Maria Colemansd

114 posts

Maria Colemansd banner
Maria Colemansd

Maria Colemansd

@MariaColemansd

Behave your life

Katılım Şubat 2024
18 Takip Edilen131 Takipçiler
Tok Jaks
Tok Jaks@jaksrmd·
@amer7211 @tzafrul_aziz Diharapkan pihak SPRM tidak lupa meminta Tengku Zafrul & PMX untuk hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan untuk membantu kes siasatan terhadap Rafizi aras dakwaan berlaku penipuan dalam perjanjian di antara Kerajaan dengan ARMS Holdings yang merugikan Kerajaan
Indonesia
2
0
2
67
Amer Hamzah
Amer Hamzah@amer7211·
Tengku Zafrul (@tzafrul_aziz) turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang memainkan peranan penting dalam rundingan itu. "Perdana Menteri bertindak seperti ketua perunding (chief negotiator), menyelesaikan isu-isu yang sebelum ini tertangguh… kejayaan ini tidak mungkin tercapai tanpa penglibatan langsung beliau. "Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan MIDA akan memastikan teknologi Arm dimanfaatkan sepenuhnya oleh syarikat tempatan bagi merancakkan lagi industri semikonduktor Malaysia," katanya. (Berita Harian, 6 Mac 2025) Siapa yang tergesa-gesa ni @SPRMMalaysia? Kenapa @rafiziramli yang disiasat? Hairan sungguh! Kononnya ada unsur tergesa-gesa tapi kejayaan bersama @Arm terus diraikan.
Amer Hamzah tweet media
Indonesia
16
56
113
4K
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Ingatkan program biasa… rupanya Terlajak Raya 😄 Pagi Sabtu saya ke Program Semarak Kasih anjuran Ahli Majlis MPAJ Zon 12, Khusairi Salleh di Dewan Taman Sri Ampang. Dah dua tiga minggu tak makan rendang, hari ni memang berselera. Rendang ayam pencen dengan pulut kuning, memang kena. Tahniah Khusairi @ Kuchai: 7 taman turun sekali. Siap setiap taman buka booth makanan masing-masing, memang meriah. #TZA #MADANIBekerja #Ampang
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
4
3
26
1.1K
Maria Colemansd
Maria Colemansd@MariaColemansd·
@tzafrul_aziz @Bo Tz got a good and nice personality That’s why ramai boleh trust his leadership authentic vibes
English
0
0
0
5
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Cadang nak ziarah di rumah. Rupanya jumpa di pusat dialisis. Hari ini saya ziarah sahabat satu batch di Kuala Kangsar, Azlan Shah @Bo. Beliau sedang melawan kanser darah dan baru habis kemoterapi. Tadi beliau ke KL untuk sesi hemodialisis, ditemani isteri. Sel kanser telah menjejaskan buah pinggang. Dapat duduk berbual sekejap, dengar sendiri keadaan beliau. Ujian berat, tapi semangat dia masih kuat. Syafakallah buat Bo dan semua yang sedang sakit. Moga diberi kekuatan, kesabaran, dan dipermudahkan segala urusan. #TZA
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
7
3
47
4.2K
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Tahu tak nama jiran sebelah rumah? Petang Sabtu saya hadir majlis makan malam di Tokong Yu Feng Da Shan Si Na Du, Ampang Campuran, bersama YB Altimet, ADUN Lembah Jaya, dan YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai. Dalam ucapan, saya kongsi satu pepatah Cina: saudara yang jauh, tak sebaik jiran yang dekat. Ringkas, tapi sesuai dengan keadaan masyarakat hari ini. Kita semua sibuk. Kadang-kadang orang sebelah rumah pun tak sempat tegur. Tapi bila ada majlis macam ni, duduk makan sekali, borak sikit, baru terasa kita sebenarnya satu komuniti. Benda asas macam nilah yang kuatkan masyarakat kita. Kita pun dah boleh mula dengan jiran sebelah. Hari ini dah tegur dia? #TZA #MADANIBekerja #Ampang
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
10
4
26
2.6K
Maria Colemansd
Maria Colemansd@MariaColemansd·
@tzafrul_aziz Tengku Zafrul’s style very calm but impactfultak perlu loud untuk bagi kesan
Indonesia
0
0
0
16
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
“Sorry boss… tertidur 😅” Janji nak turun ramai-ramai. Pagi tadi mesej masuk satu-satu, “Sorry boss, tertidur”, “Tak sihat sikit”, “Alarm tak bunyi”. Klasik. Akhirnya yang ada tu jugalah yang terus jalan. Pagi tadi lari 8KM di Taman Botani Bukit Indah. Laluan sini banyak bukit, jadi saya jaga pace sebab marathon dah makin dekat. Sekarang bukan nak kejar jauh atau laju, tapi nak pastikan konsisten. Sepanjang larian tetap nampak ramai orang keluar beriadah, ada jogging, walking, cycling. Komuniti sini memang aktif. Memang realiti kehidupan macam ni. Bukan semua yang janji akan mula, tapi yang kekal itulah yang akan sampai. #TZA #GayaHidupSihat #RoadTo42KM #RunMalaysia
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
10
1
76
14.7K
Maria Colemansd
Maria Colemansd@MariaColemansd·
@tzafrul_aziz You can see the sincerity bila dia spend time dengan penduduk, bukan sekadar quick stop. You got own style tengku.
