Ewon Benedick Official Media

4.8K posts

Ewon Benedick Official Media banner
Ewon Benedick Official Media

Ewon Benedick Official Media

@Ewon_Media

Timbalan Ketua Menteri III Sabah | Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah | ADUN Kadamaian | Ahli Parlimen Penampang | Presiden UPKO

Katılım Temmuz 2023
138 Takip Edilen331 Takipçiler
Ewon Benedick Official Media
26 Mac 2026 | Kadamaian Mengunjungi pejabat kawasan Sidang Injil Borneo (SIB) Kawasan Nahaba dan meninjau Rumah Sidang yang semakin uzur. Saya juga diberi taklimat oleh Ketua Kawasan, Pastor Samry Maudin mengenai cadangan baharu dan keperluan membaiki Rumah Sidang ini. Saya bersetuju menggunakan peruntukan khas menteri bagi membantu membaiki Rumah Sidang ini mengikut cadangan yang telah ditaklimatkan kepada saya. Semoga selepas siap sepenuhnya nanti akan dapat digunakan sebaiknya. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
7
Ewon Benedick Official Media
26 Mac 2026 | Kadamaian Meluangkan masa menunjungi inan Kuyuh di Kg Tegudon. Syukur kesihatan beliau lebih baik daripada kunjungan saya sebelum ini. Semoga sentiasa sejahtera bersama keluarga besar. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
9
Ewon Benedick Official Media
26 Mac 2026 | Kadamaian Menghadiri sambutan Raya Puasa di kediaman saudara Norfazilan di Kg Tegudon, Kadamaian yang turut dihadiri komuniti kampung. Sudah menjadi rutin tahunan saya berkunjung ke rumah beliau semasa bulan Raya Puasa. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
7
Ewon Benedick Official Media
25 Mac 2026 | Jakarta Setiap tahun, isteri saya akan mengaturkan perjalanan cuti ke Jakarta/Bandung menghantar “kakak-kakak” kepada anak-anak kami sempena sambutan Hari Raya Puasa dan berjumpa dengan keluarga mereka. Ini merupakan rutin tahunan menjelang Raya Puasa sejak mereka bekerja dengan kami.
Ewon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
1
22
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
17 Mac 2026 | Tawau Mengunjungi perusahaan Kerupuk Lelek Enterprise yang mengeluarkan produk kerupuk amplang. Semasa saya di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), perusahaan ini mendapat geran perolehan mesin pembungkusan yang dapat meningkatkan produktiviti perusahaan. Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah juga memberikan bantuan pembungkusan. Semoga perusahaan ini terus berkembang maju termasuk membuka perusahaan tambahan di Kota Kinabalu dan seterusnya menjadi contoh kepada usahawan yang lain. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
36
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
17 Mac 2026 | Tawau Seterusnya mengunjungi perusahaan KHM Trading yang mengeluarkan produk pes masakan daging, ayam dan ikan. Perusahaan ini mendapat bantuan pembungkusan daripada Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah. Selain daripada pengeluaran pes, perusahaan ini juga terlibat dalam penternakan ayam bagi bekalan bahan mentah dan juga perkhidmatan katering. Semoga perusahaan ini terus berkembang maju serta menjadi contoh kepada usahawan lain. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
25
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
17 Mac 2026 | Tawau Mengunjungi perusahaan Shasyn Food Processing yang mengeluarkan produk bebola daging. Semasa saya di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), perusahaan ini mendapat geran perolehan mesin yang kini digunakan dalam pengeluaran produk. Jabatan Pembangunan Perindustrian dan Penyelidikan (DIDR) di bawah Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah juga membantu mendapatkan persijilan halal untuk premis ini. Semoga perusahaan ini terus berkembang maju termasuk kilang baharu yang sedang disiapkan serta menjadi contoh kepada usahawan yang lain. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
25
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
