Haiza 🇲🇾 retweetledi

Alhamdulillah, pagi ini saya bersama Datuk Sani Araby dari MAPIM telah dijemput oleh pihak Media Prima untuk sesi temu bual di dua stesen radio mereka, iaitu Hot FM dan Kool FM, bagi berkongsi mengenai Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza serta penyertaan dalam delegasi Global Sumud Flotilla 2.0.
Saya mengambil kesempatan ini untuk memperincikan objektif misi ini, termasuk cabaran-cabaran yang bakal ditempuh dalam memastikan usaha kemanusiaan ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Saya ingin merakamkan penghargaan pada Sdr Nazri Noran, CEO Media Prima Audio, Team HotFM Sdr Khairy Jamaluddin, Johan, Fara Fauzana dan AG Azmeer serta Team KoolFM, Haiza dan Muaz atas kesudian menjemput kami pagi ini.
Dalam masa yang sama, saya memohon doa dan sokongan seluruh rakyat Malaysia agar misi ini dipermudahkan segala urusan serta mencapai matlamatnya. Semoga bumi Palestin kembali berdaulat dan aman, insya-Allah.
Free Palestine 🇵🇸
#KitaSelangor




Indonesia