Indonesia
0
0
0
9
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Pagi semalam saya menziarahi saudara Bakhtiar, Pengerusi NGO MyMadani yang kurang sihat di Taman Cheras Indah. Dapat duduk berborak dengan ayah, abang, dan beberapa sahabat beliau yang lama dalam perjuangan Keadilan. Banyak pengalaman dikongsi. Terima kasih atas layanan baik. Semoga Bakhtiar cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, insya-Allah. #TZA #ZiarahKasih #Pandan #BersamaRakyat
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
4
2
9
750
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Ni namanya meja muhibbah. Duduk sekali, sembang macam biasa, walaupun masing-masing ada pendapat berbeza. Walaupun tak setuju semua perkara, boleh je cakap elok-elok. Hadir majlis kahwin anak Datuk Ainon. Suasana meriah, ramai kawan lama jumpa balik. Saya sempat usik Syed Saddiq, bila majlis dia pula? Jangan lupa jemput. Saya pun dah nak start balik marathon. Target sub 4 jam. Tengah cari geng lari ni. Jangan lepas kahwin nanti terus tinggal marathon, udah le. #TZA #GayaHidupSihat #RoadTo42KM #RunMalaysia
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
16
10
73
28.4K
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Malaysia tewas 3-0 kepada China di suku akhir Thomas Cup. Bukan keputusan yang kita harapkan - dan memang banyak yang perlu diperbaiki. Tapi inilah realiti yang perlu kita hadapi. Malam ini di Pandan, dewan tetap penuh. Sorakan tetap ada. Semangat tetap terasa - macam tengok di stadium. Dengan kehadiran legenda seperti Datuk Seri Lee Chong Wei dan sokongan padu para penyokong, satu perkara jelas - harapan masih ada, tapi standard juga perlu ditingkatkan. Kerja kita belum selesai. #TZA #BAM #BadmintonMalaysia #GemilangkanLagi #DemiMalaysia #Tangkis2030 #ThomasCup #MADANIBekerja
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
10
19
98
24.1K
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Pasar pagi bukan sekadar tempat beli barang - tapi tempat kita dengar suara rakyat. Pagi ini saya sempat turun ke pasar pagi Taman Muda bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai. Turut hadir ahli majlis, pemimpin kawasan serta wakil Persatuan Penjaja dan Peniaga Taman Muda. Saya ambil peluang berbual dengan para peniaga dan pengunjung - dengar sendiri cabaran mereka, daripada kos operasi hingga keadaan perniagaan sekarang. Kalau kita tak turun padang, kita tak akan faham realiti sebenar rakyat. Sebab itu penting setiap dasar dan keputusan yang dibuat benar-benar berpaksikan apa yang berlaku di lapangan. Terima kasih atas sambutan dan kemesraan semua pagi tadi. #TZA #MADANIBekerja #TamanMuda
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
36
7
59
83.4K
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Seawal 6.30 pagi, dapur dah mula berasap. Sayur dipotong, bahan disediakan—semuanya dibuat secara gotong-royong oleh komuniti setempat. Program Agihan Makanan Sayur-Sayuran di DUN Teratai terus membantu rakyat secara konsisten, dengan sekitar 300 hingga 500 penerima setiap sesi. Dilaksanakan dua kali sebulan oleh JKP MPAJ Zon 22 bersama YB Yew Jia Haur, ADUN Teratai, inisiatif ini kini hampir memasuki tahun ketiga. Bila komuniti dan pemimpin tempatan berganding bahu secara konsisten, impaknya memang terasa. Terima kasih kepada semua sukarelawan yang terus menyumbang masa dan tenaga. #TZA #MADANIBekerja #Teratai
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
10
3
34
6K
WFAUZDIN NS
WFAUZDIN NS@wfauzdin·
Nak bgtahu dia nk buat kaunter bergerak je. Tapi yg panjang lebar dia ratib Tg Zafrul. Esok lusa, kata lah Ramanan masuk Pandan, dia ratib ramanan pulak. Baru2 ni pmx solat jumaat kat Pandan, dia ratib tanda nak dekat pilihanraya. Aku tak tau la apa ada dlm kepala botak tengah cetong ni....