17 Mac 2026 | Tawau Memulakan lawatan kerja ke Tawau dengan mengunjungi Pelabuhan Tawau dan seterusnya diberikan taklimat oleh Pengurus, Elsie Philip. Saya hargai inisiatif berterusan di bawah kepimpinan baharu Suria Capital dan Sabah Ports S/B yang komited meningkatkan kecekapan operasi pelabuhan melalui perolehan jentera-jentera baharu. Usaha-usaha ini sudah tentunya mengambilkira pertumbuhan ekonomi Tawau yang semakin membangun. Saya juga memberi penekanan kepada pembangunan komunikasi dengan pengguna-pengguna pelabuhan bagi memastikan inisiatif yang baik ini dapat diperjelaskan. Saya turut dibawa meninjau jeti Jabatan Dermaga dan Pelabuhan Sabah yang digunakan untuk pengangkutan penumpan ke Pulau Sebatik. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
41
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
16 Mac 2026 | Kota Kinabalu Menghadiri majlis berbuka puasa Sedafiat S/B bersama Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Panglima Datuk Hajah Faridah Haji Tussin. Dalam majlis ini, Sedafiat juga membayar zakat perniagaan dan juga menyampaikan sumbangan kepada beberapa organisasi. Semoga perusahaan Sedafiat terus berkembang maju. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
32
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
16 Mac 2026 | Penampang Mengadakan kunjungan ke Pejabat Rektor Paroki St Michael Penampang dan mengadakan pertemuan dengan Rev Fr Wilfred Atin berkenaan inisiatif-inisiatif pembangunan gereja di bawah Paroki St Michael. Dalam pertemuan ini, saya menyampaikan sumbangan daripada peruntukan saya sebanyak RM200,000.00 untuk dana pembangunan Tadika Harmoni St Michael Penampang sepertimana komitmen saya sebelum ini. Paroki juga mengalu-alukan kiranya ada lagi yang mahu menyalurkan sumbangan untuk pembangunan tadika ini dan boleh menghubungi pejabat Rektor untuk penyaluran sumbangan. Saya percaya, apabila siap sepenuhnya nanti, Tadika Harmoni St Michael ini akan menyumbang kepada pembangunan modal insan di Penampang bermula daripada pendidikan kanak-kanak. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
29
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
14 Mac 2025 | Putatan Menghadiri mesyuarat agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pendidikan Khas Tuaran, Putatan. Saya hargai dedikasi guru-guru dalam sama-sama membangunkan pendidikan anak-anak berkeperluan khas di sekolah ini, di mana anak saya juga bersekolah di sini. Saya juga hargai kesediaan rakan-rakan ibu bapa yang menerima tanggungjawab memimpin PIBG sekolah ini. Sebagai tanda sokongan kepada aktiviti-aktiviti PIBG dan anak-anak di sekolah ini, saya bersetuju menyalurkan sumbangan daripada peruntukan Sentuhan Kasih Menteri sebanyak RM20,000.00. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
45
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2025 | Kadamaian Seterusnya menghadiri Program Berbuka Puasa Bersama Jawatankuasa Masjid dan Surau di seluruh DUN Kadamaian di perkarangan Masjid Kg Tambulion, Kadamaian. Ini merupakan program tahunan saya sejak menjadi Wakil Rakyat Kadamaian. Pada tahun ini, Pusat Khidmat ADUN Kadamaian bekerjasama dengan Yayasan KOSMA bagi menjayakan program ini. Sebanyak 25 masjid dan surau di seluruh DUN Kadamaian masing-masing menerima sumbangan RM1,000.00 dan bakul kurma serta 599 orang asnaf di seluruh Kadamaian turut menerima sumbangan. Saya ucapkan terima kasih kepada Yayasan KOSMA dan KKIP Sdn Bhd yang telah menyalurkan sumbangan-sumbangan ini. Selaku ADUN Kadamaian, saya juga menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih ADUN N11 Kadamaian sebanyak RM10,000.00 kepada Masjid Kg Tambulion. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
149
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2026 | Kadamaian Seterusnya mengadakan perbincangan dengan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N11 Kadamaian bagi memastikan penyelarasan ke atas keperluan pembangunan, kesejahteraan rakyat dan pelbagai inisiatif lain dijayakan dengan baik di kawasan Kadamaian. Saya berserta pimpinan UPPM Kadamaian akan terus komited menjayakan Pelan Induk Pembangunan Kadamaian, 2020-2035 yang sedang dilaksanakan sekarang. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
67
