TiraJb
347 posts


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗔𝗠𝗔
𝗬𝗕 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛𝗜𝗠 𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝟬𝟵 𝗦𝗘𝗣𝗧𝗘𝗠𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱
Pada 17.11.2022, YB Tuan Ibrahim Tuan Man (yang lebih dikenali sebagai YB Tuan Ibrahim Tuan Man) telah memfailkan satu saman sivil terhadap YB Mohd Rafizi Bin Ramli di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Saman sivil tersebut telah didaftarkan dengan no guaman: WA-23CY-54-11/2022.
Saman sivil tersebut adalah berkaitan dengan kenyataan-kenyataan media YB Rafizi di mana YB Rafizi telah membangkitkan beberapa persoalan berkenaan fungsi dan peranan seorang Menteri semasa tempoh kerajaan caretaker selepas Parlimen dibubarkan untuk memberi laluan kepada PRU-15.
Di antara persoalan yang dibangkitkan oleh YB Rafizi berkenaan terdapat usaha penganugerahan satu projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd semasa Kerajaan Caretaker oleh Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) semasa YB Tuan Ibrahim bertindak selaku Menteri.
YB Rafizi telah memajukan persoalan-persoalan tersebut melalui kenyataan-kenyataan medianya terdahulu berdasarkan kepada maklumat dan dokumen yang diperolehi oleh beliau daripada sumber yang dipercayai.
Untuk mengelakkan dari perkara ini berpanjangan, atau persoalan yang ditimbulkan oleh YB Rafizi disalahertikan oleh orang awam, atau menimbulkan salah faham terhadap YB Tuan Ibrahim Tuan Man, YB Rafizi dengan ini bersetuju untuk menurunkan kesemua posting di media sosial di bawah kawalan YB Rafizi yang bersabit dengan perkara ini.
Memandangkan isu berkenaan keterlibatan YB Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan satu projek tebatan banjir Sungai Langat 2 yang bernilai RM2 billion kepada Mangkubumi Sdn Bhd bukanlah sebenarnya tumpuan kenyataan-kenyataan media YB Rafizi terdahulu, semasa Kerajaan Caretaker oleh KASA, maka keterlibatan YB Tuan Ibrahim dalam usaha penganugerahan projek tersebut tidak lagi berbangkit di antara pihak-pihak. YB Tuan Ibrahim bersetuju untuk menarik balik saman sivil tersebut.
Di atas semangat penyelesaian secara berhemah, YB Tuan Ibrahim dan YB Rafizi secara bersama bersependapat bahawa sebarang perselisihan atau salah faham yang berlaku antara pihak-pihak di dalam tindakan saman ini wajar diketepikan demi kepentingan awam, keharmonian masyarakat serta kestabilan politik dalam negara.
Oleh yang demikian, pihak-pihak dengan ini ingin memaklumkan bahawa perkara tersebut telah diselesaikan secara baik di luar Mahkamah.

Indonesia

@LimSianSeeEric dato krna terima hakikat 9mei hari bodoh..pemimpin bodoh lahir dari tgn orang bodoh!!
Indonesia

When Najib introduced the RM500 BR1M cash aid in 2012, this is what DAP said 13 years ago:
•BR1M was just Najib pretending to defend the people, but actually a “1Malaysia Bribery Aid” to buy votes for GE13.
•He was exploiting inflation pressures by handing out BR1M without regard to the rising national debt that future generations must repay.
•They argued BR1M itself would fuel inflation, since BN’s policies weren’t genuinely aimed at helping the people but just winning votes.
•Higher prices from BR1M would cut real incomes, trigger socio-economic problems, and add more debt.
•BN was accused of “intoxicating the people” to make them forget their struggles temporarily.
So, how does that compare with today’s SARA RM100?

