
KogZ
9.7K posts

KogZ
@K0G579
Empathy builds greater community













Saya baca artikel sampai habis, langsung tak cerita kilang biskut dan kopi jenama apa. Cuma cakap kilang tersebut di Melaka. Jadi macam mana? Rakyat kena boikot semua biskut dan kopi dari Melaka? P/s : Tolong tag Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). hmetro.com.my/mutakhir/2026/…




Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter - Saifuddin Nasution Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding harga petrol di Malaysia. Menurut beliau, harga petrol di Hong Kong mencecah sekitar RM14 seliter, manakala harga petrol di Singapura sekitar RM10 seliter. "Inilah realiti yang sedang dihadapi dunia hari ini. Namun di Malaysia, Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil pendirian yang jelas rakyat mesti dilindungi," katanya dalam satu hantaran di media sosial. Saifuddin Nasution berkata, dunia hari ini sedang berdepan tekanan global yang semakin mencabar dengan lonjakan harga minyak mentah melepasi paras AS$100 setong memberi kesan besar kepada banyak negara. Menurut beliau, Kerajaan Madani faham betapa perit jika beban itu dilepaskan ke bahu rakyat, maka kerajaan mengambil keputusan tegas untuk terus menjadi 'perisai rakyat' Jelas beliau, harga RON95 bersubsidi di bawah program Budi95 dikekalkan pada RM1.99 seliter menjadikan Malaysia antara negara dengan harga petrol paling murah di dunia. "Walaupun harga di pam minyak kekal RM1.99, kos sebenar perlu dibayar kerajaan meningkat secara mendadak. Bil subsidi bahan api negara melompat enam kali ganda dari RM700 juta kepada RM4 bilion setiap bulan. "Sebagai sebuah 'keluarga besar' kita perlu membuat pilihan yang bijak. Kita tidak boleh membiarkan RM4 bilion wang rakyat 'terbakar' di atas jalan raya setiap bulan. - MYNEWSHUB Sumber Info/Foto: Akaun Media Sosial Saifuddin Nasution Ismail





Kalau betul berlaku, masih sangat-sangat lah ok untuk kita dengan situasi sangat mencabar ni. Negara lain dah macam tahap darurat dah kesan daripada perang ni, tapi kalau kita masih dapat kuota 200 liter RON95 dengan harga RM1.99, memang sangat ok.

























