
Fauzi Yusof
95 posts









Generasi Sandwich? Apa tu?😂 Faham dah kenapa dia kalah PRU. Ternyata orang Permatang Pauh jauh lebih bijak menilai. Pandai cakap tapi kosong. Takde isi Tak boleh difahami. Yang duduk mendengar pon mcm dibayar Eloklah PKR letak sebagai Timbalan, Mudah sikit kerja pembangkang😆


PEMILIHAN PARTI KEADILAN RAKYAT 2025 “Bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawaqallah kepada Allah SWT , sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepada-Nya” (Ali-Imran:159) Ada kalanya, keputusan yang perlu kita ambil bukanlah yang paling mudah atau paling selesa, tetapi ia lahir daripada satu bentuk tanggungjawab. Saya tetap percaya, perjuangan ini bukan milik mana-mana individu. Ia milik kita semua yang masih setia memikul idealisme Reformasi sejak 1998. Saya tahu khabar angin yang berlegar sejak beberapa hari lalu telah menimbulkan dua reaksi berbeza. Ada sebahagian - yang menyatakan terus kepada saya - menyambutnya dengan penuh pengharapan, ingin melihat regenerasi dan pembaharuan dalam parti. Ada juga yang menzahirkan kegusaran dan meminta saya mempertimbangkan semula keputusan ini kerana bimbang KEADILAN dilabel sebagai “Parti Anak Beranak”. Saya hormati kedua-dua pandangan, kerana kedua-duanya datang dari rasa cinta yang mendalam terhadap parti ini. 1/n












