LLM

10.6K posts

LLM banner
LLM

LLM

@LLMrasmi

Twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Kajang, Selangor Katılım Mayıs 2017
144 Takip Edilen36.5K Takipçiler
Sabitlenmiş Tweet
LLM
LLM@LLMrasmi·
[MAKLUMAN] AKAUN X (@llmtrafik) TELAH DIGODAM DAN KINI BERADA DI BAWAH KAWALAN PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB. Untuk mengelakkan anda menjadi mangsa penipuan, jangan klik sebarang pautan yang dihantar oleh akaun tersebut. Kami sedang berusaha memulihkan akaun tersebut.
LLM tweet media
Indonesia
3
6
7
3.7K
LLM retweetledi
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
#NegeriSembilan #Rembau Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Pedas-Linggi menuju ke Kuala Lumpur bergerak lancar namun jumlah kenderaan hari ini menunjukkan peningkatan susulan kepulangan orang ramai ke ibu kota selepas bercuti di kampung halaman sempena Aidilfitri. 📸Izzul Ahmad | BERNAMA #BernamaNews
BERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet media
Indonesia
1
4
7
1.2K
LLM retweetledi
BERNAMA
BERNAMA@bernamadotcom·
𝗔𝗟𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗥𝗔𝗙𝗜𝗞 𝗟𝗘𝗕𝗨𝗛 𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗘𝗠𝗕𝗔𝗛 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗧𝗔𝗡𝗚 𝗜𝗡𝗜 #KualaLumpur : Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara menunjukkan trend meningkat dan bergerak perlahan berikutan pertambahan jumlah kenderaan yang menuju ke arah Lembah Klang setakat 4 petang ini. Penyelia Pusat Pengurusan Trafik Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Muhammad Aliff Syafiq Md Takiyudin berkata kesesakan dikesan melibatkan arah utara, selatan serta pantai timur. “Di bahagian selatan, trafik dilaporkan perlahan dari Ayer Keroh menghala ke Simpang Ampat serta dari Pedas Linggi ke Senawang dan terus ke Port Dickson. “Bagi arah utara pula, pergerakan perlahan dikesan di sekitar Pulau Pinang, iaitu dari Permatang Pauh ke Perai, selain kawasan Menora serta Gopeng ke Tapah,” katanya ketika tinjauan Bernama di Pusat Pengurusan Trafik LLM hari ini. bernama.com/bm/am/news.php… 📸 Nazirul Roselan | BERNAMA #BernamaImages #BernamaNews #Aidilfitri
BERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet mediaBERNAMA tweet media
Indonesia
0
5
3
801
LLM retweetledi
Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim@anwaribrahim·
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi KDYMM Sultan Ibrahim, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim, Yang di-Pertuan Agong pada 23 Mac 2026 bersamaan 3 Syawal 1447 Hijrah. Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan. ANWAR IBRAHIM
Anwar Ibrahim tweet media
Indonesia
14
48
258
9K
LLM retweetledi
Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi@AlexNantaLinggi·
"Nak balik raya nanti mesti jalan jem teruk." Jangan risau sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini, PLUS Malaysia Berhad akan mengaktifkan 34 lokasi Smart Lane di sepanjang Lebuhraya PLUS sebagai salah satu inisiatif bagi menyuraikan trafik serta menambah kapasiti lorong di lebuh raya. Gunakan Smart Lane dengan berhemah supaya perjalanan anda kekal selamat dan lancar. #KKR #JKR #MYJalan #MADANIBekerja #MalaysiaMadani
Indonesia
0
3
4
812
LLM retweetledi
PLUS Malaysia Berhad
Solat Sunat Aidilfitri pertama di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) telah berjaya dilaksanakan di Surau MADANI R&R Seremban (Arah Selatan) pada jam 8.30 pagi, 21 Mac 2026 (1 Syawal) dengan kehadiran hampir 200 orang jemaah yang terdiri daripada lelaki dan wanita. Inisiatif ini bertujuan memberikan peluang dan mengurangkan tekanan kepada pengguna lebuh raya yang dalam perjalanan pulang ke kampung, serta para pekerja yang bertugas di R&R Seremban (Arah Selatan) pada pagi Aidilfitri, supaya mereka dapat menunaikan ibadah dalam suasana yang tenang, selesa, dan teratur sebelum meneruskan perjalanan. Penganjuran solat ini telah mendapat kebenaran rasmi daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) pada 27 Februari 2026 serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Semoga inisiatif ini dapat memberikan manfaat kepada para pengguna lebuh raya yang masih dalam perjalanan pulang ke kampung halaman, sekaligus memberikan ketenangan, keselesaan semasa beribadah pada pagi Aidilfitri. #PLUS_Comfort @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
2
2
809
LLM retweetledi
PLUS Malaysia Berhad