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2026 | Kadamaian Seterusnya mempengerusikan mesyuarat AJK Bahagian UPKO Kota Belud bagi memperincikan persiapan mesyuarat agung cawangan-cawangan serta beberapa inisiatif parti pada tahun ini. Saya berterima kasih di atas sokongan penuh yang diberikan selama ini bukan hanya di peringkat parti tetapi juga dalam tadbir urus di daerah, khususnya dalam kawasan DUN Kadamaian. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
58
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2026 | Kadamaian Menerima kunjungan daripada Jawatankuasa Penyelaras Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Sabah diketuai oleh Pengerusi, Charles Dalansing. Saya berbesar hati menerima jemputan sebagai penaung badan ini dengan harapan agar ianya terus memainkan peranan besar dalam memperkasakan silahturahim dengan persatuan-persatuan etnik lain di daerah Kota Belud. Saya juga menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih ADUN Kadamaian sebanyak RM30,000.00 kepada badan ini untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang dirancang termasuk keperluan di pejabat perhubungannya. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
108
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2026 | Kota Kinabalu Seterusnya menerima kunjungan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Associate Professor Datuk Ts. Dr. Ramzah Dambul. Saya berbesar hati menerima sesalinan laporan akhir cadangan Garis Panduan Pelaksanaan Perusahaan Sosial Negeri Sabah, Garis Panduan Penilaian Tahap Kematangan Perusahaan Sosial Negeri Sabah dan Sabah Social Entrepreneurship Blueprint 2030. Saya yakin perusahaan sosial di Sabah akan terus berkembang dengan adanya dasar dan garis panduan sepertimana yang telah dicadangkan. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
27
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2026 | Kota Kinabalu Seterusnya menerima kunjungan daripada Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) diketuai oleh Pengerusi MyIPO, YB Tuan Riduan Rubin. Sehingga hari ini, sebanyak 3,309 harta intelek telah didaftarkan di Sabah dan saya bersetuju jalinan kerjasama strategik antara MyIPO dengan Kementerian Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan (MINDET) Sabah untuk menggerakkan kesedaran pendaftaran harta intelek. MINDET juga akan menghantar pegawai-pegawai kementerian dan agensi-agensi ke Akademi Harta Intelek untuk memberi nilai tambah kepada perkhidmatan masing-masing kelak. Semoga lebih banyak komuniti, syarikat, usahawan dan karyawan tempatan Sabah mendaftarkan harta intelek masing-masing. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
29
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
13 Mac 2026 | Kota Kinabalu Mempengerusikan mesyuarat berkenaan Projek Pengembangan Pelabuhan Kontena Teluk Sepanggar bersama dengan agensi-agensi Kerajaan Sabah yang terlibat serta syarikat pelaksana yang dilantik. Selain mesyuarat ini, Sabah Economic Development & Investment Authority (SEDIA) juga mengadakan mesyuarat penyelarasan setiap minggu berkenaan projek ini. Saya juga telah menubuhkan Task Force untuk memantau pelaksanaan 8 langkah penyelesaian interim mengatasi isu kesesakan di Pelabuhan Kontena Sepanggar. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
32
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
12 Mac 2026 | Kota Kinabalu Menyantuni usahawan-usahawan Bazaar Ramadhan di kawasan parkir Sabah Trade Centre yang diuruskan oleh Persatuan Usahawan Penjaja dan Peniaga Kecil Kota Kinabalu (PUPPKKK) dan turut sama membeli produk-produk mereka untuk dikongsi dengan para pengunjung bazaar yang lain. Saya doakan usahawan-usahawan ini terus diberkati dengan kesejahteraan, kesihatan dan kejayaan dalam perusahaan masing-masing. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
31
Ewon Benedick Official Media
Ewon Benedick Official Media@Ewon_Media·
12 Mac 2026 | Kota Kinabalu Mengagihkan pek kurma sumbangan KKIP Sdn Bhd kepada Setiausaha Tetap MINDET dan semua warga kerja MINDET. Semoga inisiatif ringkas ini dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan yang lebih erat di MINDET. #SabahFirst #TerusCemerlang
Ewon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet mediaEwon Benedick Official Media tweet media
Indonesia
0
0
0
60