Backer rahman
723 posts

Backer rahman
@Backer48711449
Anti dap smpi mati..
Kajang, Selangor Katılım Temmuz 2018
1.3K Takip Edilen886 Takipçiler

@rafiziramli Sotong umum tak boleh pakai ,sembang kelaut je.formula pun hampeh.
Indonesia

Kerajaan dah tak bantu Bumiputra?
Baru-baru ini, saya umum pelarasan semula tiga agensi mandat Bumiputra di bawah Kementerian Ekonomi iaitu TERAJU, Yayasan Peneraju dan Ekuinas.
Ada dua pengumuman yang kena kecam:
1. Bahawa agensi-agensi ini akan menukar kaedah dari memberi geran kepada memberi akses modal berbentuk pinjaman
2. Dana berjumlah RM1 bilion oleh TERAJU dan RM800 juta oleh Ekuinas disediakan bagi tujuan ini
Kecaman pertama, ada yang menuduh kerajaan berhenti memberi geran.
Geran ini maksudnya bantuan kewangan yang tidak perlu dibayar balik.
Bantuan seperti ini masih disediakan, tetapi oleh agensi-agensi lain yang memberi tumpuan kepada peniaga kecil yang memerlukan modal kecil. Selalunya sekitar beberapa ratus ribu - MARA ada, Tekun ada, malah Amanah Ikhtiar pun ada.
Akses modal yang ditawarkan oleh TERAJU adalah untuk perniagaan Bumiputra yang saiznya lebih besar.
Sebelum ini, ada penerima geran dari syarikat Bumiputra yang saiz sederhana yang mendapat geran sehingga melebihi RM1 juta.
Jika difikirkan, kalau peminjam Amanah Ikhtiar dari golongan miskin pun perlu membayar balik pinjaman, adalah lebih adil jika niagawan Bumiputra yang lebih selesa kewangannya berbanding golongan miskin ini, untuk turut membayar balik modal yang diberikan agensi kerajaan.
Modal ini boleh digunakan untuk memberi lebih banyak akses modal kepada peniaga-peniaga lain supaya kita boleh mempercepatkan usaha membina kelas niagawan Bumiputra yang mampan.
Kecaman kedua, ada yang mempersoalkan bagaimana sejumlah RM1.8 billion boleh diperuntukkan oleh TERAJU dan Ekuinas, sedangkan kerajaan sedang melaraskan kembali peruntukan.
Caranya mudah:
Kerajaan tidak memberi peruntukan baru kepada TERAJU dan Ekuinas.
Dana RM1 bilion TERAJU adalah menggunakan peruntukan sebelum ini yang tidak dipakai, seterusnya dijadikan jaminan kepada bank-bank.
Syaratnya bank-bank memberi pinjaman kepada niagawan Bumiputra menggunakan dana mereka sendiri. Peruntukan dari TERAJU hanya dipakai sekiranya peminjam gagal membayar balik, barulah tanggungan itu dibiayai oleh TERAJU melalui skim jaminan kredit.
Wang RM800 juta oleh Ekuinas pula adalah dari dana terkumpul Ekuinas selama ini yang akan ditawarkan dalam bentuk kredit persendirian.
Jangan lepaskan peluang ini.
Boleh layari laman web TERAJU (programs.teraju.gov.my ) dan EKUINAS (ekuinas.com.my/our-investment… ) untuk mula memohon.
Indonesia
Backer rahman retweetledi