English

@rafiziramli Setau sy YB lagi lantang semasa zaman Najib sbb dpt bongkarkan skandal2 high profile. Time tu keluarga YB tak pernah menjadi sasaran. Nape bila YB bersuara pasal Kelemahan PKR, terus dikecam hingga keluarga jadi sasaran. Keadilan apa ini ??
Indonesia

𝗞𝗘𝗝𝗔𝗗𝗜𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗬𝗔
Sekitar jam 145 petang ini, semasa anak dan isteri saya memasuki kereta untuk meninggalkan sebuah pusat membeli belah di Putrajaya, secara tiba-tiba seorang lelaki mengheret anak saya dan mencucuknya dengan jarum suntikan.
Semakan menunjukkan dua orang lelaki yang menaiki sebuah motosikal telah mengekori kereta isteri saya. Pada hemat saya, mereka telah merancang serangan itu lebih awal.
Serangan itu melibatkan dua orang lelaki yang berpakaian hitam sepenuhnya dan bertopi keledar yang menutup muka keseluruhannya. Mereka telah menunggu lebih awal dan bergegas menyerang anak saya pada ketika yang sesuai.
Anak saya telah dibawa segera ke Hospital UPM untuk rawatan.
Pihak polis juga telah berada di tempat kejadian sejurus kejadian. Saya dan keluarga saya telah pun memberi kenyataan kepada pihak polis.
Sebarang maklumat lanjut mengenai kejadian, siasatan dan keputusan pemeriksaan doktor sewajarnya dikeluarkan oleh pihak polis dan Hospital UPM.
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak PDRM dan Hospital UPM yang telah membantu keluarga saya melalui kejadian ini.
Sepanjang saya menjadi seorang ahli politik berprofail awam, inilah kali pertama keluarga saya menjadi sasaran serangan dan ugutan seperti ini. Saya percaya serangan ini adalah satu amaran kepada saya supaya tidak bersuara lantang dalam beberapa isu tertentu.
Terima kasih kepada semua yang telah menghantar mesej dan bertanya khabar.
Insya Allah, sementara saya akan mengambil langkah susulan untuk meningkatkan kawalan keselamatan, saya juga tidak akan tunduk kepada sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas saya seperti biasa.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
𝟭𝟯 𝗢𝗴𝗼𝘀 𝟮𝟬𝟮𝟱

Indonesia

@rafiziramli makna pkr ni parti arrogant ke?? mcmana nk govern dgn baik??
Indonesia

Is Madani heading for bankruptcy despite all the tax hikes, new taxes, subsidy cuts, and repeated utility price increases?
Recently, many taxpayers complained that the IRB has no allocation to pay out tax refunds this year—they have to wait for new funds from the Finance Ministry.
Now, more and more graduates with First Class Honours degrees are complaining that they still can’t apply for PTPTN loan exemptions since last year.
Every time they apply, they only see the message, “Sorry, system under maintenance.”
The problem is, this so-called “maintenance” has been going on for months.
So why is Madani denying the people’s legal rights?


English

Foreign investment in Malaysia’s markets, which already hit a historic low in June 2025, worsened further as another RM940 million flowed out in July 2025.
So far in 2025 alone, RM13.06 billion in foreign funds have exited. Since Madani took power, RM19.6 billion has been pulled out, and a total of RM69.5 billion has left the country since GE14.
That’s why the Malaysian share market has never recovered to its pre-GE14 levels during Najib time, not even once.

English

@rafiziramli teruk sangat parti hampa ni..orang parti sendiri londeh..mcmana nak jadi kerajaan yg bagus???
Indonesia

𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗡𝗜 𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗖𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚
PAS bagi kata dua kepada saya: mereka hanya akan sokong cadangan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai badan kehakiman jika saya sertai perhimpunan Turun Anwar yang mereka anjur.
Itu kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS.
Sokongan bersyarat ni maksudnya nak menunggang.
Hari ini, kami yang sembilan Ahli Parlimen PKR ni dah mula hantar surat secara rasmi kepada semua Ahli Parlimen, termasuk dari pembangkang.
Dari situ, kita sama-sama lihat siapa yang bersetuju dan tidak bersetuju.
Bukanlah hak saya nak hukum siapa yang ikhlas atau tidak dalam mempertahankan kebebasan badan kehakiman, seperti mana PAS terus menghukum saya tidak ikhlas selagi tidak sertai perhimpunan mereka.
Saya minta satu saja, PAS jangan ulang kesilapan semasa skandal 1MDB dahulu. Kami susah payah membuktikan penyelewengan, dia mudah saja pergi jadi auditor dan umum mereka berpuas hati.
PAS selalu sebut pasal politik matang.
Politik matang maksudnya kita mengutarakan pandangan mengenai sesuatu isu berkepentingan awam dengan objektif. Kalau pandangan itu nampak sama, bukan bermakna kita bersama atas pentas politik kepartian.
Yang pembangkang, pandangan itu dilihat sebagai membangkang.
Yang kerajaan, pandangan itu dilihat sebagai menegur.
Dua-dua perlu main peranan.
Indonesia

