Majlis Serah Terima Tugas PANGSEPPI antara Kept Salleh bin Sauli TLDM kepada YBhg Laksma Ahmad Nazree bin Abu Hassan telah berlangsung di Auditorium DAG, MSPPA pada 30 Sep 25. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg Laksdya Dato' Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Armada Barat.
Markas Selam dan Peperangan Periuk Api menerima kunjungan rasmi YBhg Orang Kaya-Kaya Panglima Kinta Seri Amar Bangsa Diraja, Kept (K) Dato’ Ab. Wahab PSSTLDM, Orang Besar Jajahan Kinta bersama YDH Toh Kohor Alam Tuan Haji Nasir dan Kol (PA) Rohaizat, Pengarah APM Perak.
Markas Selam dan Peperangan Periuk Api mengalu-alukan Lawatan Delegasi Board of Directors Maritime Institute of Malaysia (MIMA) diketuai oleh Pengerusi YBhg. Dato' Mohamed Suffian bin Awang dan diiringi Laksda Dato' Pahlawan Mohd Fadzli Kamal bin Mohd Mohaldin, AKS OPLAT MTL.
RAPTAI PERBARISAN AUDIT KESIAPSIAGAAN
Markas Selam dan Peperangan Periuk Api telah melaksanakan Raptai Perbarisan Audit Kesiapsiagaan pada 12 hingga 14 Ogos 2025 untuk memastikan keseragaman setiap pergerakan bagi menghadapi Audit Kesiapsiagaan pada bulan September 2025.
Markas Selam dan Peperangan Periuk Api menerima kunjungan pelatih dan pegawai dari Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh. Lawatan fokus pada pengenalan peralatan selam, latihan penyelam ranjau TLDM serta pengoperasian kebuk mampatan.
Kepten Salleh bin Sauli TLDM, Pemangku Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Lencana Pegawai Memerintah dan Lencana Kepakaran Penyelam Ranjau bertempat di Auditorium DAG. Syabas dan Tahniah kepada Kdr Phua TLDM dan Lt Dya Mahdi TLDM.
Warga Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Semoga Syawal yang mulia ini membawa keberkatan, kesejahteraan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan seluruh rakyat Malaysia.
PELANCARAN JERSI & PENYERAHAN BEG RAYA 2025
Majlis pelancaran jersi bagi menyertai Kejohanan Piala Zain serta penyerahan beg raya kepada warga bertugas sempena Aidilfitri telah disempurnakan oleh Laksma Dr. Tay Yap Leong, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api pada 24 Mac 25.
CERAMAH KESEDARAN INTEGRITI MSPPA
Program ceramah kesedaran integriti telah disampaikan oleh Penguasa Sharizal bin Abdul Rahman, Ketua Cawangan Daerah Manjung, SPRM Negeri Perak kepada warga Markas Selam dan Peperangan Periuk Api pada 21 Mac 25.
MEMBURU BERKAH RAMADAN
Bulan Ramadan Al Mubarak tahun 2025 yang mulia ini terus diserikan dengan penganjuran Majlis Khatam & Ceramah Agama Nuzul Al-Quran serta menunaikan Rukun Islam keempat peringkat MSPPA pada 20 Mac 25.
KOLABORASI PROGRAM JIWA MURNI BERSAMA KOMUNITI SETEMPAT
Warga MSPPA dan Marina Island Pangkor bekerjasama membersihkan pantai & dasar laut di Lagun Marina Island. Program ini berjaya memupuk kesedaran memelihara ekosistem laut & mengeratkan hubungan ATM & masyarakat awam.
Laksma Dr Tay Yap Leong, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api menerima kunjungan hormat daripada Laksma Ahmad Sapuan Fathi bin Hj Muhammad, Timbalan Panglima Armada Barat dan Komander Zakirunizam bin Ismail TLDM, Pegawai Memerintah KD MALAYA pada hari ini.
Laksma Dr Tay Yap Leong menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Ketua Cawangan Logistik di antara Lt Kdr Haniyanti binti Abdul Jalil TLDM dan Lt Kdr Salmila Suhaida binti Mohamad Hairi TLDM serta diserikan lagi dengan Majlis Pemakaian Pangkat warga di Auditorium DAG MSPPA.
Majlis Serah Terima Tugas Ketua Pegawai Staf Peperangan Periuk Api di antara Lt Kdr Wan Muhammad Zulkiffly bin Wan Him TLDM dan Kdr Kamarol Azra bin Hamzah TLDM telah disempurnakan oleh Laksma Dr. Tay Yap Leong di Auditorium DAG MSPPA.
KEKAL DIIKTIRAF MS ISO 45001:2018
MSPPA berjaya mengekalkan sijil MS ISO 45001:2018 setelah berjaya melepasi Audit Persijilan Semula oleh Sirim Berhad pada 14 hingga 16 Okt 24 dengan pencapaian cemerlang iaitu tanpa sebarang ketidakakuran dan 3 peluang penambahbaikan.
Seluruh warga Markas Selam dan Peperangan Periuk Api (MSPPA) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Datuk Zulhelmy bin Ithnain atas pelantikan sebagai Panglima Tentera Laut Ke-19.
Laksma Dr Tay Yap Leong, Panglima Selam dan Peperangan Periuk Api menerima kunjungan hormat daripada Kdr Shahrizan Jaszle binti Jasmin TLDM, Pegawai Memerintah Depot Bantuan Barat pada hari ini. Pertemuan ini menjadi medium kerjasama di antara markas dan unit pada masa hadapan.