Sabitlenmiş Tweet
Madyasir Ahmad Basir
24.1K posts

Madyasir Ahmad Basir
@MadyasirAB
30 • Husband • Serving Pasir Gudang as Councilman, UMNO Youth Committee Member, GPMS President & Tourism Association Chairman • Pioneer of @lorongsenimasai
Johor Bahru, Johor Katılım Temmuz 2011
692 Takip Edilen2.4K Takipçiler

JOM JADI AHLI UMNO
Saya menyahut seruan Ketua Pemuda UMNO Negeri Johor @AzleenAmbros untuk melancarkan kempen besar-besaran untuk tarik orang muda sertai UMNO.
Jom daftar di myumno.org atau boleh hubungi saya untuk bantuan pendaftaran ahli.
Jom jadi ahli UMNO!
Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor terima mengadap YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir, Setiausaha Kerajaan Johor pada hari ini, 21 April 2026.
Hadir sama adalah YDH CP Dato’ Ab Rahaman Arsad, Ketua Polis Johor dan YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah, EXCO Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor received in audience the Chief Minister of Johor YAB Dato' Onn Hafiz Ghazi and Johor State Secretary YB Dato’ Haji Mohammed Ridha Dato’ Haji Abd Kadir today, 21 April 2026.
Also present were Johor Police Chief YDH CP Dato’ Ab Rahaman Arsad and Johor State Youth and Sports, Entrepreneur Development and Cooperatives EXCO Member YB Tuan Mohd Hairi Mad Shah. Allah Peliharakan Sultan.



Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Syukur Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Datuk Amar Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri II, atas kesudian merasmikan projek di bawah Inisiatif Kampung Angkat MADANI Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di Kampung Orang Asli Berasau, Kluang, Johor.
Kampung Orang Asli Berasau yang terletak di kawasan pedalaman Kluang menempatkan seramai 86 penduduk, dengan majoritinya daripada suku kaum Jakun. Kehidupan masyarakat di sini banyak bergantung kepada aktiviti pertanian, perikanan sungai serta hasil hutan sebagai sumber rezeki. Menyedari keperluan ini, Kerajaan Negeri dengan sokongan Kerajaan Persekutuan terus komited memastikan pembangunan yang lebih tersusun dan inklusif agar setiap komuniti termasuk di kawasan pedalaman, turut merasai limpahan kemajuan negeri.
Antara inisiatif utama yang digerakkan ialah pemasangan sistem solar off-grid sebagai sumber tenaga alternatif bagi mengatasi kekangan ketiadaan bekalan elektrik daripada TNB di kampung ini. Usaha ini mencerminkan pendekatan proaktif Kerajaan Negeri dalam mencari penyelesaian praktikal dan berimpak tinggi, sekali gus membuka akses kepada tenaga yang mampu menyokong pembelajaran anak-anak, aktiviti ekonomi dan kehidupan harian penduduk.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri Johor terus memperluas pelbagai usaha merangkumi pembangunan infrastruktur asas, bantuan kebajikan, pendidikan, keusahawanan serta pemerkasaan komuniti Orang Asli di seluruh negeri. Usaha ini membuktikan komitmen berterusan dalam memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan negeri mahupun negara.
Semoga pelaksanaan projek dan inisiatif ini dapat memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk Kampung Orang Asli Berasau serta menjadi pemangkin kepada pembangunan mampan komuniti Orang Asli di negeri Johor. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Syukur Alhamdulillah, dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar, masih ada premis di Johor Bahru yang terus menawarkan makanan pada harga berpatutan, supaya rakyat kekal ada pilihan untuk makan dengan kemampuan masing-masing, sekali gus membantu meringankan sedikit beban kos sara hidup.
Saya berkesempatan singgah bersarapan di Onn Kitchen Kampung Bahru, sebuah premis yang telah beroperasi sejak tahun 2013 dan kekal menjadi antara lokasi pilihan ramai. Di sini, nasi lemak ayam ditawarkan sekitar RM5, roti canai RM1.50, kuih-muih sekitar RM2.50 dan teh tarik serendah RM2.50, harga yang masih mesra rakyat dalam keadaan ekonomi semasa.
Selain roti canai dan nasi lemak, Onn Kitchen turut menyediakan pelbagai hidangan lain seperti lontong, soto dan kuih-muih, dengan konsep layan diri yang memudahkan serta mempercepatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Suasana yang ringkas dan selesa menjadikan tempat ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Terima kasih saya ucapkan kepada peniaga tempatan yang terus komited mengekalkan harga makanan pada tahap berpatutan walaupun berdepan peningkatan kos. Usaha ini bukan mudah, namun sangat besar maknanya kepada masyarakat kerana ia membantu memastikan makanan harian masih mampu dinikmati tanpa membebankan.
Ayuh Bangsa Johor! Jom singgah sarapan di Onn Kitchen. Semoga lebih banyak usaha seperti ini terus diperkukuh, agar keseimbangan antara kemampuan rakyat dan kelangsungan peniaga tempatan dapat terus dipelihara demi kesejahteraan Bangsa Johor. Insya-Allah.
Kalau ada port sarapan lain kat Johor Bahru yang sedap dan harga berpatutan, tolong komen kat sini 👍
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #JohorBersih #JohorSelamat #XtifJohor




Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Syukur Alhamdulillah, berita gembira untuk Bangsa Johor, Taman Negara Tanjung Piai kini berwajah baharu dengan pelaksanaan projek naik taraf infrastruktur yang telah siap sepenuhnya melibatkan kos keseluruhan sekitar RM3.33 juta, merangkumi penambahbaikan Galeri Piai, laman tiba, kedai cenderamata serta kemudahan asas termasuk tandas dan surau supaya pengalaman pengunjung jadi lebih selesa dan teratur.
Keunikan Tanjung Piai terserlah melalui empat tarikan utama yang menjadikannya wajib dikunjungi, iaitu:
1. The Southern Most Tip of Mainland Asia;
2. Keunikan hidupan semula jadi seperti ikan belacak (mudskipper);
3. Keindahan ekosistem paya bakau yang menjadi benteng semula jadi; dan
4. Pengalaman unik menyaksikan tiga negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Taman Negara Tanjung Piai beroperasi setiap hari dan berperanan sebagai destinasi ekopelancongan, serta ruang pendidikan yang memberi kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Harga tiket adalah seperti berikut:
1. RM5 bagi warganegara dewasa;
2. RM3 bagi warganegara pelajar (7-17 tahun) dan warga emas;
3. RM20 bagi bukan warganegara dewasa;
4. RM10 bagi bukan warganegara pelajar (7-17 tahun) dan warga emas; serta
5. Percuma bagi kanak-kanak (6 tahun ke bawah) dan pemegang kad OKU.
Sempena Tahun Melawat Johor 2026, Taman Negara Tanjung Piai menjadi antara destinasi wajib dikunjungi, bukan sahaja kerana keindahannya, tetapi kerana nilai dan cerita yang dibawanya. Inilah Johor yang kaya dengan keindahan alam untuk tatapan seluruh dunia.
Semoga keindahan alam semula jadi serta keunikan budaya Johor terus terpelihara dan dihargai, sekali gus menarik lebih ramai pengunjung serta merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026




Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Alhamdulillah, Raya Sekampung Bangsa Johor Zon Masai berlangsung dengan meriah dan jayanya!
Kehadiran luar jangka dari masyarakat Masai dan Pasir Gudang menyemarakkan suasana.
Semangat muafakat dan perpaduan Bangsa Johor amat terserlah.
#RayaSekampung #BangsaJohor #MajuJohor
Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Syukur Alhamdulillah, saya berkesempatan singgah bersarapan di Kopi Tenggek, Tanjung Piai yang terletak berhampiran Taman Negara Tanjung Piai. Ia semakin mendapat perhatian sebagai antara tarikan tempatan di kawasan ini sejak mula dikenali sekitar tahun 2017.
Kopi Tenggek mempunyai keunikan tersendiri, khususnya melalui kaedah penyediaan kopi menggunakan penapis khas yang “ditenggek”, menghasilkan rasa yang lebih pekat dan beraroma. Hidangan seperti keropok lekor dan roti bakar pula melengkapkan pengalaman sarapan yang ringkas tetapi cukup memuaskan.
Apa yang menarik, tempat seperti ini mencerminkan kekuatan sebenar komuniti setempat dimana ia berkonsepkan sederhana, asli dan dekat dengan identiti Johor. Ia bukan sahaja menjadi tempat makan, tetapi ruang yang menghidupkan suasana kampung dan budaya setempat.
Sempena Tahun Melawat Johor 2026, lokasi seperti ini wajar diketengahkan sebagai sebahagian daripada pengalaman pelancongan negeri. Semoga usaha ini dapat terus menarik kehadiran pengunjung dan menyokong ekonomi tempatan. Insya-Allah.
Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah
#BangsaJohor #MajuJohor #MajesticJohor #TahunMelawatJohor2026




Indonesia
Madyasir Ahmad Basir retweetledi

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim dan Majlis Darjah & Pingat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi DYMM Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada hari ini, 9 April 2026. Allah Peliharakan Sultan.
———
His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor and His Royal Highness Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda of Johor attended Majlis Doa Kesyukuran, Majlis Teriman, Majlis Mengadap Takzim and Majlis Darjah & Pingat in conjunction with His Majesty Sultan of Johor's Official Birthday Celebration at the Grand Palace, Johor Bahru today, 9 April 2026. Allah Peliharakan Sultan.




Indonesia