Pusat Pemantauan Trafik (TMC) PLUS hari ini menerima kunjungan YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), dalam satu tinjauan kerja bersempena persediaan musim perayaan. Ketibaan beliau disambut oleh Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar. Lawatan ini turut menjadi tanda penghargaan kepada petugas TMC yang komited memantau aliran trafik secara berterusan, khususnya sempena peningkatan pergerakan Hari Raya Aidilfitri. Beliau turut meluangkan masa bersama petugas mendengar pandangan petugas bertugas sebagai tanda keprihatinan dan sokongan pihak pengurusan terhadap kebajikan warga kerja. Semoga kerjasama LLM dan PLUS terus diperkukuh melalui penilaian tahap kesiapsiagaan serta kecekapan pemantauan trafik bagi memastikan perjalanan pengguna lebuh raya kekal selamat, lancar dan selesa. #PLUS_Comfort #HariRayaAidilfitri @moworksmy @LLMrasmi
PLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet mediaPLUS Malaysia Berhad tweet media
Indonesia
0
2
4
887
LLM
LLM@LLMrasmi·
LLM dan PLUS Malaysia Berhad kekal komited untuk memperkukuh aspek pemantauan dan pengurusan trafik bagi menjamin keselamatan, keselesaan serta kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya di seluruh negara. #TeamLLM #HatiHatiDiLebuhRaya
Indonesia
0
1
1
358
LLM
LLM@LLMrasmi·
Selain itu, beliau turut meninjau tahap pengoperasian TMC PLUS dalam memastikan pemantauan trafik dilaksanakan secara berterusan, cekap dan berkesan, di samping menilai tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan aliran trafik.
Indonesia
1
1
1
285
LLM
LLM@LLMrasmi·
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA KE PUSAT PENGURUSAN TRAFIK (TMC) PLUS 22 Mac 2026 – YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Trafik (TMC) PLUS hari ini.
LLM tweet media
Indonesia
1
2
2
970
LLM
LLM@LLMrasmi·
Lembaga Lebuhraya Malaysia kekal komited untuk memperkukuh aspek pemantauan dan pengurusan trafik bagi menjamin keselamatan, keselesaan serta kelancaran perjalanan pengguna lebuh raya di seluruh negara.
Indonesia
0
0
0
211
LLM
LLM@LLMrasmi·
Selain itu, beliau turut meninjau tahap pengoperasian TMC LLM dalam memastikan pemantauan trafik dilaksanakan secara berterusan, cekap dan berkesan, di samping menilai tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi peningkatan aliran trafik, khususnya pergerakan pulang ke Lembah Klang.
Indonesia
1
0
0
229
LLM
LLM@LLMrasmi·
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH LEMBAGA LEBUHRAYA MALAYSIA KE PUSAT PENGURUSAN TRAFIK LLM (TMC LLM) 22 Mac 2026 – YBrs. Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff, Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), telah mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM hari ini.
LLM tweet mediaLLM tweet mediaLLM tweet mediaLLM tweet media
Indonesia
1
0
0
407
LLM retweetledi
Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi@AlexNantaLinggi·
Mereka berdiri di bawah panas dan hujan, tanpa tepukan, tanpa nama. Namun sentiasa memastikan setiap perjalanan kita selamat. Demi kelancaran perjalanan balik kampung anda selamat di musim perayaan ini : ✅ Lebih 6,000 petugas lebuh raya telah digerakkan di lokasi terpilih bagi memastikan operasi dan penyelenggaraan lebuh raya berjalan dengan lancar. ✅ PLUS dan LLM turut mempertingkatkan pemantauan trafik secara berterusan dan koordinasi bantuan kepada pengguna melalui Pusat Pemantauan Trafik. ✅ Rondaan oleh pasukan PLUSRonda dan LPT2Ronda yang bertugas 24-jam sehari turut ditambah. ✅ Petugas-petugas Pasukan Bantuan Kecemasan (ERT) bersedia di 9 lokasi strategik bagi memberi bantuan kecemasan. ✅ Kakitangan sokongan juga digerakkan bagi menyokong pemantauan dan memastikan semua kemudahan berada dalam keadaan baik. Terima kasih kepada semua petugas yang sentiasa berkorban tenaga dan masa. Jasa kalian sentiasa dikenang ❤️ #KKR #JKR #LLM #MYJalan #MADANIBekerja #MalaysiaMadani
Indonesia
0
8
13
1.6K
LLM
LLM@LLMrasmi·
Salam dihulur, maaf dipinta. Raikan Syawal ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran bersama keluarga tersayang. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Ikhlas daripada, Ir. Mohd Hadzmir bin Yusoff Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia
LLM tweet media
Indonesia
1
1
2
412
LLM
LLM@LLMrasmi·
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia. Semoga perjalanan anda lancar, raya penuh gelak tawa dan ukhuwah sesama saudara bertambah erat. #LLM #HatiHatiDiLebuhRaya #RayaVibes #SelamatHariRaya
LLM tweet media
Indonesia
0
2
3
270