
HORNET KUWAIT BUKAN KERANDA TERBANG. Nampaknya ramai gunakan alasan titah YDPA untuk tidak menyokong pembelian Hornet Kuwait oleh TUDM. Sbb guna ayat titah YDPA yang bantah pembelian Second hand tu Sebenarnya YDPA bertitah secara menyeluruh agar membetulkan proses pembelian dan perolehan tu. MINDEF pergi Pakai orang tengah. Company tah siapa siapa masuk tender. Tu masalahnya yang naikkan harga dan sulitkan lagi proses pembelian Sebab itu ialah isu utama. Pesawat ni kalau dapat sustain, maintain dan boleh refurbish semula untuk proses panjangkan hayat dia pun tiada masalah. Kita punya local industry dah ada kemampuan untuk maintain Hornet ini sendiri tau. Hornet Kuwait jugak masih lagi capable untuk bertempur dan bukan keranda terbang. Legacy Hornet masih lagi jadi aset utama di beberapa buah negara di seluruh dunia. Dari segi teknikal masih terbuka untuk upgrade seperti setara Super Hornet untuk relevan sekurang-kurangnya 10 ke 15 tahun lagi Tambahan lak kenyataan Menteri Pertahanan cakap bahawa Hornet Kuwait mileage dia rendah lebih kurang macam beli jet baru. Hanya 1,000 Jam ke 3,000 Jam penerbangan. Rendah tu. Malaysia sendiri 4,000 ke 6,000 Jam penerbangan Kalau nak sangat takleh beli Hornet Kuwait TUDM tiada pilihan lain kena teruskan ke Generasi Kelima. Untuk pastikan TUDM combat ready. Masalahnya kerajaan tak bersedia untuk belanjakan duit untuk Program MRCA at least dalam RMK-13 Kalau beli jet 4.5 yang lain. Makan masa untuk preparation sedangkan kita nak pakai tak lama. So cara paling laju ialah dptkan second hand. 30 buah ni akan tingkatkan kemampuan TUDM secara berganda. Dapat cepat bayar kurang Rugi kalau kita tarik handbrake sekarang sebab langkah ni dah jauh pergi. US dan Kuwait dah setuju dah. Tinggal tunggu Super Hornet sampai ke Kuwait je tahun depan. Pastu Hornet tu milik kita. Dah fasa akhir dah. Lagi satu langkah ni jangka pendek. Untuk push TUDM combat ready menjelang 2040. Supaya Kerajaan ada masa kumpul duit dan TUDM ada masa teliti betul betul mana yang sesuai jadi 5th Gen. Tapi pada masa yang sama TUDM masih combat ready.






























