
SANDAKAN READINESS EXERCISE (SREX) SIRI 4/2026
6 April 2026 – Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan operasi armada melalui pelaksanaan Sandakan Readiness Exercise (SREX) Siri 4/2026 yang dilaksanakan di perairan Sandakan.
Eksesais ini melibatkan penyertaan beberapa aset TLDM iaitu KD PAUS, KD SRI TIGA, KD JERONG, KD SRI GAYA, KD TODAK serta 2 buah Fast Combat Boat (FCB) dalam melaksanakan pelbagai evolusi latihan di laut. Sepanjang eksesais berlangsung, warga kapal telah melaksanakan latihan yang merangkumi aspek navigasi, komunikasi, ilmu kelautan serta prosedur kecemasan bagi memastikan tahap kesiapsiagaan armada sentiasa berada pada tahap tertinggi.
Pelaksanaan SREX secara berkala ini menjadi platform penting dalam menguji keupayaan operasi, memperkukuh kerjasama antara kapal serta meningkatkan profesionalisme warga #NavyPeople dalam menghadapi sebarang cabaran di domain maritim. Latihan ini sekali gus mencerminkan komitmen TLDM dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.
#NavyUpdate




Indonesia




































