Dasar Gaji Progresif (DGP) yang dicadangkan adalah satu perubahan untuk menaikkan gaji dan mencapai pengagihan pendapatan yang lebih seimbang.
Tiga asas telah di tetapkan untuk DGP:
1. bersifat sukarela;
2. berteraskan insentif; dan
3. terkait dengan produktiviti.
Syarikat-syarikat yang mendaftar untuk projek rintis melalui gajiprogresif.gov.my sebagai ‘Majikan Gaji Progresif’ akan dipertimbang untuk menerima insentif dan perlu memenuhi syarat yang ditetapkan.
Insentif akan disalurkan kepada syarikat untuk tempoh satu tahun dan jumlahnya ditentukan oleh Kerajaan.
Produktivi pekerja akan diambil kira dalam pelaksanaan projek rintis DGP ini untuk memastikan kesaksamaan antara kedua-dua pihak, iaitu majikan dan pekerja, melalui konsep timbal balik.
Konsep ini bertujuan untuk menangani kebimbangan utama pihak majikan, iaitu kenaikan gaji perlu seiring dengan peningkatan tahap kemahiran dan produktiviti pekerja.
Syarikat yang menyertai projek rintis DGP perlu menyediakan dokumen yang mengesahkan bahawa pekerja telah menghadiri dan melengkapkan kursus serta latihan peningkatan kemahiran yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi meningkatkan produktiviti.
Langkah ini merupakan sebahagian daripada strategi di bawah kerangka dan perancangan ekonomi negara yang memberi penekanan kepada pembelajaran berterusan.
DGP juga akan dapat mendorong syarikat untuk terus meningkatkan pelaburan dalam teknologi dan automasi bagi melonjakkan tahap produktiviti dan daya saing syarikat.
Kepada syarikat berasaskan perusahaan Industri Kecil & Sederhana (SME) yang berminat, boleh memohon di laman sesawang gajiprogresif.gov.my. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2024.

Indonesia

@SinarOnline Bina loji atas tanah yang simple pun hang gagal siapkan ,lagi sembang kari nak bina loji bawah tanah.hang ni kelakar melebihi badut.
Indonesia

Cadang bina empangan air bawah tanah model Jepun di Langkawi
Sanusi berkata, sekiranya projek berkenaan dapat dilaksanakan, Langkawi akan muncul sebagai lokasi pertama menggunakan empangan air bawah tanah di negara ini.
#sinarharian #Langkawi
jom.sinar.la/4ut8zs4a
Indonesia

@Sir_Azri Hang buat post cerita lain la.asal post saja ,serang pmx dengan cerita HIV .mangkak la hang jadikan ia isu personal hang .kalau tuduhan tak betul ,ia jadi fitnah .hang jawab la depan tuhan nanti.
Indonesia

@faisal_mn_ @drakmalsaleh Apa Dr Akmal cakap tu ada benarnya sebab bah kut teh tu mengandungi babi.logik ke makanan yang ada babi jadi makanan warisan negara ?
Hang yang berperangai babi ,menyondol tak tentu hala.
Indonesia

@Sir_Azri Hang yang low class kot ,dok hari² menyalak kat bapok tua .jadi anjing gila la gamaknya .yang hang dok tuduh bapok tu ada anak .hang pun dia boleh sondol. 🤣
Indonesia

﷽
2 PUNCA UTAMA HIDUP TAK TENANG.
1) Makan dari sumber haram dan tidak berkat.
2) Tidak solat 5 waktu sehari.
Ketua keluarga... Tolong pastikan jangan ada walau 1sen pun duit haram yang masuk kedalam akaunmu.
Ketua keluarga... Tolong pastikan semua ahli keluargamu yg cukup syarat, solat 5waktu dan menutup auratnya.
Kerana di akhir zaman ini, INILAH JALAN bagi golongan yang sedikit. Iaitu Zikir yang sebenar zikir.
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman :
وَلَقَدۡ مَكَّنَّكُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيهَا مَعَٰيِشَۗ قَلِيلٗا مَّا تَشۡكُرُونَ ١٠
Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu di bumi dan Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai jalan) penghidupan (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit dari kamu yang bersyukur. (Al A’raf ayat 10).
Twitter : x.com/urusanmelayu
Telegram : t.me/urusanmelayu
#UrusanMelayu
Indonesia

@NgaKorMing @anwaribrahim Mana tak tinggi ,dah macam² cukai ada.nak ingat nama cukai pun susah ,dah banyak sangat.
Indonesia

Satu lagi kejayaan kerajaan Madani pimpinan YAB PMX @anwaribrahim untuk membina semula negara kita yg tercinta. Ayuh! 🇲🇾#BiarFaktaBicara #MalaysiaMadani

Indonesia

@NaratifRakyat Jika tak kelentong ,bukan Anwar la.part sembang tak jatuh ni bagi kat dia Rafizi kamjat.
Indonesia