@naimsworld1 @LimSianSeeEric pakar spin mcm ketimbang!! bergolak konon zaman najib elok je.. penyokong ph ni percaya bulat2
Indonesia

@LimSianSeeEric Siapa je nak buat bisnes kat negara bergolak, Lim Sial See?
Indonesia

In 2024, Petronas lost oil assets in South Sudan worth between RM5.4 billion and RM17.2 billion - yet barely anyone noticed or cared.
These were not minor stakes. Petronas held major interests in 64 active oil fields producing over 150,000 barrels per day. Assets once valued at up to US$4 billion.
Here's what happened:
Petronas entered Sudan/South Sudan over 14 years ago as a major oil player.
It tried to sell its assets to UK-based Savannah Energy for US$1.25 billion.
The South Sudanese government blocked the deal, citing environmental audits and tax issues. Savannah pulled out.
In August 2024, Petronas exited the country entirely - abandoning the oild fields.
Two weeks later, South Sudan seized the abandoned assets - without any compensation.
Now, Petronas can only hope for justice via international arbitration (ICSID), where outcomes are uncertain at best once physical seizure has occurred.
What’s worse: No other foreign companies - Chinese, Indian, or Nigerian - faced the same fate. They stayed. They negotiated. Only Malaysia lost everything.
Why were we the only ones who left that country and leave it for South Sudan to seize the abandoned but still producing wells?
This isn't the first time South Sudan faced conflict. Petronas stayed through a civil war from 2013 to 2018. So why back out now?
Was there a lack of effort to defend our interests? Weak diplomacy? Did we simply give up too easily?
And just like that, Malaysia lost billions while we end up paying more SST tax.
No accountability. No answers. Just silence.

English

POLITIKAL
Jangan Pajak Otak tu senang cakap:
Jangan taksub, jangan totok. Sama ada kepada pemimpin atau parti. Fanatik dan ekstrim itu jangan sekali.
Nak sokong dan undi mereka, silakan. Kita ni manusia, ada citarasa dan pilihan. Hatta yang non-partisan.
Tapi jangan sampai bergodok bergadai. Hilang keluarga, saudara dan rakan.
Politik ini fluid tuan puan.
Dulu DAP depa kata kafir zimmi, kawan kami. Bila dah tak bersama, sudah jadi kafir harbi. Wajib diperangi.
Dulu PAS depa kata penunggang agama. Kalau mereka memerintah rosak negara. Sekarang ada yang kata, kita nak politik cleric pula. Itu sahaja cara nak “majukan Malaysia”.
Dulu depa kata UMNO itu penyamun dan perompak. Bila nak berkuasa, UMNO juga yang dicarinya. Ya, Agong punya kehendak. Tapi LCS dan 47 kes pun lesap. Nilah Real politik kata depa. Hampa kena terima.
Sekarang yang atas pagar lihat, semua mereka ni lebih kurang sama. Tugas kita tentukan yang mana lesser evil kepada negara.
*******************
Bila anda biar politik menguasai diri, membuak2 perasaan benci dan sakit hati. Tarik nafas, sebab takut akan makan diri. Macam sedara ini. Sebab CV ralat pun, sampai Agong dia maki.
Faktanya, generasi kita dan sebelumnya terlalu politikal.
Namun kita perlu ajar anak2, politik itu bukan segalanya. Berbaloi ke hilang kerja, hilang keluarga?
Bila yang diatas, berbeza politik boleh minum kopi sama2. Ada yang berbeza politik, boleh jadi rakan niaga. Kongsi projek sama2.
Takyah la kita di bawah ni, bergaduh sakan sebab depa. Chill2 sahaja.
Malaysia tak perlukan pengundi politikal. Tapi perlukan pengundi kritikal.
Sokong tu berpada2. Jangan sampai taksub pula.
Tak sokong pun jangan sampai membenci sakan. Habis dimaki dan dicaci 7 keturunan.
Percayalah, kalau anda ke dalam, set2 ni takkan muncul beri sokongan. Tinggallah anda berseorangan. Sampai boleh hilang pekerjaan.
Sangat lah tidak berbaloi, kan? ✌🏼
Salam hormat,
Liyana Marzuki


