
(Akan datang bulan depan!) Tajuk: KARMA Penulis: @HazrinaIntan Penerbit: Buku Fixi Mukasurat: 288 ISBN: 9786297693088 Harga: RM28 Sinopsis: Ketika tersebar berita bahawa beberapa mayat yang ditemui mati dengan keadaan lidah mereka dipotong merupakan pesalah yang terlepas dari pertuduhan mahkamah, ramai yang mengatakan kematian itu adalah karma akibat kejahatan mereka. Inspektor Haq yang mengetuai siasatan kes itu kini resah. Selain dari kehilangan lidah, satu lagi kaitan antara mangsa-mangsa itu adalah peguam yang telah membebaskan mereka dari tuduhan di mahkamah. Mampukah Haq merungkai misteri pembunuhan bersiri ini? * Kulit depan oleh @iejamsaleh
























