Kursus Perolehan dan Pentadbiran Sebutharga Tahun 2026 di Dewan JKR WP Labuan - memperkasakan prosedur dan tadbir urus semasa
@RoslanisE@IPJKR_Official
Tahniah Pegawai JKR Labuan dan mantan Pegawai JKR Labuan yang diraikan dalam Majlis Pegawai JKR yang berjaya memperoleh Kelayakan Profesional Bertauliah 2025 - semoga menjadi pemangkin kepada yang lain
@RoslanisE@IPJKR_Official
Lawatan Pemantauan Projek oleh pihak Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri W.P bersama rombongan ke Projek KK5 Bebuloh - pantau dan tingkat prestasi kerja ditapak
@RoslanisE@TkpkrBangunan@IPJKR_Official
Pemeriksaan mengejut bagi pengurusan kenderaan selaras dengan Arahan Perbendaharaan AP308 - memastikan kepatuhan kepada pekeliling semasa
@RoslanisE@IPJKR_Official
"Emergency Response Team" (ERT) JKR WP Labuan bersama JBA pantas menangani aduan Jalan berlubang / "Sinkhole" di Jalan Sg Keling -Pengguna jalan raya diminta untuk berhati-hati dan mematuhi papan tanda keselamatan yang disediakan di tapak.
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Taklimat Ringkas dan pembukaan kaunter bergerak Tabung Haji di Bilik Gerakan JKR WP Labuan - mendapat info dan perkhidmatan dengan lebih mudah
@RoslanisE@IPJKR_Official
KUALA LUMPUR, 2 April 2026 – YBhg. Dato' Sri Ir. Roslan bin Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya telah menghadiri Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana Bagi Projek Quick Win RMKe-13 RP1 Cawangan Kerja Pendidikan JKR Tahun 2026 di Pelbagai Negeri yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya. Majlis turut dihadiri oleh Yang Berhormat Puan Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.
Pelaksanaan projek-projek pendidikan khususnya pelaksanaan Projek Menangani Isu Sekolah yang Berkepadatan Tinggi merupakan salah satu langkah proaktif pihak KPM ke arah mencapai hasrat kerajaan yang mensasarkan pelaksanaan persekolahan satu sesi menjelang tahun 2030. Sementara itu, bagi pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung di pelbagai negeri pula, projek ini membantu pihak KPM dalam melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah yang memberikan keselesaan kepada murid dan warga pengajar.
Manfaat yang diperoleh oleh para guru dan pelajar melalui pelaksanaan projek ini diharapkan dapat menyokong usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan pendidikan yang terbaik untuk seluruh masyarakat. JKR Malaysia komited dalam melaksanakan projek pembangunan negara seiring dengan agenda transformasi dan agenda Pembangunan Kerajaan MADANI.
#IamJKR#KitaJKR#JKRsynergy#JasaKepadaRakyat#TangkasBertindak
Penghargaan kepada Pengarah JKR WP Labuan atas prestasi cemerlang sebagai Penolong Pengurus Program Bagi Projek Quick Win RMK13 RP1, CKP Tahun 2026
@RoslanisE@IPJKR_Official
Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Keselamatan Cerun Di Pangkalan Udara TUDM Labuan (Tawaran semula)
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Bahagian Jalan JKR WP Labuan bersama konsesi penyenggaraan jalan, melaksanakan kerja-kerja pembersihan semak di Jalan Bebuloh - Rancha-Rancha (738) - bagi meningkatkan jarak penglihatan kenderaan
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Lawatan Pemeriksaan Teknikal Pengarah Projek ke Operation Theather 1 bagi projek NaikTaraf Sistem Gas Perubatan di Hospital Labuan.
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Kerja-kerja mencantas dahan pokok secara Jabatan di Jalan Pesisir Pantai - menambahbaik jarak penglihatan dan meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga JKR Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H/ 2026M buat seluruh rakyat Malaysia.
Semoga kehadiran Syawal tahun ini membawa limpahan keberkatan, kebahagiaan, serta mempereratkan lagi silaturahim antara kita semua. Raikanlah hari kemenangan ini dengan penuh kesyukuran di samping insan tersayang.
Kepada anak perantau yang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, kami mendoakan agar urusan anda dipermudahkan. Patuhi had laju dan papan tanda demi keselamatan bersama serta sentiasa berhati-hati dan sabar ketika memandu. Pandulah dengan cermat agar selamat tiba ke destinasi.
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada,
Pengurusan Tertinggi & Warga JKR Malaysia
#IamJKR#KitaJKR#JKRsynergy#JasaKepadaRakyat#TangkasBertindak
NOTIS PENUTUPAN LORONG SEMENTARA
Makluman Penutupan Sementara Di Sebabkan Kerja- Kerja Pembinaan Paip Oleh Jabatan Bekalan Air Labuan
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
NOTIS PENUTUPAN LORONG SEMENTARA
Makluman Penutupan Sementara (SELORONG RHS)
Di Jalan Tuanku Sharif Kedah Bagi Kerja-Kerja Piling & Reconstruction Works
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official
Lawatan Kerja YBrs. Ir. Hj Suhaili ,Pengarah Kanan CKM JKR Malaysia ke WP Labuan - pantau projek dengan rapi agar boleh diserahkan seperti yang dirancang
@RoslanisE@TKPKR_Infra@IPJKR_Official