dirawat dan pulang semula ke Gaza dengan senyuman
Saya mengamanahkan kamu semua adik beradik saya. Kegembiraan kalian dan keredhaan Allah adalah sasaran utama saya. Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan hidup yang sesuci hati kalian. Kerana saya berusaha jadi sumber kebahagiaan kalian
Saya selalu menyatakan. Tiada perkataan atau gambar akan rebah. Setiap perkataan adalah kepercayaan dan imej adalah mesej. Bawa ia kepada dunia seperti kami membawanya
Jangan fikirkan syahidnya saya ialah satu pengakhiran. Ini adalah permulaan jalan panjang menuju Kemerdekaan Palestin. Saya hanya menyampaikan mesej yang dunia mahu dengar. Kepada dunia yang kekal senyap tanpa kebenaran
Jika kamu mendengar berita kematian saya. Jangan tangisinya. Saya sudah lama berhajat sebegini. Alhamdulillah kerana Allah memilih memakbulkan hajat saya
Kepada yang saya lakukan kesilapan. Saya meminta maaf dan kini saya bertemu Allah sebagai Syuhada. Sebarang hutang akan kita selesaikan nanti
Saya mengamanahkan kalian kepada Palestin dan Masjid Al Aqsa. Menjadi mimpi saya untuk ke perkarangan masjid itu. Beribadah di sana dan menyentuh tanahnya. Jika saya tak sampai sana di hidup ini. Saya meminta Allah mengumpulkan kita di sana dalam Syurga yang kekal abadi nanti
Ya Allah. Terimalah saya sebagai Syuhada-Mu. Ampunkan dosa saya yang sekarang dan terdahulu. Jadikan darahku cahaya untuk memerdekakan rakyat ku. Ampunkan dosaku dan hanya rahmat dan keampunan-Mu ku pinta. Saya kekal dengan Janji-Mu tidak berubah dan teguh
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar
SAUDARA KAMU, SYUHADA INSYAALLAH
SALEH AMER FOUAD AL JAFFRAWI
12 OKTOBER 2025

Indonesia
Adam retweetledi

Penuhkan Stadium Bukit Jalil dgn PERJUANGAN PENTING di Kelayakan Piala Asia 2027 & Solidariti seluruh Penyokong Harimau Malaya utk Palestin 🇵🇸🇲🇾
Malaysia vs Laos | 14 Okt. 2025, 9.00 pm, Stadium Nasional Bukit Jalil
Bawa bendera Palestin & Jalur Gemilang!
#UTLR #FreePalestine

Indonesia
Adam retweetledi

TERKINI
Wartawan Astro Awani Syafik Shukri memaklumkan yang IDF adalah orang paling jahat yang pernah dia jumpa
Dia kena melalui 15 pusat pemeriksaan dan sepanjang itu dia dihina dan dicaci. Dua orang memegangnya ibarat dia penjenayah paling jahat
Dia diikat dan dinafikan hak untuk kencing sebanyak 2 kali
Kena sidai dalam Black Maria dalam keadaan sejuk selama 3 Jam . Ditutup mata dan diikat dalam perjalanan ke penjara
Diberikan makan sekadar cukup makan dan terpaksa minum air paip
Dia sangat sedih kerana tidak dapat bayangkan apa yang berlaku kepada rakyat Gaza yang ditahan. Dia meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tak dapat buat Live SOS terakhir kerana komunikasi sudah disekat IDF
Dianggarkan seramai lebih 30 orang Pasukan Khas IDF Shayetet 13 menaiki kapal itu untuk menahan mereka
Indonesia
Adam retweetledi

Kalau FAM cakap duit kutipan akan pergi ke sumbangan kemanusiaan Gaza aku yakin tiket habis di SSI.
Masih belum terlambat.
FA Malaysia@FAM_Malaysia
PERLAWANAN SETERUSNYA ⏩️⏩️ Isnin, 8 September 2025 ⚽️ MALAYSIA 🇲🇾 🆚️ 🇵🇸 PALESTIN 🏟 Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor 🕘 9:00 malam ▶️ Dapatkan tiket sekarang di bit.ly/TiketMASvPLE ℹ️ Tiada penjualan tiket secara fizikal di stadium #FAM #HarimauMalaya
Indonesia
Adam retweetledi

It's something, but maybe you could ban them.
Like you did to Russia
UEFA@UEFA
From the UEFA Super Cup in Udine, the message is loud and clear. A banner. A call.
English