Indonesia
13
3
25
4.2K
Rafizi Ramli
Rafizi Ramli@rafiziramli·
𝗕𝗘𝗥𝗧𝗨𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗨𝗗𝗨𝗞 𝗣𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡, 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗨𝗔 𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗞, 𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨 𝗡𝗜 𝗔𝗗𝗔 𝗞𝗔𝗨𝗡𝗧𝗘𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗚𝗘𝗥𝗔𝗞 Sabtu ini, 2 Mei 2026, saya akan berada di Taman Angsana Hilir, Ampang untuk siri Kaunter Bergerak yang seterusnya. Penduduk Pandan sudah biasa dengan tradisi Kaunter Bergerak yang saya mulakan sejak 2013 lagi. Sesiapa sahaja boleh datang dan membuat aduan, permohonan atau apa-apa saja, jangan minta projek saja. Kebelakangan ini, saya sering ditanya apa perasaan saya bila Tengku Zafrul Aziz, yang kini Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri ligat berada di Pandan. Terkini, pasal Tengku Zafrul dan DB letrik terbakar di sebuah pangsapuri di Pandan Indah. Bagi saya, lebih ramai orang membantu rakyat biasa lebih baik. Kalau semua masalah boleh diselesaikan serentak, alhamdulillah. Cuma saya berharap perkara itu berpanjangan, jangan sebab nak dekat pilihanraya, semua berlumba-lumba buat content. Jangan jadi macam Kuala Selangor dahulu. Nak dekat pilihanraya umum, Menteri Kewangan Tengku Zafrul umum Kuala Selangor jadi parlimen angkat. Habis semua disentuh, minyak motor pun semua ditukar. Tak sampai 2-3 bulan, bila sudah kalah, terus hilang dan Kuala Selangor dilupakan. Saya berharap perkara itu tidak berlaku di Pandan. Dengan kedudukan Tengku Zafrul di Pandan, saya harap dia boleh bantu buat banyak perkara yang saya dan Dato’ Seri Dr Wan Azizah, ahli parlimen sebelum saya, tak mampu buat kerana kekangan kewangan sebelum ini. Contohnya, kita nak minta semua pangsapuri kos rendah dan kos sederhana dicat baru di seluruh Pandan. Setakat ini, saya hanya berjaya mengusahakan beberapa buah sahaja. Kita nak mintak semua kes-kes kerakyatan yang masih tertunggak di peringkat Kementerian Dalam Negeri diselesaikan. Dan paling utama, kita nak minta Tengku Zafrul bantu selesaikan masalah hakmilik strata yang melibatkan lebih 3,000 unit kediaman di Pandan yang tidak selesai sebab pemaju telah bungkus lama dan tidak membuat bayaran kepada Kerajaan Selangor. Yang kecil-kecil pasal longkang, sampah, penduduk setempat tu tak pe kami yang kecil-kecil di bawah ni cuba selesaikan setiap kali kami berjumpa penduduk. Satu lagi pesan saya - sebagai Penasihat Politik Kanan Perdana Menteri, saya harap Tengku Zafrul jangan lupa buat yang sama di Tambun. Saya pasti banyak DB yang terbakar di Tambun. Jangan jaga Pandan saja sampai PMX kena cari kerusi lain nak bertanding PRU akan datang. Kepada penduduk Angsana Hilir, Kampung Pandan dan sekitarnya, kalau ada masalah yang nak dikongsi, boleh jumpa saya di Taman Angsana Hilir hari Sabtu ini, 2 Mei dari jam 10 pagi.
