Coach Shariman
1.2K posts

Coach Shariman
@Excite4Mohd
Founder of Excite Learning Consultancy Certified NLP Prac, Hipnotist, Coach Professional Learning Facilitator (mastery)
Senawang Katılım Haziran 2016
168 Takip Edilen338 Takipçiler
Coach Shariman retweetledi

@niknazmi @mohd_khairel Setuju ... ni bukan soal RM semata
Indonesia

Sebagai seseorang yang pernah terlibat dalam dasar iklim dan alam sekitar negara, saya berpandangan bahawa larangan eksport pasir sungai wajar dikekalkan.
Sungai bukan sekadar aset ekonomi. Ia adalah ekosistem penting yang mengawal banjir, menjaga sumber air, menyokong biodiversiti dan kelangsungan komuniti setempat.
Apabila pengambilan pasir melebihi had mampan, kesannya boleh menjadi jangka panjang dan sukar dipulihkan.
Saya memahami keperluan kerja pedalaman dan pengurusan sungai di kawasan tertentu. Malah Pahang menerima lebih setengah billion untuk kerja² tebatan banjir sejak 2023.
Namun tadbir urus alam sekitar mesti mengutamakan kelestarian, penguatkuasaan, dan kesan terhadap ekosistem, bukan sekadar pulangan jangka pendek.
Malaysia pernah melihat kesan eksploitasi sumber yang tidak terkawal. Kita harus belajar daripada pengalaman itu, bukan mengulanginya.
Ketahanan iklim bermula dengan melindungi sistem semula jadi yang turut melindungi kita.
Indonesia

@DrZulkifliHasan Steady Menteri Agama, terus semarakkan program Islam.
Indonesia
Coach Shariman retweetledi

Sejak kebelakangan ini, pelbagai program selawat, dakwah dan kemasyarakatan terus dihidupkan di kawasan bandar khususnya Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Pelbagai usaha turun ke lapangan, mendekati anak muda dan membawa dakwah dengan hikmah di tengah-tengah masyarakat.
Ini bukan sekadar program. Ini syiar. Ini tanda bahawa hati umat ini masih hidup dan masih rindu kepada Tuhan.
Islam tidak dibina dengan kebencian dan prasangka buruk, tetapi dengan dakwah, hikmah, kasih sayang dan tali persaudaraan.
Kadang-kadang manusia berubah bukan kerana slogan, tetapi kerana satu malam yang dipenuhi doa, satu ayat al-Quran yang menyentuh hati, dan satu saf solat yang merapatkan jiwa.
Di tengah hiruk-pikuk Bukit Bintang, masih ada ruang untuk kembali kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala.
Tegas dalam prinsip, hikmah dalam dakwah - itulah jalan yang lebih menenangkan dan menghidupkan hati.
Quranic Madani: Night Reset – Bersatu Dalam Saf
📍 Pavilion Kuala Lumpur
🗓️ 8 Mei 2026 (Jumaat)
⏰ 8:00 malam – 11:00 malam
Tema pakaian: Putih
Ayuh hadir bersama-sama mengimarahkan malam dengan solat berjemaah, solat hajat, bacaan Surah Al-Mulk dan tazkirah yang menyentuh jiwa.
Datang dengan berwudhu'.
Bawa sejadah.
Bawa hati dan minda yang lapang.
Kita bina ukhuwah Islamiah.
Moga pulang dengan jiwa yang lebih dekat kepada Allah Subhanahu wa-Ta’ala. 🤍
#SebarkanSalam
#QuranicMadani


Indonesia
Coach Shariman retweetledi

Hehehehehe, nak tergelak pun ada......😎🤣🤑🤐🥱😎🙊🙈🙉🐏🐑🐐🦧
astroawani.com/berita-politik…

Kajang, Selangor 🇲🇾 Indonesia
Coach Shariman retweetledi

Berikut adalah kronologi ringkas mengenai saham Azam Baki.
- 9 & 10 Februari 2026: Bloomberg mendedahkan Azam Baki memiliki 17.7 juta saham dalam Velocity Capital Partners Bhd (bernilai ~RM800,000), didakwa melanggar had pemilikan saham penjawat awam (had RM100,000).
- 13 Februari 2026: Kabinet menubuhkan Pasukan Petugas Khas diketuai Peguam Negara untuk menyiasat ketelusan pemilikan saham tersebut.
Mac 2026: Hasil Siasatan & Dakwaan Rafizi
- 10 Mac 2026: Peguam Negara menyerahkan laporan penuh siasatan kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN).
- 11 Mac 2026: Jemaah Menteri memutuskan untuk menyerahkan fail kes kepada Lembaga Tatatertib JPA untuk tindakan disiplin.
- 13 Mac 2026 (Dakwaan Rafizi): Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, mendedahkan maklumat daripada "sumber Putrajaya" bahawa siasatan sebenarnya mendapati pemilikan saham Azam jauh lebih besar, iaitu mencecah RM14 juta merentasi sembilan buah syarikat.
- 14 Mac 2026: Rafizi dan NGO (C4 Center) mendesak kerajaan mendedahkan laporan penuh bagi mengesahkan sama ada jumlah RM14 juta itu benar, kerana ia tidak sepadan dengan pendapatan penjawat awam.
Status terkini menunjukkan tekanan hebat agar kerajaan tidak hanya mengambil tindakan tatatertib secara tertutup, tetapi mendedahkan hasil siasatan kepada umum sebelum kontrak Azam tamat pada 12 Mei 2026.
Kenyataan Nurul Izzah Anwar mengenai Mafia KORPORATE ini:
20 Februari 2026: Melalui satu video di TikTok dan kenyataan media, Nurul Izzah mendesak Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memberi tumpuan kepada kandungan dakwaan Bloomberg (mengenai pemilikan saham dan rangkaian mafia korporat) dan bukannya menyiasat portal media tersebut di bawah akta fitnah. Beliau menggunakan kiasan "don't shoot the messenger" (jangan hukum penyampai berita).
23 Februari 2026: Beliau menegaskan keperluan untuk mewujudkan mekanisme semak dan imbang yang lebih kukuh bagi memastikan ketelusan SPRM, susulan dakwaan wujudnya rangkaian "Mafia Korporat" dalam agensi tersebut.
7 Mac 2026: Nurul Izzah mencadangkan agar SPRM diletakkan di bawah pemantauan Parlimen secara langsung. Beliau menyatakan bahawa keabsahan sesebuah institusi hanya boleh dikekalkan melalui integriti pelaksanaan dan akauntabiliti yang menyeluruh.
Indonesia