@rafiziramli Alasan mudah ,nak salahkan Najib jugak..kamjat la hang pakar formula.dari segi fakta,nilai ringgit tertinggi dicapai era Najib .bermacam projek mega yang telah berjaya dilaksana seperti Battersea di England,Merdeka 118 ,projek pengangkutan bagi kemudahan rakyat n program bantuan.
Indonesia

Kritikan paling utama terhadap prestasi ekonomi negara mutakhir ini ialah kedudukan nilai matawang ringgit berbanding negara-negara lain.
Kejatuhan ketara nilai ringgit bermula dalam tahun 2015 akibat kebimbangan pelabur dan pasaran ekoran skandal 1MDB. Hakikatnya, walaupun ada turun naik antara 2015 hingga sekarang, nilai ringgit tidak pernah mengukuh ke peringkat sebelum skandal 1MDB meletup.
Itu beza di antara kejatuhan ketara (pada masa itu) dalam tahun 2015 dan sekarang.
Kejatuhan ketara itu berlatar belakangkan skandal kewangan 1MDB dalam keadaan pasaran global tidak mengalami kelembapan ekonomi dunia dan ketidaktentuan di negara-negara kuasa ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan China.
Keadaannya berbeza sekarang.
Dalam keadaan nilai ringgit tidak pernah pulih sepenuhnya dari kejatuhan ketara 2015, ringgit kini dipengaruhi pula oleh dasar monetari Amerika Syarikat (yang menyebabkan perbezaan kadar faedah kerana Malaysia menetapkan untuk tidak menaikkan kadar faedah) dan kelembapan ekonomi China.
Sebab itu, usaha kerajaan mengukuhkan ringgit perlu mengambil kira langkah-langkah jangka masa pendek dan panjang.
Untuk jangka masa pendek, kita wajar menilai secara objektif kemampanan ekonomi negara dan tidak melatah dengan mengambil jalan singkat. Sebab itu, pandangan saya Bank Negara membuat keputusan yang tepat untuk tidak menaikkan kadar faedah, atau untuk tidak mempertaruhkan rizab simpanan negara untuk mempertahankan ringgit.
Untuk jangka masa panjang, usaha menstrukturkan kembali ekonomi ke arah nilai tinggi perlu dipercepatkan seiring dengan langkah kerajaan mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Kedua-dua langkah ini akan menjadi kayu ukur yang dirujuk pelabur dan pasaran untuk menilai potensi lonjakan ekonomi negara di masa akan datang.
Penstrukturan ekonomi negara juga penting untuk memastikan eksport negara tidak terlalu bergantung kepada sentimen ekonomi dunia (contohnya sekarang, akibat sentimen ekonomi dunia yang menyederhana, eksport elektronik negara adalah perlahan yang mempengaruhi nilai ringgit).
Ikuti penerangan saya mengenai perkara ini yang ditanya secara spontan semasa Episod 3: Yang Bakar Menteri minggu ini.
#YangBakarMenteri
Indonesia

@harakahdailyHD Sembang kari la ,lobai.cuba cermin diri dinegeri lobai kuasai.hampa tonggang agama untuk kekal berkuasa.rasuah pun boleh bertukar ka sedekah.
Indonesia

Islam apabila dipisahkan daripada pemerintahan akan menyebabkan politikus berkelakuan sewenang-wenangnya hingga menyebabkan rahmat, kesejahteraan dan keadilan tidak dapat disampaikan kepada semua.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/index.php/2024…
Indonesia

@anwaribrahim Masa DSN ,negara akan bankrap dengan hutang 686 billion .la ni hutang langsung negara dah 1.2 trillion.negara tak bankrap ke ?
Indonesia

