MPSepang retweetledi

Memulakan hari saya di Pantai Bagan Lalang, Sepang untuk meraikan acara tahunan, Pesta Pantai Bagan Lalang @ Sepang 2025, anjuran Majlis Perbandaran Sepang dengan kerjasama pelbagai agensi daerah.
Sepanjang pesta ini, pengunjung disajikan dengan pelbagai aktiviti unik berteraskan pantai antaranya pertandingan wau kapal & istana pasir, silat pantai, bola tampar pantai, bola sepak pantai, pickleball pantai, photobooth, himpunan barista Sepang serta pameran dan gerai jualan.
Bagi Daerah Sepang yang menjadi pintu masuk utama negara melalui KLIA, pesta ini adalah wadah terbaik menonjolkan keistimewaan Selangor, dari pantai yang indah, kebudayaan hingga ke produk tempatan. Lebih bermakna, ia turut membuka ruang meningkatkan pendapatan para peniaga, pengusaha homestay dan usahawan sekitar.
Tahniah kepada yang terlibat atas penganjuran penuh warna-warni ini. Inilah contoh bagaimana elemen pelancongan, kebudayaan & komuniti mampu disatukan dalam satu pesta rakyat yang memberi manfaat besar kepada ekonomi setempat, seiring dengan Tahun Melawat Selangor 2025.
#KitaSelangor




Indonesia