Indonesia

𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢
𝟮𝟬 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟱
𝗣𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗙𝗔𝗜𝗟 𝗞𝗘𝗠𝗕𝗔𝗟𝗜 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦 𝗦𝗥𝗖 𝗧𝗘𝗥𝗛𝗔𝗗𝗔𝗣 𝗗𝗔𝗧𝗢’ 𝗦𝗘𝗥𝗜 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗥𝗔𝗭𝗔𝗞 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗚𝗘𝗥𝗔
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada hari ini, membenarkan permohonan peguam Dato’ Seri Najib Razak agar beliau 𝗱𝗶𝗹𝗲𝗽𝗮𝘀 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 (𝘥𝘪𝘴𝘤𝘩𝘢𝘳𝘨𝘦 𝘯𝘰𝘵 𝘢𝘮𝘰𝘶𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨 𝘵𝘰 𝘢𝘯 𝘢𝘤𝘲𝘶𝘪𝘵𝘵𝘢𝘭, atau DNAA) dalam kes salah guna wang rakyat berhubung syarikat milik kerajaan SRC International Sdn Bhd (“SRC”).
Dalam tahun 2019, Dato’ Seri Najib didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613) atas tuduhan menerima wang haram (dari aktiviti yang melanggar undang-undang) sebanyak RM27 juta berkaitan SRC.
Walaupun didakwa di mahkamah sejak 2019, sehingga kini perbicaraan masih belum boleh berjalan kerana pihak pendakwa raya tidak dapat menyiapkan dokumen-dokumen bukti untuk dikemukakan di mahkamah.
Saya menghormati hak Dato’ Seri Najib untuk membuat permohonan DNAA kerana beliau telah menunggu lama sejak 2019. Saya juga menghormati keputusan YA Hakim K Muniandy yang membenarkan permohonan DNAA itu.
Saya tidak faham kenapa pihak pendakwa raya mengambil masa yang begitu lama (sejak 2019) untuk menyiapkan dokumen seperti yang diperlukan untuk memulakan kes?
Apatah lagi, kes ini bersabit dengan SRC, yang mana Dato’ Seri Najib kini sedang menjalani hukuman atas sabitan bersalah dari kes pertama melibatkan SRC. Dari pengalaman saya mengkaji dan mendedahkan skandal 1MDB dan SRC sebelum ini, penyelewengan melibatkan SRClah yang mempunyai bukti aliran tunai (money trail) yang lebih jelas.
Kelemahan ini jelas perlu dijawab oleh pihak pendakwa raya. Ramai rakyat Malaysia tidak mahu melihat kes ini berlalu begitu sahaja atas kegagalan pendakwa (yang mewakili kerajaan) menyiapkan dokumen bukti ke mahkamah, berhubung satu skandal (iaitu SRC) yang telah pun dijatuhkan hukuman bersalah.
Oleh itu, saya menyeru supaya pihak pendakwa 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 bahawa Kamar Peguam Negara (AGC) akan memfailkan semula pertuduhan dengan secepat mungkin dan menyiapkan dokumen-dokumen dengan sewajarnya, agar kes ini dapat berjalan dengan segera.
Sebagai Ahli Parlimen, saya akan mengikuti perkembangan kes ini dengan dekat agar ia tidak tercicir dari pandangan awam.
𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜
20 Jun 2025

Indonesia

@NaratifRakyat Bila tengok lawyer untuk si YR ni dah tahu yang kes ni berkaitan politik🤣
Indonesia

@DrMasIindaSis pilihan rakyat nak kerajaan clean prihatin anti korup anti nepotism
Indonesia

Saya dan Azizah amat berdukacita menerima perkhabaran nahas tragis awal pagi tadi berhampiran Gerik yang melibatkan sebuah bas dan beberapa kenderaan lain, mengorbankan 15 pelajar.
Takziah kepada semua keluarga mangsa. Kami mendoakan agar kalian diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Saya telah arahkan Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menyelaras bantuan sewajarnya buat keluarga mangsa.
Musibah menyayat hati sebegini yang sering kali berulang seharusnya menjadi pengajaran buat semua agar sentiasa berhati-hati dan usah terburu-buru mengejar destinasi. Nyawa kalian terlalu berharga dan tiada galang ganti.
Astro AWANI@501Awani
Bas yang membawa pelajar UPSI kemalangan semasa dalam perjalanan dari Jerteh, Terengganu ke Tanjung Malim, awal pagi tadi. astroawani.com/berita-malaysi… #AWANInews #AWANIpagi
Indonesia














