Sabitlenmiş Tweet

Assalāmu‘alaika, Yā Sayyidī, Yā Rasūlallāh
Assalāmu‘alaika, Yā Imāmī, Yā Nūrallāh
Engkaulah mentari di tengah gelap gelita,
Penuntun hati menuju sinar cahaya.
Langkahmu lembut membimbing umat,
Meski dibalas luka oleh cercaan yang berat.
Wahai Muhammad,
Insan termulia sepanjang masa.
Akhlakmu adalah al-Qur’ān,
Lisānmu hikmah, tuturmu bijaksana.
Tiada kata yang mampu memadai pujian,
Selain air mata rindu yang tiada berkesudahan.
Di Padang Mahsyar kelak,
Tatkala semua berpaling dan gentar,
Engkaulah yang berseru penuh kasih:
“Ummatī… ummatī…”
Betapa lembut dan luas hatimu,
Wahai Nabī yang mulia.
Wahai Rasūl,
Kami jauh, namun cinta ini tidak rapuh.
Kami hina, namun harap akan syafā‘atmu
Tak pernah gugur, tak pernah luluh.
Bimbinglah kami walau langkah sering goyah,
Kerana tiada cinta setulus cintamu,
Wahai Kekasih Allāh.
Suomi




