Indonesia
53
242
799
58.4K
Maria Colemansd
Maria Colemansd@MariaColemansd·
@tzafrul_aziz Not everyone can see this early, but kerajaan dah ahead of the curve. Respect.
English
0
0
5
52
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Krisis Hormuz: Dari Minyak ke Kos Sara Hidup Ini bukan sekadar cerita harga minyak. Ini tentang bagaimana satu krisis jauh boleh menekan kos sara hidup kita. Kalau kita fikir krisis global hanya menaikkan harga minyak, kita mungkin belum nampak gambaran sebenar. Hari ini saya bersama pakar ekonomi, editor dan penyelidik dalam satu sesi meja bulat SEAFIC untuk membincangkan kesan krisis Iran-Hormuz kepada ASEAN. Yang jelas, kesannya bukan sekadar harga minyak. Ia boleh merebak melalui rantaian bekalan - daripada kos pengangkutan dan premium insurans, kepada input industri, dan akhirnya memberi kesan kepada harga makanan serta barangan harian. Untuk Malaysia, kesannya tidak dirasai secara serentak, sebaliknya bermula pada sektor tertentu seperti penapisan petroleum sebelum merebak ke sektor lain. Sektor seperti ternakan dan makanan juga boleh terkesan secara tidak langsung melalui kos baja, makanan ternakan dan input huluan lain. Inilah cabaran sebenar dasar ekonomi hari ini - memahami bagaimana sesuatu kejutan global bergerak dalam sistem ekonomi kita, siapa yang terkesan dahulu, dan bila rakyat mula merasainya. Sebab itu, respons dasar perlu dibuat lebih awal, dengan pendekatan yang tepat dan bersasar. #TZA #MADANIBekerja #KualaLumpur #SEAFIC #EkonomiRakyat
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
18
14
47
10.5K
Maria Colemansd
Maria Colemansd@MariaColemansd·
@tzafrul_aziz This is we call Smart leadership is quiet but effective dia contoh terbaik Ini baru leader yang ada long-term vision for rakyat.
English
1
0
0
527
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
Kerjasama erat, asas perpaduan dalam Pakatan Harapan. Saya hadir ke fundraising dinner anjuran DAP Kinrara - hampir 400 meja, sambutan cukup kuat daripada penduduk setempat. Turut hadir Menteri Besar Selangor, YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, bersama kepimpinan tertinggi DAP termasuk Pengerusi dan Setiausaha Agung. Terima kasih atas jemputan. #TZA #PakatanHarapan #Selangor #KitaSelangor
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
4
7
43
1.8K
Tengku Zafrul 🇲🇾
Tengku Zafrul 🇲🇾@tzafrul_aziz·
RM142.9 bilion. 3,800 projek. Hampir 500,000 peluang pekerjaan. Itulah skala pelaburan Jepun di Malaysia setakat ini. 🇲🇾🇯🇵 Hari ini saya duduk berbincang dengan Duta Jepun ke Malaysia, TYT Noriyuki Shikata, bersama pemain industri dari Malaysia dan Jepun. Fokusnya jelas: tenaga, rantaian bekalan, dan pelaburan bernilai tinggi. Termasuk sektor seperti ekonomi hijau, digital, semikonduktor dan aeroangkasa. Sekarang kita tak tengok pelaburan besar semata-mata - kita nak pelaburan yang bina teknologi, cipta kerja berkualiti, dan beri nilai jangka panjang untuk Malaysia. Dalam keadaan dunia yang makin tak menentu, kerjasama seperti ini bukan lagi pilihan - tapi keperluan. #TZA #MIDA #MADANIBekerja #JepunMalaysia
Tengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet mediaTengku Zafrul 🇲🇾 tweet media
Indonesia
7
11
80
4.2K