PMFSU USIM
5.2K posts

PMFSU USIM
@PMFSU_USIM
Anchored in Faith, Driven by Justice. 💌 Any inquiries: [email protected]

Bapa pelajar maut dilanggar, Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, hampir rebah selepas tidak dapat menahan rasa sedih ketika menerima kunjungan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri di kediamannya di Taman Chepor Sentosa, Ipoh pada Sabtu. Kunjungan Mohd Yusri sekitar jam 5 petang itu turut diiringi Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris dan Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan. Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu pada Jumaat, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #SinarTerkini #Amanah #Politik #kemalangan


















