Longkai_Official retweetledi

Minda Presiden PAS
MENGAPA ISLAM WAJIB MEMIMPIN
Hari ini, kita dapat menyaksikan kegagalan agama dan ideologi dalam memimpin dan mentadbir, menjadikan manusia seperti malaikat, binatang atau alat jentera yang tidak boleh bergerak sendiri. Semua ini menjadi sebab kegagalan serta membawa kerosakan kepada diri manusia dan alam sekitarnya.
Dunia sedang menyaksikan kekosongan rumah ibadat kerana ramai yang meninggalkan agama, berlakunya keruntuhan politik negara dan merudumnya ekonomi. Hal ini demikian kerana, urusan dunia dipisahkan daripada agama sehingga menjadikan akal tidak boleh mengawal nafsu keinginan. Seterusnya, melampaui sempadan hidup bermasyarakat dan gagal menjaga diri sendiri daripada terjerumus.
Kemusnahan berlaku disebabkan ajaran agama dan ideologi lain yang tidak sempurna. Ia tidak memenuhi keperluan hidup manusia mengikut fitrahnya (naluri) dan tidak berwawasan dunia dan akhirat, sebaliknya hanya berwawasan dunia sahaja selain memisahkan fitrah manusia.
Hubungan yang tidak terputus dalam amalan pemimpin yang memerintah negara ialah hubungannya dengan Allah (solat), hubungannya dengan manusia (zakat dan berkebajikan), dan kuasa memerintah dalam negara yang berdaulat (amar ma‘ruf dan nahi munkar). Semuanya akan menerima akibat pada Hari Akhirat dengan dihisab segala amalannya.
Semua perkara ini tidak wujud dalam pemerintahan bukan Islam yang memisahkan urusan dunia dan akhirat, serta tidak meletakkan sempadan halal dan haram dalam urusan pemerintahan negara. Keadaan ini menyebabkan berlakunya kezaliman dan pelbagai salah laku yang merosakkan negara, kehidupan manusia dan alam sekitarnya.
Keadaan ini berpunca daripada ajaran yang tidak sempurna dan pemimpin yang tidak dikawal oleh sempadan agama, bahkan menafikan adanya balasan pada Hari Akhirat mengikut perhitungan dosa dan pahala yang dihisab.
Baca selanjutnya:
harakahdaily.net/2025/11/mengap…

Indonesia
























