
Aminin amin
7.5K posts






Soalan yang baik. Saya berpandangan, saudari ada sedikit salah faham. 1. Sabda Rasulullah SAW: من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يجلس على مائدة يدار عليها الخمر Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, jangan DUDUK pada hidangan di mana arak dihidangkan. Ini hukum asasnya. 2. Hotel adalah tempat untuk menginap, bermalam. Ia berbeza dengan pub dan kelab malam kerana itu sememangnya tempat minum arak. 3. Ada dua bentuk pengharaman iaitu muharramat al-wasa’il (perkara yang dihukum haram kerana ia menjadi wasilah kepada perkara haram), dan muharramat al-maqasid (perkara yang haram pada zatnya). Muharramat al-wasa’il boleh jadi harus, atau makruh mengikut situasi. Muharramat al-maqasid adalah haram. 4. Muslim menginap di hotel kerana ada urusan dan keperluan. Tidak ada Muslim yang menginap di hotel semata-mata untuk minum arak. Arak pula kebiasaannya dihidangkan di bar yang khusus, berasingan daripada tempat minuman panas dan sejuk lain. 5. Sama juga situasinya dengan menaiki kapalterbang. Tidak ada Muslim yang menaiki kapalterbang semata-mata untuk minum arak. Semuanya ada keperluan dan urusan tertentu. 6. Walaupun Islam tak pernah halang intellectual discourse, tetapi syarat asasnya adalah faham permasalahan isu. Jika tidak, saudari cuma bermain strawman fallacy. Ramai yang cuba mengkritik, akhirnya terjerumus ke sini. 7. Hotel dan kapalterbang (sebagai contoh) adalah muharramat al-wasa’il. Maka, harus hukumnya kerana ada hajat. Asalkan tak bercampur dengan apa2 majlis khusus yg dihidangkan arak, jika mampu. 8. Pub, disko, kelab malam itu muharramat al-maqasid. Jelas di situ tempat dihidangkan arak dengan bebas, termasuk pelbagai aktiviti yang mungkin tidak selari dengan adab Muslim. Sebagai Muslim, kita ada jati diri dan prinsip. Tidak ada walau satu kerugian jika sepanjang belajar di luar negara, seorang Muslim memilih untuk tidak pergi ke tempat sebegitu. Terlalu banyak tempat lain yang boleh anda pilih untuk berhibur dan bersosial bersama-sama rakan bukan Muslim. Semoga saudari bergraduasi dengan cemerlang, pulang ke Malaysia, menyumbang untuk agama, bangsa dan negara.




















