MAJLIS PENUTUP MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
LUMUT, 8 Mei 26 - Majlis Penutup Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kepimpinan TLDM.
LATIHAN PRAKTIKAL ADAPTIF MEDAN
MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
PASIR PANJANG, 4 Mei - Latihan Praktikal Adaptif Medan bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah dilaksanakan di Baitul Hilal (Cerapan Anak Bulan), Pasir Panjang.
KEJOHANAN SUKAN BOLING MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
Manjung, 30 April - Kejohanan Sukan Boling bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah berlangsung dengan penuh meriah di Ten Pin Bowling Alley, Seri Manjung.
PROGRAM KEROHANIAN MODUL KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN PENYELIA SIRI 2/26
LUMUT, 29 Apr - Pusat Kepimpinan TLDM bersama peserta Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah menganjurkan Program Kerohanian di Serambi, PK TLDM.
PROGRAM JIWA MURNI MADANI PERINGKAT PUSAT KEPIMPINAN TLDM
PASIR PANJANG, 29 Apr - Program Jiwa Murni MADANI sempena Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah dilaksanakan di Pusat Konservasi & Penerangan Penyu, Pasir Panjang Segari.
LUMUT, 20 Apr 26 - Majlis Pembukaan Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 2/26 telah disempurnakan oleh Kdr Lim Kim Tat TLDM, Ketua Pegawai Staf Latihan di Pusat Kepimpinan TLDM.
KURSUS KEUTUHAN DAN INTEGRITI SIRI 1/26
KOTA KINABALU, 16 Apr 26 - PK TLDM telah melaksanakan kursus ini pada 14 - 16 Apr 26 melibatkan 28 pegawai dan LLP. Kursus bertujuan memperkukuh budaya integriti dan meningkatkan kesedaran dalam membanteras pelanggaran integriti dalam TLDM.
LUMUT, 11 Apr 26 - PK TLDM telah berjaya menganjurkan Kursus Induksi Bintara Siri 1/26 yang berlangsung pada 6 - 12 Apr 26 dengan menghimpunkan 139 peserta dari unit-unit sekitar Lumut, Langkawi dan Pulau Pinang dalam usaha memperkasa kepimpinan, disiplin dan profesionalisme.
LUMUT, 6 Apr - Latihan Ujian Medan bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 1/26 telah dilaksanakan di Tapak Merempuh Halangan ARBA 1989, KD PANGLIMA GARANG dan Tapak Latihan Jati Diri sebagai komponen utama latihan fizikal dan ketahanan mental serta fizikal.
Manjung, 2 April - Kejohanan Sukan Boling bagi Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 1/26 telah berlangsung dengan penuh meriah di Ten Pin Bowling Alley, Seri Manjung.
LUMUT, 30 Mac 26 - Majlis Pembukaan Modul Kepimpinan dan Pengurusan Peningkatan Kelas I Siri 1/26 telah disempurnakan oleh Kdr Mehamad Khairun bin Zakaria TLDM, Timbalan Ketua Pengarah di Pusat Kepimpinan TLDM.
LUMUT, 13 Mac 26 - Majlis Penutup Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah berlangsung dengan jayanya di Pusat Kepimpinan TLDM. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Kepten Mohd Zulkiflee bin Hj Markam TLDM, Ketua Pengarah Pusat Kepimpinan TLDM.
LUMUT, 11 Mac - Suasana penuh keakraban dan semangat kebersamaan mewarnai Pusat Kepimpinan TLDM apabila Majlis Malam Tujuh Likur sempena Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 1/26 berlangsung dengan meriah sekali gus menghidupkan suasana penuh harmoni.
Karnival Sukan Dalaman Modul Kepimpinan & Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah dilaksanakan di Serambi, Pusat Kepimpinan TLDM pada 9 Mac. Karnival ini turut menyemai nilai disiplin, kerjasama serta semangat kesukanan dalam kalangan pelatih. ⚓️
Latihan Praktikal Adaptif Medan Modul Kepimpinan & Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah dilaksanakan di Baitul Hilal, Pasir Panjang pada 5 - 6 Mac 26 melibatkan 162 pelatih. Latihan ini memperkukuh aspek kepimpinan, pengurusan serta ketahanan diri melalui aktiviti lapangan. ⚓️
LUMUT, 6 Mac 26 - PK TLDM telah berjaya melaksanakan Kursus Kepemimpinan Pegawai Waran Siri 9/26 dari 2 hingga 6 Mac 26 dengan penyertaan 28 anggota TLDM termasuk seorang daripada TUDM. Majlis penutup disempurnakan oleh Timb. Ketua Pengarah PK TLDM di Transformative Auditorium.
LUMUT, 2 Mac - Program Murni Jiwa MADANI sempena Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 1/2026 dilaksanakan di Tanah Perkuburan Islam dan Madrasah Al-Badariah Kpg Padang Tembak sebagai latihan pembangunan kepimpinan dan pengurusan pelatih berteraskan nilai kemasyarakatan.
LUMUT, 27 Feb 26 - PK TLDM menyambut HUT Ke-21 melibatkan 6 pegawai dan 194 anggota, disempurnakan oleh P/Kept Mohd Zulkiflee bin Hj Markam TLDM, KP PK TLDM. Sambutan turut diisi program kerohanian, berbuka puasa dan solat berjemaah sebagai simbol disiplin & kesyukuran.
LUMUT, 26 Feb - Pusat Kepimpinanan (PK) TLDM bersama peserta Modul Kepimpinan dan Pengurusan Penyelia Siri 1/26 telah menganjurkan Program Kerohanian di Serambi PK TLDM. Pengisian melibatkan ceramah kerohanian, solat maghrib, isyak dan tarawih berjemaah.