Saya menyeru kepada warga Kementerian Kewangan (MOF) tatkala perjumpaan bulanan pada pagi ini agar giat meneruskan amanah bagi meningkatkan kesejahteraan dan tahap kebajikan rakyat.
Dalam bibit awal pentadbiran Kerajaan MADANI ini, kita menjunjung prinsip keadilan dengan meleraikan amalan pembaziran dan perbelanjaan yang menjurus kepada ketirisan — serta menjalankan tanggungjawab dengan amanah untuk meningkatkan hasil negara. Dari langkah ini maka kita dapat tingkatkan bantuan kepada rakyat.
Sebagai contoh, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah digandakan bayarannya sementelahan jumlah penerima melonjak kepada 700,000 ketimbang 210,000 tahun lepas. Bayaran maksimum Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dinaikkan hampir 20% kepada RM3,700 dengan 9 juta rakyat berkelayakan menerima bantuan program ini. Paras Harga Pengaktifan (PHP) Insentif Pengeluran Getah pula ditambah baik kepada RM3 ketimbang RM2.70 pada tahun lalu. Kebajikan pesawah padi kita juga tidak dilupa dengan usaha meningkatkan kadar skim subsidi dan harga lantai belian padi.
Saya berterima kasih kepada penjawat awam dan warga MOF yang secara umumnya taat melunaskan tanggungjawab mereka.
Hatta, sukacita saya maklumkan bayaran insentif RM2,000 kepada penjawat awam Gred 56 ke bawah serta RM1,000 kepada Jawatan Utama Sektor Awam akan disalurkan pada 23 Februari ini. Saya juga menjangka pelarasan gaji penjawat awam akan dapat diselesaikan selewatnya dua bulan dari sekarang.
Saya tidak berkeinginan untuk berlengah lagi dengan mengadakan banyak lapisan kelulusan yang hanya menambahkan birokrasi dan melambatkan usaha dan cita murni kita.
#MalaysiaMADANI




Indonesia

@SinarOnline @anwaribrahim Ia sepatutnya bukan berdasar belas ihsan tapi berdasar proses mahkamah yang tidak adil.
Indonesia

Keputusan pengurangan hukuman Najib: Pertimbangan besar bukan soal undang-undang tetapi belas ihsan Yang di-Pertuan Agong. - PM @anwaribrahim

Indonesia

@rafiziramli Setakat sembang formula kosong dengan hang ,buang masa ja.cakaop berdegar² ketika jadi pembangkang tapi bila dah jadi menteri ,terpinga² pulak.satu formula pun tak boleh pakai.
Indonesia

Podcast Yang Bakar Menteri #YBM malam ini akan menampilkan Saudara Faiz dari rancangan Financial Faiz.
Usaha berterusan dari pejabat saya untuk mendapatkan seorang wakil dari Perikatan Nasional masih belum berhasil. Kami akan terus menjemput tetapi setakat ini nampaknya ia seperti menunggu bulan jatuh ke riba.
Sementara itu, saya akan terus memberi ruang kepada rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang untuk bersemuka. Dari episod-episod sebelum ini, ada yang menggunakan peluang ini untuk mengkritik, mendapat pengesahan, ada yang bertanya dan ada yang memberi pandangan.
Saya sedia maklum pandangan yang berbeza-beza mengenai tindakan saya memberi ruang bersemuka ini.
Ada satu pandangan yang mengkritik bahawa ini bukanlah tugas seorang menteri, kerana menteri sepatutnya menumpukan masanya sebagai menteri. Tugas memberi penerangan dan berdepan dengan kritikan ini sepatutnya dijalankan oleh media rasmi kerajaan seperti RTM.
Sebenarnya, setiap program yang disiarkan RTM melibatkan wang rakyat. Tidak silap saya, setiap minit program yang disiarkan di RTM menelan belanja sekitar RM2,000 (boleh disahkan dengan RTM sendiri).
Jika seorang menteri seperti saya secara berterusan menuntut supaya saya terus muncul di RTM tiap-tiap minggu, bermakna kos penyiaran dihabiskan kepada saya sahaja, sedangkan RTM mempunyai tanggungjawab yang besar meliputi seluruh kementerian dan negara.
Itulah salah satu sebab saya mengambil keputusan memulakan podcast sendiri, supaya usaha menyampaikan maklumat dari Kementerian Ekonomi dibuat tanpa melibatkan peruntukan dan wang rakyat.
Ini akan memberi kebebasan kepada saya menjemput lebih ramai rakyat biasa untuk bersuara dan membincangkan isu-isu ekonomi dan rakyat.
Sama juga dengan usaha menjawab serangan dari aktivis maya pembangkang.
Ia tidak wajar diserahkan bulat-bulat kepada aktivis maya pro-kerajaan kerana tugas itu patut dipikul juga oleh pimpinan politik seperti saya. Kami yang menteri ini perlu turun padang untuk sama-sama menepis, bukannya duduk di pejabat dan berharap kerja-kerja menyampaikan maklumat ini dijalankan oleh aktivis maya pro-bono yang tidak mendapat apa-apa dari usaha mereka.
Malam ini, untuk Episod 3 Yang Bakar Menteri, tetamu seterusnya adalah Faiz Azmi, pengasas Financial Faiz yang aktif memberikan penerangan menerusi platform beliau terutamanya tentang topik-topik celik kewangan. Komen-komen beliau banyak menyentuh dasar dan program ekonomi Kerajaan Madani dan juga isu-isu kewangan rakyat yang sering menjadi perbualan masyarakat. Malam ini beliau diberi peluang untuk mengkritik dan membakar saya secara berdepan. Saudara Faiz juga adalah seorang usahawan digital, jadi saya rasa beliau akan membakar saya mengenai kesusahan yang dihadapi oleh usahawan-usahawan digital seperti beliau.
Jangan lupa ikuti sesi membakar malam ini bermula jam 8 malam di semua saluran media sosial – Facebook, Youtube, X dan Tiktok. Episod 3 YBM juga akan dimuatnaik di Spotify.

Indonesia

@anwaribrahim Kepuasan YDPA berdasar bangkangan dari menteri wilayah yang tidak setuju dengan pengampunan penuh .ada kah itu arahan PM madani ?
DSN mohon pengampunan penuh atas alasan tidak mendapat perbicaraan yang adil .semua tahu bagaimana proses keadilan tidak berjalan mengikut prosedur.
Indonesia

Sewaktu Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini, saya singkap kembali keputusan Lembaga Pengampunan ke atas mantan Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak.
Saya ambil maklum dan faham bahawa keputusan Lembaga Pengampunan minggu lalu telah mencetus wacana meluas serta beberapa pandangan keras daripada segelintir pihak.
Saya tegaskan keputusan itu dibuat mengikut proses sedia ada dan peruntukan undang-undang. Tidak ada usaha mempercepatkan pengampunan seperti tanggapan pihak tertentu. Sebaliknya mana-mana rayuan, sama ada oleh Dato' Sri Najib atau sesiapa sahaja yang dikemukakan akan dibawa dan mesti dibicarakan oleh Lembaga Pengampunan.
Proses pengampunan ini bukan semata-mata terkait soal undang-undang, kerana pertimbangan utama adalah soal ihsan dan hak sesiapa untuk bebas memohon, seperti apa yang disebut oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini sebagai mercu keihsanan atau ‘fountain of mercy’.
Bahkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukan wewenang dan budi bicara penuh bagi Yang di-Pertuan Agong untuk memutuskan urusan-urusan terkait Wilayah Persekutuan yang dibicarakan dalam Lembaga Pengampunan, dan keputusan baginda adalah muktamad.
Namun, ingin saya tegaskan bahawa hal ini tidak sama sekali menggugat pendirian Kerajaan untuk melawan rasuah habis-habisan, ketimbang pihak-pihak tertentu yang hanya bersuara keras terhadap individu yang sudah pun dipenjara namun membisu dan terus bersekongkol dengan pihak-pihak yang menggeledah dan memunggah kekayaan puluhan bilion ringgit wang negara.
#MalaysiaMADANI




Indonesia

@Sir_Azri Negara ni rosak sebab ada politaik cam hang.apa yang keluar dari mulut hang ,ikut sedap mulut ni didorong oleh ringgit .
Indonesia

@Sir_Azri Tak salah melobi ,bro .tabur fitnah untuk ringgit lagi hina n di murkai tuhan .label orang dengan nama² buruk lagi besar dosa .lain kali ,bro cermin diri dulu sebelum mengumpat orang.
Indonesia






